Dayang Deno: Hemoglobin
Showing posts with label Hemoglobin. Show all posts
Showing posts with label Hemoglobin. Show all posts

2.3.15

HB yang Sangat Rendah
March 02, 2015 4 Comments
Ermm.. Ermm.. My HB sangat low, result baru2 ni tak bagus juga

Biasa patient SLE memang HB low, tapi deno ni terlampau low.. Bertahun-tahun HB deno tak pernah sampai paras 10 or normal.. Dari dulu HB deno ni low sangat, susah nak naik.. Patut la badan selalu lesu and muka pucat. Nasib baik deno okey.. Macam sesetengah patient, low je dah kena tahan masuk wad untuk tambah darah...

Pernah HB deno rendah tinggal 5 ++ je.. Tapi alhamdulillah masih okey even pucat and penat.. Bleh buat keje sket2...


Khamis baru2 ni.. HB (Hemoglobin ) deno hanya tinggal 8.7 . Sangat low.. Sebab lama sangat asyik low,  muka pun pucat semacam je.. My doc tukar ubat.. Kena cucuk masuk ubat setiap bulan tapi ubat tu lebih kuat.. Aduhh harapnya tak terlampau sakit la ubat tu, ni bengkak kena cucuk pun belum hilang, tiga hari angkat lengan sakiit... Hari ni dah kurang sket...

HB deno belum pernah sampai 10.. Harapnya my HB makin baik dengan ubat baru tu... Amin!


Reading Time:

20.3.14

Menurun
March 20, 2014 7 Comments

Baru dapat result blood test terbaru 2 hari lepas.. Nurse call, beritahu HB deno makin rendah! Alahai.... Ingatkan dah naik rupanya menurun..  HB deno menurun dari 7.3 ke 7.1. Patut la mudah sangat semput dan penat bila buat kerja berat sikit

Jadi ubat akan bertambah... Huhu.. Takpe la bertambah pun, asalkan HB naik^^


p/s: nampaknya kena cucuk banyak kali la setiap minggu...  heeeeee :p


Reading Time:

10.10.13

Berita Gembira
October 10, 2013 28 Comments

Dapat berita gembira di hospital!^^

Last 2 month my HB (hemoglobin) too low! Hanya 5.8, sangat rendah kan? Nasib baik doktor tak tahan masuk hospital.. Tapi hari ni dapat berita gembira! Nurse ada call deno dan beritahu HB deno dah meningkat kepada 9.6! SLE deno sekarang pun under control ^_^

Syukur alhamdulillah.. :) Walaupun tak capai tahap normal tapi dah ada improvement kan? Harap-harap selepas ni HB deno akan ke paras normal pula^^


p/s: terima kasih kepada semua yang mendoakan deno ^_^



Reading Time:

6.10.13

Hari Ini Di Hospital
October 06, 2013 43 Comments
Awal pagi tadi dah berada di hospital. Kakna (nurse) ada call deno semalam,  dah sampai masa untuk tukar tiub CAPD, ia memang perlu ditukar setiap 6 bulan...^^

peace yaw!! ^_^

Biasanya tukar tiub tu penat je la sikit, tapi tak sakit :) Selepas tu, blood test pula... HB deno bulan lepas sangat low, jadi doktor nak tengok tahap HB bulan ni selepas tambah ubat. 

Nurse tengok urat pun geleng kepala.. Tak tahu nak cucuk yang mana sebab urat halus sangat. Last2, dua-dua lengan  dicucuk, lengan pertama darah keluar sikit sangat.. Terpaksa cucuk kali kedua di lengan kiri, sakit betul yang ni sebab darah mula-mula tak keluar, then nurse masuk jarum lebih dalam baru keluar... Fuh! Nasib baik la darah keluar........ Kalau tidak, tak pasal2 kena cucuk 3 kali! Hihi ^_^



p/s: harap2 result darah ok dan HB deno naik ^^


Reading Time:

12.9.13

3 Minggu Lagi
September 12, 2013 14 Comments
Dah cuak rasanya..

3 minggu  lagi jumpa doktor... Blood test lagi... Hari tu kan HB 5.8 je,  rendah sangat, mujurlah tak admit wad. Doktor bagi peluang, just cucuk ubat dan makan ubat kat rumah..

Awal bulan 10 nanti tengok result darah naik ke tak HB tu, kalau tidak.... Emm, bimbang admit pulak.. Oh no! Harap2 HB deno naik, doakan deno eh? :)



p/s: HB (hemoglobin)
Reading Time: