Showing posts with label Hemodialisis. Show all posts

Deno Dan Hemodialisis

*pengalaman deno hemodialisis, korang boleh klik SINI untuk info mengenai dialisis

contoh mesin dialisis

Untuk pengetahuan korang, hemodialisis atau HD ni lain daripada peritoneal dialisis ... Yang bezanya HD ni melibatkan darah... rawatan HD dibuat menggunakan sebuah mesin khas, darah akan keluar dari badan melalui fistula yang dipasang pada pesakit melalui pembedahan dan mesin itulah berfungsi "mencuci" darah pesakit... biasanya doktor akan pasang fistula (wayar untuk dialisis) di lengan atau di kaki pesakit

Okeh, ini cerita deno pula^^

hemodialisis melalui katerer di leher

Deno mula dapat SLE ketika deno berumur 10tahun dan admit wad 4 bulan di Institut Pediatrik, HKL.. sepanjang 4 bulan tu, memang banyak rawatan deno dapat termasuklah hemodialisis atau senang dipanggil HD dan tempoh rawatan ialah 4 jam setiap sesi

SLE deno adalah tahap 4 dan masa tu jugak SLE sangat aktif. SLE attack buahpinggang dan menyebabkan ia tak "berkerja".. bila buah pinggang dah tak "berkerja", segala kotoran dalam dalam darah tak dapat dikeluarkan melalui urine (air kencing).. jadi doktor pakar masa tu De. Lim, decide untuk deno supaya buat hemodialisis.. deno pernah buat HD pada tahun 2000 dan tahun 2001.. Deno lain sikit, deno buat HD di leher.. doctor buat pembedahan tebuk di leher untuk masukkan katerer *macam gambar kat atas di leher deno..  seingat deno deno buat HD ni pada bulan 1 tahun 2000.. masa tu deno sakit teruk, SLE sangat2 aktif!

Masa buat tu.. katerer dah ada kat leher deno, deno duduk sebelah mesin dialisis pastu nurse tolong sambungkan wayar-wayar mesin ke keterer di leher deno.. tapi! kalau orang yang buat HD di lengan sakit sebab kena cucuk dengan jarum besar! deno ni...doctor pasang katerer di leher untuk HD sementara.. deno buat HD dalam wad,  wad KK1^^

Macam mana rasa semasa buat HD?

Adakalanya deno okey dan kadang-kadang boleh pengsan masa buat buat HD,  mungkin faktor tekanan darah boleh buat pengsan, bila pengsan nurse akan berhentikan serta merta HD tu... sebenarnya buat HD ni letih, penat, lesu dan satu badan deno rasa lenguh-lenguh.. mungkin sebab masa tu deno budak, umur pun baru 11 tahun, memang takde tenaga lepas habis proses buat rawatan tu... deno still ingat sampai sekarang, lepas habis je buat rawatan, abah akan dukung deno ke katil.. deno akan tidur je sepanjang hari, memang takde tenaga langsung! sangat-sangat tak larat, tak boleh berjalan pun..

keterer tu ada pada leher deno dalam tempoh sebulan... pastu deno makin sihat dan doktor cabut balik.. cara doktor cabut? haaaa... senang je, tak perlu pembedahan pun.. doktor gunting benang jahitan kat leher slow-slow, pastu tarik macam tu je.. tapi masa nak tarik tu, doktor suruh deno tarik nafas dalam-dalam, kemudian tutup bekas tebukan di leher dengan gauze (kapas berbentuk segi empat).. :)

deno sempat la sihat dalam setahun dengan rawatan kimo (cyclophosphamide) tapi SLE tu lagi kuat... pertengahan tahun 2001, deno banyak tak ke sekolah sebab sakit teruk.. last-last deno admit lama di hospital dan buah pinggang deno dah tak berfungsi langsung disebabkan oleh SLE, deno terpaksa buat HD kali ke2.. sebulan rawatan HD, dr lim cadangkan deno buat CAPD sebab CAPD boleh dibuat di rumah.. tak lama lepas pembedahan pemasangan tenckhof CAPD, training CAPD...deno dapat balik rumah dan amik UPSR di  sekolah.. tiub tenckhoff CAPD masih bersama deno sampai sekarang^^ .... rindu pula pada nurse-nurse dan doktor-doktor kat sana.... :')