Showing posts with label Feeling Better. Show all posts

Feeling Better


Seminggu ni yang kurang sihat..

Memang rasa tak best sebab tahun ni rasanya adalah tahun paling sihat deno rasa, tak macam sebelum ni. Then tetiba demam macam tu .. Hampir seminggu jugak. Memang risau sebab salah satu tanda SLE flare ialah demam.. Alhamdulillah syukur tak melarat  cuma yang dua hari lepas tetiba jadi demam panas melampau. Naib baik kan deno tak admit hospital :)

Hari ni dah rasa lebih baik. Tapi belum mula designing, masih dalam mood rehat. Insyaa Allah dalam duatiga hari lagi boleh sambung. .. Terima kasih korang yang mendoakan dayangdeno!! (。♥‿♥。)


Bolehlah...

Alhamdulillah :)

Hari ni deno rasa segar sikit, makan pun dah ada selera sikit.. Semalam bau ayam masak merah kegemaran deno pun, deno rasa nak muntah. Biasanya kalau ada ayam masak merah, deno akan makan lebih banyak....

Hari ni dapat juga telan suku 1/4 nasi bersama kuah gulai ikan yang kosong.. Bolehlah telan walaupun makan nasi kosong je macam tu, okey la kan berbanding semalam :)


p/s: hari ni lebih baik berbanding semalam


Better


Dua-tiga hari tak sihat..

Tak pernah kalau demam, demam macam tu je.. Mesti sekaligus dengan batuk dan selesema. Penyakit 3 beradik tu mesti dapat.

Alhamdulillah demam tak melarat sangat, demam dah kurang kesan daripada ubat. Lega sangat-sangat suhu badan tak cecah 40 :) Abah kat Terengganu pun dah bimbang bila deno cakap demam ... Hehe.. Untuk tahun 2014, inilah first time tak sihat..

Terima kasih semua yang mendoakan deno :) Deno sayanggggg korang ^_^


p/s: alhamdulillah ^_^