Showing posts with label Hari Arafah 9 Zulhijjah. Show all posts

Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah

            Siapa puasa sunat hari nie? bagus bagus.... ramainya...(^_^) Deno sahur 4 pagi tadi, terpaksa kejut ma awal-awal pagi... bukan apa, deno nie kan buat dialisis (ccpd). Jadi macam kena tambat pula, selagi dialisis belum siap selagi tu wayar yang bersambung kat perut nie tak boleh cabut.. macam mana nak pergi dapur kan... so deno terpaksa tepon ma... hihi

Kesian juga ma tapi kalau tak sahur macam mana nanti, lemah satu badan... deno pun makan ubat awal la tadi, pukul 4 pagi dah makan ubat! biasa 8pagi... 

menu sahur : nasi putih, ikan singgang dan telur mata

Tengok... makan pun kat atas katill! terpaksa la... nak buat macam mana, dah kena tambat macam nie... pegi jauh2 tak boleh.. wayarnya tak panjang... biasa kalau bulan puasa pun deno macam nie la, kena ada orang tolong bawakkan makanan n air... terpaksa sahur sorang2 dalam bilik.. heeeee (^_^)


~ Psst2, tenkiu mama!