Showing posts with label Hemoglobin. Show all posts

HB yang Sangat Rendah

Ermm.. Ermm.. My HB sangat low, result baru2 ni tak bagus juga

Biasa patient SLE memang HB low, tapi deno ni terlampau low.. Bertahun-tahun HB deno tak pernah sampai paras 10 or normal.. Dari dulu HB deno ni low sangat, susah nak naik.. Patut la badan selalu lesu and muka pucat. Nasib baik deno okey.. Macam sesetengah patient, low je dah kena tahan masuk wad untuk tambah darah...

Pernah HB deno rendah tinggal 5 ++ je.. Tapi alhamdulillah masih okey even pucat and penat.. Bleh buat keje sket2...


Khamis baru2 ni.. HB (Hemoglobin ) deno hanya tinggal 8.7 . Sangat low.. Sebab lama sangat asyik low,  muka pun pucat semacam je.. My doc tukar ubat.. Kena cucuk masuk ubat setiap bulan tapi ubat tu lebih kuat.. Aduhh harapnya tak terlampau sakit la ubat tu, ni bengkak kena cucuk pun belum hilang, tiga hari angkat lengan sakiit... Hari ni dah kurang sket...

HB deno belum pernah sampai 10.. Harapnya my HB makin baik dengan ubat baru tu... Amin!


Menurun


Baru dapat result blood test terbaru 2 hari lepas.. Nurse call, beritahu HB deno makin rendah! Alahai.... Ingatkan dah naik rupanya menurun..  HB deno menurun dari 7.3 ke 7.1. Patut la mudah sangat semput dan penat bila buat kerja berat sikit

Jadi ubat akan bertambah... Huhu.. Takpe la bertambah pun, asalkan HB naik^^


p/s: nampaknya kena cucuk banyak kali la setiap minggu...  heeeeee :p


Berita Gembira


Dapat berita gembira di hospital!^^

Last 2 month my HB (hemoglobin) too low! Hanya 5.8, sangat rendah kan? Nasib baik doktor tak tahan masuk hospital.. Tapi hari ni dapat berita gembira! Nurse ada call deno dan beritahu HB deno dah meningkat kepada 9.6! SLE deno sekarang pun under control ^_^

Syukur alhamdulillah.. :) Walaupun tak capai tahap normal tapi dah ada improvement kan? Harap-harap selepas ni HB deno akan ke paras normal pula^^


p/s: terima kasih kepada semua yang mendoakan deno ^_^



Hari Ini Di Hospital

Awal pagi tadi dah berada di hospital. Kakna (nurse) ada call deno semalam,  dah sampai masa untuk tukar tiub CAPD, ia memang perlu ditukar setiap 6 bulan...^^

peace yaw!! ^_^

Biasanya tukar tiub tu penat je la sikit, tapi tak sakit :) Selepas tu, blood test pula... HB deno bulan lepas sangat low, jadi doktor nak tengok tahap HB bulan ni selepas tambah ubat. 

Nurse tengok urat pun geleng kepala.. Tak tahu nak cucuk yang mana sebab urat halus sangat. Last2, dua-dua lengan  dicucuk, lengan pertama darah keluar sikit sangat.. Terpaksa cucuk kali kedua di lengan kiri, sakit betul yang ni sebab darah mula-mula tak keluar, then nurse masuk jarum lebih dalam baru keluar... Fuh! Nasib baik la darah keluar........ Kalau tidak, tak pasal2 kena cucuk 3 kali! Hihi ^_^



p/s: harap2 result darah ok dan HB deno naik ^^


3 Minggu Lagi

Dah cuak rasanya..

3 minggu  lagi jumpa doktor... Blood test lagi... Hari tu kan HB 5.8 je,  rendah sangat, mujurlah tak admit wad. Doktor bagi peluang, just cucuk ubat dan makan ubat kat rumah..

Awal bulan 10 nanti tengok result darah naik ke tak HB tu, kalau tidak.... Emm, bimbang admit pulak.. Oh no! Harap2 HB deno naik, doakan deno eh? :)



p/s: HB (hemoglobin)

Baru Rasa Kesannya

sambung kerja balik.. fuu~

HB deno kan rendah baru2 ni...

Selama ni tak pernah pun pening kalau HB low pun, tapi dua tiga hari ni pening.. Semalam ke hospital pun pening2 masa tengah berjalan. Agaknya ini la kesan HB low macam rakan2 SLE cakap tu... Baru terasa kesan dia. 

Bila pening ubatnya tidur.. Sekarang dah hilang pening dah.. ^^


p/s: cucuk ubat lagi hari ni... harap2 naik la HB  ^^


Erk.. 5.8 Je???

HB : hemoglobin (sel darah merah dalam badan)


Nurse baru tepon tadi, beritahu result darah den.. nurse cakap HB deno rendah!! HB deno hanya 5.8! Sebelum ni 8++. Hemogolobin orang normal 12-16...

Ok, sentap jap... Nape rendah sangat nih! Nurse dah tepon doktor deno, deno kena cucuk ubat! Hwaaa... kenapa la jadi rendah sangat ni... dah la lusa ni appointment dengan doktor.. aduyaiiiii



p/s: debbor debbor =_=

My Recormon


Petang tadi deno ke hospital.. *hospital lagi?

ke hospital sebab nak ambil ubat recormon ni...



ubat ni ambil di hospital.. sampai rumah simpan dalam peti sebab recormon perlu tempat yang sejuk^^

sebenarnya deno perlu cucuk ubat recormon ni untuk hormon meningkatkan sel darah merah.. HB (hemoglobin) iaitu sel darah merah deno sangat rendah.. sekarang pun HB deno masih rendah.. baru-baru ni ke hospital HB deno hanya 9..  

sejak tahun 2001 sampai sekarang still amik ubat ni sebab HB selalu rendah.. pernah HB deno tinggal 5 terus kena masuk darah ikut line.. kalau HB terlalu rendah biasanya deno akan semput, badan jadi lemah, muka pun pucat.. sebab tu perlu cucuk ubat ni..


setiap minggu kena cucuk recormon ^_^



p/s: sakit? tak la.. sakit sikit je.. hihi ^^


HB oh HB

Selamat petang semua :)

Hari ni lebih bersemangat manaip.. entah la, badan deno sebenarnya letih tapi bila ngadap laptop bulat pulak mata ni.. hihik :p

ok, berbalik kepada tajuk entry deno.. "HB" .. tahu tak apa itu HB? Hb ialah singkatan bagi hemoglobin iaitu sel darah merah kita.. nilai normal HB ialah 11.65 hingga 16.5..

penting tau HB ni.. kalau tak cukup kita akan mudah rasa letih dan penat, sakit dada atau sesak nafas..

 

hmmm.. deno ni tak tahu nak buat macam mana.. HB deno rendah sejak dulu lagi.. bulan lepas masa jumpa doc, doc cakap HB deno low sangat... tahu tak berapa? 7.2 sahaja.

deno setiap minggu kena cucuk untuk tingkatkan HB ni, tapi sel tak naik-naik pun.. entah-entah yang deno asyik rasa penat ni sebab HB deno yang rendah ni.. kalau makin rendah, mesti kena masuk darah ni... adoooiiii.. tak suka betul!

siapa ada petua nak tambahkan HB?



p/s: bulan depan jumpa doc, malasnyaaaaaa.... mesti kena dengar ceramah free sebab HB rendah