Showing posts with label Cuti Jumaat Dan Sabtu. Show all posts

Cuti Jumaat & Sabtu Atau Sabtu & Ahad


Mana anda prefer? Cuti pada hari jumaat & sabtu atau sabtu & ahad?

Deno lebih prefer cuti pada hari jumaat dan sabtu.. Lebih2 lagi negara kita majoritinya umat islam terutamanya kaum lelaki yang perlu solat jumaat. Tak perlu mereka tergesa-gesa ke masjid, tak kalut...   dapat pergi ke masjid pada awal waktu.. Then, dapat solat dengan tenang tanpa risau dah dalam hati nak masuk office cepat ke apa... Seperti pelajar-pelajar juga, tak perlu nak bergegas untuk masuk ke kelas ... 

Selain daripada tu, setiap bapa pun dapat ke masjid bersama anak-anak.. Ada terbaca salah satu komen seorang bapa mengenai cuti ini.. Di Johor, dulu tahun 1993, semasa cuti masih dibuat hari jumaat dan sabtu, ramai bapa solat jumaat bersama anak-anak.. tetapi setelah dibuat cuti hari sabtu dan ahad, kebanyakan bapa dan anak solat jumaat secara berasingan... Solat jumaat pun secara tergesa-gesa.. Jadi nilai didikan pun kurang..

Ini sekadar pendapat deno.. Deno yang tinggal di Terengganu dah biasa cuti hari jumaat dan sabtu.. :) 



p/s: sebagai negara yang majoritinya islam deno prefer cuti pada hari jumaat dan sabtu.. tapi masing-masing ada pendapatnya sendiri kan? ^_^