Showing posts with label Doodle Malaysia. Show all posts

Bertemu Bos Doodle Malaysia

Alkisahnya sewaktu Dayang Deno di KL pada bulan Januari baru-baru ini..

Oh ya untuk pengetahuan semua, lama juga Dayang Deno di KL.. Tak silap dalam sebulan macam tulah.. So, dapatlah deno ambil peluang untuk berjumpa rakan-rakan kat sana sebelum pulang ke Terenganu^^

Dayang Deno berjumpa dengan big bos Doodle Malaysia iaitu bos Faz! So, awal-awal dah plan jumpa @ Starbucks, Th Curve. Rare ni... Bukan senang nak jumpa dengan big bos ni tau :)


Haaa bila dah jumpa apa lagi kan, bos kenalah doodle dalam sketch book Dayang Deno! Haha! Sorry bos, bukan selalu jumpa kan... Sebenarnya ini ialah kali kedua kami berjumpa, kali pertama jumpa pada tahun 2015 di Muzium Telekom sewaktu event Doodict.

Segan juga bos lihat artwork Dayang Deno.. Kebetulan waktu bos sampai, deno baru sahaja siap melukis. Selain daripada bos, deno juga bertemu kawan doodler iaitu Zatul dan Suffian! Banyak juga kami bualkan ^^




Macam biasalah, Dayang Deno paling kecik d situ. Hehe.. Alhamdulillah so happy dapat jumpa bersantai bersama kawan-kawan doodler including big bos.. and kepada bos Faz, thank you so much for da button badge! Love it!... And thank you DM family for always supporting me and Lupus Awareness :') 

Hopefully, ada rezeki panjang umur dapat kita semua berjumpa lagi ya.. Inshaa Allah.. Majulah doodle untuk negara! 

Eh  :p



Doodle Meet Up

Doodle meet up!!
Guess who?! Alex and sis Allie Hill!!^^ Alhamdulillah rezeki deno kali ini.. Sebenarnya dah lama deno ingin bertemu dengan sis Allie, tetapi masa sahaja yang tak mengizinkan.. Pada tahun lepas deno pernah bertemu Alex @ The Curve, dan pada tahun ini rezeki deno bertemu kedua-duanya sekali  Alex dan sis Allie :)

Tak sangka dapat bertemu dalam masa terdekat ni.. coz plan pun sekejap sahaja. Banyak juga kami bualkan, seronok! Deno dapat lihat sis Allie doodle secara live! Bukan senang dapat peluang macam ni tau.. Tapi tak aci tak dapat lihat Alex doodle! Next time nak lihat Alex doodle live depan mata juga ehehe^^ Deno pun dapat lihat artwork sis Allie dan Alex! Eeee comel!

Tak puas rasanya coz happy sangat2.. So sorry sis Allie, doodle untuk sis tak sempat siap... Biasalah Dayang Deno bila doodle di depan otai doodle, mula la tangan ni tiba-tiba jadi seram sejuk, plus nervous, terus tak jadi.. Tulah problem deno adoii.. Next time deno bawa drawing yang dah siap ehehe..

Thank you so much Alex and sis Allie^^ Thank you for spending time with me.. Hopefully kita akan dapat bertemu lagi dan doodle sama-sama lagi.. Inshaa Allah :)



Doodle Camp!





Doodle camp! Yeah!! *lompat bintang!!! ^_^

Jom jom jom! Team doodle nak ajak korang semua makcik pakcik adik abang kakak semua join doodle camp yang akan diadakan tak lama lagi! :)

Untuk pengetahuan semua.... Sungai Merab Guest House ( https://m.facebook.com/sgmerabecoresort ) telah berkolaborasi bersama persatuan pencinta doodle iaitu : Doodict ( https://m.facebook.com/doodict/ ) untuk menganjurkan Kem Doodle yang julung2 kalinya yang diadakan di Malaysia!!^_^ Pelbagai aktiviti berkonsepkan Doodle yang menarik dan menyeronokkan akan diadakan selama 2 hari 1 malam di sini^^ Penyertaan ini terhad kepada 80 penyertaan sahaja tau, jadi cepat2 jangan lepaskan peluang yang ada ini! Seronoknya!! Berbaloi-baloi hanya rm 199 sahaja :)


Berbaloi-baloi... Bukan semua orang akan dapat peluang ini tau... Ruginya kalau tak join. Terbuka, sesiapa sahaja boleh join, bukan kaki doodle pun boleh join, pendek kata join jeee :D

- Pengangkutan awam dari stesen komuter UKM
- Penginapan untuk 2 hari 1 malam
- Sajian makanan dan minuman selama 2 hari 1 malam
- Cenderahati Doodle Camp *tshirt, stickers, rantai kunci dll
- Peralatan melukis seperti pen, marker, fabric marker, tshirt kosong (untuk doodle)
- Pengalaman, pengetahuan, kemahiran baru
- Doodle2 bersama-sama team doodle
- Kawan-kawan baru
- Siji penghargaan

Tempat : Sungai Merab Guest House
Tarikh : 3 dan 4 Disember 2016


Apa tunggu lagi, jom daftar sekarang! ^_^

Hubungi :
Cikpun Lela : 0192081474
Puan Azizah : 0173037160
Encik Zami : 0126690286


Starbucks Doodle It

Pada bulan lepas, Starbucks Malaysia collab bersama beberapa orang doodler untuk doodle di Starbuck^^

Setiap doodler telah diberikan tarikh dan tempat untuk mereka doodle seperti Starbucks The Curve, Starbucks Paradigm Mall dan ada beberapa lokasi Starbucks yang terpilih...



Ada beberapa orang kawan doodler deno yang terpilih antaranya Adel, Sanuri, Marts, Debbie, Sylvia Chan collab bersama Starbucks.

Deno juga ada bertemu rakan-rakan di Starbucks yang berdekatan Damansara.... :)

Dayang Deno bertemu doodler Fariza dan Debbie


Dayang Deno bertemu doodler Ah Via

Seronok dapat lihat kawan-kawan doodle secara live^^

Sebenarnya Dayang Deno juga telah mendapat invitation dari Starbucks Malaysia untuk join project ni... Tapi dengan condition kesihatan deno, dan deno yang perlu dialisis setiap hari, deno terpaksa tolak.. Bukan rezeki, tak mengapa la kan^^

Boleh pula air mata ni bergenang sewaktu berbual-bual bersama Debbie, her kind words and positive thought .... amazing :')


Jom follow ig doodler Malaysia :
@dayangdeno
@binomia.by.fr
@martywoodskk
@sanuri_z
@adelshatideas
@debsterity


Lama Tak Jumpa

Lama tak jumpa ini budak lengchaii hihii.. Haziq.

Haziq kawn dodoler juga actually, pernah deno update tentang Haziq. Sekarang Haziq continue belajar di Cheras. Sementara deno di KL sekarang, dapatlah jumpa Haziq.. Awal-awla plan nak jumpa^^

Ini ialah kali ketiga kami berjumpa :)

.

Kali terakhir jumpa pada tahun lepas...  .

Plannya nak doodle sama-sama... Tapi mungkin sebab lama kami tak jumpa, masa yang ada banyak kami habiskan dengan berbual-bual sahaja.

Memang banyaklah kami berbual, rasanya kalau bagi masa satu hari belum tentu cukup haha..Sempat juga kami lunch di Ikea bersama-sama.... . 

Haziq actually dah deno anggap seperti adik deno sendiri. Baik budaknya, very friendly.. 

Thanks Haziq datang juga ke Damansara untuk jumpa saya.

Till we meet again Haziq :)



Meet Happy

Happy?

A dream come true dapat jumpa da creator of Happy Boy! :D


Spontaneous planning nak jumpa Alex..  Ohmaigaddd! That time rasa excited sangat coz dah lama nak jumpa Alex, akhirnya dapat juga kami berjumpa :) Selama ni hanya berhubungan tru facebook, bila dapat jumpa rasa macam tak caye pun ada hihik, sebab tak pernah expect akan dapat jumpa Alex.

Banyak juga kami bualkan walaupun hanya sekejap ... Actually dayangdeno pun nervous. ehehe^^ He is a very kind person i ever met! Sungguh... happy sangat2 dapat jumpa Alex! Next time, mesti jumpa lama sikit, and doodle sama2 ya Alex? :)

Thank you very much Alex, hopefully we wiil meet again, soon :)


xxxxxxx

Happy Boy *drawing by dayangdeno :)

Oh ya.. kenapa this entri "Meet Happy?" This is becoz Alex is da creator of Happy boy! I love Happy boy! Memang happy je kalau korang tengok Happy boy, dah la comel, setiap kali tengok Happy, rasa macam nak peluk2 picit2 je sebab comel sangat! Plus Happy selalu bawa aura positive untuk kita... Tak percaya? Korang boleh like page Happy kat --->> SINI 


Drink and Doodle With Haziq

Tersebutlah kisah..**erkk dah macam cerita lama!! 

Plan dah lama nak jumpa my friend yang berbakat ni, Haziq namanya. Kenal ini orang osem di Doodict iaitu satu event doodle.. Haziq juga seorang doodler... First we met agak segan actually.. pendek kata semua deno segan bila deno jumpa kawan baru..hehehe.. But once jumpa, berbual dah macam lama kenal.. Plus he is very nice person.

Sementara dayangdeno di KL, dapatlah jumpa. Kami santai drink and doodle bersama-sama di The Curve, Mutiara Damansara.. Seronotttt! Kami bertukar doodle style^^


Tadaaaa...!!
Nampak simple artwork, almost 3 hours jugak nak siap coz detail


Lama juga kami berbual.. Mostly mengenai art.. Macam ni la bila doodler bertemu doodler, seronok bila dapat ilmu sket2 daripada Haziq.. Haziq more to abstrac punya style, and dayangdeno more to doodle flowers dan detail.. Thank you Haziq for spending time with me^^ Hopefully we will meet again, soon...

Inshaa Allah. 


Instagram : @dayangdeno
Instagram : @haziq.q

Drink and Doodle With Riharu

Incik Riharu san, ini budak osem okeh ^^

Spontan je plan nak jumpa


Last week I met him. Orangnya very nice person and sangat humble even bakatnya sangat osemmm! Act baru juga kenal Riharu from @doodlemalaysia, but you know what bila dengan art people ni, rasa awkward cepat hilang and last2 berbual macam dah kenal lama even mula2 jumpa segan tau. and... sorry Riharu I force you to doodle on my sketch book! Ahahaha *gelak kejam! Kagum dengan bakat Riharu. Banyak juga kami berbual mengenai art^^

If korang tengok artwork dan design from Riharu, mak aiii, termenung lama jugak how la dia boleh buat digital paint lawa gila macam tu.. Gerammm sebab cantik! Dayang Deno tahu kaco dodol je, eh silap doodle heee.. 

Oh ya, Riharu ada juga ambil tempahan design tau. Korang boleh lihat ig dia : @riharuharun

Deno pun geram sebab cantik sangat! Riharu ni terer digital painting, maybe korang berminat nak buat digital potrait ker, or apa2 je design korang boleh contact incik Riharu yer :)


x x x x x x x x


Thank you Riharu for supporting :)


Selamat Sudah

Alhamdulillah..

Selamat sudah artwork dengan tuan dia, Shazni dan Zara. My friends a.k.a adik2 deno ni haaa, pasangan pengantin baru!^^ Tahniah buat Sahzni dan Zara :) Sebenarnya Dayang Deno dah siapkan lama artwork ni, sebelum bulan Ramadan lagi dah siap. Asyik lupa dan tertangguh nak pos!

Kebetulan pula, ada event doodle last weekend and this cute sweet couple pun ada... Akhirnya dapat deno berikan artwork by hand! Rezeki jumpa pasangan comel pengantin baru ni :)



Buat Shazni dan Zara, saya doakan Shazni dan Zara kekal bahagia till jannah.. Amin! :)

**comel kan pasangan pengantin baru ni.. so cute! :)


Santai Petang

Last week punya story! :D

Plan untuk bertemu kawan-kawan. Dua hari sebelum bertemu, memang dah janji and plan dengan kawan-kawan untuk bertemu di The Curve. Semuanya jejaka2.. Aduhaii sejujurnya deno sangat segan, tapi bak kata kakhana ,deno mesti berani bertemu kawan-kawan. Act agak nervous sebab salah seorang kawan yang selama ini hanya berhubung melalui maya, akan datang bersama Redza.. Deno pernah update mengenai master realism Redza Izlan. Kalau korang terlepas boleh klik kat-->> SINI

Bila kami berempat dah bertemu, apa lagi chatting and doodling la kan.. Errr, deno ada lukis sikit je, tetiba "art block" bila kawan-kawan sampai! Heee... Act agak segan and awkward mula-mulanya bila bertemu my new friend, Fakhrul Naim namanya ~~

ini orang osem

Mula-mula memang awkward.. Tapi macam deno pernah cakap sebelum ni, socializing with art people is different! Mula-mula rasa macam awkward, rasa segan sket.. pastu hamik ko gelak2 berbual macam dah lama kenal.. Plus ini Mr. Naim asyik buat deno nak gelak je.. haha!! Sabau2  :p

And macam biasa la.. kita lukis ~ ~

kiriii.. otai realism....  kanannn... sketch 


jejaka2 doodler : hazizy, redza, naim

Terima kasih Mr. Naim yang lukiskan satu artwork untuk saya, love it! Next time buat lagi ya :) Redza... macam biasa sifu realism, arwork memerlukan masa untuk siap! Hurmm cuma kali ni tak dapat spend masa lama sket coz dah lewat petang...

my artwork yg spontan

Deno pun tak sempat nak berikan artwork pada kawan-kawan coz artwork deno detail, tak sempat siap...Next time kena lukis dulu half, then bila jumpa baru sambung, baru sempat siap! Biasa artwork detail amik masa sikit.... Huhuu..

To Mr. Naim next time jumpa hang kena lukis besau2 penuh satu page tu! Ini satu paksaan hokeyy.. hahahaa! **gelak kejam.

Anyway, I'm having so much fun with you guys!! Inshaa Allah.. till we meet again.. :)

xxxxx

Ig : dayangdeno
Ig : fakhrulnimasri
Ig : redzaizlan
Ig :  jijsquall


Dino Theme


Dinosour

This week adalah mr. dino or dinosour week @ Doodle Malaysia. Semua lukis dinosour. Act deno pun dah lewat lukis ni, lukis sepantas kilat sebab nak siapkan kerja lain pula.. Simple je, deno and plappy dalam dinosour costume :)


**Sorry boshfaz saya lukis tecik and simple 

Doodle Day

Act dah lama nak tengok sifu Redza san ni melukis 'live' depan mata..

Baru kenal juga.. First jumpa Redza, dalam pic he seems serious, but bila jumpa lain sangat.. he's really nice. Even dah tahap master lukis, tapi humble orangnya.. Alahaii awak memang hebat Redza! Kalau korang tengok artwork Redza, dia sangat mahir guna ballpen untuk lukis realistic punya style.. Korang akan nampak drawing tu 'hidup'! Berdarah mata nengoknya... huhuu...

Rezeki deno, last 3 days Redza datang ke Terengganu.. Apa lagi, super excited la nak lukis sama2. Excited sangat2! Deno dapat tengok artwork Redza! Aduhaii detail giler weyyy, and I was like... Oh i'm speechless..

See...
credit pic : Redza Izlan

Segan and neves jugak act. Nasib baik ticer tak garang. Hihi^^



Best dapat lukis sama2.. Biasa deno sorang je.. Sobsss

Dapat juga ilmu and tips from my fren ni. Ada satu part rasa macam tak nak lukis,coz rasa nak tengok Redza lukis je.. Dalam kepala duk fikir how la Redza dapat buat awesome macam tu.. Ini budak memang power.

Siap juga drawing kami petang tu. Theme rimau. Act tak plan pun, tu la my very first time lukis rimau dalam hidup ni. Tak sangka boleh rupa-rupanya.. hahaha! Thanks to Redza yang minta sy cuba lukis lain dari yang lain^^ 

Deno punya biasa la rimau biasa,  rimau Redza tuuu.. nangess.. huuu


Lama kot nak siap.. Dari pagi hingga ke petang! Alhamdulillah... Kami art trade act, nak lompat bintang dapat artwork dari Redza... Hihii.. 

 Thank you sifu san.. Till we meet again :)


#Instagram
Instagram deno : dayangdeno
Instagram redza : redzaizlan


Art From DoodleMalaysia

Agagaaaa...
DoodleMalaysia always suprised me :')


Deno kan tak sihat.. Baru2 ni terkejut jugak.. Admin DM ada mesej deno.. Maybe kawan2 kat DM perasan deno senyap je kot... Act deno memang tak berapa sihat, tapi okey lagi... And diaorang hadiahkan art untuk deno...

Lahai terharu sangat2.. :')

A video posted by Dayang Deno (@dayangdeno) on

Thanks DM :)


Doodle @ The Bee, Publika

Nak mula cerita pun senyum je ni.. Hehehhh

Sebelum ni, Dayang Deno pernah mention dalam entri Studio Of the Apes kan... "takpe berangan dulu, mana tahu jadi kenyataan?" ...and my mulut memang masin coz it was like *a dream come true* bila dapat join doodle event last week [ 30 November 2014 ] !! **senyum sampai ke telingaaaa :)

Kebetulan waktu tu, deno kat KL... And Azmil tell me that ada doodle event @ The Bee, Publika. My abah  bagi 'greenlight', my sister pulak free malam tu.. Apa lagi kan, it's time for doodle..!^^ Act I'm soooo nervous !!!

Deno lewat sket coz tak jumpa cari tempat.. Masuk Publika pusing2 jap naik atas, jap turun, jap naik jap turun.. Last2 Azmil call.. Kikiki itu la lama sangat cari The Bee.. Azmil terpaksa datang kat deno.. Ngeeee sori Mil susahkan awak^^ First time jumpa Azmil... My feeling:- oh maiiii dapat jumpa my idol!!! *nak lompat bintang tapi berjaya control...miahahahaaa :p

Okey this is it!!! Ramai da members of @KLSketchNation..  Gulp! Awkward coz this is my very first time doodle with orang-orang hebat! See .. da only little girl .. errr ~ ~


Erkk... Lemah lutut wehhh dikelilingi orang-orang hebat ni!! Masa tu kan, my tangan pun gigil2 nak doodle, i'm feeling like plankton.. Rasa kerdil sangat with this guys.. Huhuu.. Deno jeling kiri, kanan, depan semua awesome! Masa tu rasa blank and i can't bilivit! **Betul ke dayangdeno ngan orang2 hebat ni?? Sobsss

Deno dah macam kanak-kanak ribena tetiba ada kat situ. I meet some of doodler/ sketcher yang familiar tapi lupa nama.. Yang deno ingat hanya Azmil and Hazizy.. Hihik^^ Act kan, ramai member @KlSketchNation kat event ni.. and I thought bangFaz **boss @DoodleMalaysia ada sekali, tapi takde.. Huhuuu maybe next time kite jumpa ya bangFaz :D

Dayang Deno memang nervous tahap cipan dah, cipan pun tak pernah macam ni kot.. But as usual buat cool je.. Hahahh! 

harap2 aura hebat diaorang melekat kat deno.. kikikiii :p

mana tak gigil tangan.. my sifu kat sebelah je.... ^^

What I noticed about da doodle on canvas ni, once kita dah mula doodle/ sketch kan.. Kita susah nak stop and rasa nak buat je.. Tak sedar pun sekejap je dah penuh ngan doodle and kita akan cari2 part yang kosong untuk doodle lagi... Best sangat-sangat!

Doodle is fun!!! :D


awesome kan?? berdarah mata nengok artwok orang2 hebat ni.. huhuuu

crdt pic : @KLsketchnation  
**dah macam abang ajar  adik melukis gayanya Azmil and DayangDeno..  ha3!! :p




doodle part bawah pulak .. heee deno and my new friend: alicia

See Azmil and his style on doodling! This is rare Mil..!! *thumbs up* Hurmm tengok banyak kali macam mermaid pun ada.. Hahahhh ^^


Act deno ada je kat depan Mil tapi entah macam mana lupa nak snap his pic.. Maybe sebab terpukau dengan style Mil!  I'm just watching him.. ahaks ;p

Fuhhh memang best!! Bila dah penuh kat my part, tercari-cari tempat lain pulak nak doodle.. Heeee.. And da best part when Azmil give me some advice and tips about da stroke!! That's priceless! Even tak dapat borak lama-lama, tetap seronok! Tu baruu tips from Azmil, belum da boss bang Faz.. Ngeeee... Ini orang sangat osem! ^^


Awesome!

Thanks Mil for this awesome artwork! Sobss.. T_T

Speechless.. Memang best tau, seronok sangat2! You guys amazing, having so much fun doodling! Alhamdulillah.. Deno dapat juga peluang jumpa and join doodling with this amazing people! Love your art soo much guys.. I'll never forget this nice experience!!

Till we meet again.. In syaa Allah :')


**Thank-you soo much @KLSkecthNation and @DoodleMalaysia (。♥‿♥。) 


Budak Tocang Dua


Tak boleh tahan tengok member @DoodleMalaysia lukis Budak Tocang Dua.. Act watak Budak Tocang Dua tu adalah kanak-kanak kecil comel... As usual memang rambutnya ditocang dua.. She's so cute!! ^^

And ada members yang lukis Budak Tocang Dua yang dah adult... Geram kot tengok my idol **Azmil buat osem giler!!  Dia memang osem okey, extremely osem and i adore his art soo much!  Bukan dia je ramai giler osem.. Deno mana bleh tengok je, tetiba je tangan ni gatal nak buat jugak ... hehehe...

Tapi my version lain sket, bukan adult tau... Dayang Deno punya :

She was in the teen version


**Budak Tocang Dua femes amous :p


Dedicated To Doodle Malaysia


Actually this artwork dah siap 2 hari lepas...

Artwork yang spontan
Kadang2 kan duk saja2 tetiba datang idea
Kadang2 seharian no idea
Kadang2 dapat inspirasi tiba2

Tapi yang ni spontan...
Actually deno just sketch "Doodle Malaysia"
Bila dah siap, tetiba tambah background tu
Pastu kaler2 guna sharpie itam
Pastu terus siap :)