Showing posts with label Cerita hantu di hospital. Show all posts

Betulkah Wujud Hantu Di Hospital?

Malam-malam seronok pula cerita hantu... Bak kata semua kakak deno, barulah ada feel.. Tengok cerita hantu pukul 1-2 pagi, baru terasa seram.. Lagi syok tutup lampu.. Tapi kalau cerita hantu korea dan thai tak tutup lampu kot.... hehe


Btw, topik malam ni cerita pasal hantu kat hospital.. Sebagai patient yang biasa tiggal di hospital, deno pernah merasa perkara paranormal.. Pernah nampak....

Ada kawan deno kan, walaupun sakit tetap taknak ke hospital sebab katanya hospital ialah tempat yang banyak hantu! Betul ke hospital banyak hantu? Mungkin... Pada pendapat deno hospital bukanlah tempat tinggal hantu tapi mungkin ada roh-roh yang berkeliaran. Hospital ni tempat orang sakit, dan ramai juga orang meninggal di hospital. Sebab tu orang selalu cakap hospital ada banyak hantu?

Deno pernah lihat sendiri tanda kewujudan makhluk allah yang ghaib di hospital. Masa tu deno mula-mula sakit pada tahun 1999, ada tapak kaki bayi di dinding hospital bahagian atas. Nurse cakap tapak kaki tu wujud dengan sendiri. Deno pernah terasa seperti diekori "sesuatu" walaupun masa tu deno seorang. dan terbaru tahun lepas deno dapat tahu daripada seorang patient, dia nampak ada "benda" berbulu bermata merah bertaring bertenggek pada tingkap tandas dalam wad deno! Dah la setiap hari deno masuk tandas tu selama sebulan! Seram jugak... huhu...

Deno kalau masuk wad dalam tempoh lama tinggal di bilik berasingan seorang diri. dah biasa ditinggalkan seorang diri kalau mak balik, walaupun pernah terasa "semacam", rasa seperti diteman "benda" lain, deno hanya buat tak tahu sebab "benda" lain yang ada di hospital bukannya mengacau deno. Alhamdulillah sepanjang 14 tahun sakit, deno tak pernah kena kacau... Korang ada pengalaman tak? jom share dengan deno :)


p/s: jangan sebab takut , taknak dapatkan rawatan di hospital.. tu cari nahas namanya...



Hospital Berhantu? #4

Sambungan part3


Keesokan paginya, selepas makan ubat dan doktor melawat pesakit.. deno ke katil kawan

Biasa la bila deno rasa sihat sikit, deno cepat bosan rehat je atas katil.. jadi deno ke katil kawan kat depan katil deno, kitaorang je lama kat wad tu. Berbual-bual, then masuk la cerita deno yang semalam tu, cerita yang rasa tak sedap hati, rasa macam diperhatikan je dalam toilet tu ..

Sedangkan, banyak kali masuk wad tu pun, tak pernah rasa takut macam tu.. Takde pula tiba2 bulu roma meremang semacam.. Deno cerita pada kawan deno tu.. *dah lupa nama dia

Rupanya dia tahu... Katanya ada seorang patient makcik, dia masuk wad dah beberapa hari tak dapat tidur.. Pastu makcik tu cerita, dia nampak ada seekor lembaga hitam berbulu dan bertaring bertenggek di tingkap toilet! Memang deno terkejut! Patut pun rasa semacam je malam tu, agaknya "benda" tu duk tersengih tengok deno masuk toilet sorang2..

Makcik tu sorang je nampak, tapi dia tak beritahu orang lain, dia beritahu kawan deno je.. Kawan deno tak bagi beritahu orang lain, bimbang orang takut pulak.. Sejak deno tahu "benda" tu ada, deno tak berani dah ke toilet sorang2 lewat malam.. Kalau nak mandi pun, deno ke toilet sebelum maghrib! Eiiii... memang seram sejuk tau duk hospital bila tahu ada "benda" juga yang berkongsi tempat dengan kita.. Tapi deno buat tak tahu je la, nanti kalau kita asyik takut je, "benda" tu suka kacau


*cerita ni cerita tahun lepas semasa deno masuk wad sebulan sebab SLE aktif.. ingat tak kepala deno hampir dibedah tu? mujurlah tak jadi :)



p/s: sentiasalah membaca ayat kursi agar kita sentiasa terhindar dan terlindung daripada gangguan syaitan dan iblis.. 


Hospital Berhantu? #3

Cerita hantu hospital lagi...

Deno dah selalu sangat tinggal di hospital.. dah biasa kalau terasa perkara-perkara pelik..

Deno suka sangat pergi toilet pukul 2-3 pagi.. entah kenapa  perut waktu tu la nak meragam.. kadang2 terkejut pagi2 buta.. semua dah tido.. kadang2 kakak nurse pun dah terlena kat kaunter tu.. kesian semua kakak2, penat....

Kisah ni baru lagi, tahun lepas semasa deno masuk wad sebulan tu..deno tak dapat tidur satu malam tu... last2 deno mengantuk juga pukul 1 pagi, tapi memang habit sebelum tido mesti nak gosok gigi walaupun pukul 8malam tu dah gosok gigi.. Dengan mata ngantuk tahap cipan, deno jalan sorang-sorang masuk toilet, tak kejut pun ma.. deno tak takut sebab dah biasa duk hospital, mana2 deno pergi pun dah biasa..

Tapi kenapa la malam tu rasa seram sejukkkkk je.. Mata deno dah melilau kiri kanan, takde orang dalam toilet.. Tiba2 jantung dupdapdupdap laju semacam je, tiba2 je ada angin kuat... deno gosok gigi cepat2! Rasa macam ada orang tapi takde.. Makin cepat gosok gigi kumur2 berlari pegi kat katil, kejut ma sebab rasa takut sangat2! Tak pernah rasa takut macam tu.. Last2 tertidur juga.....


bersambung...


p/s: nanti deno sambung eh?  scary kalau ingat balik... err