Showing posts with label Farmasi. Show all posts

Sabarlah....

Biasanya selepas jumpa doktor, terus ambil ubat.

Biasa la kan kalau hari klinik, patient memang ramai.. Kalau kat farmasi tu, memang penuh la tempat duduk tu dan confirm menunggu pun lama kan. Macam deno ubat banyak, pharmacist kat kaunter awal-awal dah cakap...

"lama sikit ya dik sebab ubat banyak"


Deno dah tahu orang ramai, menunggu lama pulak kan.. Jadi prepare apa-apa yang patut. Deno sangat tak berkenan dan rasa tak patut la bila ada di kalangan kita (bukan semua) yang merungut dan mengata macam-macam pada pharmacist yang berkerja kat situ... Kadang-kadang ada perkataan yang tak patut diucapkan! Lebih-lebih lagi bila baca di wall fb, mengucap panjang deno...Inilah manusia, sikit-sikit marah, merungut, tak sabar... Kita bukannya tahu orang yang bekerja tu macam mana, tak menang tangan nak buat kerja, tak rehat, mungkin ada yang tak makan.. Siapa tahu kan...

Sabarlah...... Kita kan dah tahu memang pesakit setiap hari bertambah, pesakit pun ramai, bukan ita sahaja yang nak ambil ubat-ubatan tu. Deno sendiri pernah tunggu hampir 2 jam untuk ubat deno tapi takde sampai nak marah-marah maki semua.

Bosan menunggu, nak marah?? Alahai takkan ini pun kita nak marah-marah... Yang ada tablet gadget bagai tu, bawa la.. Sambil tunggu boleh main Minions^^ Macam deno yang takde smartphone dan gadget, deno bawa buku dan majalah untuk dibaca. Sambil tunggu ubat tu, sambil membaca. Best kan? Dapat juga faedah :)


p/s: sabar itu separuh daripada iman ^^


Cacing Di Atas Kertas

tulisan cacing

Esok pergi hospital amik ubat.. Baru ni tak sempat nak amik la...

Tengok tulisan Dr. Salmi, bukan semua deno boleh baca, ada dalam 4 jenis ubat je deno boleh baca, yang lain tak tahu.. Kalau deno tengok lama2 dah macam cacing dah tulisan doktor.. penin!


*klik SINI nak tengok tulisan doktor deno dulu2..



p/s: tabik dengan pharmacist yang boleh baca tulisan doktor! Agak2 diaorang pergi kursus tak baca tulisan doktor? ekekek... :p



Okey :)


Selamat petang semua :)

Baru sejam balik dari hospital.. hari ni tak ramai patient, jadi sekejap je la deno jumpa doc..

result darah okey cuma HB je sangat rendah.. rendah daripada biasa.. HB deno hanya 7! mujur doc just tambahkan ubat, tak tahan wad.. ubat je la bertmabah^^

doc pakar deno cuti raya dah sebab dia on call raya nanti.. jadi doc baru ganti hari ni... ensem betul! nak pengsan rasanya tengok dia senyum.. oh hensemnyaaa... kalau slalu jumpa doc ensem best jugak.. hihik ^_^

pegi farmasi tunggu ubat pun lama

 


sejam jugak menunggu ubatnya



stok ubat untuk sebulan..
sekarang masa untuk refill yang dah habis! :)


p/s: pagi tadi lewat bangun sahur sebab semua tak terjaga.. bangun-bangun dah 5.30am cepat2 makan ubat..   tak sempat makan terus dengar azan... jadi hari ni sahur dengan ubat je.. hadoiii... :p