Showing posts with label Family. Show all posts

Hadiah

Yay hadiah!!


So sweet. suprise present from my nephew ( 8  y.o ) on my birthday last week^^

Tiga ketul pemadam di dalam kotak comel :) Tahu sahaja aunt dia ni suka melukis, dia hadiahkan pemadam.. Tak perlu lagi deno beli pemadam sampai tahun depan..

Thank you Adam Khaleef, cikcu smurfly love youuu 


#LoveAndHugs


Umrah Bersama Keluarga Part2

Tak silap deno, masa tu suhu di Abu Dhabi 18degree..Amir Amsyar siap berdengkur lagi tidurnya, dah mula jetlag lah tu... Cian.. Kami satu family naik flight ETIHAD Airlines juga. Masa ni, memang dah rasa ngantuk sangat2, deno tidur sahaja sepanjang penerbangan.. Penerbangan ini ambil masa hanya 2 jam.

Di Jeddah Airport... Alhamdulillah, untuk pelepasan dipermudahkan Allah.. Biasanya kan pintu gerbang auto tu apa nama entah tu kan, akan berbunyi kalau ada something wrong besi ker apa2.. Biasa kat Malaysia memang akan berbunyi setiap kali deno lalu bawah tu coz besi kat my peyot ni haaa .. Tapi di Jeddah tak berbunyi langsung! Pastu waktu pegawai sana nak check air ubat dialisis juga dipermudahkan, dia hanya check satu kotak dan lihat apa kandungan kotak, baca surat sikit.. Okeh settle, approve! Alhamdulillah ^^


Sempat snap gambar toddler comel sangat2, toddler yang dah siap dengan kain ihram. Yang paling buat deno geram, dah la kecik.. comel pula tu terkedek-kedek berjalan dengan kain ihram yang hampir jatuh... So cute!!!


Satu sahajalah kecewa dengan pekerja di Jeddah Airport ni, dia tarik beg family deno dan campak ke bawah. Lantai keras kan... Deno punya beg pecah sikit, nasib baiklah beg semua dah siap2 wrap.. Mujur waktu kotak2 ubat sampai, pekerja tu tak sempat campak, air ubat kan.. Huuu matilah deno kalau air ubat pecah atau rosak, sana manalah ada air2 ubat dialisis ni uhuk2..

Kami upah dua orang pekerja di sana untuk angkat beg2 dan kotak2 air ubat letak atas troli dan dalam van. Dah settle part angkat2 barang, kemudian kena tunggu coaster van. Sebenarnya family deno ni, pegawai airport silap hantar kami kat bahagian haji. Bahagian haji ni jauh, so driver ( Uncle Khalid ) tunggu kat tempat lain.. Kaklong kena call driver untuk ambil kami sekeluarga.. Sementara menunggu, sempatlah kami sekeluarga solat subuh kat airport.


Bila coaster van sampai, fuh besarnya van! Deno bayangkan van biasa.. tiba-tiba nampak coaster van!! (korang boleh google coaster van) Coaster van ni besar, boleh memuatkan 25 orang,  tapi total kami dalam van hanya 9 orang termasuk driver, Uncle Khalid dan mutawif Farhan :)

Mutawif ini orang yang membawa jemaah umrah atau haji ke tanah suci Meka dan Madinah. Dia berperanan sebagai leader sewaktu jemaah nak lakukan tawaf, saie dan lain-lain.. Mutawif kena lead jemaah untuk melakukan ibadah umrah atau haji dengan sempurna. Mutawif juga kena bawa jemaah untuk ziarah sekitar kota Mekah dan menjaga kebajikan jemaah.... dan mutawif perlu memberi penerangan tentang tempat yang diziarahi nanti.. Itulah serba sedikit penerangan deno tentang peranan mutawif..... Mutawif Farhan bersama family deno sepanjang kami satu family di Jeddah, Madinah dan Mekah. Farhan ini muda lagi, 22 tahun, baik budi perkertinya, sopan.. Ayah ibunya berasal dari Indonesia tapi dia dilahirkan di Mekah, dia boleh berbahasa indon dan arab. Bagus kan, muda-muda dah bergelar mutawif..

Kami satu family dan mutawif Farhan akan ke Madinah. Menurut Farhan, perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa 5 jam.  Selesai sarapan, kami semua bertolak ke Madinah dari Jeddah pada pukul 7 pagi, macam tulah lebih kurang waktunya... Mutawif Farhan beritahu, mungkin sempat untuk solat Jumaat di masjid Nabawi, ins shaa Allah... Selesai membaca doa, mulalah perjalanan kami ke Madinah... 


budak-budak tidur kepenatan

Sepanjang perjalanan, deno nampak banyak bukit dan  tanah gersang. Ada juga ternampak beberapa buah rumah penduduk dari kejauhan highway.. Pokok-pokok hijau sedikit sahaja.. Pemandangan Ya Allah cantik sangat, dengan langit membiru dan bukit bukau... Memang cantik. Sambil melayan perasaan, terharu juga.. Tak sangka sungguh dapat lihat semua tu.. Biasanya hanya lihat di dalam tv kan, kali ini di hadapan mata sendiri, alhamdulillah.. 

Tenggelam di dalam dunia sendiri, akhirnya deno tertidur juga. Mungkin sebab kepenatan perjalanan jauh dari Malaysia, kemudian Abu Dhabi dan Jeddah, kemudiannya perjalanan 5 jam ke Madinah. Alhamdulillah badan deno dapat tahan dengan perjalanan yang paling jauh dalam hidup deno.. :) Rasanya semua tertidur kepenatan. Deno tidur dan terjaga banyak kali jugalah. Last terjaga, kami sudah selamat tiba di Madinah.. Allah! Madinah! Genyeh2 mata, senyum, kagum, gembira semua ada.. Dulu waktu sekolah, hanya dapat baca kisah nabi di Madinah, perjuangan nabi di Madinah, hanya lihat kota Madinah di dalam Jejak Rasul TV3... Dengan izin Allah, deno sendiri telah sampai di Madinah, bumi yang mengandungi jasad Rasulullah SAW ini.... Alhamdulillah :')




Beberapa minit sebelum tiba di hotel, sudah kelihatan orang ramai yang berjalan kaki berpusu-pusu ke masjid untuk solat Jumaat.. dan apabila tiba di hotel, azan berkumandang.. Check-in, settle semua urusan barang2, masuk bilik, cepat2 family nak bersiap ke masjid... Tapiiiiiiiiiii... Dayang Deno kena buat dialisis dulu sebab dah lewat, dialysis treatment tak boleh tinggal, nanti beri kesan pada kesihatan pula. Jadi, deno dan ma hanya solat di bilik hotel. Nak buat macam mana kan, deno tak macam orang lain... perlu dialysis setiap hari.

Takpe, masjid kan dekat^^


Bersambung.........


xxxxx



Umrah Bersama Keluarga Part1

Alhamdulillah.. Ahamdulillah.. Tiada kata yang dapat diucapkan selain syukur pada Allah bila abah bagitau nak bawa anak bongsu abah ni menunaikan umrah... dan bila confirm deno dapat pergi, doktor pun beri greenlight, lega sangat... Allah, happy sangat! Syukur, Alhamdulillah :)

Dugaan juga sebelum bertolak ke sana.. Sebagai seorang pesakit SLE/ Lupus dan deno juga melakukan dialisis setiap hari, surat doktor sangatlah diperlukan.. Tak silap banyak juga surat yang diperlukan.. Bukan sahaja surat pengesahan sakit, surat2 untuk pelepasan air ubat dialisis yang berkotak-kotak tu, then air ubat dialisis yang perlu dibawa dalam cabin lagi.. Biasanya flight tak boleh bawa cecair lebih 500ml kan, macam deno perlu bawa 4000ml cecair ubat dialisis, dan 50ml cecair anti kuman... Sebabnya deno perlu buat dialisis di Abu Dhabi Airport waktu transit. Semua tu perlu surat, memang rumitlah sikit. Seingat deno banyak kali jugalah surat terpaksa diedit, kesian doktor.. dan berkali-kali jugalah abah pos surat ke  Kuala Lumpur.. Kes deno melibatkan semua abanglong, kaklong, doktor2, my mom, abah..... Terima kasih semua susah payah untuk dayangdeno...

Perkara ni tak boleh dibuat main-main, coz kalau surat tak complete.. deno takkan dibenarkan naik flight bersama family nanti. Tapi alhamdulillah last minute sehari sebelum bertolak, semuanya selesai :) Deno menunaikan umrah bersama abah, mama, kaklong, abanglong serta dua anak buah deno, Sarah dan Amir Amsyar. Total kami 7 sekeluarga... Dua hari sebelum bertolak, ma, abah dan deno KL dulu.. Bawa air ubat dialisis dari Terengganu. Memang betul-betul checklist supaya ubat-ubatan deno, barang-barang dialisis tak tertinggal.. Bekalan panadol ubat2 lain pun bawa, in case kan.. Passport visa semua dah settle awal2.. Excited, terharu pun ada, coz tak pernah deno sangka akan dapat menunaikan umrah dalam masa terdekat ni.. Alhamdulillah..... Siblings pun semua ada waktu nak bertolak ke Abu Dhabi^^ Sedih juga nak bye2 kat kakak2 yang tak pergi.. Inshaa Allah, satu hari nanti rezeki kakngah, kak obi dan kakna pula :')

semua 8 kotak air ubat dialisis kena wrap .. total berat kotak ubat sahaja 103.5kg

ETIHAD Airlines

Deno dan family bertolak ke Abu Dhabi pada 18hb Febuari 2016, 7.20 pm :') Family deno naik ETIHAD Airlines... Hanya deno dan keluarga, kami sekeluarga tak ambil pakej sebab keadaan dayangdeno ni la... Sakit tak tentu masa, bersama air ubat dialisis yang banyak,  perlu dialisis empat kali setiap hari pula...

Sebenarnya sebelum bertolak ke sana, seminggu deno demam panas.. tapi kuasa Allah bila tiba hari nak bertolak, terus pulih demam.. Alhamdulillah :)



budak-budak ni sepatutnya duk depan.. nak jugak ngan cikcu dia hihii



Services from ETIHAD Airlines memang terbaik! Staf yang super friendly, tak lupa stewardess Sis Maria.. Dia selalu jenguk2 deno. Dia memang ditugaskan tengok-tengokkan deno dalam flight... Awal-awal dia dah dimaklumkan deno passenger yang sakit.. Kejap2 dia datang bertanya khabar deno.. Thank you sis Maria^^ Makanan dalam ETIHAD juga boleh tahan... :) Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Abu Dhabi mengambil masa 6 jam 30 minit, hampir 7jam macam tulah.. Alhamdulillah deno okey sepanjang perjalanan, family pun sama. Kami selamat tiba di Abu Dhabi Airport awal pagi waktu sana.

Setibanya di Abu Dhabi Airport, cepat2 deno dan kaklong bersama beg yang dah sekali dengan air ubat.. cari airport clinic coz deno nak buat dialisis. Maklum sahajalah dialysis treatment deno kan setiap hari heeee^^ Pusing2 juga... Akhirnya jumpa, alhamdulillah. Cepat-cepat buat dialisis, paramedic pun hairan apa la dialysis deno ni.. May be kat sana tak ramai yang buat dialysis jenis ni kan, anyway thanks kat paramedic yang berikan dayangdeno tempat untuk dialisis^^ Dah settle dialysis, barulah boleh rest. Kami transit di Abu Dhabi selama 4 jam.. Apa yang deno suka kat Abu Dhabi Airport ni kan, masuk je dalam airport dapat wifi free, laju pula tu.. Dapatlah contact family kat KL ^_^

Selfie wefie sementara tunggu flight ke Jeddah :)

mengantuk tapi masih boleh senyum lebar

budak kecik dah jetlag.. cian tido je dia kat airport


Bersambung .......


Kecik

Bila bergambar, mesti cikcu tenggalam uhuk2... 

Sekejap je rasanya masa berlalu, dah besar pun dua2... kakak next year naik form 1, adik pula naik darjah 3.. Wahai kakak and adik, cikcu rindu kamu2 dulu masa kecik yang kulihat umpama dua ketul ulat beluncas montel melompat-lompat inginkan cikcu dukung... 

Sekarang kamu2 pula nampak cikcu macam belalang kecik, sometimes kena buli dek kamu2... hihik... Tapi nakal2 kamu cikcu sayanggg :')

Birthday!

Me and my niece

Sekejap je my niece ni besar, this year dia darjah 6 dan dah dapat result pun baru-baru ni... Kami dah nampak macam kakak dan adik! Sarah Aina faham makcik dia ni sakit, dari dia kecik dia lihat deno keluar masuk hospital, icu, pegi hospital, teman deno amik ubat... macam-macam! Matang budaknya walaupun kadang2 dia pun buli cikcu dia ni haaa.. Uhuk2

To my lovely Sarah Aina... Happy birthday!!! Cikcu loves you so much!! May Allah bless you sayang... Be a good girl okey *love*heart emotic

Berlego


Petang2 berlego...

CUti macma ni berkumpul anak-anak buat.. Suka sangat main lego, macam-maam jenis lego ada.. Terbaru lego Star Wars, siap boleh tembak bagai. Makcik ni pulak kejakunan, siap nak main sekali ahahaha...

Zaman kite kecik2 dulu mana ada lego2 ni, kalau tak main luar, duk dalam rumah baca buku atau melukis huhuuu

Dah 7 Tahun


Happy birthday to Adam Khaleef!!
Dah 7 tahun Adam Khaleef tahun ni...
May Allay bless you always and stay awesome Adam :)




The Nanny

Dah seminggu pun..

Seminggu Dayang Deno jadi The Nanny untuk hero Adam Khaleef *my nephew. Biasanya Adam Khaleef stay ngan pengasuh, tapi sebab makcik dia ni duk umah dia 2 minggu... Dia nak tinggal ngan cikcu dia je :p

Pic Adam Khaleef terbaru

Nasib baiklah Adam Khaleef tak nakal, degil sikit je.. Hahaa.. Biasa la budak-budak ni, ada la juge degil dia sikit2. Orang dewasa pun degil jugak kan.. Hehe.. But Adam Khaleef alhamdulillah baik and dengar cakap. Tadi dia pun dah settlekan homework... 

But.. bila time tengok tv and ada kartun favourite dia, takde chance la cikcu nak tengok movie.. huhuu... Takpe la bukan selalu ngan dia ^^


**2 minggu jadi The Nanny :p


Dia Mula Dah...

Dia mula dah..
Bila my nephew *Adam Khaleef mula buat homework gini la jadinya...


Semua buku dikeluarkan even homework dia tak banyak pun.. Dia suka buku2 banyak macam tu. Then nanti cikcu dia ni sorang la yang kemaskan. Erk pas siap boleh pulak main teka-teki dalam bahasa mandarin.. Tak layan merajuk pulak nanti.. Haishh kemain dia buli makcik dia. Tahu la cikcu ni tak tahu bahasa tu.. Sabar je la ngan budak kecik comel sorang nih.. Ada juga kena cium sampai pengsan budak nih :p


Again

Suddenly .. Huuu


Abah buatkan nescafe panas untuk kite.. again..
Huu abah selalu macam ni.. Adehhh lahai abah
Abah suka buat kite tacing pepagi buta ni. 
Susah je abah buat... 
Tenkiu abah allebiuuuuuuu!!!



Sekejap Je

Sekejap je masa berlalu...
Terngiang-ngiang kat telinga suara budak2 ni main..


Anak buah dneo baru 3 orang, tapi dah rasa macam 10orang... Riuh!  Memang rapat tiga2 budak2 ni.. Buat apa2 mesti sama2.. Sepanjang cuti sekolah ni, selalu tidur bersama..

Ada jugak time rindu mama, cari cikcu ni haaa... Mula la cikcu kena dodoikan sampai terlena.. Macam-macam lagu kena nyanyi sampai diaorang lena.. Hahaha... Nakal2 diaorang, cikcu tetap sayang.. Lahaiii baru 2 hari diaorang takde, cikcu dah rinduu



Family Day out

Wink2!

Hari ni seharian lappy tak terusik... Deno and family kuar ramai2 kita jalan-jalan cari pasal! Hahahaa... Dua buah kereta konvoi ... Happy!!!

Lama tak macam ni, ni first time hangout ramai2 macam ni selepas beberapa tahun...^^ Total tiga family.. Anak buah baru tiga orang tapi mak aiii... Macam 10 orang! Deno jugak pening kena kawal 3 budak2 tuuu....


Fuhhh.. Cuaca bleh tahan panas hari ni. Dari pagi sampai ke pukul 3petang macam tu, memang panas sangat2. Mujurlah dah standby awal2 payung... So, deno ngan payung je la... hihiiii

Banyak jalan je.. jalan jalan dan jalan.. Cramp kot kaki, lama tak jalan2 macam ni. Berjalan berjemaah ngan family :D Fuhhh penat tapi happy!^^



Dah Besar

Dah lama kan tak cerita pasal my nephew, Adam Khaleef :)


Baru2 ni Adam Khaleef da konvo.. Alhamdulillah nampak happy je Adam Khaleef.. Siap ugut cikcu ni, kalau cikcu tak pergi konvo dia, dia pun taknak konvo... 

Deno memang nak pergi, kadang2 saja usik dia.. Hihiiii... Dah panjang, macam budak darjah 1 pun ada... Dah lama Adam Khaleef tak tidur dengan cikcu, baru2 ni pergi rumah kakngah.. dapatlah dia tidur sebelah deno. Sekejap je lelap...

Nakal2 dia pun, kalau deno usik takmo kawan dia, sampai boleh nangis! Alahai Adam Khaleef sayang.... :)

** Tahun depan naik darjah satu si hero ni^^



Tiba-Tiba!


The sweet moment...
When you're busy and focus buat kerja
Tiba-tiba je abah datang bawak Nescafe panas...
Alahai abahkusayang...

Terima kasih abah!!! :')



Abah Pulak

Abah pulak yang tak sihat...
Hmmmmm..


Tiba-tiba je..
Tapi pelik sebab bila petang sampai ke malam je.. mesti demam
Pagi2 siang okey je..... Deno demam dah kurang dah.. 

Malam ni kakngah nak bawak abah pi klinik
Harap2 kabah cepat sihat ^^

#feelinghopeful


Rasa Macam Tak Percaya


Sampai sekarang masih rasa macam tak percaya

Baru semalam pakcik deno **pakteh datang rumah..
Tiba-tiba hari ni dapat berita sedih...
Pakteh dah tak ada.. Memang mengejutkan
Pakteh meninggal awal pagi tadi ...

Cuma satu la deno hairan semalam
Biasa bila dia datang rumah mesti dia cari deno
Dia pakcik deno yang suka bergurau dengan anak2 saudara
Tapi semalam dia tak macam tu.. Dia tak banyak bercakap ...

Hari ni semua ahli keluarga balik ..
Jenazah pun dah selamat dikebumikan..
Alhamdulillah ......


**sebenarnya ramai yang terkejut dengan berita ni dan ramai tak percaya.. arwah yang tiada apa2 masalah kesihatan sejak dulu, sentiasa sihat tapi tiba2 terkena serangan jantung awal pagi tadi... AL-FATIHAH buat pakteh ~


Pesan


Alkisah Adam Khaleef (my nephew)

Petang tadi dia kuar jejalan ngan mamanya (my kakngah)
Kemain dia ajak deno ikot tapi deno takde mood nak kuar
Tadi balik, kakngah singgah umah.... 
Rupa-rupanya nak bagi lolipop Chupa Chups
Adam Khaleef belikan untuk cikcu satu...
Dia dah pesan kat mama dia kena bagi cikcu... 
Alahai Adam Khaleef, ingat dia kat cikcu  :')

**Sambil menaip dalam mulut ada lolipop.. hehe

Doodle Art By Adam Khaleef


Yeay dah siap!

Walaupun dia lukis sikit je, tapi ia tetap satu seni kan. 
Doodle ialah seni menconteng ..............
Means boleh conteng apa sahaja mengikut imaginasi..
Inilah imaginasi Adam Khaleef ^^

Dia Pun Minat

Sehari dua ni cikcu ni duk lepas gian mendoodle je..
Eh2 dia pun nak join sekali ....!


Bising nak lukis jugak... Dah pesan kat dia semalam, nak datang umah tok abah (my dad) bawaklah drawing book and pencil colour.. 

Tapi datang berlenggang je dengan lego, bila nampak cikcu ni duk syok mendoodle mula nak join sekali...  Sayang my sketch book tu tapi sayang lagi kat dia, dengan rela hati bagi je Adam Khaleef kacau "dodol" kat situ... hahah

Minat jugak dia mendoodle... Sama macam cikcu dia jugak. Heee.. ^^

Awak Kat Mana


Ini kes APM la ni..
Kan lagu femes Taufik Batisah tu kan
Kat wall FB penuh "Awak kat mana"

Bukan kat wall FB je..
My nephew si Adam Khaleef pun terkesan
Asyik duk nyanyi tu je bila mai sini
Tapi lain tau, bukan awak kat mana..
Tapi "cikcu kat mana cikcu kat mana"
Cikcu ni pun layan aje la...

Bila deno nyanyi macam tu pulak kat dia
Boleh pulak dia jawab sambil buat kiut2 dia tu...
Alahai Adam Khaleef ..^^