Showing posts with label Gadget. Show all posts

Alahai Budak-Budak Sekarang.....

Alkisahnya deno tengok wall fb... scroll....

Tiba-tiba ada gambar budak senyum lebar dengan tablet... Dapat tablet sebagai hadiah sebab puasa penuh sebulan! Emmm... hairan betul budak2 zaman sekarang.. 

Kalau la ramai ibu bapa didik macam ni, kefahaman anak-anak berpuasa di bulan ramadhan akan jadi lain.. Sepatutnya ibu bapa didik betul2 anak, puasa itu kewajipan umat islam, termasuk dalam rukun islam, agama kita.. bukan puasa untuk dapatkan gadget..

Mungkin ianya sebagai pembakar semangat, sebagai satu cara ibu bapa moden mendidik anak2 berpuasa.. tapi bimbang kanak-kanak tersilap tafsir tentang maksud sebenar berpuasa.. :)



p/s: kebendaan biarlah berpada-pada... sekadar pendapat.. :)