Dayang Deno: Gejala-Gejala SLE
Showing posts with label Gejala-Gejala SLE. Show all posts
Showing posts with label Gejala-Gejala SLE. Show all posts

21.4.12

Gejala-Gejala SLE
April 21, 2012 12 Comments

Cerita SLE lagi? Kali ni deno nak berkongsi tentang gejala-gejala atau tanda-tanda SLE pula.. Semua ni tak boleh dipandang ringan, kadang-kadang kita sangkakan sakit kita ialah sakit biasa sahaja, tapi sebenarnya ia adalah SLE!


Related image


Jom baca tentang gejala-gejala sle :


- Ruam merah atau perubahan warna pada muka. Biasanya berbentuk rama-rama pada hidung dan - - Mata terutama yang selalu terdedah kepada matahari. tanda-tanda deno
- Sendi, muka, kaki membengkak dan sakit. tanda-tanda deno
- Demam tanpa sebab dan berpanjangan. tanda-tanda deno
- Sakit dada ketika menarik nafas panjang.
- Kelenjar menjadi bengkak.
- keletihan yang berlebihan. tanda-tanda deno
- Keguguran rambut yang luar biasa (terutama di atas kepala).
- Jari tangan atau kaki menjadi pucat atau berwarna ungu kerana kesejukan atau tekanan.
- Sensitif terhadap matahari. tanda-tanda deno
- Sel darah rendah.Kemurungan, sukar menumpukan perhatian atau masalah ingatan.
- Ulser mulut.
- Berat badan turun mendadak tanda-tanda deno
- Sawan tanpa sebab.
- Masalah mental.
- Keguguran yang kerap.
- Masalah buah pinggang tanda-tanda deno

**Jika gejala-gejala di atas berterusan dan tiada tanda untuk sembuh.. segeralah berjumpa doktor ya untuk mengelakkan ia lebih teruk :)




p/s : jangan pandang ringan ya ~

Reading Time: