Showing posts with label Demam. Show all posts

Makin Naik

Makin naik pula suhu badan


Malam ni naik ke 38.4, sejuknya jangan cakaplah. Dah rasa macam musim sejuk, orang lain biasa sahaja.... Dugaan minggu ni dengan demam, tapi takdelah ke klinik atau hospital, hanya ambil paracetamol untuk kurangkan panas badan, dan rehat..

Duhai badan sila cepat sihat ya ..... 


*Sekarang musim tak sihat dengan cuaca yang tak menentu.... take care semua :)


Demam.


Second day fever

Entah apa la yang tak kena ngan badan, tiba-tiba demam petang semalam.. Pastu macam okey, pastu panas balik badan malam semalam.. Hari ni pun sama..

Rasa sejuk je.. Ni pun dah dua lapis pakaian sebab sejuk.. Harap2 demam ni tak lama

Demam Lagi

Patut la siang tadi lesu je.. Demam lagi...


Pic kat atas ni suhu terbaru.. Sekarang 37.7. Rasa sejukk je.. Tadi tak sampai pun suhu tu, makin naik pula.. Tiba-tiba je panas badan, siang tadi biasa je cuma rasa lesu.. Tidur rest je.. Balik dari terawih tadi terus panas badan.. Errmm...

Harap tak lama demam ni.....



Terpaksa Ke Hospital

Alkisah semalam 3 am


Sebelum tu dalam 10.30pm tu dah rasa sejuk. Demam dah datang balik, badan rasa sejuk tapi suhu badan makin naik. Deno check suhu badan dah naik ke 38.3. Memang rasa tak best badan....

Sebelum tidur telan dulu ubat. Masa nak tidur pun susah sebab rasa sejuk je last2 terlena. Tapi dalam 3am macam tu, deno jadi sejuk melampau sampai menggigil. Badan dah panas sangat, check lagi suhu badan dah 39.9! Bahaya coz kalau orang jenis tak tahan dah boleh sawan atau pengsan kan

Kaklong dah risau, tepon ma ngan abah.. Terus ke hospital..... Ada buat blood test and doktor nak tahan masuk wad tapi deno taknak! Hehe.. Deno cakap takpe bagi ubat then deno monitor sendiri demam. Mujurlah doktor tak paksa. Yeay! Bagilah ubat apa pun dayangdeno boleh telan.. Heeee^^

Harap2 lepas ni semakin sihat ...^^


x x x x x x x x


**Ramai rakan Lupus yang tanya kot2 my SLE active. Tapi deno rasanya tak, fuh mintak dijauhkan!! Ini sekali sekala encik demam nak datang berkawan ngan deno kot.. Nak bagi deno rehat.. heeee :p


Dua Kali!

Hari ni hari ke tiga demam.


Dah mula risau. kenapa demam belum sembuh. demam on and off. Telan ubat ok la kejap, then demam balik. Sebelum ni pun demam sehari dah sihat dah, ini tidak.... Kaklong pun dah risau

Ni pun baru lepas makan ubat. Apa yang deno risaukan ni... Sebelum ni dua kali deno mimpi masuk hospital sebab sakit! Errr .. Ini yang tak best ni

Mula la fikir bukan-bukan.
Harap2 mimpi tu just mainan tidur... kan

Hihiiiiii :p


Tak Suka


Sebenarnya semalam lagi, lepas majlis tahlil tu rasa tak sedap badan je. Kakak pun cakap badan macam panas tapi deno tak layan sangat sebab siang tu ok je...

Tak suka bila demam sebab mesti sekali ngan joint pain. Ni pun bernafas rasa hangat je.... Tak larat tapi bolah tahan lagi. Harap esok ok la ni, sekali sekala tak sihat maybe sebab badan nak suruh rehat kan..

Nak rest jap sebab nanti nak sambung designing.. Adehh la kesian customer coz designer diaorang ni macam ni.. Almaklum la badan kalau letih melampau mudah demam. Huhu nasib baik jugak diaorang faham :')


** Dah telan ubat ^^


Tiba-Tiba Sahaja

Petang tadi.. tiba-tiba je...

Petang tadi tiba-tiba je badan sejuk semacam.. Sejuk sangat-sangat sampai deno pun tak keruan, kenapa sejuk sangat-sangat! Sampai terpaksa pakai sweater, deno sorang je sejuk... Then terus demam.. Badan rasa tak larat, bernafas pun rasa pelik, rasa macam tak puas..

Ambil blood pressure, tak rendah sangat.. 100/60 je... Tadi lama juga tidur, rest je.. Bila dah bangun mula la susah nak lelap.. alahai...^^


p/s: sekarang dah okey sikit :)

Pengsan

Alkisahnya bermula bila pagi semalam, deno bangun tidur jadi batuk non-stop..Batuk berkahak, sakit kepala sebab batuk kuat sangat. Plus selesema pun sama, selesema teruk..

Tiba-tiba je jadi demam, then kaklong bagi la deno ubat batuk dan ubat demam. Deno telan la jugak sebab tak tahan batuk, kaklong cakap tak mengantuk ubat tu, jadi deno tak risau la.. Deno tak suka ubat yang boleh buat kita ngantuk nih :p

Lepas 15 minit telan ubat, rasa berat kepala. Mata tak dapat nak celik terus "pengsan"!


Ya allah sampai tertinggal buat CAPD! Deno dah dengar anak buah kejut tapi tak dapat nak celik, kepala berat gila-gila... Macam dapat ubat tidur.. Bayangkan deno tidur hampir 6 jam! Ish ish is...... Hari ni, ubat tambahan selepas ubat harian hanyalah  ubat demam. Dah taknak ubat batuk tu.. Eiiii taknak deno jadi macam tu lagi.... Batuk pun deno ambil Strepsiles je :)


p/s: hari ni batuk dan kurang, selesema pula menyerang.. habis satu kotak tisu! hihihik :p


On And Off

On and off... Tadi badan kembali hangat..


Dalam minggu ni ada ala dalam 3-4 kali demam. Tapi ianya on and off. 

Petang tadi okey siap main badminton dengan anak buah dan kakhanna. Siap melompat-lompat lagi... Bila malam mula la rasa macam kurang sihat... Harap demam on and off ni tak lama...


p/s : take care everyone :)

Better


Dua-tiga hari tak sihat..

Tak pernah kalau demam, demam macam tu je.. Mesti sekaligus dengan batuk dan selesema. Penyakit 3 beradik tu mesti dapat.

Alhamdulillah demam tak melarat sangat, demam dah kurang kesan daripada ubat. Lega sangat-sangat suhu badan tak cecah 40 :) Abah kat Terengganu pun dah bimbang bila deno cakap demam ... Hehe.. Untuk tahun 2014, inilah first time tak sihat..

Terima kasih semua yang mendoakan deno :) Deno sayanggggg korang ^_^


p/s: alhamdulillah ^_^


Kan Dah Cakap

Semalam sakit tekak.. Deno dah agak itu permulaan kepada tak sihat. Bangun pagi tadi dah demam dengan selesema..... Aduhaiii....

Badan rasa sangat-sangat lemah pagi tadi. Kepada berat, then rasa sejuk sangat-sangat... Sejuk sampai berbungkus je pagi tadi.. Then makan Paracetamol, baru okey sikit.

Sekarang masih demam cuma tak teruk macam pagi tadi.. Selesema belum kurang, dari tadi duk bersin dan srooootttt je. Cuma satu je yang bagus, sakit tekak semalam dah hilang :)


p/s: dah okey sikit

Kenapa Ni....

Tiba-tiba badan rasa lesu...

Pernafasan rasa panas, rasa macam nak demam.. Tak tahu kenapa, sebenarnnya dari petang tadi rasa macam ni.. Tapi tak layan sangat ..



Sampai malam ni pun badan hangat. Mungkin sebab hari ni cuaca panas... Macam ni la sekarang, sekejap panas, sekejap hujan, sekejap panas.. Badan pun macam tak sihat.. Harap-harap tak melarat sampai esok...


p/s: nak tidur dah... goodnight :)



Tak Jadi

Yeay!

Bangun2 pagi tadi tak demam... syukur sangat! Risau sangat demam2 ni sebab bila demam, memang susah nak sembuh. Deno risau jadi macam baru2 ni, demam seminggu, then melarat sampai admit..

Sekarang cuma selesema je belum sembuh... Selalu macam ni la.. bila dah kena, nak sembuh tu makan masa juga..  Takpe la, janji tak demam :)

*terima kasih sentiasa support deno ^^


p/s: salam jumaat ^_^



Rasa Nak Demam


Penatnyaaaaaa....

Hari ni lama betul di bandar, banyak urusan.. Tengahari keluar, 6 petang baru sampai rumah... Hari ni pulak panas, rasa macam "butterfly" dah singgah kat muka hari ni... Memang panas!

Sampai rumah rasa macam nak demam.. Pernafasan panas, badan hangat, mata pun rasa hangat. memang tanda-tanda nak demam! Fuu ~


p/s: makan ubat cepat-cepat!!!

Tak Rasa

Macam ni la bila tak berapa sihat..

Lagi-lagi selesema, makanan masuk mulut pun macam tak makan sebab tak rasa apa. Makan pun kurang, hari ni hanya makan sekeping roti dan scrambled egg. Then tak makan apa dah, kurang selera.

Malam ni ke klinik.


p/s: berair mata bila bersin terlalu kerap



Demam

Selamat awal pagi semua :)

Entry kedua awal pagi.. sebenarnya hari ni deno demam, entah mungkin sebab kena panas..

ceritanya deno ke hospital dalam pukul 3 petang untuk ambil stok ubat.. ubat dah tinggal ciput, bulan depan baru jumpa doktor.. on the way balik abah singgah ke bazar ramadhan.. mulanya abah tak bagi ikut sebab panas.

hihi.. cuaca panas tapi nak ikut jugak.. bukan apa, excited tengok banyak makanan.. jadi bermandikan panas la deno ni... balik je rumah badan dah panas.. rasa tak bermaya...


rupa-rupanya demam... sangat tak larat, takde tenaga.. adam khaleef ajak main pun tak larat... deno bangun tengok dah pukul 11.. terus la buat CAPD.. 

rasa tak larat tapi nak sambung study la..  ahad ini ada common test.. risau betul.. harap demam tak lama.. :)


p/s: maaf sangat2 sebab belum sempat balas jejak korang.. free2 deno pegi eh? sori.. deno sekarang baru nak makan penadol... fuuuu ~


sori...

hye! 
sori ye kawan2.....
da lama sy xupdate blog
sy xsihat, kawan tau la sy nie kan ada penyakit
sy sakit SLE da lama sejak 10tahun yg lalu, pernah dengar x?
nanti bile sy da sihat sikit, kalo sy larat sy akan cerita pasal SLE ya....
ok, tata....



DEMAM

hmmm......
demam la 2 ari nie
xde mood nak on9
tapi bukak jugak la
nak tengok gulagulaberacun

rindu punya pasal..
layan gulagulaberacun la...

tata :)