Showing posts with label Contest. Show all posts

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih .

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah

Kenangan Itu


Tahun 2003

Aku merenung keras ujian Sejarah yang diberikan oleh cikgu.. Rasa sebak kembali lagi, hati aku bagai dihiris-hiris.. Terkenang peristiwa yang berlaku di sekolah tengahari tadi...


xxxxx


SMK Sultan Sulaiman


"Dayang! mari ke depan!" Cikgu memanggil aku dengan muka yang yang serius dan suara yang lantang. Satu kelas tersentak, terkejut dengan suara cikgu yang kuat. Mendengar namaku dipanggil, aku bangun dan berjalan perlahan ke meja cikgu.. Aku rasa tidak sedap hati, lebih-lebih lagi melihat renungan cikgu pada aku.. Jantung aku berdegup laju..

"Awak tengok result awak ni!"cikgu menunjukkan kertas ujian bulanan Sejarah padaku. Tercatat markah yang rendah dan aku tahu markah tersebut menunjukkan aku gagal. Namun aku tak terkejut.. itu sudah aku jangkakan kerana beberapa minggu ini, aku jarang ke sekolah kerana masalah kesihatan aku..

Aku diam.. aku hanya tunduk merenung kertas ujian aku.. Aku tidak berani memandang wajah cikgu yang merenung aku dengan renungan tajam seperti singa yang mahu menelan mangsanya!

Tiba-tiba...

"Awak ni belajar ke tak? Orang lain  boleh lulus kenapa awak gagal?!"

"Awak buat apa? Kalau result macam ni, baik awak tak payah ke sekolah! Buang masa saya je ajar awak!!" Lantang suara cikgu memarahi aku..

Aku tergamam. Aku rasakan seperti ada batu besar memhempap atas kepalaku.. Aku tak sangka aku akan diherdik sebegitu rupa di hadapan rakan-rakan sekelasku.. Aku tunduk,  mataku terasa hangat namun aku tabahkan hati supaya tidak menangis di hadapan cikgu dan rakan-rakan..

"Sudah! Pergi duduk tempat awak!" 

Aku berjalan perlahan ke arah meja.. langkahku rasa lemah sekali.... Aku duduk.. mengetap bibir.. menahan air mata.. Namun ada juga titis jernih mengalir perlahan di pipiku... 

"Awak okey...?" tiba-tiba rakan karib di sebelahku menegurkan..

"Saya okey.. tak apa.. terima kasih.." aku tersenyum tawar 


....................


Loceng waktu rehat telah berbunyi.. semua rakan-rakan keluar mengisi perut lapar.. aku...?Aku keluar dan berlari ke hujung bangunan kelas... di tempat yang tiada pelajar..

Aku duduk di satu sudut.. Terngiang-ngiang kata-kata cikgu pada aku.. Aku rasa terhina..Tak pernah aku rasa sebegini! Air mata yang aku tahan-tahan sejak tadi akhirnya mengalir laju membasahi pipiku.. Ya allah, aku sangat sedih! 

"Dayang......." tiba-tiba ada satu suara yang aku kenal menegur aku dari belakang...

aku menoleh ke belakang.. rupa-rupanya adzian ada mengekori aku..
"Kenapa ni dayang... awak fikir pasal tadi lagi?" adzian bertanya kepadaku

"Awak........" aku mengetap bibir menahan tangisku.....

"Saya ni bodoh ke? Teruk sangatkah saya? Tak layakkah saya belajar?!" Esakku makin kuat.. bertalu-talu soalan yang bermain diminda aku, aku luahkan pada sahabat karibku itu..

"Dayang.... kenapa cakap macam tu....? Awak tak bodoh... kalau awak bodoh, kenapa dulu masa UPSR awak dapat 5A? kalau awak bodoh, kenapa awak dapat belajar di sini? Tak baik awak cakap macam tu...." adzian membantah kata-kataku..

"Habis tu.. kenapa cikgu sanggup kata saya macam tu? Tak bolehkah cikgu cakap baik-baik dengan saya? Saya ditengking di depan kawan-kawan... Tak pernah saya rasa terhina macam ni... Kenapa orang susah nak faham? Bukan saya tak mahu belajar! bukan saya malas... saya... saya...." aku kehilangan kata-kata.. aku rasa sangat sebak apabila ingat kembali kata-kata cikgu

" Awak..... mungkin cikgu terlalu marah tadi... Saya tahu, awak banyak sakit beberapa minggu ni, awak pun banyak tak datang ke sekolah sebab sakit kan...? Sebab tu awak tak dapat nak beri perhatian penuh dalam pelajaran, awak sabar ya..." tambah adzian sambil menghulurkan beberapa helai tisu kepada aku..

"Dah la... jangan menangis.. jangan fikirkan sangat hal tadi, nanti awak stress pula.. Kalau awak stress lagilah susah, nanti  tak pasal-pasal awak sakit... risau saya nanti! " adzian menasihati aku.

"Dayang.. awak jangan bimbang saya ada... baiklah! saya sebagai bestfriend forever awak berjanji dan berikrar  akan sentiasa menyokong dan menyayangi awak sampai bila-bila! Percayalah!" Adzian tiba-tiba memberi tabik hormat yang lagaknya seperti seorang inspektor polis! 

Dalam tangis, aku tergelak kecil..Hati aku sedikit terubat dengan nasihat dan gelagat sahabat karib aku ini.. Adzian, sahabat aku sejak tingkatan1..

"Ish.. nakal la awak ni adzian..." aku tersenyum

"Haaaaa.... kan comel senyum macam tu... " lalu Adzian menghulurkan sebungkus roti padaku..

"Tak apa la awak.. saya tak lapar..." aku menolak kerana seleraku kurang sejak peristiwa di kelas tadi.

"Awak tak lapar atau...... ha! kalau awak tak makan nanti saya report pada ayahanda awak! makan ya? " Adzian memaksa aku makan.. aku tahu dia risaukan aku.. Esakku sudah makin perlahan...

"Hmmm... baiklah tuan puteri.. patik ikut sahaja..."aku mengambil bungkusan roti sambil bergurau dengannya.. aku mengikut sahaja kehendak dia.. sebenarnya aku rasa bersalah kerana menyusahkan dia dan membuat dia risau..

"Awak.. terima kasih kerana menemani saya dan faham saya.. terima kasih juga kerana menjadi sahabat saya.. saya sayang awak!" lantas aku terus memeluk adzian.. aku rasa sangat terharu mendapat seorang sahabat sepertinya...

Adzian juga memeluk aku dengan erat.. Kemudian dia meleraikan pelukan dan memandang tepat ke arahku..

"Saya juga begitu.. terima kasih awak kerana menjadi sahabat saya.. Saya sayang awak.. Kalau awak sayang saya, janganlah menangis lagi..  janjilah dengan saya yang awak akan jaga kesihatan awak dengan baik, okey?"  nampak keikhlasan di raut wajahnya..

"Baiklah awak........" aku terseyum kembali....



xxxxxx


Tok tok tok!

Lamunan aku terputus dengan bunyi ketukan pintu bilik.. tanpa sedar, air mata aku mengalir..

"Adik... adik... buat apa tu... jom makan!" abah mengetuk pintu memanggil aku untuk makan..

"Ya abah!!! sekejap! nanti deno keluar! " aku membalas dari dalam bilik... cepat-cepat kusapu sisa titis jernih di pipiku

Dalam kesedihanku, aku tersenyum.. aku bersyukur, aku mempunyai sahabat sebaik dia...




Segmen : Mari Tambah Kenalan Blogger by Mr. K

klik banner

Objektif segmen :

- Meningkatkan kenalan blogger selain mnegeratkan silaturahim
- Dapat berkenalan dgn blogger lama dan baru
- Meningkatkan trafik blog/followers blog


p/s: due : 30 Jun 2013

Segmen : Follow & Bloghopping by Bubblynotes.Com

Tetiba kan? Angin kus2 melanda dan terajin pulak nak buat segmen... wakakakaka...rasanya dah lama dah x organize segmen simple kat Bubblynotes... So, here I come...

This segmen dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang dan peluang pada semua blogger untuk turut follow, bloghopping dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww...he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblnotes.Com bermula dari hari ini, 15/6/2013, jam 11.30 pagi SEHINGGA 22/6/2013, jam 11.30 pagi... Aci tak? *_^... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join...Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers...ahaks... stalkers pun boleh... x ada masalah...masa untuk anda menonjolkan diri... ekekekekeke....

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog bubblynotes.com.
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ni, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL+C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 23/6/2013 sehingga 23/7/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

DENO Lari Lari Ke BlogLarian




Deno ada terbaca dari seorang kawan pasal BlogLarian nie. Mula-mula tu macam tak faham sangat apa tu BlogLarian tapi lama2, deno tahu BlogLarian nie boleh tingkatkan traffic blog korang. Rasa macam best la pulak! Boleh tambah ramai kenalan.. 

Kalau nak cerita panjang-panjang pasal BlogLarian pun belum tentu korang faham. Apa kata korang tekan BLOGLARIAN. Senang faham.... (^_^)

okey, ini syarat-syaratnya :-

1. Pastikan ada banner BlogLarian

2. Jadi follower Bloglarian

3. Lengkapkan slogan "Saya suka berblogwalking kerana...... "tidak melebihi 30 patah perkataan.

4. Tag 3 rakan anda atau lebih

5. Tinggalkan link anda di post comment tuan BlogLarian

ini slogan deno

Saya suka berblogwalking kerana saya boleh menambah kenalan dengan blogger-blogger yang lain serta boleh menambah pengetahuan di samping bertukar-tukar pendapat tentang entri yang dibuat. Selain itu, saya juga boleh membaca cerita-cerita yang menarik dari blog yang lain.

deno tag

diana
kak LM
pujangga

tata..... thankS BlogLarian

KIDS & BABY Photo Contest(^_^)

woooot2....
deno diTag join contest baru
contest anjuran cik safiyyah yg comel :)

hadiah best tau!!!!
ha.... kalau ada rezeki, menang earring dari Lazo Diamond Jewellery!

okey, nie die banner contest nie(^_^)



kalau korang nak join n nak tahu syarat2nye
sila tekan SAFIYYAH 

okey!!
masa untuk say cheese.........


deno pilih gambar anak buah deno ADAM KHALEEF...
Adam nie sangat rapat dengan deno
gambar kat atas ni masa umur dia 10 bulan

sekarang, adam da umur 2 tahun
ni dia Adam sekarang... makin comel!!!


deno dan adam digelar sebagai gula dan semut
deno dan adam sangat rapat.........
di mana ada deno, di situ jugak adam akan ada
dia slalu ikut deno.. setiap hari cikCu cikCu cikCu!!

kakak2 deno ibaratkan deno seperti gula
dan adam pula seperti semut yang slalu mancari gula
comel kan Adam Khaleef...? deno sayangggggg sangat adam!

http://www.emocutez.com

sekarang, deno tag 8 kawan :-
cikYuyue
ayuCandy
meimei
kak LM
cikBubble
asmaroro
mamaGee
senyuM-senyuM

~ Psst2, thanks to Juwita coz tag deno! (^_^)

CONTEST AKU SUKA MAKAN!


http://www.emocutez.com

deno join contest lagi!!!(^_^)


kalau korang nak join jugak 

tajuk : makan2 dengan besties

hehehe..... tiga2 nak makan sama-sama...

tengok.... deno makan spagetti penuh perhatian!!

ni pun sama... fokus betul deno potong pizza 
sampaikan kawan snap gambar pun xsedar!

ha... best kan makan!
next time nak makan lagi dengan besties deno....

deno suka makan!! (^_^)

http://www.emocutez.com

TIRU GAYA MODEL CONTEST (sihatimerahjambu)


http://www.emocutez.com
Model?? Deno ditag oleh sarra untuk contest : "TIRU GAYA MODEL CONTEST". Oleh sebab cikSarra dah tag deno, deno join walaupun deno tau takkan menang punye.. (^_^) ..Nak join?? Sila buat beberapa perkara di bawah :-

1.Follow blog sihatimerahjambu

2.Post tentang entry ni bertajuk "TIRU GAYA MODEL CONTEST (SIHATIMERAHJAMBU)

3. letak banner contest kat entry n slidebar



tajuk gambar : lovely couple
hehehe....


deno nak tag jugak 2 sahabat bloggers


~ Psst2, thanks to missSarra coz tag deno untuk join contest nie.. (^_^)