Showing posts with label Doodle. Show all posts

Welcome Back Tun!



The one and only Tun Dr Mahahir Mohamad

Ini adalah kali ke dua deno doodlekan gambar Tun. Sebelum ni deno pernah buat sempena birthday Tun. Korang boleh tengok kat sini --- > KLIK <

Doodle potrait Tun kali ini khas sempena Malaysia Baru! Selepas 61 tahun, pada 10 Mei 2018 negara Malaysia mencipta satu sejarah baru apabila Pilihan Raya Umum ke14 dimenangi oleh Parti Harapan dan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia buat kali ke dua! 

Kagum dengan Tun, di usia 92 tahun beliau masih menjalankan tanggungjawab demi negara. Tun... jika dilihatkan usianya, beliau boleh sahaja berehat tanpa memikirkan masalah negara di usia emasnya. Tapi beliau memilih untuk berjuang dan kembali demi bangsa, agama dan negara. Terharu rasanya....

Harapan deno dengan Malaysia Baru ini, semoga negara kita akan menjadi lebih baik, sentiasa dulindungi Allah, kekal aman dan sejahtera... Dan semoga Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati Allah.. amin ya rabb.

Thank you and welcome back Tun! :')


xxxxx

Instagram : @dayangdenoart
FB Page (Art)   : Dayang Deno Art
FB Page (Blog) : dayangdeno.com


Happy Mother's Day


Who should I give my love to
My respect and my honor to
Who should I pay good mind of
After Allah
And Rasulullah
Comes you mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother


Happy Mother's Day ma. 

I love you, always and forever! Only Allah knows how much you mean to me.... Thank you for everything ma. Lillahi Ta'ala :')


xxxxx

Instagram : @dayangdenoart
FB Page (Art)   : Dayang Deno Art
FB Page (Blog) : dayangdeno.com



Salam Ramadhan 2018


Rasanya belum terlambat kan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua^^ Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa, dan semoga puasa tahun ini akan lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.. Inshaa allah amin!

Salam Ramadhan 2018! :)


xxxxx

Instagram : @dayangdenoart
FB Page (Art)   : Dayang Deno Art
FB Page (Blog) : dayangdeno.com


Tun Mahathir


Tun Mahathir.

The one and only Tun Mahathir Mohamad.

Sooo... Sebenarnya, flowers doodle potrait ni dah lama siap, deno siapkan pada bulan Julai (5 bulan yang lalu). Deno baru berkesempatan update kat  sini.. Masa tu hari ulang tahun Tun, tiba-tiba sahaja datang idea untuk flowers doodle potrait!

Deno doodle khas buat Tun Mahathir sempena hari ulang tahun beliau yang ke 92 tahun pada 10 Julai 2017 yang lalu....

Tun Mahathir, my idol.

Sejak kecil deno kagum dengan Tun.

Impian, semoga suatu hari akan ada rezeki untuk bertemu Tun. Deno ingin serahkan sendiri doodle artwork deno pada Tun... Inshaa Allah :)

x x x x x

Instagram doodle : @dayangdeno
Instagram komik  : @thedayunk
ART page : Dayang Deno Art



Emoji Dayang Deno

Kes terjebak dengan rakan doodler from Dooldle Malaysia, Kopi Soh^^ Dayang Deno suka sangat lihat emoji Kopi, dan tiba-tiba tangan ni pun laju je buat... Tiba-tiba je siap!


Simple emoji :)





Tolong


Tolong anak saudara... 

Katanya kawan dia nak, dan dia nak jual. Mulanya deno hairan juga macam mana kawan-kawan sekolah tahu makcik dia ni melukis.. Rupa-rupanya kawan dia ada terlihat doodle deno pada handmade pencil case yang deno buatkan pada tahun lepas.. Deno ada doodle gambar dia kat situ.  Boleh tahan ramai kawan dia order, deno tolong doodle sahaja :)


Meet The Artist 2017


Dayang Deno telah ditag oleh rakan pelukis Wan Mars. Dan inilah hasilnya doodle yang simple tentang Dayang Deno, and few things dalam backpack dia.

Barang paling penting bagi deno ialah minyak angin dan ubat-ubatan coz deno mudah sangat diserang sakit kepala, in case kan.. So memang kena ada. Ubat pula memang tak boleh tinggal, sentiasa ada di dalam bag. Ehehe :)




Luas

Rasanya sudah hampir dua tahun dayang deno tak conteng dinding atau lebih tepat melukis pada dinding. Kali terakhir pada tahun 2015.


Bila deno dapat job untuk mural, jarang deno terima. Deno terpaksa let go.. Ikutkan hati mahu, tapi sedar dengan keadaan kesihatan, dialisis pula setiap hari..

Deno perlu teman, abah takkan biarkan deno dengan keadaan diri ini.. 

Kadang-kadang, terasa juga bila dapat peluang... Tapi tak mengapalah, rezeki Allah kan luas.

Kan :)

2016 Best Nine



Terima kasih buat buat semua followers dan suppporters Dayang Deno :) 

Instagram : @dayangdeno
FB Page : Dayang Deno Art







Doodle Camp!





Doodle camp! Yeah!! *lompat bintang!!! ^_^

Jom jom jom! Team doodle nak ajak korang semua makcik pakcik adik abang kakak semua join doodle camp yang akan diadakan tak lama lagi! :)

Untuk pengetahuan semua.... Sungai Merab Guest House ( https://m.facebook.com/sgmerabecoresort ) telah berkolaborasi bersama persatuan pencinta doodle iaitu : Doodict ( https://m.facebook.com/doodict/ ) untuk menganjurkan Kem Doodle yang julung2 kalinya yang diadakan di Malaysia!!^_^ Pelbagai aktiviti berkonsepkan Doodle yang menarik dan menyeronokkan akan diadakan selama 2 hari 1 malam di sini^^ Penyertaan ini terhad kepada 80 penyertaan sahaja tau, jadi cepat2 jangan lepaskan peluang yang ada ini! Seronoknya!! Berbaloi-baloi hanya rm 199 sahaja :)


Berbaloi-baloi... Bukan semua orang akan dapat peluang ini tau... Ruginya kalau tak join. Terbuka, sesiapa sahaja boleh join, bukan kaki doodle pun boleh join, pendek kata join jeee :D

- Pengangkutan awam dari stesen komuter UKM
- Penginapan untuk 2 hari 1 malam
- Sajian makanan dan minuman selama 2 hari 1 malam
- Cenderahati Doodle Camp *tshirt, stickers, rantai kunci dll
- Peralatan melukis seperti pen, marker, fabric marker, tshirt kosong (untuk doodle)
- Pengalaman, pengetahuan, kemahiran baru
- Doodle2 bersama-sama team doodle
- Kawan-kawan baru
- Siji penghargaan

Tempat : Sungai Merab Guest House
Tarikh : 3 dan 4 Disember 2016


Apa tunggu lagi, jom daftar sekarang! ^_^

Hubungi :
Cikpun Lela : 0192081474
Puan Azizah : 0173037160
Encik Zami : 0126690286


Doodle Art Cergas Bersama Antabax

Pada bulan Ogos yang lalu, Dayang Deno ada menyertai satu contest dari Antabax. Doodle Art Contest Cergas Bersama Antabax. Contest tersebut tamat pada 30 September 2016 iaitu esok... 

Semalam doodle art yang telah deno submit pada bulan Ogos yang lalu baru diupload oleh pihak Antabax ke dalam folder Antabax. Inilah doodle art Dayang Deno! :)


Di sini, Dayang Deno ingin minta jasa baik kawan-kawan semua untuk tolong deno LIKE doodle art Antabax deno ini.. Hehehe.. Cuma perlu LIKE :)

Korang klik link ini >>>>  https://goo.gl/YZQ0VK

Kemudian, LIKE gambar tersebut... Ok dah. Mudah kan? :D


Terima kasih ya.. Nah tangkap flying kiss sorang satu! :*

..........................


Instagram : @dayangdeno
Fb Art Page : Dayang Deno Art
Fb Blog Page : dayangdeno.com

Simple


Simple art

Sometimes simple is much more.. kan

:)




Siap!

Alhamdulillah siap sudahh^^


Semalam client sudah approved. Sekarang nak email sahaja. Deno akan update full design selepas semua order client settle ya^^

Client buat tempahan untuk sampul duit raya^^ Cepat kan? 

Biasanya deno bukak order bila tiba bulan Ramadhan, tapi tahun ini deno okey sahaja jika ada order doodle untuk sampul raya dan kad raya.. Cuma perlu ikut giliran, itu sahaja.

Masih ada dua artwork client yang perlu disiapkan.. Nak siapkan cepat2 coz deno ada plan sendiri mengenai artwork deno pula, inshaa Allah harap dipermudahkan :)


**Love and hugs



Last Minute


Last minute lukis, last minute print. Nasib baik cepat siap, dapat juga deno bawa name card ke blogger event last weekend... Tahun ini first time deno ada name card sendiri.. Tapi simple sahaja, black and white and doodle art theme :)



I-Robot


Entah kenapa la tangan ni gatal sangat.. Tak boleh duk diam, amik pic diri sendiri conteng. Sebelum ni dayangdeno pernah conteng pic sendiri, ala2 robot juga.. Ini kali kedua main conteng2.. Konon2 robot la ni, tak dapat jadi robot, conteng ajelah kat pic... ^_^

Agak2 nak conteng apa lagi... jadik skull pulak? Ehehe



2015 Best Nine



Millions thank you!!!

Instagram : @dayangdeno




AnisYee Beauty Shop


KLIK : 

Commisson from Anis.. Act agak lama deno tak melukis untuk facebook timeline cover, seronok pula melukis item2 detail untuk bisnes Anis^^ Alhamdulillah Anis suka :)

Terima kasih Anis percayakan deno :)



x x x x x x


Contact :
Instagram : @dayangdeno
Art fb : dayangdeno art
Blog fb : dayangdeno.com


Pizza?

Dah lama kan dayang deno tak share commission


Tempahan doodle hijab girl with pizza. Doodle for her business, its been awhile dayang deno tak lukis macam ni. Now DD focus more on doodle art. Korang boleh tengok contoh doodle art di SINI . But, deno still buat tempahan doodle kartun2 macam ni. Kalau ada nak buat tempahan, just contact deno ya

To Siti, thank you percayakan saya untuk buatkan doodle untuk awak :)

xxxxx

Contact :
Instagram : @dayangdeno
Fb : dayangdeno
Fb page : dayangdeno.com
Art page : Dayang Deno Art


P/s : Do not copy/grab/crop/edit my artwork. Any action without permission is strictly prohibited. Thank you for your cooperation **Copyright Dayang Deno





Doodle At Hcream Roll

Opss... My story semasa Raya AildilFitri baru-baru ini.. Asyik lupa nak update! Ehehe :p

Okeh Hcream Roll?? Ianya adalah kedai ice ceram, street ice cream actually. First deno tengok orang buat eskrem ni kat facebook, hanya ada kat Thailand.. But now dah makin popular kat negara kita. Kedai yang deno doodle ni ialah first in Terengganu^^ And.... Deno dah rasa eskrem tu memang sedap! :D


Alkisah bulan Julai yang lalu, Hazim (owner kedai) contact deno untuk job doodle kat wall kedai. Sepatutnya deno mula doodle sebelum bulan Ramadan lagi, tapi sebab agak busy and masa tu kat kl.. So agak lambat mula doodle..  Nasib baik Hazim faham, heeee thank you Hazim!

Deno mula doodle pada hari raya.. Raya ke-empat deno tengok wall dulu dan hari raya ke-lima deno dah mula doodle kat wall.. ehehehe

Nervous jugak tau, risau sebab wall ni pun baru cat. Tapi once dah mula, lajuuu je tangan mendoodle, alhamdulillah :)







Lain sikit dayangdeno bila dia lukis, tempoh dia tak sama macam pelukis lain coz bila sampai waktu dialisis, kena pi hospital buat dialisis.. and kebetulan waktu deno lukis ni, sama hari dengan tarikh kena tahan kat hospital untuk ubat... 

Lukis satu hari, hospital satu hari.. Masuk ubat satu hari.. Pastu lukis pulak.. Pastu dialisis... Macam tulah life dayangdeno hehe...

Dan selepas tiga hari, inilah hasil yang dah siap! Tadaaaaaa!!!


Penat jangan cakaplah..super penat! Tapi bila tengok hasil dia, rasa happy sangat, plus Hazim (owner kedai) pun happy^^ Terima kasih kat abah ma dan my kakak yang bergilir-gilir teman adik lukis sampai siap hihiiii.... 

Alhamdulillah :)


x x x x x x x


Ice Cream Roll
Instagram : @hcreamroll
♤ The First Ice Cream Roll In Terengganu 
♤ Available at T-Cafe(6pm - 11pm) 
♤ Monday - OFF DUTY 
♤ Consultant - Freddo.Ipoh #hcreamroll#hcreamlover


Senyum


Lama tak melukis menggunakan paint
Tangan banyak guna pen dan artline je.. huhuu
Hari ni lukis diri sendiri nd plappy senyum je..  guna mouse and paint pulak
Errr sorry plappy dia punya mulut tenggelam sebab dia too fluffy hehe

Anyway, nah flying kiss daripada dayangdeno... muahhh! *tangkap!