Dayang Deno: Doodle Malaysia
Showing posts with label Doodle Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Doodle Malaysia. Show all posts

10.2.17

Bertemu Bos Doodle Malaysia
February 10, 20170 Comments
Alkisahnya sewaktu Dayang Deno di KL pada bulan Januari baru-baru ini..

Oh ya untuk pengetahuan semua, lama juga Dayang Deno di KL.. Tak silap dalam sebulan macam tulah.. So, dapatlah deno ambil peluang untuk berjumpa rakan-rakan kat sana sebelum pulang ke Terenganu^^

Dayang Deno berjumpa dengan big bos Doodle Malaysia iaitu bos Faz! So, awal-awal dah plan jumpa @ Starbucks, Th Curve. Rare ni... Bukan senang nak jumpa dengan big bos ni tau :)


Haaa bila dah jumpa apa lagi kan, bos kenalah doodle dalam sketch book Dayang Deno! Haha! Sorry bos, bukan selalu jumpa kan... Sebenarnya ini ialah kali kedua kami berjumpa, kali pertama jumpa pada tahun 2015 di Muzium Telekom sewaktu event Doodict.

Segan juga bos lihat artwork Dayang Deno.. Kebetulan waktu bos sampai, deno baru sahaja siap melukis. Selain daripada bos, deno juga bertemu kawan doodler iaitu Zatul dan Suffian! Banyak juga kami bualkan ^^




Macam biasalah, Dayang Deno paling kecik d situ. Hehe.. Alhamdulillah so happy dapat jumpa bersantai bersama kawan-kawan doodler including big bos.. and kepada bos Faz, thank you so much for da button badge! Love it!... And thank you DM family for always supporting me and Lupus Awareness :') 

Hopefully, ada rezeki panjang umur dapat kita semua berjumpa lagi ya.. Inshaa Allah.. Majulah doodle untuk negara! 

Eh  :p



Reading Time:

30.11.16

Doodle Meet Up
November 30, 2016 3 Comments
Doodle meet up!!
Guess who?! Alex and sis Allie Hill!!^^ Alhamdulillah rezeki deno kali ini.. Sebenarnya dah lama deno ingin bertemu dengan sis Allie, tetapi masa sahaja yang tak mengizinkan.. Pada tahun lepas deno pernah bertemu Alex @ The Curve, dan pada tahun ini rezeki deno bertemu kedua-duanya sekali  Alex dan sis Allie :)

Tak sangka dapat bertemu dalam masa terdekat ni.. coz plan pun sekejap sahaja. Banyak juga kami bualkan, seronok! Deno dapat lihat sis Allie doodle secara live! Bukan senang dapat peluang macam ni tau.. Tapi tak aci tak dapat lihat Alex doodle! Next time nak lihat Alex doodle live depan mata juga ehehe^^ Deno pun dapat lihat artwork sis Allie dan Alex! Eeee comel!

Tak puas rasanya coz happy sangat2.. So sorry sis Allie, doodle untuk sis tak sempat siap... Biasalah Dayang Deno bila doodle di depan otai doodle, mula la tangan ni tiba-tiba jadi seram sejuk, plus nervous, terus tak jadi.. Tulah problem deno adoii.. Next time deno bawa drawing yang dah siap ehehe..

Thank you so much Alex and sis Allie^^ Thank you for spending time with me.. Hopefully kita akan dapat bertemu lagi dan doodle sama-sama lagi.. Inshaa Allah :)



Reading Time:

20.11.16

Doodle Camp!
November 20, 2016 6 Comments




Doodle camp! Yeah!! *lompat bintang!!! ^_^

Jom jom jom! Team doodle nak ajak korang semua makcik pakcik adik abang kakak semua join doodle camp yang akan diadakan tak lama lagi! :)

Untuk pengetahuan semua.... Sungai Merab Guest House ( https://m.facebook.com/sgmerabecoresort ) telah berkolaborasi bersama persatuan pencinta doodle iaitu : Doodict ( https://m.facebook.com/doodict/ ) untuk menganjurkan Kem Doodle yang julung2 kalinya yang diadakan di Malaysia!!^_^ Pelbagai aktiviti berkonsepkan Doodle yang menarik dan menyeronokkan akan diadakan selama 2 hari 1 malam di sini^^ Penyertaan ini terhad kepada 80 penyertaan sahaja tau, jadi cepat2 jangan lepaskan peluang yang ada ini! Seronoknya!! Berbaloi-baloi hanya rm 199 sahaja :)


Berbaloi-baloi... Bukan semua orang akan dapat peluang ini tau... Ruginya kalau tak join. Terbuka, sesiapa sahaja boleh join, bukan kaki doodle pun boleh join, pendek kata join jeee :D

- Pengangkutan awam dari stesen komuter UKM
- Penginapan untuk 2 hari 1 malam
- Sajian makanan dan minuman selama 2 hari 1 malam
- Cenderahati Doodle Camp *tshirt, stickers, rantai kunci dll
- Peralatan melukis seperti pen, marker, fabric marker, tshirt kosong (untuk doodle)
- Pengalaman, pengetahuan, kemahiran baru
- Doodle2 bersama-sama team doodle
- Kawan-kawan baru
- Siji penghargaan

Tempat : Sungai Merab Guest House
Tarikh : 3 dan 4 Disember 2016


Apa tunggu lagi, jom daftar sekarang! ^_^

Hubungi :
Cikpun Lela : 0192081474
Puan Azizah : 0173037160
Encik Zami : 0126690286


Reading Time:

22.5.16

Starbucks Doodle It
May 22, 20160 Comments
Pada bulan lepas, Starbucks Malaysia collab bersama beberapa orang doodler untuk doodle di Starbuck^^

Setiap doodler telah diberikan tarikh dan tempat untuk mereka doodle seperti Starbucks The Curve, Starbucks Paradigm Mall dan ada beberapa lokasi Starbucks yang terpilih...



Ada beberapa orang kawan doodler deno yang terpilih antaranya Adel, Sanuri, Marts, Debbie, Sylvia Chan collab bersama Starbucks.

Deno juga ada bertemu rakan-rakan di Starbucks yang berdekatan Damansara.... :)

Dayang Deno bertemu doodler Fariza dan Debbie


Dayang Deno bertemu doodler Ah Via

Seronok dapat lihat kawan-kawan doodle secara live^^

Sebenarnya Dayang Deno juga telah mendapat invitation dari Starbucks Malaysia untuk join project ni... Tapi dengan condition kesihatan deno, dan deno yang perlu dialisis setiap hari, deno terpaksa tolak.. Bukan rezeki, tak mengapa la kan^^

Boleh pula air mata ni bergenang sewaktu berbual-bual bersama Debbie, her kind words and positive thought .... amazing :')


Jom follow ig doodler Malaysia :
@dayangdeno
@binomia.by.fr
@martywoodskk
@sanuri_z
@adelshatideas
@debsterity


Reading Time:

4.5.16

Lama Tak Jumpa
May 04, 20160 Comments
Lama tak jumpa ini budak lengchaii hihii.. Haziq.

Haziq kawn dodoler juga actually, pernah deno update tentang Haziq. Sekarang Haziq continue belajar di Cheras. Sementara deno di KL sekarang, dapatlah jumpa Haziq.. Awal-awla plan nak jumpa^^

Ini ialah kali ketiga kami berjumpa :)

.

Kali terakhir jumpa pada tahun lepas...  .

Plannya nak doodle sama-sama... Tapi mungkin sebab lama kami tak jumpa, masa yang ada banyak kami habiskan dengan berbual-bual sahaja.

Memang banyaklah kami berbual, rasanya kalau bagi masa satu hari belum tentu cukup haha..Sempat juga kami lunch di Ikea bersama-sama.... . 

Haziq actually dah deno anggap seperti adik deno sendiri. Baik budaknya, very friendly.. 

Thanks Haziq datang juga ke Damansara untuk jumpa saya.

Till we meet again Haziq :)



Reading Time: