Showing posts with label Etika Berblog. Show all posts

Semua Itu Akan Dihitung DI Akhirat Kelak



Semenjak dua menjak nie, banyak fitnah yang berleluasa. ada juga cerita-cerita yang kurang enak didengar. banyak berita disebarkan oleh blogger2 tak kira baik atau buruk..

jika berita atau info yang disampaikan benar tidak mengapa, tetapi jika ia fitnah?

ia disebarkan kepada ramai orang dan menjatuhkan seseorang walaupun cerita itu tak benar.

sedarkah anda bahawa jika memfitnah atau menyebarkan cerita yang tidak benar, semua itu juga akan dihitung di akhirat kelak... setiap dosa memfitnah itu akan diadili.. tidak akan tertinggal walau sebesar zarah pun..

oleh itu, kita sebagai blogger perlu ada etikanya sendiri. kita tidak boleh menyebarkan berita yang tidak diketahui kesahihannya dengan sesuka hati. kita sebaiknya mengkaji dulu sebelum menyebarkan sesuatu berita itu kepada umum.

ingatlah bahawa semua yang kita lakukan akan dihitung di akhirat kelak!!!


..p/s: muhasabah diri