Showing posts with label Go Palm Book. Show all posts

Go Palm Book

Buku apa yang deno guna untuk melukis?

Nak melukis sebenarnya atas buku atau kertas apa pun boleh. Art ni luas, sedangkan atas telur pun ada orang lukis doodle. Tapi deno tak lukis atas telur, nanti pecah pulak telur tu.. hehe.. Macam deno, deno deno lukis dalam sketch book ni ~


Nice je.. Buku macam ni covernya warna coklat, kertasnya warna krim.. Biasanya deno jumpa buku yang guna kertas macam ni bila deno beli english novel. Buku ni ecofriendly, kita lukis pun best je. Simple, cover pun kosong, so kita boleh lukis/ decorate sendiri cover... Bukan untuk drawing je, adik-adik yang still blaja tu boleh guna untuk tulis nota lecture dalam ni. Then, boleh lukis sekali kartun kat note tu, berseri sikit notebook tu kan...  **Teringat zaman blaja penuh notebook ngan kartun.. hihi^^

Btw, Go Palm book yang deno ada :
-Go Palm A5 Scout Book: 64 pages  
-Go Palm Thread Sew Bind Notebook : 288 pages

Buku yang tebal tu korang boleh dapat banyak saiz, macam deno punya ni medium.. Ada yang lebih besar tapi deno ambil yang tu je sebab senang nak bawak jalan-jalan,  melukis kan boleh kat mana-mana je...hehe^^ Btw, korang boleh dapatkannya di MPH dan Popular Book Store :)