Showing posts with label Cuaca. Show all posts

Panas Ekstrem Dijangka Melanda Malaysia


Malaysia dijangka akan mengalamai cuaca panas ekstrem bermula minggu depan.. Fuhhh sekarang pun terasa bahang cuaca panas, bila kena cahaya matahari sikit pun dah terasa perit kulit!


Menurut sumber

Bacaan suhu di beberapa bandar utama di Malaysia mulai 25 Februari ini mencecah 36 darjah Celcius dan boleh mencecah sehingga 38 darjah Celcius untuk negeri-negeri tertentu.
Suhu 38 darjah Celcius adalah bersamaan dengan suhu purata pada awal musim di Mekah, Arab Saudi dan cuaca normal di Malaysia adalah 34 darjah Celcius dan lebih daripada itu dianggap sebagai cuaca panas luarbiasa.
Sementara itu, Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Fredolin Tangang berkata, cuaca panas di Malaysia waktu ini turut disebabkan oleh Monsun Timur Laut yang hampir berakhir.
Fuhh...Take care semua...

Awal Pagi Ini


Burrr... Pagi yang sangat sejuk! Pagi-pagi hujan dah turun, hujan lebat... Alhamdulillah :) Deno baca status di fb, banyak juga tempat dah hujan.... Syukur.....

It's raining raining... ooo it's raining raining...... Hujan di awal pagi .......



p/s: tempat anda macam mana?





Angin Kencang Laut Bergelora Berterusan Sehingga Isnin

Angin kencang dan laut bergelora tahap kategori ketiga yang melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, kawasan pedalaman Pantai Barat dan Kudat di Sabah, Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Isnin depan. 

-gambar hiasan-

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak melebihi 5.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk perkhidmatan feri.
Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang melanda perairan Sandakan di Sabah juga akan berterusan sehingga Isnin depan dengan keadaan angin kencang yang bertiup antara 50 hingga 60 km/jam serta ombak setinggi 4.5m. 
Keadaan juga juga ]bahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. Angin kencang dan laut bergelora tahap kategori pertama juga akan berterusan sehingga Isnin di kawasan perairan Tawau, Semporna dan Lahad Datu di Sabah dengan kelajuan angin 40 dan 50 km/jam serta ombak mencapai ketinggian 3.5m.
Sumber

...............................................................................................


#musim-musim hujan sekarang perlu jauhi pantai.. sangat-sangat bahaya lebih-lebih lagi dengan angin kencang.... biasanya deno takkan ke pantai kalau musim hujan, memang abah larang sangat-sangat

p/s : macam mana keadaan ganu  kita ya... dah 2 minggu deno tak balik.. huhu

Petanda

2-3 hari ni setiap hari hujan.. Hujan dari pagi sampailah malam..
Ini tandanya telah tiba musim bah di pantai timur.. Semalam hujan lebat berserta guruh dan kilat. Masih rasa sejuk walaupun dah selimut guna selimut tebal

Pagi tadi air pun macam ais! Sejuknya sampai ke tulang! Kepada adik-adik di luar sana, musim musim hujan ni, jangan mandi di pantai sebab laut sangat bergelora.. Abah deno pun pesan jangan bersantai  di pantai musim hujan ni....


p/s: hujan baru berhenti....

Ribut dan Berseorangan


Apa korang buat jika berseorangan di rumah dengan hujan lebat dan ribut?

Deno pernah hujan lebat + ribut. deno pula berseorangan di rumah.. Keadaan di luar gelap, hari pun hampir petang... berdebar juga sebab bila guruh je, bergegar rumah.. 

Deno nasihatkan, jika berada berseorangan di rumah dalam cuaca macam tu, pastikan ada lampu suluh bersama, tahu di mana tempat lilin disimpan. Mana tahu kan blackout. Kalau ribut berserta guruh kilat ni, kemungkinan blackout sangat tinggi. Jadi better bersedia.



p/s: sediakan payung sebelum hujan


Siang Panas, Malam Hujan

Siang Panas, Malam Hujan... Macma tu la...


Bila cuaca panas, memang mudah sangat jadi lesu badan..

Penangan cuaca panas .. badan deno jadi lesu, penat sangat2,, Banyak rehat je, petang sikit baru santai2 kat laman rumah.. Tadi pun main dengan kucing depan rumah ni je ha... Panas sangat, sampai kucing pun bersantai depan pintu rumah je...



p/s: dah redup sikit...


Agaknya Dah Hampir


Seminggu ni, hujan je...

Siang panas sangat2, nak petang je gelap.. Lepas tu hujan... Hujan lebat sampai ke malam. Sekarang pun hujan.. Sejuuukkkk je...



p/s: agaknya dah hamir musim hujan.. di tempat anda macam mana?

Cuaca Yang Redup


Cuaca sekarang nampak redup.. 

Mungkin jerebu dah berkurang selepas hujan yang sangat lebat semalam.. Sekarang pun berangin je, takde lagi kabus-kabus .. Semoga jerebu akan terus hilang :)



p/s: tempat korang macam mana?


Lebatnya..!!

Dua-tiga hari jerebu..

Alhamdulillah, hari ini hujan dan hujan datang dengan lebat sekali! Angin pun kuat...! Harap lepas ni hilanglah jerebu.....

video hujan lebat di rumah


p/s: alhamdulillah hujan selepas berminggu-minggu kemarau :)



RIBUT!



sekarang hujan masih lebat

sebenatar tadi hujan berserta ribut, angin yang kuat, guruh dan kilat tanpa henti
sehingga menyebabkan blackout di kawasan kampung deno
sangat menakutkan! ribut di luar dalam rumah kegelapan

di sini ada video yang berjaya deno rakam sebentar tadi
tapi sekejap saja sebab memang menakutkan!
sehinggakan abah melaungkan azan.... memang luar biasa ribut kali ini

deno pun takut-takut rakam video ni

tak pernah lagi deno tengok ribut seteruk ini
mujurlah tak lama... sekarang still hujan tapi tak seteruk tadi





p/s : menakutkan!



Hari Yang Panas

cuaca sangat panas
panas sehingga membakar kulit
kepala pun rasa pening
pernafasan rasa panas
badan deno mula panas
rasa macam nak demam

deno memang macam nie
bila cuaca panas
mula rasa tak sihat
berjalan pun tak ada  tenaga

deno letih sangat
rasa macam tak larat nak ke kelas
rasa nak rehat je atas katil

tapi
kena pergi juga
next week ada test
nak discuss soalan

letihnya...
ohhh panasnya cuaca hari nie...



...p/s : jangan main panas, nanti demam!