Showing posts with label Hargai Jasa Polis. Show all posts

Luahan Seorang Anak

Selamat malam semua.. maaf.. malam ini deno beremosi..
         Melihat kepada satu artikel.. hati ini dipukul rasa sebak, pilu, sedih.... perasaanku bercampur-campur.. emosi ini tiba-tiba datang sendiri.. aku bukanlah siapa-siapa dan aku juga tak berpihak kepada sesiapa pun.. namun aku juga punya perasaan, aku punya suara hati yang aku rasa bukan semua orang boleh faham..

         Aku adalah anak seorang anggota polis.. seorang bekas polis.. abah dah lama bersara.. aku sangat sayangkan abah! tanpa abah, tak mungkin aku di sini dan bernafas di bumi allah ini.. tugas polis seperti abah menjaga keamanan negara.. berkorban untuk rakyat dan negara.. bertugas tanpa mengira penat lelah.. mengorbankan masa tidurnya untuk tugas dan amanah yang diberikan kepadanya.. apabila aku kenangkan semua yang telah abah buat dan korbankan untuk aku, adik-beradik dan mak aku..aku jadi makin sebak.. air mata semakin laju mengalir apabila ada orang menggelarkan polis sebagai anjing kerajaan. jadi siapakah anak polis ini? siapakah adik-beradikku? anjingkah kami ini? air mata ini semakin laju... hanya nila setitik, rosak susu sebelanga.. seorang berbuat jahat, habis semua terlibat.. bukan sahaja digelar anjing kerajaan, malah lebih banyak cacian, kejian dan tuduhan yang sangat dasyat sampai tak sanggupku nyatakan di sini.. ada lebih teruk dari itu..ada juga polis dipukul, diterajang, dibelasah! Cuba bayangkan jika korang di tempat aku.. apa perasaan jika bapa kita yang kita kasihi dan kita sayangi dicaci, dihina... pasti kita turut rasa sakit bukan? mujurlah abah telah bersara.. jika tidak aku tak tahu sama ada abah boleh pulang ke rumah dengan selamat selepas bertugas.. aku takut jika abah dicederakan... aku takut melihat keganasan sekarang...

aku sangat bangga dengan abah kerana tugasnya yang bergadai nyawa untuk keselamtan negara... deno sayang abah!!!!!



p/s : apa kata kerajaan bagi semua polis di seluruh malaysia cuti seminggu, paling kurang dua hari.. semua polis cuti dan dihantar ke oversea.. kiranya tak ada seorang polis pun di malaysia... deno pasti.. setiap saat ada rumah kena rompak.. setiap saat ada orang kena bunuh.. setiap saat ada orang kena culik.. setiap saat ada orang kena rogol dan macam-macam jenayah lagi! sebabnya... tak ada pihak keselamatan dan semua orang boleh buat apa2 sesuka hati... masa tu barulah nak sedar diri pentingnya pasukan keselamatan seperti polis.