Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Salam Aidilfitri 2016

Raya kan sebulan hehehe


Rasanya masih belum terlewat untuk Dayang Deno mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Baru ada kesempatan update teratak kecik deno ini :) Meriah deno lihat sambutan hari raya kawan-kawan, alhamdulillah... ^^

Walaupun terlewat hampir seminggu, deno ingin juga mohon maaf jika ada kesilapan Dayang Deno sama ada sengaja atau tidak sengaja.. 

Mungkin deno tidak sedar jari-jari ini laju menaip ada mengguris hati... Mana tahu kan.... Deno minta maaf ya? 

Kosong-kosong! :)


#loveandhugs

Raya Tahun Ini

budak pipi pau

Tahun ni sederhana sangat, plus dengan pemergian pakcik dan makcik deno dalam masa terdekat. Makcik pergi mengadap Ilahi pada bulan Ramadan baru-baru ni.. Rasa lain sangat sebab biasanya setiap kali raya, makciklah yang paling riuh bila beraya keluarga sebelah abah... Pakcik pula, arwah mesti ke rumah bawak lemang pada malam raya... Tahun ni dah tak ada.. Memang rasa lain sangat... Al-fatihah....

Tahun ni juga, seperti tahun-tahun lalu.. Family deno tak berpakaian sedondon sebab taste kami berbeza.. Abah warna ni, my mom warna ni, kakak warna tu, adik nak warna ni... hihik.. 

So, warna-warnai macam tahun lepas juga... Kecuali kakak2 deno yang sudah berkeluarga...

Deno, as always baju raya suka yang simple.. warna tak banyak.. corak tak banyak, plain je.. Tahun ni deno pilih turquoise blue. Simple je :)

Even batuk and flue waktu raya, dapat juga beraya dengan semangat! Hahaa duit raya pun dapat! Best2 :D


**raya kan sebulan... hehe


Raya Kan Sebulan...


Selamat hari raya!! 

Hehe.. Raya kan sebulan.. First time sepanjang 6tahun dayangdeno berblog, lambat update hari raya.. Hihik quite busy act.. Sempena bulan Syawal yang mulia ini, Dayang Deno nak minta maaf if sepanjang perkenalan kita di alam maya ini, Dayang Deno ada terguris perasaan kawan-kawan semua.. Maaf ya?

Salam 14 Syawal! :D

Salam Aidilfitri

Betapa sibuknya bila nak hari raya..

Hari ni, seharian handphone, laptop dan segala gadget deno tak usik.. Bila semua bekumpul, semua rasa seronok sebab kami lima beradik kembali berkumpul setelah beberapa bulan tak berjumpa.. Deno la yang paling excited.. !
jom ambil e-card  di atas from deno.. *no watermark* klik untuk saiz sebenar dan save :)

Sangat excited! Malum aje la tahun ni first time raya ada abang ipar nombor 3 yang super sporting macam abanglong dan abangngah sebab tahun lepas deno beraya di hospital. Alhamdulillah walaupun  rasa kurang sihat, deno berjaya lawan tak sihat tu Ramadan tahun ini.. Syukur sangat-sangat! :')

Kesian juga ada beberapa orang rakan Lupus/ SLE yang beraya di hospital tahun ni.. Ada yang baru keluar ICU, ada yang SLE relapse.. Hmmm, dayang doakan korang semua cepat sihat ya.. Boleh rasa perasaan raya di hospital macam mana, pagi raya memang sayu dengar takbir raya.. T_T

........................

Di kesempatan ini deno nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan deno ingin mohon maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita di alam maya ini deno ada buat silap dan salah dengan korang yang mungkin deno tak sedar... Maaf ya... (◕‿◕✿)



p/s: semoga keluarga mangsa tragedi pesawat #mh17, #mh370 dan penduduk di Palestin tabah dalam menghadapi dugaan Allah hari yang mulia ini....


Entry Lewat Malam :)

            Baru je lepas buat dialisis. hari nie tak la lewat macam semalam... Sebenarnya nak buat awal tapi terlalu leka buat kerja sampai lupa kat dialisis yang rutin harian tu... hehe...

Deno rasa seronok sangat hari nie coz kakak deno kakAna dan kakObie dah balik! Diaorang sampai 15 minit sebelum waktu bebuka... Jadi, bila masuk rumah just tunggu nak berbuka je la... Rindu sangat kat dua2 sis deno tu coz da lama tak balik... Seronok la dapat jumpa!!!

deno panggil kakak deno dua butir nie koBie n koNa..
yang tersengih nampak gigi tu koBie... hik2

Tapi yang tak bestnye tahun nie kakLong raya Melaka dulu kampung abangLong... Gilir-gilir la kan.. So, raya pertama kakLong n famili dia takde la... raya ke tiga baru sampai kot... hmm... lambatnya... Kalau kakLong raya sini dulu kan best...

gambar raya tahun lepas... tahun lepas kakLong raya ganu dulu.. :)

Biasanya memang riuh la rumah kalau semua dah berkumpul.. kaklong tahun gilir-gilir raya nie sama dengan kakNgah, so kalau giliran sini dulu, memang meriah la ada semua berkumpul.. Dengan anak2 buah yang tak reti duk diam.. penat layan... tapi seronok!!


~ Psst2, tak sabar nak kakLong balik! (^_^)