Showing posts with label Cuti-Cuti. Show all posts

Tugu Negara

Deno dan anak-anak buah ke Tugu Negara. Cuti sekolah Tahun Baru Cina kan, budak-budak ni nak pergi jalan-jalan. So, daripada duk main je kat taman, baik pergi tempat yang ada faedahnya kan.. Budak-budak ni belum pernah ke Tugu Negara, kemain excited diaorang dapat ke sana...

Amca, sampai kat sana dia la paling kuat menjerit nampak patung orang pegang bendera.. Dia juga yang berlari-lari dan sampai dulu, penat mengejarnya. Sampai je, terpaku dia kat depan tu.. Lama juga dia tercegat kat depan tu..



Ini first time diaorang ke Tugu Negara, deno pula kali kedua. Deno pun dah macam cikgu terangkan pada budak-budak ni tentang Tugu Negara.. hihihi.. Budak-budak ni, masa ni la nak bawa ke tempat macam ni. Biar dia menghargai  dan tahu pengorbanan pahlawan-pahlawan negara :)

Haaa.... Jangan tak tahu deno dengan mask pun nak tabik jugak.... hehehe... Dulu pernah buat kat sini semasa deno belum sakit, masa tu pergi dengan my parents. Wajib pakai mask, maklum je la tourist ramai, nanti sakit pulak.. Nampak ni, tabik dengan mask uollsss..... :p

macam selalu, cikcu simple sokmo :p

Dalam 6 petang kami beransur balik. Sebelum tu rehat makan aiskrim... Syok je makan aiskrim selepas penat berjalan .. :)


p/s: dah berapa kali korang ke Tugu Negara? deno dua kali plus yang ni ^_^


Home Sweet Home

3 hari di Kuantan , Pahang..

Majlis kahwin anak sepupu hanya 2 hari, tapi abah decide nak rehat satu hari lagi di Kuantan.. Jadi selepas dua hari di Hotel Sri Malaysia, kami beralih ke The Zenith Hotel berhadapan East Cost Mall :)

Then, sempat la juga pergi menonton movie Monster University 3D! Memang best dan penuh pengajaran cerita monster kali ni! i love it! ^^

deno dan adam khaleef



Selamat sampai rumah petang tadi.. :)


p/s: adam khaleef asyik berkepit dengan cikcu^^


Buat Checklist



Sekarang dah nak kena buat checklist untuk 3 hari ni..

air dialisate, minicap, mask, glove, spray, ubat.. bla bla bla bla...

Esok pagi dah nak bertolak ke kuantan



p/s: adam khaleef ikut sekali ^_^


Bersantai Di Sri Indah Resort, Batu Burok

Sempena cuti esok...

bersantai di Sri Indah Resort, Batu Burok, KT... :)
adam khaleef pun ikut sama ^^

Sri Indah Resort, Batu Burok

adam khaleef tak sabar nak main lompat atas katil!

deno buat CAPD kat meja ni^^

seronok tengok budak-budak mandi dari dalam bilik^^


p/s: santai-santai.......:)



Siap! Siap!

Bersiap...


barang-barang CAPD.. checklist semua dah buat...

emmm..... nak prepare breakfast pulak!





p/s: nak bertolak awal pagi :)


Pejam Celik Pejam Celik

Pejam ceik pejam celik...

hari ini dah hari rabu......

\\

sekejap je rasanya masa berlalu...
sekarang bersiap-siap... petang bertolak pulang ke terengganu. ^^



p/s: doakan kami selamat dalam perjalanan pulang...  :)



Obor-Obor Kecil Bercahaya

Cantik obor-obor kecil ni..

gambar ini diambil di Aquaria..
adam khaleef jalan-jalan ke sana last week

unik kan obor-obor ni?^^



p/s: pernah sekali ke Aquaria bersama nurse, doktor dan kawan-kawan wad KK1, institut pediatrik, HKL :)



Universal Studio Singapore! Awesome!


*entry panjang

Universal Studio Singapore!!!

hari tu dalam entry INI, kaklong dah jumpa GPS... kalau takde memang tak dapat pergi sebab tempatnya dalam 35km macam tu selepas imegresen.. jadi bila ada GPS senang sikit.. hehe.. tiket semua dah ada sorang satu... jadi terus je pergi^^

29 disember 2012 baru-baru ni dapat la deno bersama anak buah dan kaklong ke Universal Studio Singapore! perghhh... tempatnya memang best dan sangat ohsem! :)

nasib baik juga deno sihat dan segar je sepanjang di USS tu sebab tempatnya luas dan besar.. jadi banyak kena berjalan dari satu tempat ke satu tempat.. kaklong bimbang sebab kena jalan jauh tapi deno okey, cuma penat sikit je.. hehe...

mula-mula masuk tu deno pakai mask sebab orang ramai sangat... eh eh... korang tahu tak yang mana satu deno yang mana satu sarah ni... macam sama besar je kan.. hihi.. amca tu pulak tak sabar nak ke Transformers The Ride tu... ish3


jalan-jalan dan jalan... sambil tu minum air.. dapat botol transformers lagi budak kecik tiga orang  ni..
hihihi..deno pun dah jadi kanak-kanak ribena.. lalala ~

ini la tempat Transpormers The Ride tu... ramai tuuuu orang nak masuk dalam ni.. beratur pun panjang... dan AMARAN : orang lemah jantung, darah tinggi, mudah pening dan mudah muntah dinasihatkan jangan masuk ke sini... dah ada amaran! bukan apa.. memang berpusing-pusing kita naik kereta transformers tu.. then jatuh bangunan, kena tembak, melayang, macam-macam.. perghhh! sampai serak suara deno menjerit! hahaha... super ohsem!

sebenarnya kat sini deno nak ke tempat mumia tapi si amir amsyar aka amca tak boleh masuk sebab tak cukup umur... jadi tak masuk... huhu


nampak tak istana yang cantik kat belakang tu? ni deno on the way nak ke istana fiona.. masa ni hujan sebab tu pakai rain coat! haaa... korang ingat tak filem Shreek..? kat sini dapat tengok Shreek 4-D.. best gila scene naik kereta kuda, percikan iar liur donkey dan labah-labah merayap! yang part labah-labah rasa geli sebab rasa macam labah-labah merayap kat kaki... padahal angin je tu tapi kita rasa real... besttttttt!

halal!!!!

perut pun dah berkeroncong.. kat sini ada restoran halal.. jadi penting untuk cari logo halal untuk muslim seperti kita :) 

dah kenyang terus ke Madagscar.. amca dah bising minta deno cepat.. sampai berlari-lari deno kejar dia.. kat sini naik bot ramai-ramai melalui sungai.. sepanjang sungai tu ada la semua binatang dalam citer Madagascar tu.. sambil tu ada juga lagu "i like to move it move it..!".. sambil tu nyanyi la sekali.. hehehe:)

yeah!!! masuk ke tempat Jurassic Park!

Jurassic Park Rapids Adventure, USS.
gambar from google sebab memang tak dapat nak amik gambar... dalam ni memang dilarang ambil gambar.. minta perhatian jika nak masuk sini sila sediakan rain coat sebab memang basah! deno, kaklong dan anak buah semua pakai rain coat tapi tetap basah lenjun hokey... kenapa? jeng jeng jeng!! (korang kena pergi sendiri.. hehe)

lepas tu ke..... WaterWorld!!!

show dah start dahhh..

masa ni hero dah mai dah.. terkezut tiba-tiba kapal terbang masuk... nasib baik tak gugur jantung!

real punya terbakar!

bergambar dengan stuntman yang memang ohsem!! sempat berbual dengan diaorang! :)

masa sampai kat situ dah ramai orang duduk... harap maklum pada korang yang tanknak kena simbah air sila duduk belakang sebab orang yang duduk bahagian depan akan disimbah dengan air oleh stuntman yang terdiri abang-abang mat saleh ensem.. hehe.. sebenarnya sebelum show tu start stuntman beramah mesra dengan penonton sambil sembur-sembur air.... dan deno juga kena sembur air semasa berjalan depan penonton.. basah wehhh....!!

Canopy Flyer, USS.
haaaa.... Canopy Flyer ni pun deno naik!! memang nak gugur jantung time laju tuuu! menjerit deno dan sarah macam nak keluar anak tekak.. kalau korang nak tahu, ni la first time deno berani naik ni... kalau roller coster yang panjang tu... deno taknak awal-awal.. hehe... gambar ni deo pinjam encik google sebab deno dah berdebar masa tu.. tak semapat snap gambar!heeeee :p

taman kat dalam universal studio tutup pukul 9malam.. so.. bila dah tutup.. just snap gambar je la.. lalala~





ok bye! ^^




p/s: tak puas masuk dalam Transformers The Ride...^^ deno rasa  transformers paling best! sebenarnya ada beberapa lagi tempat tak sempat masuk sebab dah tutup.. sangat penat tapi hepi! terima kasih kaklong bawa deno ke USS! :)



Awal Pagi......


Pagi tadi.... 7am


deno : kaklong... jadi tak hari ni....

kaklong : tak tau lagi... kaklong tak jumpa la GPS kaklong kat mana... kaklong nak cari dulu.. kalau tak jumpa tak boleh pergi lagi la hari ni...

deno : takpe.. kaklong cari la dulu...



9.30 am

kaklong : adik.. kaklong dah jumpa GPS kaklong... bersiap la.. nanti tolong ingatkan kaklong kad autodebit kena amik.. pastu jangan lupa pasport deno, letak dalam beg kaklong

deno : okeh.. deno siap jap.... kakak...!! amca..!! siap cepat kita jadi pergi hari ni...

kakak (sarah) dan amca : yeay!!!!




p/s: penat betul tadi.. seharian... 11pagi pergi dan 10malam balik... tapi memang enjoy dan awesome! macam taknak balik.. haha... nanti deno cerita eh :)


Hadiah Dari Vietnam

Selamat malam semua :)

Kakngah dan abangngah selamat sampai tepat 9malam tadi.. nampaknya dah berakhir khidmat pengasuh tak berbayar untuk 4 hari.. penat jugak kan jaga budak kecik, tu baru anak buah.. belum anak lagi.. hihik :)

haaaa.... deno pun dapat hadiah dari kakngah.. dapat ole-ole dari Vietnam! yeay! tak sangka pulak busy-busy kat sana sempat kakngah belikan ole-ole..




terima kasih kakngah dan abangngah! malam ni adam khaleef dapat tidur bersama mama dan papa.. rindu sangat la tu kan.. esok adam khaleef ke rumah pengasuh yang jaga dia sejak baby lagi.. tentu "mak"(panggilan kepada pengasuh) rindu jugak kat dia... :)


p/s: best dapat jaga adam khaleef ^_^



Berehat




Dah lama tak bercuti... hari ni ma abah bawa deno bercuti dan berehat sempena cuti esok.. ( deno memang dah cuti sem pun.. hehe )

tak jauh pun sebenarnya, abah ma bawa deno ke Sri Indah Resort, Batu Burok.. hehe.. dekat je, kuala terengganu ni ha... tak pergi jauh-jauh pun....


welcome welcome...

deno datang petang tadi.. seronok jugak tempat ni.. angin sepoi-sepoi bahasa gitu... hehe.. ya la kan tepi pantai mesti la berangin kuat.. orang pun tak ramai sangat.. :)

bilik yang simple dan harga berpatutan

ni budak mane ni... hehe...


Sri Indah Resort ni pada pandangan deno memang sesuai untuk keluarga bercuti dan berehat... tempatnya santai dan tak penuh dengan orang.. kiranya kalau nak menenangkan fikiran pun boleh datang ke sini.. (promote pulak.. hehe.. )

dinner deno malam ni

hari ni kebetulan special day ada buat bbq pulak.. deno just makan ayam panggang berempah dan minum jus oren. tu je la, tak makan makanan lain dah.. rasa macam nak makan sate tapi perut dah kenyang..

okeh.. deno nak buat capd pulak.. bercuti pun kena buat dialisis.. bosan betul!^^




p/s : makan ayam pun kenyang tahap cipan :p



Cuti-Cuti

            Selamat malam! Rasanya dekat seminggu deno tak blogging! Deno memang dah agak kalau ke johor mesti tak usik pun laptop... Biasa macam nie la kalau ke rumah kaklong mesti semut2 deno setiap hari nak deno main sama... malam pula tidur awal sebab temankan sarah tido awal, jadi deno pun tidur awal sekali... 

Seronok 8 hari bercuti! dapat luang masa bersama kaklong dan anak2 buah deno... yang paling seronok hari ahad baru nie kaklong bawa deno makan angin di singapore, pegi satu hari je, sekejap je... tak bermalam kat sana... rumah kaklong pun tak jauh mana.. dari imegresen ke bandar singapore ambil masa cuma setengah jam. 

Deno rasa sangat kagum dengan bandarnya yang sangat bersih dan bangunan yang tersusun dengan sistematik. Penduduknya juga boleh tahan ramahnya... agak mahal barangan di sana.. masa deno pergi tu kalau nak convert duit kita ke duit sin dollar kena darab 2.47... deno ke sana bersama kaklong, kak ana dan sarah aina... (^_^)

kak ana, deno n sarah aina
at marina bay

kaklong wit sarah aina

macam kapal atas bangunan kan... marina bay sands kat belakang tu...

one fullerton

piece piece kacang piece!

kak ana dah macam lion deno tengok.. hihi...

at merlion statue

eh2, macam lion plak! hehe.. ni yang kecik

best!

Enjoy sangat dapat pergi sana... tapi kali nie pergi sikit je tempat coz nak kena balik awal.. kak ana kena balik juga petang tu coz esoknya kerja... cuti sem nanti nak pegi lagi la, harap2 deno sihat... so boleh pegi lagi! Terima kasih kat kaklong belanja deno pegi sana!


~ Psst2, cuti-cuti... (^_^)