Showing posts with label Hari Raya Aidil Adha. Show all posts

Salam Aidil Adha 2016



Selamat hari raya^^ Alhamdulillah kita semua dapat bersama lagi di hari raya aidil adha ini:)

Raya aidil adha ini seperti tahun-tahun yang lalu, mesti semua ada. Happy dapat bersama-sama satu family. Alhamdulillah... Plus dengan anak buah saya tiga ketul tu, baru tiga tapi riuhnya macam 10 orang hihi^^ Sebenarnya setiap kali balik kampung pun memang riuh budak bertiga tu, sepupu rapat :) Juadah untuk hari raya ini pula my mom buatkan nasi tomato.. Special sikit sebab hari special kan..


Nasi tomato dengan lauk ayam masak merah, daging kurma, dan acar timun.. Ada juga juadah sampingan sikit... Saya pun baru je makan second round tadi, selera pula hari ini.. biasa nak makan pun susah hehe.. Terima kasih ma abah sayangg :')

Emm dengar tadi... kak obi and abang fik nak bakar sate malam ni.. yumm!





Salam Aidil Adha 2015


Sketh laju2 guna jari semalam

Selamat Hari Raya Aidil Adha :)



Salam Aidiladha 2014

For the first time in my life..
Raya Aidil Adha kat Damansara 


Sebulan stay rumah kaklong, sebenarnya nak balik awal tapi kebetulan next week cousin kahwin kat Kuantan. Plus abah risau deno balik sorang naik bas, fuh susah nak dapat green light dari abah kalau deno sorang2... Then baru2 ni kan tak sihat, lagi la abah and my mum risau.. Tu pun deno takmo masuk wad.. Haha :p

Tapi alhamdulillah deno dah okey sekarang^^ So, deno terus je duk umah kaklong sampai cousin deno kawen next week. Nanti balik Terengganu dengan abah ma dari sana ^_^

Ermmm, first time dalam sejarah hidup deno... Deno tak beraya kat Terengganu. Kakak kat sini tak dapat balik beraya, jadi beraya dengan family kaklong and sekali ngan kakhana.

Rasa janggal pun ada, almaklum tak pernah raya korban kat sini. Tapi tadi kaklong and abanglong ada buatkan rendang ayam, kuah kacang, nasi  himpit. Tadi pun ada beli lemang

Berbeza kat Terengganu kan, malam raya mesti ada saudara datang bawakkan lemang, tak perlu beli macam kat sini. Lemang yang dapat pulak biasa panjang2! Sini pendek sket..

Tak sama tau kemeriahan kat Terengganu, kat sini pun macam sunyi sebab ramai jiran balik kampung kan..

Tadi abah pun call, my mum buat nasi tomato untuk raya esok!! OMG!! My favourite....! Kalau nasi tomato my mum, deno yang kurang selera makan boleh makan banyak. Alahai rugi tak dapat makan, bukan selalu ma buat nasi tomato.. Terbayang-bayang ayam masak merah my mum tu, daging masak kurma...... fuh!

Perghhh duk menaip ni pun dah kecur rasanya, terliur sangat2! Biasa kat Terengganu selepas ke masjid, semua berkumpul kat rumah nenek, makan-makan, sekali dengan sepupu duk berkumpul. Deno ada sorang je nenek, satu-satunya nenek.. Then, sampai ke petang jiran-jiran,  beberapa orang kampung datang dengan daging lembu korban....

Lain, sangat lain dengan suasana kat sini..

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha
Maafkan segala salah dan silap ya.....


Tak Ramai

Raya Aidil Adha Tahun ini tak ramai..
Hanya ma, abah, deno dan family kakngah.. Kaklong, kakobi dan kakhanna tak dapat balik raya korban tahun ni..

Jadi hidangan pun tak terlalu banyak.. Seperti deno beritahu semalam, ma ada masakkan nasi tumis, ayam masak merah, daging kurma, acar timun dan ketupat. Itulah hidangan kami sekeluarga buat hari raya korban hari ini ..

Hari ni deno hanya ke rumah nenek deno.. Sepupu pun tak semua balik, tak ramai tapi dapat berjumpa dan berkumpul pun dah happy^^


p/s: bersederhana :)

Salam Aidil Adha


Pheww baru rehat....^^

Esok raya korban.. Mesti rumah masing-masing meriah dengan ahli keluarga yang semua balik kan? Haaaa.... Korang masak apa esok? Rumah deno esok ada nasi tumis, ayam masak merah, acar timun dan ketupat .. Tiba-tiba rasa macam hari raya aidilfitri pulak, maklum la deno kan raya kat hospital 1 syawal baru2 ni, jadi tak merasa meriah hari raya tu.. haha :p

Deno dan keluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua... "Tingkatkan pengorbanan dan suburkan keikhlasan" :)


p/s: salam aidil adha ^_^