Showing posts with label Doodle Art. Show all posts

Dr. Lim


Alhamdulillah

Artwork Dayang Deno sudah selamat bersama Dr. Lim Yan Ngo. Dr. Lim, doktor yang lama menjaga dayang di Wad KK1, Institut Pediatrik sejak dayang didignose Lupus pada tahun 1999. Dayang sayang Dr. Lim.. Dr. Lim akan bersara pada bulan Febuari nanti.. Hanya lukisan yang dapat dayang hadiahkan pada Dr. Lim, tanda kasih sayang dayang pada doctr. Apalah nak dibandingkan lukisan dengan jasa doctr pada dayang.. Pernah satu ketika, waktu dayang tenat di icu, jantung ini sudah berhenti berdegup.. tapi Dr. Lim tak putus asa dengan dayang.. Abah cakap, Dr. Lim tetap cuba dengan defibrillator.. Dengan izin Allah, dayang masih di sini.. Terima kasih Dr. Lim a.k.a Mama Lim.. dayang akan sentiasa merindui Dr. Lim ... :')




Luas

Rasanya sudah hampir dua tahun dayang deno tak conteng dinding atau lebih tepat melukis pada dinding. Kali terakhir pada tahun 2015.


Bila deno dapat job untuk mural, jarang deno terima. Deno terpaksa let go.. Ikutkan hati mahu, tapi sedar dengan keadaan kesihatan, dialisis pula setiap hari..

Deno perlu teman, abah takkan biarkan deno dengan keadaan diri ini.. 

Kadang-kadang, terasa juga bila dapat peluang... Tapi tak mengapalah, rezeki Allah kan luas.

Kan :)

2016 Best Nine




Terima kasih buat buat semua followers dan suppporters Dayang Deno :) 

Instagram : @dayangdeno
FB Page : Dayang Deno Art







Doodle Art Cergas Bersama Antabax

Pada bulan Ogos yang lalu, Dayang Deno ada menyertai satu contest dari Antabax. Doodle Art Contest Cergas Bersama Antabax. Contest tersebut tamat pada 30 September 2016 iaitu esok... 

Semalam doodle art yang telah deno submit pada bulan Ogos yang lalu baru diupload oleh pihak Antabax ke dalam folder Antabax. Inilah doodle art Dayang Deno! :)


Di sini, Dayang Deno ingin minta jasa baik kawan-kawan semua untuk tolong deno LIKE doodle art Antabax deno ini.. Hehehe.. Cuma perlu LIKE :)

Korang klik link ini >>>>  https://goo.gl/YZQ0VK

Kemudian, LIKE gambar tersebut... Ok dah. Mudah kan? :D


Terima kasih ya.. Nah tangkap flying kiss sorang satu! :*

..........................


Instagram : @dayangdeno
Fb Art Page : Dayang Deno Art
Fb Blog Page : dayangdeno.com

Tempahan Kad Kahwin


Rakan SLE, Azizi akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Azizi membuat tempahan daripada dayangdeno untuk kad kahwin dan Azizi inginkan doodle.

Design ini siap dua minggu yang lalu, saya baru sahaja berkesempatan untuk update di blog tempahan daripada Azizi. Sebenarnya agak lama saya tak update tempahan artwork di blog kan.

Terima kasih Azizi percayakan dayang, semoga segala urusan perkahwinan Azizi dipermudahkan nanti ya... Amin :)


Contact :

FB blog page : dayangdeno.com
FB art page : Dayang Deno Art
Instagram : @dayangdeno


Bertabah

Masih bertabah ~

Bertabah dengan client punya artwork.. Artwork kali ini A4 size, perlu siapkan empat A4 paper, detail artwork. Boleh tahan juling mata bila mengadap lama2, lenguh tangan, gitulah.. Nanti siap yang ini, ada artwork lain pula yang kena siapkan. 

Macam ni la bila dah jadi full time doodler/ artist, kena focus dengan artwork.


Kadang-kadang jadi penat sebab deno juga perlu dialysis treatment setiap hari, kadang2 tak sihat, tapi alhamdulillah mostly client faham dengan keadaan deno..

Buat art ni kena banyak sabar, mesti kena ada niat nak buat yang terbaik untuk client kita. Jangan buat cincai2 sebab orang dah bagi fully trust pada kita, dengan harapan pada kita kan...

Alhamdulillah Allah bagi pada Dayang Deno passion pada art.. dengan bakat pinjaman Allah ini juga dapat deno cari rezeki sikit2 memandangkan deno tak dapat bekerja seperti orang lain sebab masalah kesihatan.

Deno cuba nak bahagikan masa antara art dan blog, honestly rasa rindu nak update blog hari2 dan blogwalking macam dulu.. sekarang komitmen more to art..

Tapi in shaa Allah, akan dicuba sebaik mungkin, doakan Dayang Deno sihat selalu eh :)


Lenovo Contest

Alkisahnya pada minggu yang lalu ~


Last minute hantar penyertaan.. 

Sebenarnya deno tak tahu ada contest dari Lenovo, then.. tiba-tiba dapat tag from blogger Bro Framestone pada satu post tentang doodle contest, beberapa hari sebelum contest tamat. Deno pula tak baca betul2, ingat lambat lagi tamat pastu lupa terus.. 

Sehari sebelum tamat contest, ternampak pula Rizal_Paperbaghead post pasal contest ni..

Masa tu dah lewat malam.. Dalam pukul 2 pagi baru deno mula doodle, tak fikir apa dah just ambil pen, ambil A4 paper terus doodle. Spontan sahaja sebab dah lewat! Deno submit pun lewat.. In shaa Allah,.. cuba nasib ehehe.. 

Pada semua peserta #lenovo doodle contest, all the best! :)

#LenovoVibe
#VibeS1
#doodleart
#dayangdenoart


A Forgotten Hand

Ia bukanlah sekadar tangan....


Tangan itu.... Tangan yang penuh dengan harapan... Harapan insan untuk dibantu, harapan untuk dibela nasibnya...Tetapi harapan tidak dipedulikan, harapan hanya tinggal harapan... 

Dan tinggalah ia mereput sendiri dan dilupakan... 

Kesepian ......


**Ilham yang tiba-tiba datang dari kisah2 yang orang tertindas, teraniaya...

x x x x x x

Instagram : @dayangdeno
FB Page : Dayang Deno Art


Belasah Je

Belasah je la...

Artwork yang terhasil secara  spontan... Sebenarnya artwork ini terhasil sewaktu deno menunggu anak buah buat homework.. Waktu ini kami minum di Starbucks, The Curve.

Kami ada "aunt and niece time". Deno dan anak buah spend time sama-sama... dan anak buah bawa homework dia.. 

Sementara dia siapkan kerja, deno bukak sketch book, ambil pen dan terus doodle.


Simple sahaja.. Tak terlalu detail.

Kadang-kadang macam tulah... Tak perlu terlalu serius bila bab doodle. Ambil pen dan conteng je. Trust me, hasil dia pun mesti buat korang sendiri senyum...

To be honest, deno sebenarnya takde pandai sangat melukis or doodle.. Tapi sebab minat, deno teruskan dengan minat deno.. Setiap hari doodle, doodle jelah apa-apa pun..

Alhamdulillah selain melukis menjadi satu terapi bila stress, dapat juga menjadi sumber rezeki.. :')

Dan sekarang Dayang Deno ialah seorang full time doodler^^

x x x x x x

Instagram : @dayangdeno
Art page : Dayang Deno Art


Ros Merah


Masih menunggu

Artwork kat atas tempahan daripada seorang client, dah siap. Sekarang masih menunggu khabar daripadanya... Ermm rasa sayang pula dengan artwork sendiri, kadang2 rasa macam taknak bagi kat client.... Tapi mana boleh macam tu kan?

Sebenarnya semua artwork deno sayang :)


*kalau korang berminat nak tempah doodle art boleh pm deno:
FB : Dayang Deno
Instagram : @dayangdeno
Email : pinky_deeno@yahoo.com


2015 Best Nine



Millions thank you!!!

Instagram : @dayangdeno




Artwork Fatihah

Yay artwork dah selamat sampai pada tuan dia :)


Artwork ni deno dapat tempahan daripada Fatihah. Artwork bersaiz A5, detailed flowers di dalam frame and fatihah nak deno tuliskan sekali namanya^^ Alhamdulillah Fatihah happy dan she love it!^^

Terima kasih Fatihah percayakan Dayang Deno untuk buatkan artwork Fatihah :)


Jika berminat boleh hubungi Dayang Deno :

Instagram : @dayangdeno
Facebook : Dayang Deno
Email : pinky_deeno@yahoo.com


Selamat Sudah

Alhamdulillah..

Selamat sudah artwork dengan tuan dia, Shazni dan Zara. My friends a.k.a adik2 deno ni haaa, pasangan pengantin baru!^^ Tahniah buat Sahzni dan Zara :) Sebenarnya Dayang Deno dah siapkan lama artwork ni, sebelum bulan Ramadan lagi dah siap. Asyik lupa dan tertangguh nak pos!

Kebetulan pula, ada event doodle last weekend and this cute sweet couple pun ada... Akhirnya dapat deno berikan artwork by hand! Rezeki jumpa pasangan comel pengantin baru ni :)



Buat Shazni dan Zara, saya doakan Shazni dan Zara kekal bahagia till jannah.. Amin! :)

**comel kan pasangan pengantin baru ni.. so cute! :)


Siap Sudah

Siap sudah my artwork yang bertabah nak siapkan..

Rasanya paling detail deno pernah buat, and canvas ni pun boleh tahan saiz  dia.. Menguji kesabaran betul coz amik masa yang banyak... Nasib baiklah doodle ni my passion! Ngantuk pun tahan je buat sebab nak siapkan cepat... Nasib baiklah tak terconteng!



Bila dah siap... Rasa sayang pun ada...  Rasa sayang sangat dengan hasil kerja sendiri, biasa macam tulah bila siap, mesti rasa sayang :) Semua artwork deno sayang actually ehehe....

Artwork ni request by my friend from Doodle Malaysia, Mr. Zhafran a.k.a Apan^^ .... dan artwork ni sudah selamat bersama Apan :)


Alhamdulillah thank you very much Apan percayakan Dayang untuk buatkan artwork ni... To Mr. Artwork, please behave dan jangan nakal-nakal dengan Apan ya :)


x x x x x x x x x


Ig : @dayangdeno
Fb : Dayang Deno Art


Doodle At Hcream Roll

Opss... My story semasa Raya AildilFitri baru-baru ini.. Asyik lupa nak update! Ehehe :p

Okeh Hcream Roll?? Ianya adalah kedai ice ceram, street ice cream actually. First deno tengok orang buat eskrem ni kat facebook, hanya ada kat Thailand.. But now dah makin popular kat negara kita. Kedai yang deno doodle ni ialah first in Terengganu^^ And.... Deno dah rasa eskrem tu memang sedap! :D


Alkisah bulan Julai yang lalu, Hazim (owner kedai) contact deno untuk job doodle kat wall kedai. Sepatutnya deno mula doodle sebelum bulan Ramadan lagi, tapi sebab agak busy and masa tu kat kl.. So agak lambat mula doodle..  Nasib baik Hazim faham, heeee thank you Hazim!

Deno mula doodle pada hari raya.. Raya ke-empat deno tengok wall dulu dan hari raya ke-lima deno dah mula doodle kat wall.. ehehehe

Nervous jugak tau, risau sebab wall ni pun baru cat. Tapi once dah mula, lajuuu je tangan mendoodle, alhamdulillah :)







Lain sikit dayangdeno bila dia lukis, tempoh dia tak sama macam pelukis lain coz bila sampai waktu dialisis, kena pi hospital buat dialisis.. and kebetulan waktu deno lukis ni, sama hari dengan tarikh kena tahan kat hospital untuk ubat... 

Lukis satu hari, hospital satu hari.. Masuk ubat satu hari.. Pastu lukis pulak.. Pastu dialisis... Macam tulah life dayangdeno hehe...

Dan selepas tiga hari, inilah hasil yang dah siap! Tadaaaaaa!!!


Penat jangan cakaplah..super penat! Tapi bila tengok hasil dia, rasa happy sangat, plus Hazim (owner kedai) pun happy^^ Terima kasih kat abah ma dan my kakak yang bergilir-gilir teman adik lukis sampai siap hihiiii.... 

Alhamdulillah :)


x x x x x x x


Ice Cream Roll
Instagram : @hcreamroll
♤ The First Ice Cream Roll In Terengganu 
♤ Available at T-Cafe(6pm - 11pm) 
♤ Monday - OFF DUTY 
♤ Consultant - Freddo.Ipoh #hcreamroll#hcreamlover


Full

I love flowers!


Deno gemar buat doodle bunga yang full satu page, tu pun bila rajin.. hehe... Selalu je doodle bunga-bunga... Pastu buat detail, pastu siap. Saiz sketch book hanya A5 tapi nak siap satu artwork penuh tu makan masa berjam-jam juga.. Kalau free, dapatlah siapkan terus.. Kalau buat sikit-sikit, lambat juga nak habis... huhu

Artwork kat atas deno buat last month semasa di JPN untuk renew passport. Tahu je la kan ramai orang, so sementara tunggu sempat deno doodle separuh.... and balance deno siapkan di rumah :)

x x x x x

Instagram : @dayangdeno
Fb art page : Dayang Deno Art
Fb blog page : dayangdeno.com


Artwork Untuk Iffah

Artwork untuk cousin deno, Iffah..

Translate bahasa di atas : Iffah Adibah

Iffah, 5 tahun lebih mudah daripada deno dan dia belajar di Jepun. Dua tahun Iffah kat sana and last month Iffah balik.. Rindu my cousin yang kecik comel tu, tapi orangnnya pandai dan fasih bahasa Jepun!Iffah sebulan di Malaysia dan akan kembali ke Jepun beberapa hari lagi.. So, deno takde apa nak bagi kat Iffah, just buatkan artwork untuk Iffah... Awal2 tanya Iffah how nak tulis nama Iffah in Japanese..

Deno tulis pun nervous coz bahasa Jepun kan, kalau kita silap tulis sikit pun nanti jadi nama lain, maksud lain... But, bila maksu baca (ibu Iffah) dia cakap betul deno eja nama Iffah dalam Japanese! **Act maksu dan ayahsu deno pun tahu bahasa Jepun sebab dua2 belajar di Jepun dulu

Deno berjaya tulis bahasa Jepun dengan betul  and Iffah pun suka.. hihik.. Iffah akan kembali ke Jepun lusa, deno dah siapkan awal2 artwork untuk Iffah dan artwork ni dah selamat bersama Iffah... :)  To dear iffah, kakno doakan Iffah berjaya kat sana ya... and nanti balik.. buat balik kitkat cheese yang baru2 ni tu banyak2 ya, sedappp.. **tak malu ni hahahhh


Ifa san!!  グッドラック !!  ^_^


Doodle At HUKM

Pergi mana-mana memang tak boleh tinggal sketch book and pen.. Sementara tunggu doctor pun boleh.. Dah biasa bawa sketch book kat hospital..


Tak sedar kejap je dah nak penuh bunga-bunga dalam sketch book tu. Sambil-sambil bercakap ngan kakak, tangan laju je doodle.. Tengok-tengok dah siap.. Korang pun boleh doodle tau, coz doodle is conteng apa sahaja :)

Doodle di mana-mana ~~


Kotok Cafe

Alkisah pada bulan April yang lalu...

Deno bersama geng melukis, ada projek melukis di sebuah cafe di Kuala Terengganu. Nama cafe tersebut ialah "Kotok" :) Kotok in Terengganu language means kotak! ALaa kotak tu, yang segi emapt tuuu.... Hehe... Cafe ini adalah sebuah kontena, dan kami ditugaskan menconteng "kotok" tersebut..

Team kami ialah akak Nisa, Dayang Deno dan Shaznihanis. Team sama semasa melukis untuk Street Art Kampung CIna, Kuala Terengganu pada bulan Febuari yang lalu :) Ini ialah pengalaman kedua deno doodle on wall, but kali ni wall kontena.. Agak mencabar juga sebab wall dia ada lekuk2 kan.. heeee :p

three of us.. macam biasa la, dayangdeno memang suka panjat2! hehe

Dayang Deno and akak Nisa bersama, Shazni pula seorang part depan. Doodle ni seronok tau, tak kira di mana-mana pun.. Once kita dah mula doodle tu, rasa macam tak boleh stop^^ Dah macam kanak-kanak main conteng-conteng, sambil conteng tu kami berbual-bual bertukar idea. Satu pengalaman baru juga coz wall kontena lain kan... :)






OUR TEAM! :)

Sempat wefie selepas siap ^^

Oh ya, deno baru dapat tahu KOTOK cafe telah dibuka pada orang ramai!!!

credit pic : KOTOK Cafe

KOTOK Cafe beralamat di Lorong Gemia, Jalan Kamarudin, 20400, Kuala Terengganu :) Ermm deno pun belum pergi bersantai di cafe baru ni, just doodle on wall bersama kak Nisa and Shazni.. Memang nak kena pergi ni makan2santai2... Bawa sketch book! Fuh best ni... Jangan lupa ya, serbu KOTOK Cafe! :)


#kotokcafe
#kontenacafe
#dayangdeno
#nerdlessart
#senikatanisa


My Huge Artwork

Sebelum ni, dayangdeno ada beritahu mengenai artwork bersaiz besau gedabak tu kan.. Haaa nilah hasilnya sampai juling berpinau mataku.. Ini first time deno buat artwork besau gedabak on canvas... Biasa besau pun kat wall... heeee

Gedabakrism betol.. Tenggelam tuan empunya nak conteng


Ambil masa seminggu nak siap, bertabah juga la.. Part rambut sahaja pun susah. Canvas ni besar, deno pun tenggelam. Masa beli canvas pun, nasib baiklah my sis **kakna tolong bawakkan, nak harapkan deno ni, tak mampu nak angkat seseorang canvas ni...   

Macam-macam style kot masa nak mula conteng... jadi spiderman, batman, superman .. Nasib baik tak jadi catman je.. hehe... Part detail pun aduh, sabarrr... Sebelum conteng and canvas still kosong, banyak kali bismillah nak buat tapi tak buat, nervous. Hahahaha!! Sampai kena minum air dulu la, rilex dulu la nervous punya pasal... Risau sangat coz canvas pun mahal kan, bayangkan kalau tak jadi, pengsan! Tapi alhamdulillah siap juga....

Lega sangat-sangat. Thank you client percaya kat kite :)


Instagram : dayangdeno
Art page : Dayang Deno Art
Fb page : dayangdeno.com