Dayang Deno: Demam
Showing posts with label Demam. Show all posts
Showing posts with label Demam. Show all posts

22.10.15

Demam.
October 22, 2015 7 Comments

Second day fever

Entah apa la yang tak kena ngan badan, tiba-tiba demam petang semalam.. Pastu macam okey, pastu panas balik badan malam semalam.. Hari ni pun sama..

Rasa sejuk je.. Ni pun dah dua lapis pakaian sebab sejuk.. Harap2 demam ni tak lama

Reading Time:

18.6.15

Demam Lagi
June 18, 2015 4 Comments
Patut la siang tadi lesu je.. Demam lagi...


Pic kat atas ni suhu terbaru.. Sekarang 37.7. Rasa sejukk je.. Tadi tak sampai pun suhu tu, makin naik pula.. Tiba-tiba je panas badan, siang tadi biasa je cuma rasa lesu.. Tidur rest je.. Balik dari terawih tadi terus panas badan.. Errmm...

Harap tak lama demam ni.....



Reading Time:

23.9.14

Terpaksa Ke Hospital
September 23, 2014 10 Comments
Alkisah semalam 3 am


Sebelum tu dalam 10.30pm tu dah rasa sejuk. Demam dah datang balik, badan rasa sejuk tapi suhu badan makin naik. Deno check suhu badan dah naik ke 38.3. Memang rasa tak best badan....

Sebelum tidur telan dulu ubat. Masa nak tidur pun susah sebab rasa sejuk je last2 terlena. Tapi dalam 3am macam tu, deno jadi sejuk melampau sampai menggigil. Badan dah panas sangat, check lagi suhu badan dah 39.9! Bahaya coz kalau orang jenis tak tahan dah boleh sawan atau pengsan kan

Kaklong dah risau, tepon ma ngan abah.. Terus ke hospital..... Ada buat blood test and doktor nak tahan masuk wad tapi deno taknak! Hehe.. Deno cakap takpe bagi ubat then deno monitor sendiri demam. Mujurlah doktor tak paksa. Yeay! Bagilah ubat apa pun dayangdeno boleh telan.. Heeee^^

Harap2 lepas ni semakin sihat ...^^


x x x x x x x x


**Ramai rakan Lupus yang tanya kot2 my SLE active. Tapi deno rasanya tak, fuh mintak dijauhkan!! Ini sekali sekala encik demam nak datang berkawan ngan deno kot.. Nak bagi deno rehat.. heeee :p


Reading Time:

22.9.14

Dua Kali!
September 22, 2014 4 Comments
Hari ni hari ke tiga demam.


Dah mula risau. kenapa demam belum sembuh. demam on and off. Telan ubat ok la kejap, then demam balik. Sebelum ni pun demam sehari dah sihat dah, ini tidak.... Kaklong pun dah risau

Ni pun baru lepas makan ubat. Apa yang deno risaukan ni... Sebelum ni dua kali deno mimpi masuk hospital sebab sakit! Errr .. Ini yang tak best ni

Mula la fikir bukan-bukan.
Harap2 mimpi tu just mainan tidur... kan

Hihiiiiii :p


Reading Time:

21.9.14

Tak Suka
September 21, 2014 6 Comments

Sebenarnya semalam lagi, lepas majlis tahlil tu rasa tak sedap badan je. Kakak pun cakap badan macam panas tapi deno tak layan sangat sebab siang tu ok je...

Tak suka bila demam sebab mesti sekali ngan joint pain. Ni pun bernafas rasa hangat je.... Tak larat tapi bolah tahan lagi. Harap esok ok la ni, sekali sekala tak sihat maybe sebab badan nak suruh rehat kan..

Nak rest jap sebab nanti nak sambung designing.. Adehh la kesian customer coz designer diaorang ni macam ni.. Almaklum la badan kalau letih melampau mudah demam. Huhu nasib baik jugak diaorang faham :')


** Dah telan ubat ^^


Reading Time: