Showing posts with label Cerpen Kenangan. Show all posts

Kenangan Itu # 14



Tahun 2004

SMKSS
Terengganu


xxxx


Hari ni semua cikgu terpaksa menghadiri mesyuarat. Jadi seperti biasa, semua pelajar dalam kelas masing-masing dengan hal sendiri.

Ada yang berbual-bual sesama mereka, ada yang ketawa, ada yang mengulangkaji pelajaran dan ada juga yang membuat hal sendiri.

Aku pula dari tadi mengisi masa aku dengan melukis. Selain membaca, aku juga suka melukis. Aku sudah biasa sendiri, aku tiada kawan rapat untuk menjadi teman berbual. Alin, kawan rapat aku sebelum ini telah berpindah ke kelas yang lain.

Aku dikenali sebagai pelajar yang pendiam di dalam kelas, bukanlah aku tidak mahu bercakap tapi kadang-kadang bila aku bercakap tiada siapa yang sudi mendengar.

Aku juga tiada ramai kawan. Aku faham, kawan-kawan mungkin tak biasa dengan aku yang jarang ke sekolah. Kawan-kawan tahu aku sakit, tapi mereka tak faham tentang penyakit aku. Bila aku sebut sahaja SLE, mereka akan menunjukkan reaksi wajah yang pelik.

Mungkin juga mereka takut dengan aku, takut penyakit SLE ini berjangkit sedangkan penyakit ini tak berjangkit langsung.

Hmm.. Aku rindu sahabat aku, kalau dia ada tentu dia jadi teman aku. Dia sahaja yang faham..

“Ehem ehem” tiba-tiba ada satu suara mematikan lamunan aku

“Jauh termenung? Teringat siapa tu?”

Aku terkejut. Fad rupa-rupanya.. Hmm malas betul aku bercakap dengan budak lelaki yang paling nakal dalam kelas aku ni. Dia seorang sahaja yang nakal.. Mesti ada sahaja kata-kata dia yang menyakitkan hati aku.

“Taklah. Mana ada ingat sesiapa.. “

Cepat-cepat aku simpan alat tulis dan buku lukisan aku di bawah meja. Bimbang pula diambil si Fad.

“Yer la tu... Kau ni aku tengok asyik duduk seorang je.. Dah la jarang datang sekolah"

“Aku ada terdengar cikgu kata kau sakit. Orang sakit kan cengkung.. Tapi muka kau bulat.. doraemon pun kalah! Hahahaha!”

Aku diam, aku tahu Fad memang sengaja nak menyakitkan hati aku. Aku malas nak melayan, nanti semakin menjadi-jadi dia mengejek aku.

“Kenapa diam? Betul la kan, kau bukannya sakit. Buat-buat sakit.. Pastu sengaja tak datang kelas, kan?!” Fad mengetuk kuat meja aku.

Aku cuba sabar walaupun dalam hati aku pedih sangat dengan kata-kata Fad.

Aku tak menjawab, aku diam sahaja. Aku faham perangai budak-budak nakal memang macam ni, makin dilayan makin menjadi-jadi.

“Heyy! Kau bisu?” Fad tiba-tiba memandang aku dengan wajah yang serius.

“Taklah” jawab aku sepatah.

“Tahu pulak bercakap doraemon ni.. Aku ingat bisu!” Fad menyambung gelak.

Tiba-tiba Kamal yang melihat aku dikacau, menegur kelakukan Fad pada aku.

“Hoiii fad kau buat apa tu? Kau jangan cari pasal..”

Fad hanya menjelirkan lidah seperti tak bersalah. Dia makin seronok pula menyakitkan hati aku. Mentang-mentanglah aku diam.

“Jadi memang betul la kau ni tak sakit.. Pura-pura sakit je kan. Aku tahu.. “ Fad memandang sinis.

Aku geram dengan tuduhan Fad, dia ingat aku sengaja tak datang ke sekolah..

Orang mungkin menganggap aku berpura-pura sebab aku dilihat normal, biasa sahaja dan nampak aku sama macam orang lain. Tapi orang tak pernah nampak keadaan aku bila aku sakit.. Tuhan sahaja yang tahu.

Wajah aku pula membulat kesan steroid. Sebenarnya banyak lagi kesan sampingan steroid yang aku tanggung tapi siapalah faham..

“Saya kat hospital, bukan saya sengaja ponteng kelas.. ”

Akhirnya aku bersuara.

“Aku tak percayalah. Kalau betul sakit, aku tengok kau sihat je.. Kau pura-pura je kan…” Fad bercakap dengan tanda mengejek.

“Mengaku jelah!”

Hati aku sakit. Aku berjuang macam nak mati melawan sakit di hospital, tapi aku dikatakan berpura-pura sakit?

Tiba-tiba aku rasa amat geram.

“Awk ni kenapa Fad? Apa yang awk tak puas hati dengan saya? Saya sakit ke, saya nak mati ke apa masalah awak? Saya ada susahkan mak bapak awak ke?!” suaraku menggeletar menahan geram, mataku terasa hangat tapi aku tahankan sahaja.

“Heyy ada orang marah.. Hahahaha!” Fad menjerit mengejek.

Kawan-kawan fad bersorak.

Air mataku mengalir jua.. Mata aku basah, aku sedih dipermainkan. Hati aku dipijak-dipijak, aku diperlakukan seperti aku tak ada perasaan... Aku cuba sabar walau diejek, dituduh, dikatakan bukan-bukan. Aku cuba tabah namun hati aku begitu pedih!

“Awak melampau Fad! Awak jahat!”

“Kenapa awak suka sakitkan hati saya? Awak nak sakit macam saya ke? Percayalah Fad walau satu hari awak berada di tempat saya, awak takkan tahan.. Awak takkan mampu tahan.. Takkan mampu!!” aku menjerit.

Fad tergamam

Satu kelas terdiam, semua mata memandang tepat ke arah aku.

Aku terlalu sedih, hati aku terluka..

Aku mengesat air mata dan terus berlari keluar dari kelas.

Aku ingin lari jauh..



Kenangan Itu # 13

Yr 2001

"Okey dayang, sekejap lagi dialisis kan.. Rehat cukup-cukup" pesan Dr. Lim lantas berlalu.

"Terima kasih doktor..."

Aku berterima kasih pada doktor dengan senyuman tawar. Sebenarnya aku tiada mood kerna aku masih demam, tapi sebagai tanda terima kasih pada doktor yang banyak berjasa pada ku, aku tidak lupa untuk senyum padanya setiap kali dia datang untuk melihat keadaan aku. Aku sayang Dr. Lim.

Aku hanya menjamah sekeping roti dan secawan milo. Entah mengapa seleraku hilang, aku bagaikan tiada nafsu untuk makan. Bila dipaksa barulah aku makan, itu pun kerna aku perlu makan ubat dan perutku tidak boleh dibiarkan kosong.

Makin hari, aku semakin kurus. Berat aku juga semakin susut.. Bagi aku, dah boleh mengalahkan cicak! Cicak pun aku rasakan tak kurus seperti aku ni! Hurmm... Tiba-tiba ingat pula aku pada kakak-kakak aku, apa khabar agaknya kakak-kakak kesayanganku ....

Ku lihat kanan kiri lenganku, bengkak dan lebam kerna bekas dicucuk jarum. Sedih pula aku lihat lengan aku, dah tiada rupa lengan..

"Kesian betul wahai kau lengan, tuan kau ni pun satu, kenapa tak kuat sikit" aku mengomel sendirian sambil aku gosok dan belai perlahan-lahan lenganku

Aku kembali baring..

Ku renung kipas di siling.. Melihat ia berputar, umpama masa yang terus berlalu.. Berbulan-bulan aku di sini, kesihatanku pula semakin hari, makin merosot. Banyak masa kuhabiskan dengan rawatan, namun tidak ada pula perubahan padaku.

Steroid bertambah, ubat-ubatan lain juga bertambah, harapan aku untuk pulang awal dari hospital nampaknya tinggal harapan.. Dengan keadaan aku sekarang yang terpaksa melalui rawatan heamodialisis, satu tiub dipasangkan di leher aku. Pada mulanya agak sakit, pedih.. Selepas beberapa hari, aku dah okey denga tiub tersebut.

Sebenarnya, aku tidaklah faham sangat.. Apa yang aku faham, aku perlu menjalani rawatan ini memandangkan keputusan darah aku tidak baik, dan penyakit aku iaitu SLE sekarang sangat aktif...

Aku ada terdengar Dr. Lim memberitahu abah, SLE telah meyebabkan buah pinggang aku gagal berfungsi sepenuhnya. Rawatan chemo iaitu cyclophasphamide yang aku jalani setiap bulan pun tak memberi kesan dan doktor terpaksa menghentikan rawatan chemo tersebut. 

Sekarang, inilah pengganti kepada rawatan chemo tersebut, heamodialisis. Rimas sungguh aku dengan tiub di leher aku ni, aku nak tidur agak susah.. Aku berjalan dah macam robot, nak menoleh ke kiri dan kanan pun perlu perlahan-lahan, sangat tidak selesa... Hurmm

Mujurlah di Institut Pediatik, wadnya berlainan dan selesa. Satu katil untuk penjaga/ ibubapa dan satu katil untuk pesakit, katil bersebelahan. Tidak seperti hospital lain yang katil hanya disediakan untuk pesakit. 


xxxxx


Sebenarnya, inilah kali kedua aku dengan rawatan heamodialisis. Pertama kali dulu, ketika aku mula-mula didiagnose dengan SLE, iaitu dua tahun yang lalu.

Ngeri pula bila diingat kembali, 4 bulan di hospital... Seksanya rawatan hanya Tuhan yang tahu, macam-macam telah aku rasa, kadang-kadang aku rasa seperti bahan uji kaji, sejujurnya aku pun hairan kenapa aku masih tak sembuh walaupun telah banyak rawatan aku lalui....

Aku cemburu dengan rakan-rakan yang bersama satu wad dengan aku, seorang demi seorang telah dibenarkan pulang. Aku? Bila aku boleh pulang? Aku rindu, rindu nak pulang ke rumah di terengganu, aku rindu nak ke sekolah... Aku rindu segalanya..

Mataku aku terasa hangat lagi......

Aku tak suka rasa ini tapi.....

Allah.... aku ingin sembuh.. aku rindu... aku ingin pulang... aku tertanya-tanya sampai bila aku di sini? sampai bila aku perlu melalui semua ini lagi? 


xxxxx


"Amboi dayang, jauhnya termenung... jom ke bilik HD?" ajak kak Amalina menghentikan lamunan aku

Kak amalina, nurse yang kuanggap seperi kakakku sendiri. Dia sangat baik hati dan penyayang..


"Abah mana? Nak tunggu abah?" tanya kak Amalina

"Ermm abah ke kantin tadi, takpelah kak... Jom" baru aku ingat abah ke kantin sebentar tadi.. Ermm lama pula abah ke sana. 

Aku turun dari katil dibantu oleh kak Amalina. Dia sedia maklum aku agak lemah, dengan badan yang semakin melidi, tanaga aku agak kurang. Tapi mujurlah aku dapat juga berjalan walaupun perlahan.

Turun dari katil, aku lihat baby Chong Ko Hong berdiri di pagar katil tersenyum comel dan bercakap pelatnya.. Dia menegur aku... Walaupun aku tak faham, aku gembira melihat kanak-kanak kecil itu menyapa aku.

"Bye bye Chong Ko Hong, kakak nak pergi dialisis sekejap ya" aku senyum

Kami seperti kawan baik di dalam bilik ini, dialah kawan aku walaupun dia masih bayi yang baru pandai berjalan. Aku kenal baby Chong Ko Hong semasa aku mula-mula didignose dengan SLE. Dia sakit sejak dilahirkan dan dia di hospital lebih lama daripada aku. Dia bayi paling comel dan tabah pernah aku jumpa. Aku kagum dengan ketabahan bayi sekecil itu.. 

Aku yang berusia 12tahun ini pun tak tahan dengan pelbagai rawatan yang menyakitkan, apatah lagi dia baru berusia setahun. Kuat betul si kecil Chong Ko Hong.

Aku berjalan dipimpin kak Amalina, perlahan-lahan dan gaya jalanku umpama robot... Tambahan dengan tiub dileherku, hujung tiub diikat di kepala. Tidak termasuk jarum di tangan kanan dan kiri aku ini, agak rimas sebenarnya. Setiap pergerakan aku mesti berhati-hati.

 Di sini, semuanya kanak-kanak, dari usia satu sebulan hinggalah sebaya aku. Kadang-kadang aku rasa seperti alien diperhatikan kanak-kanak kecil yang lain.. Agaknya mereka pelik melihatkan apa yang terikat di kepala aku.. Aku tersenyum sendiri.....

Ermm.. hari ni hanya dua pesakit yang menjalani rawatan HD dan aku adalah salah seorang pesakit tersebut. Aku terus duduk di salah sebuah kerusi empuk yang disediakan. Aku tarik selimut tebal yang disediakan,  menunggu kak Amalina menyediakan keperluan rawatan.... 

Aku hanya memerhatikan kak Amalina melakukan kerjanya, ada jarum, ada kapas, gauze, ubat, air ubat.. Yang lain aku pun tak pasti, cuma aku tahu rawatan ni membolehkan darah aku keluar dari badan dan dimasukkan ke dalam mesin untuk dicuci.. 

Itulah yang mama aku terangkan pada aku, semasa Dr. Lim buat keputusan rawatan ini untuk aku. Bila aku fikir-fikirkan, hebat betul orang yang mencipta mesin dialisis ini ya..

"dayang, meh akak pakaikan mask untuk dayang"

"dayang  jangan gerak-gerak tau.. akak nak pasang ni" pesan kak Amalina.

"okey kak" aku pejamkan mata. Seram pula bila melihat alatan di atas meja, tambahan dengan jarum yang besar tu, bertambah seram aku. 


xxxxx


"Adik... sayang abah!" tiba-tiba abah muncul, lantas mencium aku

"Eh abah rupanya... abah ke mana lama sangat, cakap ke kantin je.. lama deno tunggu..." aku memuncungkan mulut tanda merajuk.

"Abah terjumpa kawan tadi, terrrlajak pula berbual.. Soriii" abah tersengih dan buat muka comel

"Adik ni haaa abah beli milo ais deno dinosourous aummm!!" usik abah sambil menunjukkan sebungkus milo ais

Aku yang berpura-pura merajuk kembali gembira.

"Yay! Thank you abah i love you!" bulat mataku melihatkan milo ais yang telah lama aku idamkan. Biasanya ketika waktu dialisis, doctor memberi kelonggaran pada aku untuk makan dan minum apa yang aku suka.

"Haaa hepi tu, hepi juga... Jangan minum banyak sangat ya, dayang tak boleh minum air banyak-banyak tau" tegur kak Amalina tersenyum.

"Hehe.. baiklah" sememangnya aku mempunyai limit untuk minum air. Air aku disukat setiap hari untuk memastikan badan aku tidak "overload" dan aku tidak mengalami sesak nafas. Apabila buah pinggang tidak berfungsi, cecair dalam badan tidak dapat dikeluarkan seperti orang yang sihat.

Alhamdulillah, dapat juga menikmati milo ais, minuman kegemaran aku sejak aku kecil,. Aku senyum, tanda puas hati. Aku tak minum banyak, sekadar melepaskan keinginan aku. Aku lihat abah tersenyum sama, aku tahu abah akan gembira apabila melihat aku senyum.

"Adik ada rasa nak makan apa-apa tak? Nak roti atau nestum? Abah buatkan?"

"Taknak.. takpe dah kenyang" aku menggeleng sahaja. Aku masih kenyang dengan sekeping roti yang aku makan pagi tadi

"Betul?"

"Betulll... " aku senyum

"Okey adik rehat ya...."
"Nanti abah datang, abah nak call ma"

"Okey abah..."

Sejuk sungguh....  Suhu bilik yang sejuk pula umpama mendodoi aku....


xxxxx


Aku terjaga..

Aku menggosok-gosok mataku.. Rupa-rupanya aku masih di sini. Aku selalu berharap suatu hari aku terjaga dari lena, aku berada di rumah. Tapi itu hanyalah harapan yang aku sendiri tak tahu bila akan menjadi kenyataan

Kulihat jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 12 tengahari, bermakna dua jam aku terlena.. Masih berbaki dua jam rawatan heamodialisis aku. Beginilah aku setiap minggu,, rawatan ini dilakukan tiga kali seminggu dan masa setiap rawatan adalah 4 jam setiap sesi.

Sepi bilik ini. Yang kedengaran hanya bunyi mesin yang sekejap-sekejap bising, dan sekejap-sekejap diam...

Tak sabar sungguh aku untuk habiskan rawatan ni.. Mungkin bilik ini sepi, tapi fikiran aku tak pernah sepi dari memikirkan apa akan terjadi pada aku pada hari-hari yang akan datang... Apa akan  aku lalui lagi, adakah rawatan yang lebih teruk? .

Aku juga risau, tak lama lagi aku akan menghadapi peperiksaan UPSR. Adakah aku dapat menduduki peperiksaan tersebut? Sempatkah aku?

Allah......

Mataku terasa hangat lagi......


xxxxx


"Ok dah.... Dah boleh balik bilik.."

"Abah dayang, dayang dah siap dah" beritahu kak Amalina pada abah

Aku terlena lagi.. Segalanya telah siap semasa aku terjaga dari lena. Badan aku rasa lemah, sendi-sendi aku rasa sakit, aku rasa teramat penat.

Beginilah keadaan aku setiap kali rawatan selesai, seluruh badan aku terasa lemah sehinggakan aku tak mampu untuk berjalan. Aku tak tahu bagaimana dengan orang lain, tapi beginilah aku apabila selesai rawatan. Adakah sebab aku hanya berusia 12tahun?

Aku lesu, lemah sahaja aku rasanya..

"Adik.. abah angkat adik ya"

Aku mengangguk perlahan, mataku pejam. Sungguh lemah aku rasakan sehinggakan nak bercakap pun aku tiada tenaga...Abah mengangkat aku ke bilik, dan perlahan-lahan abah baringkan aku di katil...

"Adik rehat.. sekejap lagi ma sampai, adik tidur ya" beritahu abah

"Abah keluar sekejap"

Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham


Aku penat... aku ingin rehat.........



p/s: pada tahun 2001, my SLE flare teruk.. my kidney totally rosak becoz of SLE/Lupus


**related entry : deno and SLE


Kenangan Itu # 12

Tahun 2003

Aku merenung keras ujian yang diberikan oleh cikgu.. Rasa sebak kembali lagi, hati aku bagai dihiris-hiris.. Terkenang peristiwa yang berlaku di sekolah tengahari tadi...


xxxxx


SMKSS


"Dayang! mari ke depan!" Cikgu memanggil aku dengan muka yang yang serius dan suara yang lantang. Satu kelas tersentak, terkejut dengan suara cikgu yang kuat. Mendengar namaku dipanggil, aku bangun dan berjalan perlahan ke meja cikgu.. Aku rasa tidak sedap hati, lebih-lebih lagi melihat renungan cikgu pada aku.. Jantung aku berdegup laju..

"Awak tengok result awak nih!"cikgu menunjukkan kertas ujian bulanan Sejarah padaku. Tercatat markah yang rendah dan aku tahu markah tersebut menunjukkan aku gagal. Namun aku tak terkejut.. itu sudah aku jangkakan kerana beberapa minggu ini, aku jarang ke sekolah kerana masalah kesihatan aku.. Banyak masa aku dihabiskan di hospital, aku tak dapat fokus belajar....

Aku diam.. aku hanya tunduk merenung kertas ujian aku.. Aku tidak berani memandang wajah cikgu yang merenung aku dengan renungan tajam seperti singa yang mahu menelan mangsanya!

Tiba-tiba...

"Awak ni belajar ke tak? Orang lain  boleh lulus kenapa awak gagal?!"

"Awak buat apa? Kalau result macam ni, baik awak tak payah ke sekolah! Buang masa saya je ajar awak!!" Lantang suara cikgu memarahi aku..

Aku tergamam. Aku rasakan seperti ada batu besar memhempap atas kepalaku.. Aku tak sangka aku akan ditengking sebegitu rupa di hadapan rakan-rakan sekelasku.. Aku tunduk,  mataku terasa hangat namun aku tabahkan hati supaya tidak menangis di hadapan cikgu dan rakan-rakan..

"Sudah! Pergi duduk tempat awak!" 

Aku berjalan perlahan ke arah meja.. langkahku rasa lemah sekali.... Aku duduk.. mengetap bibir.. menahan air mata.. Namun ada juga titis jernih mengalir perlahan di pipiku... 

"Awak okey...?" tiba-tiba sahabatku di sebelahku menegurkan..

"Saya okey.. tak apa.. terima kasih.." aku tersenyum tawar 


....................


Loceng waktu rehat telah berbunyi.. semua rakan-rakan keluar mengisi perut lapar.. aku...?Aku keluar dan berlari ke hujung bangunan kelas... di tempat yang tiada pelajar..

Aku duduk di satu sudut.. Terngiang-ngiang kata-kata cikgu pada aku.. Aku rasa terhina..Tak pernah aku rasa sebegini! Air mata yang aku tahan-tahan sejak tadi akhirnya mengalir laju membasahi pipiku.. Ya allah, teruk sangatakah aku? Sedih sangat ....

"dayang......." tiba-tiba ada satu suara yang aku kenal menegur aku dari belakang...

aku menoleh ke belakang.. rupa-rupanya adzian ada mengekori aku..
"Kenapa ni dayang... awak fikir pasal tadi lagi?" adzian bertanya kepadaku

"Awak........" aku mengetap bibir menahan tangisku.....

"Saya ni bodoh ke? Teruk sangatkah saya? Tak layakkah saya belajar???" Esakku makin kuat.. bertalu-talu soalan yang bermain diminda aku, aku luahkan pada sahabat karibku itu..

"Dayang.... kenapa cakap macam tu....? Awak tak bodoh... kalau awak bodoh, kenapa dulu masa UPSR awak dapat 5A? kalau awak bodoh, kenapa awak dapat belajar di sini? Tak baik awak cakap macam tu...." adzian membantah kata-kataku..

"Habis tu.. kenapa cikgu sanggup kata saya macam tu? Tak bolehkah cikgu cakap baik-baik dengan saya? Saya ditengking di depan kawan-kawan... Tak pernah saya rasa terhina macam ni... Kenapa orang susah nak faham? Bukan saya tak mahu belajar! bukan saya malas... saya... saya...." aku kehilangan kata-kata.. aku rasa sangat sebak apabila ingat kembali kata-kata cikgu

" Awak..... mungkin cikgu terlalu marah tadi... Saya tahu, awak banyak sakit beberapa minggu ni, awak pun banyak tak datang ke sekolah sebab sakit kan...? Sebab tu awak tak dapat nak beri perhatian penuh dalam pelajaran..." "awak sabarlah..." tambah adzian sambil menghulurkan beberapa helai tisu kepada aku..

"Dah la... jangan menangis.. jangan fikirkan sangat hal tadi, nanti awak stress pula.. kalau awak stress nanti bestfriend not forever a.k.a mr. SLE yang macam biskut chipsmore tu datang kacau awak macam mana? tak pasal-pasal awak sakit... risau saya nanti! " adzian menasihati aku.

"Dayang.. awak jangan bimbang saya ada... baiklah! saya sebagai bestfriend forever awak berjanji dan berikrar  akan sentiasa menyokong dan menyayangi awak sampai bila-bila! Percayalah!" Adzian tiba-tiba memberi tabik hormat yang lagaknya seperti seorang inspektor polis! 

Dalam tangis, aku tergelak kecil..Hati aku sedikit terubat dengan nasihat dan gelagat sahabat karib aku ini.. Adzian, sahabat aku sejak tingkatan1..

"Ish.. nakal la awak ni adzian..." aku tersenyum

"Haaaaa.... kan comel senyum macam tu... " lalu Adzian menghulurkan sebungkus roti padaku..

"Tak apa la awak.. saya tak lapar..." aku menolak kerana seleraku kurang sejak peristiwa di kelas tadi.

"Awak tak lapar atau...... ha! kalau awak tak makan nanti saya report pada ayahanda awak! makan ya? " Adzian memaksa aku makan.. aku tahu dia risaukan aku.. Esakku sudah makin perlahan...

"Hmmm... baiklah tuan puteri.. patik ikut sahaja..."aku mengambil bungkusan roti sambil bergurau dengannya.. aku mengikut sahaja kehendak dia.. sebenarnya aku rasa bersalah kerana menyusahkan dia dan membuat dia risau..

"Awak.. terima kasih kerana menemani saya dan faham saya.. terima kasih juga kerana menjadi sahabat saya.. saya sayang awak!" lantas aku terus memeluk adzian.. aku rasa sangat terharu mendapat seorang sahabat sepertinya...

Adzian juga memeluk aku dengan erat.. Kemudian dia meleraikan pelukan dan memandang tepat ke arahku..

"Saya juga begitu.. terima kasih awak kerana menjadi sahabat saya.. Saya sayang awak.. Kalau awak sayang saya, janganlah menangis lagi..  janjilah dengan saya yang awak akan jaga kesihatan awak dengan baik, okey?"  nampak keikhlasan di raut wajahnya..

"Baiklah awak........" aku terseyum kembali....



xxxxxx



Tok tok tok!

Lamunan aku terputus dengan bunyi ketukan pintu bilik.. tanpa sedar, air mata aku mengalir.. cepat2 kukesat air mata agar tidak diketahui abah.. aku tak mahu abah atau mama risau.....

"adik... adik... buat apa tu... jom makan!" abah mengetuk pintu memanggil aku untuk makan..

"ya abah!!! sekejap! nanti deno keluar! " aku membalas dari dalam bilik... cepat-cepat kusapu sisa titis jernih di pipiku

Dalam kesedihan, aku tersenyum.. aku bersyukur, aku mempunyai sahabat sebaik dia.





p/s: pada tahun 2004, SLE sangat aktif dan deno kerap sakit dan banyak "menginap" di hospital.. pada tahun tersebut, deno dapat pengecualian khas daripada Kementerian Pelajaran Malasyia daripada menduduki peperiksaan PMR dan terus naik ke tingkatan 4 dan deno terlewat sedikit masuk tingkatan 4 kerana masalah kesihatan... syukur walaupun kerap sakit, pada tahun 2006 deno dapat menduduki SPM dan mendapat keputusan yang baik.. alhamdulillah :') 



Kenangan Itu #11

Tahun 2011

Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

Wad ICU


Tit.. tut.. tit.. tut....... tut tut tut tut tut!!!

Bunyi tersebut membuatku terjaga. Bunyi apakah itu? Aku perlahan-lahan membuka mata.. oh aku masih di sini rupanya... di wad ini.

“eh kenapa mesin ni berbunyi..? dik... dik...” tiba-tiba seorang wanita berpakaian biru datang hampir kepadaku.. siapakah dia..? aku cuba ingat siapa dia.. akhirnya aku ingat, dia ialah salah seorang jururawat yang menjagaku. Dia mengusap kepalaku sambil berbisik perlahan...

“dayang sayang.. kakak alih tangan dayang sikit ya... tertindih wayar ni..” jururawat tersebut membahasakan dirinya sebagai kakak kepadaku. 

Aku hanya mengangguk, tidak berdaya untuk bercakap. Wayar berserabut di seluruh tubuh aku, terdapat juga tiub dan wayar di mulut dan di dalam krongkongku. Aku tidak dapat bercakap langsung.

“maaf ya, kakak alih sikit..” jururawat tersebut mengalih  tanganku yang tertindih wayar dengan lembut dan perlahan. Dialihnya pula wayar tadi ke tepi.. Aku hanya mampu melihat. Bunyi bising mesin tadi sudah tidak kedengaran.

Aku menggerak-gerakkan tangan, badan yang penuh wayar membuatkan aku rasa tidak selesa. Aku ingin bangun tapi keadaan badanku yang lemah tak mengizinkan. 

“eh adik... jangan bergerak dik.. sakit nanti dik....” jururawat yang baik hati tadi melarangku daripada bergerak. Dia mengusap kepalaku sambil meminta aku rehat.. aku akur, aku memang tidak boleh banyak bergerak. Aku sangat lemah, ya, aku akui itu. Memang aku perlu rehat.


xxxxx


Aku terjaga lagi. Macam-macam bunyi di sini yang terdengar. Mata aku masih juga kabur, aku tak nampak seperti biasa. Namun aku masih boleh melihat.

Aku menoleh ke kiri, tiada sesiapa.. aku menoleh ke kanan.. aku nampak seorang berpakaian putih sedang asyik menulis. Aku pasti, dia ialah seorang doktor. Aku memerhatikan doktor tersebut, tekun sungguh dia menulis. Di sebelahnya pula ada seorang jururawat. 

Sunyi sahaja wad ini. Yang aku dengar hanyalah bunyi mesin yang tak henti-henti. Suasana di sini pun sangat sejuk. Aku hanya mampu terkelip-kelip, tertanya-tanya, di manakah ibu dan ayah ku? Adik-beradikku?

Aku cuba bercakap...”aaa.. aaa” semakin kuat pula aku cuba bercakap. Aku tak berdaya nak bercakap. Semakin aku cuba, semakin perit kerongkong aku. Ahhh.. ya allah... hiba sungguh aku dengan keadaan aku ini. Aku hilang upaya untuk bercakap! Aku tak mampu bergerak! 

Aku sayu...... air mata mula gugur.. tak dapat aku luahkan rasa sedih aku.. hanya allah tahu perasaan ku.“ahhh.. ahhh” aku cuba lagi. Tiba-tiba seorang jururawat datang kepadaku.

“dik, jangan dik... sakit nanti dik...” dia menghampiriku sambil menggosok-gosok badanku. Air mataku mengalir lagi... saat ini hanya air mata yang menggambarkan kesedihan aku ini.
“dik.. kenapa menangis ni.... adik sakit...?” aku menggeleng. 

“jangan nangis dik... macam mana nak baik kalau asyik nangis ni.... adik rindu mak dan ayah?” aku mengangguk perlahan. Pertanyaan tersebut membuatkan air mataku makin laju.. aku takut di sini keseorangan,aku mahu ma dan abah.. aku mahu mereka di sisi aku..

“adik.. mak dan ayah ada... sekarang tak boleh masuk lagi.. mak, ayah, adik-beradik adik semua ada kat luar... diaorang ada masuk jenguk adik pagi tadi... jangan sedih ya....” ujar jururawat kepadaku sambil mengesat air mataku.

“jangan sedih ya..... sabar banyak-banyak.. kakak tahu adik kuat... jangan banyak nangis, nanti macam mana nak sembuh.. sekejap lagi kakak nak masukkan ubat, adik rehat ya.. “

Apabila aku tahu ma, abah dan semua kakak aku ada, aku rasa lebih tenang. Tangisku makin perlahan. Aku rindu mereka. Kalau boleh, aku mahu bangun dan peluk mereka semua.


xxxxx


“adik.... masa untuk ubat” jururawat tersebut senyum kepadaku sambil menyuntik ubat ke dalam sebuah botol yang tergantung di sisi aku. Hmmm.. banyak sungguh wayar di lenganku.. Di kaki pula terdapat dua wayar... Di dadaku pula berserabut wayar yang aku pun tak tahu fungsinya. Yang aku tahu, aku dengar bunyi mesin sahaja.

“okeh, jom dik kita mandi! ” mandi? Aku pelik. Macam mana aku nak mandi? Wayar yang banyak di tubuh badanku, aku juga tak dapat bangun dan macam mana pula tiub pernafasan di dalam mulut aku ini? Aku pelik.

“jom..... kakak mandikan ya...” jururawat tersebut perlahan-lahan mengelap badan aku. Dia mengelap dan menggosok badanku dengan lemah lembut. Baru aku tahu mandi yang dimaksudkan dia.

Seluruh badanku dilap.. disabun.. kemudian dilapkan balik... aku kemudian disapukan bedak dan disarungkan baju yang baru.. rambut aku juga disikatnya. Aku rasa seperti seorang bayi, aku sangat lemah.. semuanya diuruskan oleh dia. Allahuakhbar.. lemahnya aku...

Jururawat  ini sangat lembut dan berhati-hati. Walaupun badan aku penuh wayar, aku tidak berasa sakit dimandikan. Aku berasa sedikit segar walaupun badanku lemah. Baik sungguh jururawat yang menjagaku. Terima kaish kakak..

Aku mula rindu ma dan abah.... aku mahu jumpa mereka.... 

ma abah... adik rindu....





Kenangan Itu # 10

Yr 2001

Wad KK1, Institut Pediatrik


"adik.... adik okey? nak makan?" mama mendekati aku sambil mencium aku. aku hanya menggeleng lemah.. rawatan pada aku ini sememangnya melemahkan aku. aku tidak ada selera makan.. hari ini aku hanya menjamah sekeping roti.. tekakku rasa sangat perit.

hari ini aku hanya baring, menghabiskan masa di atas katil ini. tubuhku lemah, bangun pun tidak berdaya. seluruh badanku rasa sakit dan lemah. aku tahu semua ini kesan rawatan yang diberikan pada aku.. perut aku ditebuk dan dimasukkan tiub.. Aku pun tidak tahu apa rawatan ini... Apa yang aku athu, aku rasa sakit....

aku tak tahu bila rawatan seperti ini akan berakhir. sebolehnya aku tak mahu menanggung sakit ini, mujurlah mama dan abah sentiasa memberikan semangat, sentiasa di sisi aku.

mungkin kerana aku hanyalah budak yang berusia 12tahun, badan aku tak kuat...

kali ini aku terpaksa ditahan di wad lebih lama.. doktor cakap sle aku sangat aktif, aku perlukan rawatan.. aku tahu, itu tanda tidak baik jika aku lama di sini.

aku lihat tangan kiri dan kananku, semuanya lebam.. biru.. semua kesan jarum, kesan ubat. setiap kali bengkak, setiap kali itu jugalah jarum baru akan dipasang... arghh! sakit! bukan sekali dua dicucuk, bahkan tujuh kali! sebolehnya aku mahu lari dari sini tapi apa daya ku, aku sendiri lemah...

aku teringat kejadian semalam....


xxxx


"sakit!! sakit!! tak nak!! ma.. nak balik!!" aku meraung sekuat hati.. dua orang nurse yang memegangku ditendang oleh aku. doktor yang nak menjahit perut aku terjatuh ditepis aku. aku tak tahu dari mana kekuatan itu datang. 

"adik... sabar sayang... sikit je.. adik nak sembuh kan.." mama memujuk aku tapi itu tak dapat mematikan kesakitan yang aku tanggung.

"amalina, awak panggil tiga lagi kawan.. kuat sangat dayang ni" arah doktor di sebelahku. air mataku laju mengalir, aku sakit. mengapa mereka buat begini padaku? berilah aku ubat supaya aku tak menanggung sakit ini. mengapa dijahit tanpa ubat? mengapa?

"taknak! tak nak! tolong taknak! sakit!" aku menjerit lagi, air mata membasahi wajah aku. sesungguhnya hanya Allah tahu kesakitan yang aku tanggung sekarang.

aku tak dapat bergerak lagi, lima orang nurse memegang aku, aku tak dapat bergerak lagi.. sekuat mana pun aku menjerit, aku merayu, mereka tetap memegang aku dengan kuat agar aku tak meronta-ronta. oh tuhan.. tolong aku..

aku menangis semahu-mahunya, doktor tadi meneruskan tugasnya, menyiapkan jahitan yang terbuka diperutku tanpa sebarang ubat atau bius.. aku hanya mampu melihat dan menangis menahan kesakitan... selepas itu aku tak sedar lagi..


xxxx


aku mengeluh lagi... mengimbas kembali kejadian semalam membuatkan aku rasa fobia, fobia melihat doktor semalam. ma ada memberitahu, doktor terpaksa kerana bimbangkan jangkitan kuman jika terlambat.. tetapi aku masih membenci doktor itu kerana menyeksa aku! sakit dimasuk jarum, sakit dijahit.. mereka ingat aku kain? 

aku terfikir, apakah lagi penderitaan yang aku lalui nanti.. adakah lebih teruk dari semalam? aku ngeri bila diingat-ingatkan... ya allah.. janganlah aku melalui semua itu lagi.. tak tertanggung rasanya sakit..

bilalah penderitaan aku akan berakhir....





Kenangan Itu # 9




KPJ Damansara

Mac 2011


"dayang ada SLE, possibility dapat problem jantung sangat tinggi sebab badan dayang lemah, antibodi pun lemah.... "

"jantung dayang ada masalah...injap jantung dayang ada kebocoran sedikit. dayang perlu ditahan i wad" beritahu dr daud sulaiman pada aku, mama dan abah.

"memang perlu dapatkan rawatan untuk ubat, kalau kebocoran injap makin serius, kemungkinan perlu buat operation untuk ganti injap baru... so, nanti balik terengganu dayang berikan surat ini doktor dayang di sana ya..." tambah dr daud lagi.

berita itu bagaikan panahan petir yang datang kepadaku. hatiku dipukul rasa sebak, sayu, sedih.... aku terkejut. sangat terkejut!

semua persoalan yang bermain di fikiran aku selama ini telah terjawab. kesihatan aku yang merosot selama ini adalah berpunca dari masalah jantung aku. 

patutlah aku demam setiap hari, dada aku sakit sampaikan aku tak boleh baring, dada aku sakit bagaikan nak pecah! jantung aku berdegup laju dan kuat sehinggakan badan aku pun bergiyang. rupa-rupanya jantung aku bermasalah

setelah 12 tahun bersama sle, sekarang aku perlu menerima hakikat yang jantung aku bermasalah. aku rasa sangat sedih.. aku ingin menangis waktu ini juga tapi aku tahan. aku tak mahu menangis di hadapan doktor, mama dan abah. walaupun dalam hati aku, hanya tuhan tahu......

sungguh, hati aku dirobek lagi dengan berita dari doktor sebentar tadi... 


xxxx


dalam perjalanan balik dari hospital, tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibir aku. mama dan abah pun tidak menegur aku, aku tahu mereka faham. mereka membiarkan aku melayan perasaan aku.

aku hanya memandang kosong surat dr daud. kata-kata dr daud terngiang-ngiang di telinga aku.

mataku terasa hangat kembali.. aku rasa sebak, sedih sangat... kenapa kuat sungguh dugaan tuhan pada aku... kenapa dugaan ini makin kuat.. aku tak kuat.....

perlahan-lahan kukesat air mata.. ingin ku tahan tetapi hatiku rasa begitu sebak.. mengapa aku? aku penat.. aku penat dengan sakit... kenapa mesti aku? cukuplah dengan kesakitan aku tanggung dengan SLE selama ini.. kenapa makin betambah derita aku...

sungguh hati aku rasa sungguh pilu, ingin aku menangis sepuas hati aku, ingin aku jerit sekuat hati tapi.... aku tak mahu abah dan mama risau dengan aku yang sedia tak sihat... 

Allah....

aku tak kuat, aku penat... aku tak mahu tinggal di hospital. aku tak mahu!!!aku nak jadi orang biasa.. aku nak jadi macam orang normal.. dah banyak semester aku terpaksa tangguh sebab sakit ni..

banyak perkara yang aku suka aku tak buat sebab sakit ni, semua terhalang disebabkan sle.. sekarang dengan masalah baru pula.. 

kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku tak pergi sahaja seperti kawan-kawan aku yang lain... ramai kawan-kawanku telah pergi... kenapa aku tak pergi semudah mereka agar aku tak menanggung derita sakit ni lagi? kenapa.. kenapa?

aku tak sanggup melalui semua ini lagi..aku penat, sangat penat.. Allah...

Allahuakhbar... tak pernah aku rasa sedih macam ni dalam hidup aku


Tuhan... tolong aku.. tolong beri aku kekuatan.... T_T



p/s: terkenang kembali.. sumpah masa tu memang masa tu sedih dan rasa hopeless sangat2 



Kenangan Itu # 8

Institut Pediatrik

Wad KK1


January 2000


"kak ana!! tunggu la! penat la...."

aku berhenti berlari setelah kepenatan mengejar kakakku, kak ana. kak ana memang laju berlari. maklum sahaja orangnya tinggi, tentu langkahnya panjang.

"apalah deno ni.. lari sikit dah penat. jom lumba lari lagi! kita tengok siapa menang? hahaha...." kak ana mencabar aku.

"malaslah, asyik kak ana je menang... mana aci! tak best lah!" aku memalingkan muka, sengaja aku buat merajuk.

"ye la, ye la.... lepas ni kak ana bagi deno menang...." kak ana datang kepadaku sambil memujuk.

aku masih memasamkan muka tanda merajuk.

apabila kak ana sampai dekat padaku, aku terus berlari!

"haha.... kak ana kalah!" aku berlari sekuat hati untuk mengalahkan kak ana.. tanpa aku sedari, aku tersepak batu dan terus jatuh.

kak ana berlari mendapatkan aku....

xxxx

 "dayang... dayang..."

kedengaran suatu suara lembut memanggil namaku... siapa yang memanggil aku?

"dayang.... dayang sayang...."

suara itu memanggil lagi namaku, terasa tubuhku diusap perlahan.. aku membuka mata. aku lihat seorang perempuan berpakaian putih tersenyum memandang aku .. aku masih bingung.. kenapa perempuan itu ada di sini?

aku mengosok-gosok mata.. aku masih lagi bingung, di mana aku?

"dayang.... sini lengan.. akak nak masuk ubat ni..."

apabila terdengar perkataan ubat barulah aku ingat aku masih di hospital.. 

hmmm... di sini lagi rupanya aku.. aku hanya membiarkan kak ju iaitu nurse yang menjaga aku untuk menjalankan tugasnya, iaitu memberi aku ubat. 

aku melihat ubat tadi menitis perlahan-lahan... bila agaknya aku nak sembuh? setiap hari aku dimasukkan ubat, tetapi kesihatan aku masih juga merosot.

aku mengeluh lagi...

aku melihat sekeliling bilik, semua pesakit sedang nyenyak tidur. mama  masih lena di sebelahku.. sekarang masih awal pagi..gelap. hanya sedikit cahaya dari lampu di luar bilik. agak aku sekarang dalam 5pagi...

aku cuba ingat kembali,  tadi aku sedang bermain dengan kak ana.

baru aku sedar tadi aku mimpi rupa-rupanya... aku tersenyum sendiri. aku bermimpi berjumpa dan bermain dengan kak ana, rindu sungguh. terima kasih Allah berikan aku mimpi indah tadi....

aku rindu gelak tawa kak ana, dia kakak ke empat dalam adik-beradik aku. beza aku dan kak ana tiga tahun. aku juga rapat dengannya walaupun dia adalah kakak yang paling kuat mengusik aku sehingga aku menangis. 

hampir dua bulan aku di sini... aku juga rindu untuk bersama ke empat-empat kakak kesayanganku.. aku terbayang wajah kaklong, kakngah, kak obi dan kak ana.

tanpa aku sedari, air mataku mengalir..

tuhan..... aku rindu mereka...


xxxx


alhamdulillah.. kenyang...

sedap pula sarapan pagi ni. sarapan pagi ini ialah bihun tawar bersama telur rebus. minum pula milo, iaitu kegemaran aku. walaupun sekadar bihun goreng tawar berwarna putih, aku suka sebab jarang dapat makan mi. satu nikmat dapat makan mi.

ubat-ubat aku yang berbelas jenis tu telah aku telan selepas sarapan.... bosan betul aku makan ubat, semuanya pahit! nasib baik ada air milo yang boleh bantu hilangkan pahit tu... tapi takpe lah, dapat makan mi pun dah buat aku gembira.

"amboi, senyum je adik.. sukalah tu dapat makan mi..." tegur mama

"macam mana tak suka, dah dekat dua minggu... roti.. telur.. roti.. telur.. jemu la...." ujar aku sambil menjelirkan lidah seperti nak muntah.

"haish adik! tak baik cakap macam tu.. kita beruntung ada makanan.. orang kat somalia tu kebuluran tau.. syukur kita tinggal kat sini" mama menegur kelakuan aku.

"hehehe... sori sori.. tak jemu.. bosan je..." aku tersengih. ma mencubit manja pipi aku yang tembam ini lantas memeluk aku sambil menggeletek aku. "eh.. geli la ma..hahaha..!" aku ketawa dengan usikan mama... mama kemudian berhenti dari menggeletek aku. bimbang jarum di lenganku terusik

"adik... ma nak ke kantin ni.. adik rehat sini tau, duduk diam-diam sini. jangan pegi jalan-jalan kat atas pulak.. pukul 9 doktor datang... adik nak pesan apa tak? nak roti?"

"emm... taknaklah.. dah kenyang.. ehehe"

memang aku dah kenyang. sepinggan bihun aku habiskan. pukul 12 nanti makan tengahari pula, banyak betul aku makan kat sini tapi aku macam tu jugak. kurus kering mengalahkan cicak.

"okeylah, kalau taknak apa-apa, ma pergi sekejap ya...  bacalah buku tu.. tata adik." mama melambai padaku dan berlalu pergi.

hmmm... lambat la doktor ni.. aku baru bercadang nak berjalan-jalan di taman tingkat atas. takpelah... tunggu mama balik dulu, nanti nak ajak mama naik.

mana la dr lim ni.......




Kenangan Itu # 7

Disember 1999

Wad 6EF, HSNZ


Sekumpulan doktor mengelilingi aku... kebanyakannya doktor pelatih.. hanya seorang doktor yang kukenal iaitu dr jimmy... ketua doktor di wad pediatrik ini.

aku hanya terkelip-kelip mendengar perbualan ma dan dr jimmy.. sebenarnya aku tidak berapa faham apa yang tidak kena dengan diriku. hampir sebulan aku ditahan di wad, tapi kesihatan aku masih juga seperti dulu.

setiap hari darah aku diambil untuk ujian. setiap hari aku diberi ubat tapi keadaan aku tak berubah.. 

"kenapa dengan anak saya doktor? saya tengok tak berubah... makin teruk pula...."
"saya hairan.. darah diambil setiap hari tetapi keadaannya tak berubah""

ada riak risau di wajah mama

"puan.. kami dah buat pelbagai ujian.. tapi kami tak dapat kenal pasti penyakit dayang.." jawab dr jimmy.

"keputusan darah yang kami dapat pun tak dapat membantu..."

"di sini kami tiada pakar..." tambah dr jimmy.

"doktor... saya bimbang sesuatu buruk akan berlaku nanti.. ada tak lain-lain rawatan untuk dayang...?" abah pula bertanya selepas lama memerhati

"tuan, puan.. saya rasa tiada cara lain.. dayang mesti dihantar ke hospital lain untuk rawatan pakar... mungkin di sana penyakit dayang dapat didignose.." ujar dr jimmy

"ada dua pilihan.. husm kubang kerian di kelantan atau institut pediatrik hkl... dua-dua hospital ada pakar... semua atas pilihan puan dan tuan" dr jimmy memberi pilihan kepada ma dan abah.

"baiklah doktor.. kalau itu yang terbaik untuk dayang, saya bersetuju sahaja... kesian anak saya dah sebulan di sini tapi tak sembuh-sembuh.." ujar abah sekilas memandang aku

aku serah semua keputusan kepada mama dan abah.. yang pasti aku mahu sembuh dan sihat seperti biasa.

sebulan aku di sini tetapi aku masih tak tahu aku sakit apa.. dan sekarang aku terpaksa mendapatkan rawatan di tempat lain... mama dan abah membuat keputusan untuk membawa aku ke institut pediatrik, hkl.. di sana lebih ramai pakar dan aku mengikut saja...

xxxx

aku gembira dapat keluar dari wad, pada masa yang sama aku sedih sebab terpaksa ke hkl.. aku tahu, aku pasti ditahan di hospital setibanya di sana.

aku akan ke sana bersama mama abah.. 

sebenarnya, aku rasa sedih...

aku juga tidak puas bersama-sama kakak-kakak kesayanganku, sebulan kami berpisah kerana ditahan di hospital... dan sekarang aku terpaksa pergi..

aku harap aku tak lama di sana... aku harap aku tiada penyakit kronik... aku harap semuanya baik untuk diriku... 

insyaallah....


xxxx


"adik... adik... bangun sayang... dah sampai ni..." Sepanjang perjalanan aku tidur. badan aku sebenarnya tidak sihat... aku pun tak tahu kenapa badan aku lemah macam ni.

aku menggosok-gosok mata.. tempat ini memang asing bagi aku. maklum saja aku tak pernah ke sini.. aku mengambil cermin mata, barulah aku dapat melihat jelas... inilah institut pediatrik yang dr jimmy katakan itu..

aku harap aku tak lama di sini.....


...........................


p/s: tak lama? 4 bulan ditahan untuk treatment di Institut Pediatrik, dah macam2 rasa .. huhuu seksa sangat


Kenangan Itu # 6

Yr 2000

PICU, Institut Pediatrik


Aku tak boleh bercakap. aku tahu. semua sebab tiub ini. tiub di dalam mulut

"adik... ma ni sayang..." mama berada di sisi aku. Baru aku sedar aku berada di satu tempat lain. bukan di wad KK1 tempat biasa aku.

Mama mengusap kepala aku. abah pula berkali-kali mencium aku, abah memerhati sahaja aku. aku tahu abah sebenarnya risau dengan keadaan aku.

aku memandang sekeliling... namun pandangan aku agak kabur

hanya kedengaran bunyi mesin, badan aku pula penuh dengan wayar-wayar yang aku sendiri tak tahu fingsinya... aku tidak dapat bergerak

aku pandang mama.. mama berada dekat denganku

aku lihat  ada titis jernih mengalir di matanya, tapi mama tetap senyum.. aku tahu mama mahu aku kuat, kuat menghadapi sakit aku... aku juga tahu mama sangat bimbang keadaan aku,  apa yang aku dengar dari perbualan mama dengan abah, semalam jantung aku terhenti 5 minit. mujurlah doktor cepat bertindak dan jantung aku berdegup kembali.

Ya Allah... teruk rupanya keadaan aku. aku tak sangka keadaanku menjadi seteruk itu.

"adik.. adik rehat banyak-banyak ya... ma tahu adik kuat, sayang abah ma ni kuat, tak lama lagi mesti dia sihat dan boleh lari-lari" ma mengusap kepala aku dengan lembut. aku rasa sungguh tenang apabila mama berada di sisi aku. 

"ya adik kuat. anak abah ni kuat semangat. nanti bila sihat abah bawa adik jalan-jalan ya.." tambah abah sambil tersenyum.

aku sekadar mengangguk lemah...

aku perlahan-lahan menutup mata.. aku penat.. aku ingin rehat..


Kenangan Itu # 5

Yr 2000

Institut Pediatrik


"adik, tunggu sini tau.. ma daftar.. lepas ni kita turun bawah.." pesan ma pada aku. 

"okeh..." aku menjawab sepatah sambil tersenyum. itu memang perkara biasa, setiap bulan mma dan abah pasti bawa aku ke sini untuk rawatan kimoterapi, rawatan yang memang wajib aku lalui setiap bulan.

aku berdiri di satu sudut.. bosan menunggu mama mendaftar, aku berjalan-jalan di sekitar taman. terlihat ramai pesakit sebaya aku di sini, ada juga yang lebih kecil dariku.. semua pesakit di sini di kalangan kanak-kanak. bayi yang kecil itu juga mendapatkan rawatan di sini. kesian betul dengan bayi itu...

"adik.. dah! jom turun..." suara mama mematikan lamunan aku. 

aku mengikut mama turun ke wad KK1.. wad pertama dan mula-mula aku kenal... wad yang aku tinggal selama 4 bulan ketika mula-mula aku didignose ada sle.. wad ini sangat cantik dan ramai nurse yang baik...


 xxxx


"dayang... awal datang... " sapa seorang nurse sambil tersenyum.. dia ialah kak amalina. dia ialah salah seorang nurse yang aku anggap seperti kakak aku sendiri, aku sangat sayangkan kak amalina.. dia baik hati

"okey.. dayang duduk bilik empat katil nombor dua.. lepas ni d.r yap datang buat line.. pergi la rehat dulu.." beritahu kak amalina dan berlalu 

aku mengikut mama ke bilik empat. di sini suasananya lebih selesa kerana katil disediakan dua untuk setiap pesakit. satu katil untuk pesakit dan satu katil untuk ibu. semua wad begitu dari wad KK1 sehingga KK 10. sekurang-kurangnya ma akan selesa apabila tidur nanti. abah akan datang petang nanti..

usai menukar pakaian aku baring merehatkan diri. badan aku perlu rehat yang cukup memandangkan aku akan melalui rawatan kimo.

"hai dayang..." datang dr yap secara tiba-tiba.

"saya nak buat line.. biar saya tengok lengan awak.."

"kecilnya urat awak dayang...  macam mana saya nak buat line ni.."

aku tersenyum. memang urat-urat lenganku kecil, selalunya memang susah bila doktor mahu membuat line. memang pesakit sle urat-urat lengan mengecil. itu memang lumrah.

"macam mana ni...? saya cucuk lengan boleh..?" dr. yap bertanya pada ku.

"boleh..." aku iyakan saja walaupun aku tahu jika lengan dicucuk lebih sakit berbanding tempat biasa. 

"doktor buat je la kat mana-mana.. asalkan ubat boleh masuk dah la..."

aku tersengih. aku bersedia, memang sakit tapi aku perlu bersabar.

itu sahaja yang selalu ma pesan, sabar adik..


xxxx


6 jam dah berlalu

ubat kimo yang bernama cyclophosphamide atau dipanggil cyclo mula memberi kesan yang aku tak tak suka.

aku berasa loya. sepanjang masa aku berasa loya. aku tak boleh makan kerana aku rasa nak muntah. aku tahan sahaja agar tak muntah. rakan di sebelah katil okey sahaja dengan ubat kimo, tapi aku? aku memang lain daripada kawan-kawan... apabila rawatan kimo, aku mesti ditahan dua atau tiga hari sedangkan kawan aku sehari sahaja... hurmm...

.........

aku muntah juga akhirnya.. aku muntah tepi katil! kesian mama panik tengok aku. mama terus memanggil nurse. aku dibekalkan dengan beg plastik kuning. aku muntah amat banyak, badan aku lembik dan tak bertenaga.

aku pening, badan aku sakit-sakit.. aku rasa lemah..

mama mengurut-ngurut aku.."adik nak makan...? banyak adik muntah.. mesti lapar.."

aku hanya mengeleng. memang aku lapar tapi bukan aku tak mahu makan tapi aku tahu, selepas makan pasti aku muntah kembali. 

lidah aku juga terasa pahit.. tekak aku terasa perit.. bila menelan juga aku rasa perit.. aku tahu ini kesan kimo. aku tak kuat melawan kesan kimo.. aku hanya boleh minum seteguk dua air untuk mengalas perut.

air mataku mengalir..  aku tak selesa.. aku nak balik..

mama memeluk erat

"sabar ya adik.. esok habislah ubat.. nanti kita boleh balik..." pujuk mama 

"tidur lah.. tidur.. cuba adik tidur.. kurang sikit rasa sakit tu.. pejam mata..." mama memujuk lagi sambil memeluk aku. aku diusap lembut..

esakku semakin perlahan.. aku rasa sungguh tenang berada dalam dakapan mama...

terima kasih ma...




Kenangan Itu # 4

13 April 2011

Wad 7AB

8pm

"Assalamualaikum! helo adik...... sayang abah!" abah tiba-tiba muncul dari pintu bilik..

Yay abah datang!! Hatiku berbunga riang, abah datang lantas memeluk dan mencium aku.. itulah abah.. abah aku yang sangat penyayang.

aku di hospital bersama mama, mama menjaga aku di sini.. abah pula akan datang melawat aku pada setiap hari, kadang-kadang abah dan mama bergilir-gilir menjaga aku.. Allahuakhbar.. terima kasih Allah kerna berikan aku ibu dan ayah yang sangat penyayang!

kesemua kakakku pula berkerja... aku ada juga bercakap dengan kakak-kakakku di KL menerusi telefon.. ada juga kakak aku pulang dari KL menjenguk aku.. hanya kakngah di Terengganu.. kakngah selalu datang menjenguk aku pada sebelah petang selepas waktu bekerja.. tak mengapa, aku faham dengan tanggungjawab kesemua kakak aku...

adik faham, usah risau :)


xxxx


abah datang dekat padaku....

"adik rasa macam mana hari ni?"

"sihat!" semangat suaraku.

aku tersenyum

rupa-rupanya abah datang bersama-sama sebungkus nasi goreng! memang sudah lama aku idamkan.. maklum sahaja tinggal di hospital semua makanan tidak menyelerakan aku, padaku semuanya tiasa rasa.. tawar dan meloyakan.

"adik nak makan sekarang? abah ambilkan sudu" abah bertanya lantas mengambil sudu di dalam kabinet. 

"nak... tak sabar dah ni...nyum nyum!" aku membalas pertanyaan abah sambil tersenyum. usai membaca doa, aku terus menikmati nasi goreng yang masih panas bersama telur gorengyang sudah lama aku tidak makan.. enak sungguh rasanya.. aku sungguh berselera..

aku makan agak banyak.. habis separuh! Walaupun separuh, bagi aku dah banyak.. abah senyum. aku tahu abah gembira apabila aku makan. aku memang susah untuk makan, biasanya sehingga dipaksa barulah ingin aku menjamah makanan.. aku sangat gembira malam ini.

alhamdulillah

xxxx

sebelum melelapkan mata, seperti biasa aku online menggunakan komputer riba merah jambu kesayangan aku.

aku berbual dengan blogger kak lydia menerusi facebook.. kak lydia sangat baik hati.. aku gembira dapat mengenali kak lydia. dia banyak memberi kata-kata nasihat dan semangat kepada aku.

aku gemar menulis di blog.. aku rasa menulis dapat membantu aku kurangkan stress berada di hospital, tambahan pula aku dapat ramai kenalan baru.. maklum sahaja aku tak punya ramai kawan kerna sakit aku ini...

hurmm... sebenarnya esok aku ada peperiksaan.. peperiksaan akhir untuk semester ini, walaupun aku sakit, aku tekad untuk menduduki peperiksaan di sini walaupun di atas katil.. aku harap aku dapat buat yang terbaik.

xxxx

12pm

"dayang... jom masuk ubat... line okey lagi?" datang seorang nurse. aku memang menantikan kedatangan dia, itu memang rutin aku. ubat perlu dimasukkan setiap 6 jam.

"okey lagi kak... tapi dah bengkak sikit... " jawab aku. aku mengeluh. urat aku cepat membengkak kesan ubat.. setiap dua hari pasti jarum di lengan akan ditukar kerna urat membengkak. memang sakit, setiap kali ubat masuk akan terasa pedih, jadi aku akan menggosok-gosok lengan kecil aku ini sehingga ubat itu habis. memang perit... tetapi tak mengapalah..

aku sabar...

xxxx

14 April 2011

3am

"ma.....ma....." aku lemah... dada aku terasa ketat..."ma..... ma...." aku memanggil lagi.

"adik....  adik... kenapa.. tak boleh tidur...?" mama segera bangun dari tidur apabila terdengar panggilan aku.

"sakit ..." aku memberitahu mama.. suara aku perlahan. aku rasa susah nak bernafas. "sakit sangat? nak ma paggil nurse...?" mama bertanya sambil menggosok-gosok dadaku.. aku mengangguk. aku tak berdaya untuk bersuara, aku rasa sakit bila bernafas.. sukar untuk aku bernafas dengan baik.. 

mama pergi mendapatkan nurse. 


xxxx


"dayang, akak pasang oksigen ya... dayang rasa macam mana? sakit sangat? akak panggil doktor..."beritahu nurse. aku dipasangkan oksigen. namun aku tetap berasa sakit.. kenapa bila aku bernafas sakit?


xxxx


9am

aku rasa lebih baik pagi ini cuma sedikit lemah.. mungkin sebab semalam, aku tak dapat tidur dengan lena.. 

"adik nak roti?" aku  menganguk. ma menghulurkan roti padaku. aku hanya mampu makan sekeping roti dan minum setengah cawan secawan milo. aku tidak berselera...

aku ingin tidur. entah mengapa aku rasa tidak selesa. mungkin aku berdebar untuk peperiksaan nanti, entahlah.... aku hanya ingin rehat dan menduduki peperiksaan


xxxx


11am

aku terjaga dan terasa pening...

aku muntah. aku muntah sangat banyak dan aku muntah darah."ma....tolong... sakit...."


xxxx


"ma... dahaga..." aku meminta air setelah aku terjaga. tekakku terasa perit. aku dipasangkan oksigen.. aku susah untuk bernafas, aku rasa sakit bila bernafas.. aku bingung, semalam aku sihat. kenapa dengan aku..

"adik, adik rasa macam mana...? " mama menghulurkan air, aku hanya mampu meneguk seteguk air. badan aku berasa begitu lemah, lemah sangat.

aku terlalu lemah sehinggakan tak berdaya untuk bergerak sendiri..pergerakan aku terpaksa dibantu oleh abah dan ma.  aku lihat abah di sisi aku. abah hanya mengusap-ngusap  dan mencium aku

aku masih bingung dan keliru..

aku lihat ada beberapa orang doktor keluar dan masuk dari bilik aku.
 
"pakcik, makcik.. kita terpaksa pindahkan dayang ke wad 8.. keadaan dia makin teruk.. di sana lebih ramai doktor... kita pindah sekarang ya..." datang seorang doktor muda. dia memaklumkan keadaan aku. mama dan abah hanya bersetuju. aku tahu mereka mahu yang terbaik buat aku.


xxxx


Wad 8

waktu sudah hampir petang. profesor ada melawat aku. aku hanya pandang sayu guruku itu.. aku tidak dapat mengambil peperiksaan itu

sakit

sakit sahaja yang aku rasa. setiap saat, itu yang aku rasa. dada aku sakit, apabila aku bernafas aku rasa sakit. tak pernah aku rasa sakit seperti ini. semakin lama aku sukar bernafas. semakin lama semakin sakit. air mataku mengalir... tak tahan rasanya sakit ini, Allah tolong aku...

adakah begini rasanya sakit apabila mati kelak?? aku tidak tahu tetapi aku rasa sungguh sakit. sakit yang tak dapat digambarkan dan jelaskan dengan kata-kata.. hanya Allah yang tahu sakit yang aku rasakan...

ya Allah... sakitnya.. adakah ini masanya untuk aku menemuimu ya Allah.. aku rela jika nyawaku diambil... air mataku semakin laju...

dadaku berombak-ombak... keadaanku makin tenat... 

"dayang.... dayang... dengar sini ya dayang...." datang seorang doktor rapat kepadaku... 

"dayang, saya nak minta kebenaran kamu.... saya nak masukkan tiub pernafasan... dayang dengar saya..." beritahu doktor itu kepada aku.

aku mengangguk perlahan.. aku makin lemah.. 

tidak lama selepas itu ramai doktor yang datang kepadaku. aku redha saja apa terjadi pada aku. pandangan mata aku semakin kabur.. nafas aku sesak. mungkin aku aku akan pergi.. 

ma.. abah... halalkan makan minum deno.. maafkan deno... deno tak kuat...


...................


Kenangan Itu # 3


Yr 2002

HSNZ

"sakit! sakit!" tak dapat aku gambarkan kesakitan itu dengan kata-kata., hanya Allah yang tahu apa aku rasa 

seluruh badanku sakit, berdenyut.. bagai ada sesuatu yang mencucuk-cucuk tubuhku. aku tak tahu kenapa.. hari ini merupakan hari yang paling menyeksakan aku rasakan.. 

"adik.. adik sakit mana? sakit kat mana? biar abah gosok.." abah bertanya lembut sambil mengurut dan menggosok lembut badanku.. aku tak tahu, apa yang aku tahu hanya sakit. seluruh badanku bisa. aku menendang-nendang selimut.. aku tak tahu bagaimana untuk aku gambarkan dan jelaskan pada abah rasa sakit aku

abah terus menggosok dan membelai lembut. dari riak wajah abah, aku tahu abah risau, risau dengan keadaan aku.. aku pula, hanya air mata yang laju mengalir, aku menahan sakit.. sakit yang aku rasa ini sangat perit! abah memanggil doktor.

aku sakit. setiap saat sakit sahaja yang aku rasa. beberapa orang doktor datang, aku masih meraung sebab kesakitan. disebabkan aku terlalu sakit, doktor memberikan aku sejenis ubat dan aku tak sedar selepas itu.

xxxx


Aku masih rasa sakit tetapi ia telah berkurangan, baru aku tahu aku telah diberikan ubat tidur untuk mengurangkan kesakitan aku..

abah mengusap kepalaku berulang kali. "adik... adik sakit lagi...?" abah bertanya. aku mengangguk lemah,, kesakitan aku kurang.

aku tahu sebab aku sakit. 'dia' sedang mengganas di dalam tubuh aku... itulah SLE.. sebenarnya memang result darah menunjukkan penyakit aku aktif, tapi tak sangka aku rasa sakit macam ni.. kadang-kadang aku sendiri tak faham apa yang buat aku jadi sakit macam ni.. memang seksa rasanya. ini kali pertama aku rasa begitu... berat sungguh dugaan kali ini kurasakan...

air mataku mengalir lagi, sungguh aku penat... penat melalui semua ini. kalau boleh aku tak mahu lagi melaluinya. perit sugguh rasa sakit ni.. "abah.. sakit.. nak bangun..." beritahu aku pada abah. aku tak selesa, aku ingin dekat dengan abah

"mari abah dukung..." abah mengangkat aku. abah mendukung aku sambil berjalan-jalan di sekitar wad. abah mendukung sambil menggosok-gosok aku umpama bayi, umpama kanak-kanak kecil.. mujurlah aku berbadan kecil, senang untuk abah mengangkat dan uruskan aku 

aku rasa tenang berada di atas abah, sejujurnya aku rasa lebih selesa berada di dalam dakapan abah.. aku tak malu didukung begini walaupun diperhatikan semua orang di dalam wad.. aku lebih tenang. aku rasa kesakitan yang menyerang aku makin berkurangan...

aku memeluk erat abah.. terima kasih abah...

xxxx

"dayang. awak boleh discharge hari nie.." datang seorang doktor kepadaku

alhamdulillah... aku senyum

xxxx


aku gembira dapat pulang ke rumah. aku rindu rumah, aku rindu katil aku, bilik aku. buku-buku aku, pendek kata semua aku rindu.. rindu sungguh, lama aku tinggalkan rumah.

aku dah bosan dengan hospital, kalau boleh aku aku mahu ada kaitan dengan hospital, tempat yang aku tak suka..hospital yang bagi aku tempat menyeksa diriku... sakit... tapi apalah mampu aku lakukan, aku tahu semua tu demi kebaikan aku.. abah dan mama selalu minta aku bersabar, tapi adakalanya aku rasa tak tahan lagi.....

sungguh.. aku tak tahan..

aku selalu berharap, semoga suatu hari nanti aku tak perlu ke hospital lagi, aku tak perlu ambil ubat dan bergantung pada ubat lagi, aku tak perlu dialisis lagi, aku tak perlu semua rawatan lagi dan aku  berharap suatu hari nanti apabila aku bangun dari tidur, aku tidak lagi sakit....

tapi aku juga tahu, itu hanyalah angan kosong yang aku tak tahu bila akan jadi kenyataan... angan yang boleh aku ibaratkan seperti angan-angan mat jenin yang tertulis di dalam buku cerita.. angan-angan yang akhirnya akan merobek hatiku... Allah... mataku terasa hangat kembali.....


xxxx


usai solat, aku berehat di hadapan televisyen. mata aku sahaja yang merenung televisyen tetapi fikiranku jauh melayang memikirkan perkara lain sehinggakan mama bercakap dengan aku pun, aku tak sedar.. pandangan aku kosong

mungkin mama perasan dengan kelakuan aku dan keadaan aku, tiada langsung senyuman terukir di bibirku.. biasanya bila di rumah akulah orang yang paling ceria.. tiba-tiba mama menegurku 

"adik.. adik rasa macam mana, adik rasa sihat?" mama bertanya sambil tersenyum. "emm.. ok" jawab aku sepatah.. begitulah mood aku sejak aku pulang ke rumah.. sepatah mama dan abah tanya, sepatah aku jawab, aku tiada mood langsung nak bercakap.. tambahan pula aku belum sihat sepenuhnya..

"kenapa ni... kenapa diam je ni.. meh sini adik, duduk dekat ma.."  aku turutkan saja... aku baring, kepalaku di atas ribaan mama.. tiba-tiba mata aku berkaca-kaca, aku tak tahu kenapa aku rasa sedih tiba-tiba, aku rasa sungguh sebak

"eh.. adik! adik sakit?!" ma terkejut melihat aku. aku menggeleng.

"ma... kenapa deno dapat sakit ni... kenapa deno kena mesti lalui semua ni.." tanya aku pada ma. "deno tak tahan kalau sakit selalu macam ni.. kenapa deno tak mati?"

"eh.. kenapa cakap macam ni..." mama merenung aku tanpa berkelip, ada riak risau di wajah bonda yang kusayangi itu...

"ma.. deno penat.. ma... hari tu masa deno kat picu, abah cakap nafas deno dah berhenti, jantung deno dah berhenti.. kenapa masa tu Allah tak ambil terus nyawa deno.. biar deno rehat, biar deno tidur selama-lamanya.. deno takkan sakit lagi.. deno penat, penat dengan sakit ni.. sakit sangat.. rasa tak larat nak tanggung semua ni lagi.. sakit ma.."  akhirnya keluar juga apa yang aku pendam-pendamkan selama ini..

Air mata aku tak dapat ditahan-tahan lagi lantas aku memeluk ma....kolam air mataku yang bertakung lama akhirnya pecah jua.. aku terlalu sedih.. Allah,berat sangat rasanya...  hanya Allah tahu betapa hati aku pilu dan sedih..

"adik.. kenapa cakap macam ni.. " ma terkejut dengan soalan aku yang bertubi-bertubi

"adik.. adik sakit ni ujian dari Allah.. setiap ujian daripada Allah, tandanya dia sayangkan adik, ada hikmah adik sakit.. DIA uji adik, DIA nak adik sabar, adik tabah... ramai orang di dunia diuji Allah, tapi adik diuji sakit.. Kita tak tahu ramai orang yang ujiannya lebih berat adik..."

"adik mesti kuat.. ramai orang yang sayangkan adik, perlukan adik.. abah, ma, kaklong, kakngah, kak obi, kak ana... kawan-kawan.. doktor semua sayang adik.. "

"tapi.. tapi..." kata-kataku tersekat-sekat

"Dah adik jangan fikir lagi.. adik kuat kan.. ma tahu adik kuat, anak ma sayang ni memang kuat" mama memeluk aku dengan erat. aku tak dapat berkata-kata, lidahku kelu, esakku semakin kuat, air mataku mengalir laju.. keluar juga apa yang aku pendam sejak aku mendapat sakit ini.. 

hari ini aku berasa lega dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku selama ini,..


terima kasih ma..




...p/s : terima kasih iffah kerana entry ini