Showing posts with label DLE. Show all posts

DLE ( Discoid Lupus Erythematosus )


Hari ini deno terima soalan daripada seorang rakan Lupus..


Apakah DLE?

DLE iaitu Discoid Lupus Erythematosus merupakan penyakit kulit yang kronik di mana tedapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik dan munkin akan meninggalkan parut. 

Ruam tersebut kemungkinan akan berulang setelah sembuh.. Hanya sebilangan kecil pesakit DLE akan mendapat SLE di kemudian hari.


*kepada awak.. DLE mungkin akan berulang setelah sembuh.. tetapi jangan bimbang kerana hanya sebilangan kecil (10%) pesakit yang mengidap DLE yang berpotensi mengidap SLE



p/s: DLE juga sejenis penyakit Lupus