Showing posts with label Cyclophosohamide. Show all posts

Deno dan Cyclophosphamide


Selamat malam semua :)

Terlewat pula deno buat entry malam ni. Tadi syik sangat tengok filem ToothFairy @ TV3 tadi... Okeh, sebenarnya deno nak berkongsi pengalaman deno dan cyclo dengan korang... Pengalaman deno buat rawatan chemo. Ubat chemo tu namanya cyclophosphamide. 

 

Sewaktu mula-mula didignose mengidap SLE Lupus Nephritis (LN) class IV, deno perlu menjalani rawatan chemo pada setiap bulan.. Bagi pesakit SLE yang ada masalah LN (masalah buah pinggang yang kronik) seperti deno, rawatan yang perlu dibuat ialah chemo. Rawatan chemo ini penting untuk mengurangkan keradangan kidney ( buah pinggang) Masa tu deno berumur 11 tahun dan SLE selalu saja aktif! Deno pun jarang2 ke sekolah..

Deno takkan pernah lupa kenangan deno dan chemo. Bila ubat dah mula masuk,  rasa tak selesa. Kemudian, rasa loya datang dan akan muntah. Muntah yang sangat banyak sampai kosong perut. Walaupun nurse dah suntik ubat tahan muntah, deno terus muntah sampai badan lembik. Lesu sangat macam pisang penyek dah rasanya.! Nak ke tandas pun tak boleh.. Badan tak ada tenaga langsung. Makan pun tak boleh. Semua yang masuk mesti keluar balik. Lidah rasa sakit, tekak pula rasa perit. Bila deno menelan pun sakit... Bila dah jadi macam tu, badan lama-kelamaan jadi menggigil sebab demam. Bila dah sakit sangat, mula la demam. kepala pun sakit. Kesan chemo ni pun buat rambut banyak gugur. Masa tu yang deno tahu menangis je la.. Bila ingat-ingat balik malu pulak rasanya. Tapi masa tu deno umur 11 tahun, kanak-kanak ribena lagi ehehe

Biasanya bila buat chemo deno admit wad 3 hari je. Bila keadaan deno okey barulah discharge. Sebenarnya rawatan chemo ini bergantung kepada patient juga. Ada kawan deno buat chemo sehari je then boleh balik sebab kesan chemo tak teruk. Mungkin badan deno tak kuat, sebab tu perlu menginap di wad lebih daripada 2 hari.

Walaupun dengan rawatan chemo, SLE tu lebih kuat dan aktif! Chemo tak berkesan pun, deno sakit makin teruk! Selepas chemo ke 12 kali, doc buat keputusan untuk stop rawatan chemo coz kidney deno makin teruk.. SLE sangat aktif dan akibatnya kedua-dua kidney deno gagal berfungsi. Deno terpaksa menjalani pembedahan untuk memasang tiub "thankoff" untuk CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis) iaitu tiub untuk dialisis bagi menggantikan fungsi kidney yang rosak... and da tube itu masih selamat bersama deno sampai sekarang....

Doakan deno sentiasa sihat ya :')