Showing posts with label Hari Raya 2013. Show all posts

1 Syawal Di Hospital : Nasi Jagung

Nasi jagung + ayam masak merah + acar timun dan lobak merah

Raya pertama di hospital.. deno tak sihat betul2 lagi. Pagi2 pun dah muntah masa nak buat CAPD tu.. tak sihat sangat. Dada pun masih rasa tak selesa.. 

Raya di hospital pun ada special juga. Makanan yang lain daripada yang lain. Tak pernah pun deno rasa nasi jagung.. tapi deno tak dapat makan sebab asyik rasa nak muntah je.. Jadi deno bagi kat anak buah makan.. habis licin! Sedap la tu.....


p/s: dua hari dapat makan special.. hari kedua dapat nasi beriani, ayam berempah dan dalca, sedap! deno dah boleh makan.. ^^


Wordless Wednesday : 1 Syawal Di Hospital


Terima kasih ma, abah, kaklong, abanglong, kakngah, abangngah, kakobie, abangfik, kakhanna, aina, amca dan khaleef :)



p/s: 1 syawal di hospital... hehe 

Makan Rendang Lewat Malam

Siang-siang kurang selera... semalam pun muntah2.. maybe sebab kesan ubat. Bila malam, mula la lapar, mujurlah kaklong ada bekalkan rendang dan nasi himpit! :)

makan dalam gelap sebab lampu dah tutup

Pukul 10.30pm je, kak sam (nurse) dah tutup lampu.. Mujurlah ada samar2 lampu utama dekat kaunter nurse tu, dapat juga makan dalam cahaya yang sikit tu.. hehe.. ^^ ma buat rendang daging ni, deno suka makan rendang dengan nasi himpit, dari dulu2 lagi memang macam tu. Deno kurang makan ketupat.

Orang lain malam raya dah rasa rendang, deno lambat sebab tak sihat.. Nak makan pun takde selera, mujurlah sekarang selera dah datang balik ^_^



p/s: alhamdulillah feeling much better :)

Baju Raya Limited Edition!


Limited edition!

"Baju raya" di hospital ni warna hijau, besar macam jubah.. Boleh juga diguanakan sebagai baju untuk menyamar jadi hantu... hehe

Siapa yang nak boleh datang ke hospital, tapi boleh pinjam je la.. sama je la warnanya, hehe^^ Kesian baju raya kat rumah, kak hanna cakap dah siap gosok, tergantung dalam almari bersama tudung. Mesti baju raya deno pelik, kenapa tuan dia tak pakai2 dia.. kesian....



p/s: alhamdulillah deno makin sihat... terima kasih atas doa semua....:)



Beraya Di Hospital

Sejarah berulang lagi... tahun in deno sambut raya di hospital
Last deno beraya di hospital ialah pada tahun 2000 ketika SLE sedang sangat aktif


Sakit deno baru-baru ni melarat teruk...

Demam seminggu.. Rasa macam demam biasa je sebab takde pula rasa sakit2 sendi. Lepas tu rasa sakit dada, ingatkan boleh tahan lagi.. boleh pergi hospital lepas raya.. Tapi macam yang selalu terjadi, kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan segalanyanya..

Sehari sebelum raya, deno demam lagi.. Tapi hari tu tiba2 je sakit dada dan rasa sakit nak bernafas, mula tu rasa macam boleh tahan.. Lama2 rasa macam nak sesak nafas, sakit sangat sampai tercungap-cungap.. Last2 decide pergi hospital juga... Deno terus ke emergency sebab tak cukup oksigen

Dah agak, mesti masuk wad! Dr. pakar deno *Dr. Zaiha masa tu yg on call cakap pada deno  "awak kena admit, maybe awak kena pneumonia"

Redha.. deno tak nangis sebab deno dah bersedia untuk ditahan di wad, takpe la raya kat hospital janji sihat :)



p/s: selamat hari raya!!!! ^_^