Dayang Deno: Drawing
Showing posts with label Drawing. Show all posts
Showing posts with label Drawing. Show all posts

10.2.17

Tolong
February 10, 2017 2 Comments

Tolong anak saudara... 

Katanya kawan dia nak, dan dia nak jual. Mulanya deno hairan juga macam mana kawan-kawan sekolah tahu makcik dia ni melukis.. Rupa-rupanya kawan dia ada terlihat doodle deno pada handmade pencil case yang deno buatkan pada tahun lepas.. Deno ada doodle gambar dia kat situ.  Boleh tahan ramai kawan dia order, deno tolong doodle sahaja :)


Reading Time:

20.4.16

Siap!
April 20, 2016 7 Comments
Alhamdulillah siap sudahh^^


Semalam client sudah approved. Sekarang nak email sahaja. Deno akan update full design selepas semua order client settle ya^^

Client buat tempahan untuk sampul duit raya^^ Cepat kan? 

Biasanya deno bukak order bila tiba bulan Ramadhan, tapi tahun ini deno okey sahaja jika ada order doodle untuk sampul raya dan kad raya.. Cuma perlu ikut giliran, itu sahaja.

Masih ada dua artwork client yang perlu disiapkan.. Nak siapkan cepat2 coz deno ada plan sendiri mengenai artwork deno pula, inshaa Allah harap dipermudahkan :)


**Love and hugs



Reading Time:

13.1.16

Ros Merah
January 13, 2016 2 Comments

Masih menunggu

Artwork kat atas tempahan daripada seorang client, dah siap. Sekarang masih menunggu khabar daripadanya... Ermm rasa sayang pula dengan artwork sendiri, kadang2 rasa macam taknak bagi kat client.... Tapi mana boleh macam tu kan?

Sebenarnya semua artwork deno sayang :)


*kalau korang berminat nak tempah doodle art boleh pm deno:
FB : Dayang Deno
Instagram : @dayangdeno
Email : pinky_deeno@yahoo.com


Reading Time:

29.9.15

Hantu
September 29, 2015 8 Comments
Tak pernah deno lukis hantu...

Biasa bila lukis hantu, kawan akan cakap comel. Sebab tu malas nak lukis hantu.. But last week I challenge myself untu lukis hantu. Google pic hantu, and jadikan model untuk lukis. Deno lukis menggunakan pensil warna LUNA.

First buat, tak menyeramkan.. Rasa macam tak jadi act..Pastu terus siapkan... Deno tak puas hati hasil dia, tapi..... ermm bolehlah miss hantu kan.. huhuu.. Siang2 tengok macam biasa je, tak seram. Lewat malam sesorang tengok, seram juge...




**need more practice

Reading Time:

28.8.15

Santai Lukis
August 28, 2015 8 Comments
Act dah plan since last week.. Nak melukis bersama my friends, Syed and Ismat. Selama ni hanya berbual di alam maya, alhamdulillah ada rezeki dapat kami berjumpa dua hari lepas...

Diaorang pun from Terengganu! :) Excited juga nak jumpa coz selama ni tak pernah tengok diaorang melukis and artwork dua jejaka ini 'live' depan mata.. Hihiii... Akhirnya bertemu jua kami di sebuah Cafe di bandar Kuala Terengganu bersantai sambil melukis dan berbual :)


Seorang jejaka mahir menggunakan watercolor, seorang lagi jejaka dalam masa 5 minit sahaja siap melukis karikatur.. Cantik sangat and i love it! :) Honestly agak segan nak jumpa, maklum sahaja tak pernah berjumpa kan... hehehe.. They are very nice, friendly and humble, seronok dapat kenal korang wahai Syed and Ismat :)

Act kami bertiga bukanlah belajar bidang art.. Syed bidang architecture, Ismat medic and Dayang Deno accounting.. but we love art! Betul socializing with art people is different, mula-mula deno ada rasa segan and awkward but once dah jumpa, lain pula jadinya.. Kami dapat berbual macam-macam mengenai art, non stop and it's fun!

And thank you juga Syed and Ismat for supporting and being my very first Garaj Komik buyer^^ Inshaa Allah ada rezeki kita jumpa lagi :)



Reading Time: