Showing posts with label Hospital. Show all posts

Letih

Letih.

Yes letih. Seminggu dua ni yang letih. Letih semacam... Badan lesu, tidur sahaja. Abah mama pun notice Dayang Deno ni nampak letih.. Tidur pun awal sangat.. Makan kurang, letih, badan panas.. 


Result darah last week menunjukkan potassium deno too low. Nurse terus call minta deno ke hospital untuk ambil ubat. Seminggu dua ni ulang alik hospital sahaja.. Blood test pun sama. Bertambah letih rasanya... 'Lepak' kat hospital. Semalam deno jumpa doctor dan doctor beritahu kesannya memang buat badan jadi letih, dan mudah jadi cramp. 

Doctor pun ada tambah ubat. So, makin banyaklah ubat-ubat deno yang sedia banyak tu.. Huhu.. Redha :)

Hmm.. Itu baru letih sebab result darah yang tak berapa 'cantik', belum letih with my daily dialysis treatment tu. Daily dialysis, fuh sabar sahaja lah.. Demam on and off pula dah biasa. Cuma, deno cuba untuk tak layan sangat rasa letih tak sihat tu, coz nanti satu kerja pun tak jadi. Tapi bila dah tak sihat sangat sampai mata pun tak boleh bukak, tak boleh bangun, itu memang kena rest cukup-cukup. Risau juga kena tahan kat hospital kan.. hehe..

Sejujurnya memang setiap hari deno rasa letih dengan sakit ini, tapi cuba yang terbaik, yang termampu untuk jadi normal. Cuba untuk lawan rasa letih tu. Hopefully... Dayang Deno ini akan lebih kuat setiap hari dan juga di masa akan datang..

Inshaa Allah, amin!





Hospital Lagi

Alkisahnya di hospital.. baru dapat share kat my baby blog :)

Kisahnya hari tu lepak kat hospital.. mana lagi kan dayang kalau tak hospital.. rumah kedua saya.



Kalau korang lepak dengan kawan-kawan, saya lepak dengan nurse.. Haaa rare kan, siap dapat baring lagi. Korang ada tak lepak baring kat katil? Hihi :p

Macam biasa my dialysis tenckhoff tube mesti ditukar setiap 6 bulan, so sampai masa mestilah kena tukar kan. Nurse di Unit CAPD Hospital Sultanah Nur Zahirah semuanya baik2, dah macam kakak saya sendiri. Waktu buat treatment apa2 pun rasa okey je sebab dah biasa kan, ditambah dengan nurse yang baik dan mesra semuanya :)


Kadang-kadang waktu buat ni, saya sembang la dengan nurse.. nak bagi hilang mengantuk pun sama. Dah biasa, sebab saya mula dialisis di usia 12 tahun. Mula2 dulu rasa nervous juga, lama-lama dah biasa :)


Selepas siap tukar tube, kena 'derma' darah pula. Walaupun dah hampir 18 tahun dengan hospital, to be honest sometimes nervous tu ada bila blood test sebab my vein yang halusss semuanya. Biasanya nurse akan guna butterfly needle. Selalu kena cucuk dua tiga kali.. Kalau kena cucuk banyak kali still tak dapat, nurse akan minta rest dulu.. So far okey, boleh tahan lagi kena cucuk ni, but nangis juga kalau sampai 7 - 8 kali still tak dapat. Sakitt, lebam tangan.. Pernah kena dulu, berair juga mata..

Biasalah kalau dah hospital rumah kedua, apa2 kenalah terima kan.. :)


Hati-Hati

Ops, kisah di hospital lagi, waktu admitted juga. Followers facebook Dayang Deno tentu tahu saya ada admitted selepas balik dari umrah beberapa bulan yang lalu....


Berbeza kisah sebelum ni, ini kisah seorang doktor pelatih yang cuai.. Masa tu saya masih lemah, dengan demam panas dan batuk yang teruk. 

Awal pagi ada seorang doktor pelatih datang ke katil saya, katanya nak buat blood test. Saya hairan jugalah sebab seingat sayalah, blood test dah dibuat semasa nak masuk wad. Banyak pula tu.. Saya beritahu doktor lain dah buat blood test saya. Tetapi doktor ni cakap, ini untuk blood test lain. Nak check sekali lagi... Okey, so saya fahamlah. Kadang-kadang ada juga blood test dibuat dua kali untuk test yang lain, kali ni doktor pelatih tu ajak saya ke bilik rawatan sebab special punya blood test taknak kena infection apa2. Okey, saya ikutkan sahaja walaupun sebenarnya badan agak lemah..Macam biasalah redha jelah dengan jarum kan. Saya kena cucuk dua kali tapi darah masih tak dapat, saya sabar sahaja sebab dah biasa.. Plus dengan urat2 saya ni kecik... Sakit pun sakitlah, tahan. Kemudian, doktor tu masuk ke dalam bilik satu lagi, ambil jarum baru agaknya.. Kemudian datang seotang lagi doktor, kawan doktor tadi mungkin.. Saya dengar mereka berdua berbual, perlahan sahaja cakapnya....

Tiba-tiba... Doktor pelatih tadi datang kat saya beritahu.. 

"Maaf dayang. Saya tersilap, blood test awak dah tak perlu, dah buat.. Maaf ya"

Dan kemudian dia berlalu... Aduhhh dalam hati geramnya saya, kan saya dah cakap tak perlu buat blood test sebab dah buat. Tadi doktor ini kata blood test lain. Kan dah tersilap! Saya geram tapi saya sabar sahaja, dengan tak sihat malas nak bising.. Masa tu dapat sakit jelah, cucuk yang sia2, darah pun tak dapat...

Buat doktor di luar sana, hati-hati.. sila check betul2 pesakit mana yang perlukan rawatan yang betul... Kalau tersilap ubat? Kan susah... aduyaiii


Kisah Hari Itu

Kisah bulan lepas selepas balik dari mengerjakan Umrah.. 

Deno syukur dapat ke sana.. Jujur deno tak pernah sangka dapat mengerjakan umrah dengan masalah kesihatan deno dan daily dialysis.. Syukur juga semua urusan surat doktor, hospital, ubat, air dialisis dipermudahkan, ibadah juga dapat dilaksanakan dengan sempurna.. alhamdulillah.. **nanti akan ada sambungan update Umrah deno ya:)

Deno di sana selama 13 hari.. Pulang dari sana dengan badan yang tidak sihat, demam panas... Mungkin faktor deno yang mudah sakit, dan faktor cuaca.. Sebenarnya beberapa hari sebelum pulang dari Mekah, deno dah mula tak sihat.. Tapi masih dapat mengerjakan ibadah di sana.. Deno hanya berdoa supaya keadaan tak bertambah buruk, dalam hati risau juga...

Deno dan keluarga bertolak pulang ke Malaysia pada 29 Febuari 2016.. Dalam flight deno dah rasa tak sedap badan, tak lama kemudian demam panas.. Tiba di Abu Dhabi Airport pun deno dah mula rasa lemah sahaja..


Semasa di dalam flight perjalanan dari Abu Dhabi ke Malaysia, deno demam panas dan demam semakin kuat.. Lemah sangat badan.. Parents dan kakak pun dah risau. Terima kasih pada steward  ETIHAD Airlines yang banyak beri bantuan semasa deno demam panas .. Deno dan family selamat tiba di KLIA, Malaysia pada 1 March 2016. Deno kira2 hampir 24 jam juga perjalanan dari Mekah ke Malaysia (tambah tolak transit kat airport).

Selepas 3 hari, keadaan deno makin teruk walaupun dah ambil ubat.. Batuk dan demam tak sembuh. Risau juga SLE aktif, deno terpaksa ke hospital.. Deno dapat surat dari doctor di HUKM untuk transfer ke hospital di Terengganu.Tiba di Terengganu, terus kena admitted. Macam-macam test doktor buat, doktor risau my SLE aktif.. Sedih juga kena admitted, tapi sebab nak sihat kan redha sahaja...

Doctor berikan ubat yang agak kuat..Dapat pula ubat yang menyakitkan pekat tu.. Deno dah tahu, if ubat tu pekat memang sakit bila nurse inject tru branula. Sabar ajelah huhu..


Berat deno susut kepada 32kg.. Tiada selera makan langsung, entah kenapa takde selera makan. Risau doctor tahan lama-lama kat hospital... Risau dengan my SLE lagi, risau aktif. Taknaklah aktif sebab dah tahu kan kesan dia macam mana... Tapi, alhamdulillah result my SLE nice je "tidur", tak aktif.. :)

Syukur sangat-sangat deno tak lama di hospital, hanya seminggu.. Mesti doktor pun jemu sebab deno hari-hari tanya bila boleh balik, haha! Tak sihat pun sibuk je nak balik! Akhirnya my doctor bagi green light continue ubat oral di rumah^^

Alhamdulillah, terima kasih kawan-kawan yang sentiasa support dan mendoakan Dayang Deno .. and to Mr. SLE please "tidur" forever ya^^

x x x x x

Diari Umrah :

PART 3 - soon



Oh Dr. Selva!

Ohmaigossshhh!!!


Serius masa  Dr. Salmi bisik2 bagitau Dr. Selva ada sekali kat event World Kidney Day hari tu, super excited!! Mananya tak excited, my doctor kesayangan tuuu.... Waktu deno dapat treatment di Institut Pediatrik HKL dulu, dia la jaga deno .. My doctor yang super friendly and awesome!! Rasa macam tak dapat nak stop bercakap dengan doctor, terlalu happy jumpa doctor... 13 tahun tak jumpa!!! Sekarang Dr. Selva doctor pakar kanak-kanak di Hospital Kuantan...

Happy sangat2, tak expect langsung dapat jumpa doctor tau... Nice meeting you doctor! Hopefully we will meet again, soon :')  



Alhamdulillah

Alhamdulillah :)


Last week kena amik antibiotics sebab ada infection sikit.. Tadi jumpa nurse, tiub tenchkoff dialisis dah okey, nurse tekan2 pun takde rasa sakit apa dah... Ubat antibiotics cloxa tu pun tak perlu continue dah :) Yeay! Risau juga, taknak la kena masuk wad ke apa... Tak suka wad! Alhamdulillah lega sangat2 ok dah^^

Ubat2 harian yang lain macam biasa, tak boleh tinggal... mana boleh tak makan ubat, nanti tak boleh bangun sebab satu badan joint pain huhu... tahu2 ajelah Lupus dan joint pain tak dapat dipisahkan! Anyway thanks kawan2 yang selalu support dayangdeno! ^^


Opss!

Opsss!

Kenapa tiba-tiba tangan "berjarum" ni? 

pic fresh lagi ni huhuu

Baru je cakap pasal cucuk2 dua lepas kan, tiba-tiba nah amik tangan kena pasang branula lagi... Nasib baik blue brnula, doctr faham2 je urat2 tangan dayangdeno ni halusss

Alkisah deno dapat migrain teruk.. Teruk sampai muntah-muntah, banyak pulak tu muntah.. Sakit gila-gila kepala rasa macam nak hantuk kat wall je.. Bila dah teruk kaklong risau  deno pernah kejang sebab headache masa Lupus flare teruk dulu, terus ICU.. Terus pergi hospital tak tunggu2 dah, pergi emergency. Doctor terkejut, blood pressure pun naik tinggi giler.. Kena la tahan sat uhuhu... Dah lama tak kena migran teruk macam ni...

Sekarang alhamdulillah.. deno dah makin sihat.. Tq semua doakan deno semalam :)

Alkisah Di Hospital

Dua hari lepas punya cerita ^^  Sebab tak berapa nak sihat, update blog pun macam takde mood je... Alhamdulillah hari ni rasa okey sket :)


Alkisah kat hospital... Act last week deno dapat call daripada kakak nurse. Dah sampai masa untuk tukar tenchoff **klik SINI nak baca tentang tenchoff :) Macam biasa, sampai masa kena tukar, so kena pergi hospital la kan. Ramai kawan tanya, sakit tak.. Errr... korang rasa? hehehe.. dah biasa dah, so jangan risau ya ^^

Sebelum turn deno kan, ada la sorang patient ni.. Dia punya tenchkoff macam kena infection kot. Tapi serius, deno ngeri deno tengok, first time dalam hidup tengok luka besar macam tu.. Adehh, memang takut.. Harap2 dia cepat sembuh la.. Nurse cakap deno punya okey, cantik ^^ Alhamdulillah.. Agak lama juga la kat hospital, memang mengantuk sangat.. Tapi masa buat tu memang tak dapat nak tidur, macam tu la.. Risau actually... hehe...Mungkin ramai rasa ngeri, tapi may be deno dah biasa.. Lama dah kan, dari deno kecik2 lagi..

Penat tu memang ada, tapi sebab dah biasa.. Kalau fikir penat, semua kerja tak jalan .. So.. buat macam tak penat je. Kalau memang betul tak sihat macam 'pisang penyek' tu, memang kena cuti la.. Nasib baik juga ramai customer faham Dayang Deno macam mana... huhuu .. Terima kasih... :)


Anyway.. Alhamdulillah, semua procedure okey je kat hospital... :)


**pagi ni hujan... 


Paksa

Kena paksa..  Dari dulu lagi.. huuu
Sampai sekarang pun kena ma abah bising dulu baru pegi makan..
Hahaaaa :p


Ingat pulak zaman deno tecik2 dulu.. Bila admitted hosp je, mesti kena ceramah ngan doc sebab tak makan... Iya la kan, ubat masuk, tapi tak makan... Macam mana nak ada tenaga.. Then doc bagi pilihan, nak makan or nak doc pasang ryle tube?

Memang ngeri dengar ryle tube.. So, masa tu memang paksa diri makan even hanya sekeping roti or biskut... Pandai doc nak suruh kita makan.. Huu... Beberapa tahun lepas, pernah 'terpaksa' minum susu Nepro yang pekat giler tu ...  :p

Ermmm, tetiba ingat kat Dr. Lim, apa khabar agaknya my doc tu ya ...


**rindu pula kat nurse and doctor2 kat Wad KK1.. lama kat situ  :')


Dos Naik

Semalam pegi hospital.. Fuhhh sejuk oiiii... Semua patient dengan swater masing2. Bukan dengan patient je tau, nurse pun sekali ngan sweater gak... Hihiiii... Teringat komen kak diana semalam "bawak je selimut tebal". Kak diana comel! ^^

Ubat untuk bulan ini^^

Tak lama sangat tunggu sebab deno pegi awal, dapat la jumpa doctor awal kan^^ Ermmm result darah okey la sket.. HB (hemoglobin) pun naik sket. Dari 7 naik k 8.4. Even masih low ada satu peningkatan jugak kan? Hehe.. And result lain ada tinggi rendah tinggi rendah.. Takpe, alhamdulillah.. Sekarang ni memang rasa kurang sihat, tapi still rasa okey^^

Mr. SLE please jangan pandai2 nak bangun yer :p

Cuma my doc increasekan dos ubat... Ada beberapa ubat bertambah.. Sob sob.. Tapi takpe la kan, untuk kebaikan deno jugak kan^^

Thanks korang selalu support and datang blog deno!^^ *flying kiss*



Pengsan Kot


Baru berpeluang update blog
Hari ni lepas balik hospital "pengsan" kot

Kepenatan yang melampau
Asalnya plan nak rest jap je..
Tak jadi jugak.. "Pengsan" terus
Bangun pun rasa tak larat je..
Tu pun tadi nasib baik terkejut sebab nak buat CAPD
Tadi blood test boleh tahan gak... huhu

Hahah tetiba teringat komen kak Diana tadi
"Kalau kena cucuk duatiga kali sekeh2 dia"
Hahaha komen kak Diana memang taksah kalau tak kelakar
Mesti deno gelak.. kak Diana blogger yg deno kenal since 2010 
Since Maisara belum ada ada adik lagi...^^


Hospital Again

Weeee...
Awal update pagi ni...


Pagi ni deno nak ke hospital ...
Macam deno beritahu hari tu kan
Bulan ni banyak pegi hospital

Baru-baru ni blood test
Hari ni pun bood test..
Agak2 darah deno habis tak? hihiiiii....
Harap2 senang la dapat
Takmo kena cucuk tigapatlima kali
Fuh boleh tahan "sedap" kalau kena banyak kali!

Nak siap-siap dulu.. Ok bye :)


Hospital Rindu


Hospital rindu kat deno! 
Rindu betul sampai selalu nak jumpa deno ... 

Last two weeks dah blood test, 4 hari lepas blood test..
Then next week blood test... Habis la darah deno.... 
Asyik bagi kat "dracula" kat hospital je kan
Dah la urat halus.. Kalau nasib tak baik mau banyak kali kena

Sekarang HB deno 7, muka pun ada pucat sket..
Agak2 nanti macam mana result darah?
Risau jugak kalau result masih tak elok
Nanti ada la ceramah dek my beloved doctor.. hehe...

For da next tarikh untuk ke hospital :

3 November
10 November
20 November

Memang sah hospital rindu deno.. Rindu betul!
Deno dan hospital berpisah tiada.. hahah :p


Tertangguh 3 Minggu

Pagi semalam ke hospital .. Ambil bekalan dressing dan jumpa nurse untuk set appointment dengan doktor.. Almaklum la minggu ni tak berapa nak sihat...


Dah tertangguh 3 minggu jumpa bos (ketua pakar)... Sepatutnya deno dah jumpa my "bos" akhir bulan Mei baru2 ni tapi busy dengan Walk-a-Payung kat Petaling Jaya, pastu balik Terengganu busy dengan Walk-a-Payung Terengganu Chapter pulak. Selesai semua program badan pun rasa kurang sihat.. Minggu ni asyik migrain je.... Mujurlah dah okey sekarang :)

Ubat pun dah kurang... 30hb nanti blood test, 10hb 7 jumpa "bos". Harap-harap takde la ceramah daripada my beloved bos tu.... hehehe.. Doakan ek^^


p/s: cuaca panas ramai Lupus fighter tak sihat.. take care everyone :)


Bersantai Di Hospital

Semalam kan pergi hospital, tukar transfer set deno. Memang wajib tukar setiap 6 bulan tau, nurse akan call 3-4 hari sebelum tukar tu.. Ada orang tanya sakit tak? Tak sakit pun, dah biasa dah :)

Lama jugak menunggu giliran sebab ada seorang makcik tu dia ada masalah.. So, bersantai la deno dalam bilik tu, dah la sejuk! Last2 berselimut jugak deno atas katil tu sementara menunggu, hihi^^


Bila dah sampai turn deno, baru deno bukak sendiri plaster then nurse yang uruskan lepas tu. Lama juga nurse buat sampai mengantuk deno. Ada satu part tu, deno terpaksa mengiring sebab nurse tak sampai nak masukkan wayar dalam bekas iodin.. Hihi... Orang lain wayar panjang deno punya je wayar pendek.. hihi :p

Wayar deno pendek sebab masa pasang tenckhoff chaterer tu, deno budak lagi. Doktor pun pasang yang budak-budak la kan dan tenchkhoff tu kekal dengan deno sampai sekarang. Cuma lain la sikit daripada patient lain! kikiki ^^ Semalam terlalu penat lepas balik dari hospital, deno tidur je macam orang pengsan! Hari ni dah okey.. alhamdulillah  :)


p/s: bersantai di hospital.. hehe ^^


Hatiku Tersentuh

Tersentuh sangat-sangat baca artikel ni daripada seorang insan ini.. Hmmm, pernah juga deno terbaca ada orang cakap jururawat p****** sampai mengucap panjang deno.. .

Walaupun deno bukan nurse, deno tahu mereka macam mana.. Pengalaman sakit dan dijaga oleh nurse buat deno rasa bersyukur.... Sepanjang deno sakit, semua jururawat baik dan ambil berat dengan deno... Jururawat dah ibarat kakak/ mak kepada deno, kalau my mum & abah takde, merekalah yang jaga deno di hospital... Bila ada orang cakap buruk dan menghina jururawat, deno pun rasa sedih...

Pendek cerita, jom baca apa yang deno share di wall FB ~


JURURAWAT ? APA AKU KISAH !
(Khas bagi mereka yang menghina jururawat)



Bila sebut jururawat, kita mesti fikir, "Alahh, apa ada hal.. Dah memang kerja diorang merawat orang, nak kecoh apa..." Tapi pernahkah anda mengambil sedikit masa untuk menilai dan menghargai tanggungjawab seorang jururawat?



Baru-baru ini terdapat banyak tomahan buruk yang dilontarkan kepada jururawat, terutamanya jururawat yang bekerja didalam hospital kerajaan. Sebenarnya dari dulu lagi jururawat hanya dipandang rendah dan hina. Di media sosial sahaja, terdapat banyak kritikan dan tuduhan negatif diberikan keatas jururawat, contohnya layanan jururawat seolah-olah seperti layanan pelacur murahan.



Dua tiga hari yang lepas, tersebarnya video yang 'menunjukkan' jururawat Hospital Besar Melaka sedang tidur semasa syif malam. Sedangkan video tersebut hanya menunjukkan persekitaran dan keadaan wad yang kosong dan gelap gelita kerana ianya dirakam pada waktu malam. Video tersebut langsung tidak mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan bahawa jururawat yang didakwa tersebut sedang tidur. Hanya dakwaan mulut sahaja yang dikemukakan oleh orang yang merakam.



Serius saya katakan, bagi mereka yang mahu mengecam tugas dan kerjaya jururawat, sila penuhkan ilmu didada anda dahulu dengan ilmu-ilmu kejururawatan sebelum anda main redah sahaja. Jangan kerana terdesak populariti di Internet dan media sosial, anda menabur fitnah.



- - - - - - - - - -


NAK TAHU ?
Jururawat merupakan antara orang yang hadir disaat anda dilahirkan. Disaat anda sakit. Disaat keluarga anda tidak sihat. Jururawat ada untuk anda ketika anda mengalami kemalangan. Jururawat ada untuk anda ketika anda memperolehi cahaya mata. Jururawat yang membimbing anda membesarkan anak-anak anda. Jururawat yang setia hadir ke pintu rumah anda untuk memberikan perawatan. Jururawat juga yang menyediakan sistem pencegahan penyakit untuk anda dan keluarga. Jururawat yang mendidik anda tentang penjagaan kebersihan dan kesihatan diri. Cara menggosok gigi, cara menjaga kesihatan gigi, cara pemakanan sihat, cara pengamalan aktiviti harian dan gaya hidup yang sihat. Jururawat yang merawat ketika negara mengalami epidemik. Jururawat yang mencegah ketika negara diserang wabak. Jururawat yang menjaga kesihatan anda ketika menjelang usia emas. Yang menyuapkan anda. Yang membersihkan tubuh badan anda. Dan untuk pengetahuan anda, mungkin juga jururawat adalah antara orang yang terakhir yang anda akan lihat di dunia ini. Kerana jururawatlah yang akan membalut anda didalam kain putih untuk dihantar ke rumah, ke ahli keluarga anda disaat anda menghela nafas yang terakhir. 

Jururawat juga kini terdiri daripada LELAKI DAN PEREMPUAN, dari pelbagai lapisan masyarakat. Jadi buangkanlah persepsi buruk anda tentang jururawat.

TUGAS SEORANG JURURAWAT
Tugas kami adalah untuk menjaga kesihatan dan keselamatan, memenuhi keperluan, mempertingkatkan kualiti hidup klien dan pesakit kami sebaik mungkin. KAMI BUKANLAH KULI ATAU HAMBA. Tugas dan tanggungjawab kami bermain dengan nyawa. Bukan seperti kerjaya yang lain. Kami berurusan dengan nyawa seseorang dan apa jua yang kami lakukan boleh menentukan keselamatan seseorang pesakit.

"Jururawat pun pemalas, tidur pada waktu bekerja."

Untuk pengetahuan anda, jururawat juga manusia. Dan manusia tidak lari dari kesilapan. Kami juga mempunyai kehidupan sosial diluar hospital. Kami juga seperti anda. Kami ada keluarga untuk dijaga. Anak-anak kecil untuk diberi makan. Ahli keluarga yang perlu diberi perhatian. Keperluan diri kami juga perlu dipenuhi. Kami juga kenal erti penat. Kami juga perlukan rehat dan tidur. Ya, kadang-kala kami tidur, tetapi hanya kerana KEADAAN WAD YANG STABIL. Kami tidak tidur seperti anda, hanya mengambil masa 5 - 10 minit untuk rehatkan diri. Kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyiapkan laporan pesakit. Bolehkah anda menyiapkan laporan di tengah-tengah malam, dalam keadaan gelap gelita dan tanpa rehat? Bukan itu sahaja, kami mengambil masa rehat secara bergilir-gilir. Tidak pernah lagi berlaku dimana semua staf berehat dan tidur sekaligus. Ada diantara kami yang 'alert' untuk beri masa kepada rakan untuk berehat.

Mana-mana kerja pun perlukan rehat. Mana-mana kerjaya pun perlukan rehat, untuk memastikan kerja yang dilakukan adalah dalam keadaan yang optimum. Begitu juga jururawat.

"Tapi kalau dah wad gelap-gelita, sunyi sepi, sudah tentu jururawat pun sedang tidur, bukan?"

Sudah tentulah wad berada dalam keadaan gelap gelita dan sunyi sepi pada waktu malam. Ini adalah antara terapi yang digelar sebagai persekitaran TERAPEUTIK. Terapi ini menggalakkan pesakit berehat, dan menggalakkan penyembuhan. Takkan lah anda mahu jururawat mengganggu pesakit sepanjang masa tidak kira malam atau siang? Ambil darah setiap jam? Lakukan pemerhatian tanda vital setiap minit? Sehingga pesakit tidak boleh rehat dan tidur?

Keadaan wad yang sebegitu tidak menunjukkan jururawat sedang tidur. Ada jururawat sedang menulis laporan pesakit untuk diberikan kepada syif seterusnya. Ada yang sedang mengira stok barangan dan ubatan untuk memastikan bekalan mencukupi. Ada yang sedang memeriksa barangan CSSD (set steril) bagi digunakan pada syif berikutnya. Dan kaunter jururawat bukanlah satu-satunya tempat untuk jururawat melakukan tugasnya. Kami ada bilik prosedur, bilik alatan bersih, bilik sluice, dan lain-lain lagi. Tiada jururawat di kaunter tidak bermaksud jururawat mencuri tulang.

- - - - - - - - - -

KERJA KOTOR DAN HINA
Untuk pengetahuan anda, mencuci BO (air besar), PU (kencing), vomit (muntahan) bukanlah tugas seorang jururawat. Kami tak belajar pun semua tu. Tapi kerana kami mementingkan kebersihan, keselamatan, dan kesihatan pesakit, kami rela melakukan tugas-tugas ini. Bila saya katakan 'kami tak belajar pun semua tu', saya menekankan bahawa SEMUA ORANG BOLEH MELAKUKAN TUGAS INI, TIDAK KIRA JURURAWAT ATAUPUN ORANG AWAM. Tetapi setiap kali pesakit PU dan BO, ahli keluarga terkial-kial mencari jururawat. Apabila diajak melakukan tugas ini bersama untuk pendidikan kesihatan (health ed), ahli keluarga tidak mahu. Atas alasan kotor, jijik, tidak biasa, tidak tahu, tidak mempunyai pengalaman, takut berjangkit dan bermacam jenis alasan. Sedangkan itu adalah ahli keluarganya sendiri. Darah dagingnya sendiri. Ibu dan bapanya dianggap hina, kotor, jijik. Kami jururawatlah yang sudi membersihkan diri ahli keluarga anda walaupun tiada ikatan persaudaraan. Bukan seorang pesakit sahaja, malah berpuluh-puluh orang pesakit. Anda mahu hina jururawat yang menjaga ibu bapa anda, sedangkan anda sendiri jijik dengan ahli keluarga anda. Siapa yang lebih hina?

"Tuan, puan. Kami nak membersihkan najis ibu anda. Boleh anda bantu kami? Sekurang-kurangnya anda boleh berlatih membersihkan ibu anda ketika berada di rumah kelak."

"Apa? Ahh, taknak lah. Busuk. Kotor. Misi buat lah ya. Saya tak reti. Lagi pun saya tak lama disini. Sekejap lagi saya mahu pulang ke rumah. Misi cucilah ya."

Apa perasaan anda jika anak-anak anda mengabaikan anda sebegini ketika anda sedang sakit?

Akan tetapi, Alhamdulillah, ada juga pesakit yang menghargai kami lebih daripada ahli keluarga mereka.

"Nak, minta maaf lah ya. Pakcik buang air di atas katil. Pakcik nak pergi tandas, tapi pakcik tak larat nak bangun, nak."

"Takpe pakcik, dah memang kerja kami. Lagipun memang kami tak benarkan pakcik bangun. Takut nanti pakcik terjatuh. Lagi bahaya, pakcik. Takpa, kita cuci di katil pun boleh."

"Terima kasih lah, nak. Anak pakcik pun tak layan pakcik macam ni. Anak pakcik semua dah besar, tapi pandang pakcik pun tak mahu dah. Dah tua-tua ni, anak pulak yang cuci berak pakcik. Terima kasih, nak." Bercucuran air mata pakcik tu. Menangis beliau dihadapan kami. Sedangkan anaknya berada diluar skrin sahaja, pura-pura pekakkan telinga.

Nilai diri anda dahulu sebelum anda menilai orang lain.

- - - - - - - - - -

RISIKO TINGGI
Kami jururawat adalah merupakan barisan pertama dalam pencegahan dan perawatan penyakit. Kami berhadapan dengan risiko penyakit berjangkit, penyakit-penyakit berbahaya yang boleh mengancam nyawa. RVD (retrovirus disease), HIV (AIDS), TB (tuberculosis), hepatitis, MRSA, dan macam-macam lagi. Semuanya boleh membawa maut. Tapi kami tetap hadapinya hanya demi menjaga kesihatan pesakit. Risiko kami lebih besar.

Askar, polis, bomba dan semua anggota beruniform yang lain mempunyai musuh luaran. Musuh yang boleh dilihat. Musuh yang boleh ditentang. Tetapi kami tidak. Kami berhadapan dengan 'musuh' dalaman. Tak nampak dengan mata kasar. Bukan saya maksudkan bahawa anggota beruniform lain tidak bagus. Mereka sangat bagus. Kami masing-masing mempunyai musuh yang perlu dihadapi. Namun mengapa jururawat perlu dipandang remeh? 

Anda sendiri mahu menyentuh ahli keluarga sendiri pun takut diri dijangkiti. Sedangkan penyakit yang dialami adalah jenis tidak berjangkit. Nak pegang tangan ibu bapa pun sibuk minta sarung tangan. Nak jumpa relatif denggi pun sibuk pakai mask N95.

Anda sakit, kami peduli. Kami sakit, siapa peduli ?

- - - - - - - - - -

SALAH FAHAM
Biar saya berikan beberapa contoh. Dalam laman media sosial seseorang, saya terbaca komen dari individu tersebut - "Masa saya sedang menemani ibu saya di hospital, seorang pesakit dikatil sebelah meminta makanan pada waktu malam dari jururawat, jururawat buat endah tak endah. Jururawat itu hanya memasang air gantung (IVD) melalui jarum di tangan sahaja. Akhirnya saya sendiri yang sediakan roti dan air masak untuk pesakit itu. Orang awam jadi jururawat, jururawat pula makan gaji buta."

Adakah anda tahu pesakit itu BOLEH MAKAN ATAU TIDAK ?

Sesetengah pesakit mempunyai kontraindikasi untuk diberi makanan melalui mulut. Ini kami gelarkan sebagai NBM. Atau Nil By Mouth (puasa).

Ini kerana pesakit itu mungkin perlu dipuasakan beberapa jam sebelum pembedahan. Selalunya pesakit dipuasakan pada tengah malam. Nutrisi dan air akan diberikan melalui intravena (IVD atau air gantung) bagi mengelakkan pesakit dehidrasi.

Ada juga pesakit yang mempunyai masalah trek pernafasan atau trek penghadaman, dimana jika makanan atau minuman ditelan, akan menyebabkan makanan dan minuman itu masuk kedalam paru-paru. Akhirnya pesakit mengalami gangguan pernafasan, cyanosis dan shortness of breath. Pesakit seperti ini akan diberikan nutrisi melalui TPN, gastrotube, Ryle's tube dan lain-lain lagi.

Ada juga pesakit yang mempunyai masalah hati (hepar), mengalami demam. Ahli keluarga pesakit mendesak jururawat untuk memberikan Panadol (Paracetamol atau PCM) kepada pesakit untuk mengurangkan demamnya.

Tetapi tahukah anda pesakit yang mempunyai masalah hepar TIDAK BOLEH diberikan Panadol ? 

Jika anda benar-benar tahu tugas seorang jururawat, anda pasti tahu perkara asas seperti ini.

- - - - - - - - - -

GAJI TINGGI, CUTI DAPAT
"Jururawat gaji tinggi belaka. Tapi makan duit haram."
Siapa anda untuk menentukan gaji kami sebagai HARAM ? Kalau diikutkan, gaji kami mungkin nampak tinggi, namun gaji kami tidak berbaloi dengan tugasan kami. 

Anda selsema sikit pun dah minta MC, nak cuti berhari-hari. Anda fikir jururawat mudah nak dapat cuti ? Walau tengah sakit sekalipun, kena datang kerja. Cuti susah nak dapat. Kerana tak cukup staf. Sedangkan nak dapat rehat dalam syif pun sangat susah, inikan pula cuti sakit ! Cuti umum pula ? Hari Raya ? Kerja. Krismas ? Kerja. Deepavali ? Tahun Baru Cina ? Kerja. Hari Kemerdekaan ? Tak merdeka, tetap kena kerja. Dalam seminggu, berkali-kali kerja double shift. Tapi cuti selalu tak dapat.

- - - - - - - - - -

ANDA KATA ANDA BOLEH BUAT ?
Pernah sekali, pengalaman saya sendiri, membantu doktor melakukan dressing untuk mengeluarkan maggots (ulat macam ulat sampah tu) dari kaki pesakit yang dah dipotong. Pesakit tidak membuat cucian luka berkala di klinik kerana anak-anaknya tidak ada masa untuk menghantarnya ke klinik berdekatan. Selepas 2 minggu, akhirnya kaki beliau dimasuki maggots, sehingga bengkak sebesar bola ragbi dan dipenuhi nanah dan maggots. Semasa mengeluarkan maggots dari luka luaran sahaja, maggots yang dikira mencecah 250 ekor. Pesakit terpaksa dibawa ke dewan bedah untuk dibedah kakinya sekali lagi.

Maaf saya katakan, anda kata anda mampu melakukan tugas seperti kami? Sedangkan ahli keluarga sendiri tidak terjaga, inikan pula ahli keluarga orang lain. Cermin diri dahulu.

- - - - - - - - - -

APA ADMIN NAK SEKARANG?
"Kira Admin tulis semua ni supaya Admin nak kami puji dan sanjung jururawat la ye?"

Kami tak minta pun anda puji kami, sanjung kami atau bayar kami sekalipun. Cukup sekadar hargai dan hormati kami.

Kami menjaga berpuluh-puluh orang pesakit secara serentak. Walaupun begitu, kami cuba melakukan tugas dengan prinsip sifar kecuaian. Ya, benar, kadang kala kami juga melakukan kecuaian. Namun jika terdapat sebarang kecuaian, sila lakukan laporan ke saluran yang betul. Bukan dengan menghina jururawat di media sosial. Anda tidak tahu kerja kami, anda tidak faham tugas kami. Anda tiada hak menghina kami. Apatah lagi menyebarkan kata-kata fitnah di media sosial. Jika benar kami salah, laporkan pada pihak atasan. Bukan dengan menagkap gambar, menyebarkan video, menghebohkan perkara fitnah di laman media sosial hanya kerana ketagih 'like'.

Kami ikhlas bekerja untuk pesakit. Namun kadang kala keikhlasan itu hilang apabila dimaki, dicaci serta dihina oleh ahli keluarga pesakit yang tiada toleransi. Akan tetapi, Alhamdulillah, walaupun kami hilang keikhlasan, namun masih redha. Redha melakukan tugas. Kerana kami tidak boleh bersuara. Anda hina kami, kami telan. Kami bersuara, kami diherdik semula. Bolehkah anda ikhlas melakukan sesuatu untuk mereka yang tidak menghargainya?

Bak kata pepatah, berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Anda respon baik dengan kami, servis yang baik akan anda terima. Anda hina kami, Wallahualam, hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu akibatnya.

- - - - - - - - - -

TETAP TIDAK SETUJU DENGAN ADMIN
Jika anda masih tidak bersetuju dengan apa yang saya telah kemukakan, jika anda benar-benar menganggap kerjaya kami ini hina, leceh, kerjaya yang mudah, sila tawarkan diri untuk menjadi sukarela di mana-mana hospital atau klinik kerajaan. Sila ambil tanggungjawab sebagai seorang jururawat sukarela. Mudah sahaja, anda perlu melakukan nursing care sahaja. Tidak perlu melakukan injeksi, pemberian ubat, cucian luka, atau prosedur-prosedur besar. Hanya lakukan mandian pesakit, cuci najis dan kencing pesakit, mengangkat pesakit dan pemeriksaan fizikal sahaja. Tak susah pun. Sekejap je, dari jam 7 pagi hingga 2 petang sahaja, untuk seminggu.

TAWARKAN DIRI MENJADI JURURAWAT SUKARELA DI HOSPITAL KERAJAAN.

BOLEH ANDA SAHUT CABARAN KAMI ?

-AC-
Respect Nurses.
And Nurses Will Respect

sumber : fb The Patriots

To all my beloved nurse @ Wad KK1 ( Institut Pediatrik : 1999-2008 ) Wad Icu, Wad 6CD, 6 EF, 7AB, 8CD, 8EF, Pediatric Unit, Nephro Unit, Mopd Unit, Patology Unit (HSNZ : 1999 until now ).. Thanks for everything!  :')

*Mungkin ada segelintir jururawat yang bersikap agak kasar, tapi bukan semua begitu.. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.........


p/s: teringat ketika  di ICU pada tahun 2011, jururawatlah yang uruskan segalanya sebab diri ini tenat, lemah dan tiada daya bergerak..... T_T


Low

Fuh!

Berdebu blog www.dayangdeno.com ni... Macam ni la bila line bermasalah, dengan segala kerja tertangguh, dengan blog terabai sekejap, macam-macam! Ini pun deno datang ke libry jap sebab ada kerja penting kena submit.. Sabau je la.. Haaaaa btw, deno nak story cerita kat hospital baru-baru ni......

Macam yang deno dah agak, memang my HB (hemoglobin) low! Tersangat low.. Sebelum ni dah naik ke 10 ++, kali ni HB deno hanya 7.3 , patut la muka pun nampak pucat then selalu rasa letih.. Bukan setakat HB je low, my calcium pun sangat sangat low! Ish ish ish... 

So, my beloved doktor.. (dr. salmi) increasekan my ubat! Adoiiii bertambah lagi ubat deno, dah la ubat sebelum ni berbakul-bakul, tambah pula ubat baru. Then satu hal lagi, perlu blood test again for da next 3 weeks sebab dr. salmi nak tengok result terbaru.. Erk, terpaksa bagi darah lagi kat "dracula", dah la HB low.... Tak suka! Tapi nasib baik tak perlu admit hospital untuk tambah darah...hiks^^



p/s: sorry guys belum dapat balas jejak..... =.'=


Ops!


Last 2 days dah ke hospital, awal pagi esok ke hospital lagi!!

That's me! Hospital kan rumah kedua, memang tak hairan selalu ke hospital kan.. hihi^^ Btw, esok deno ke hospital sebab appointment dengan doktor. Dah 2 kali tangguh jumpa doktor, kali ni dah tak boleh dah... Hihi, nervous pula coz bulan ni deno pucat sikit .. Deno rasa HB deno low la.... =.=


p/s: esok nak tengok result darah, harap2 result okey^^


Super Awesome Result



Hari ni appointment doktor lagi... Awal pagi tadi dah sampai di hospital, biasanya deno memang sampai awal sebab patient agak ramai.. Kalau lambat, lambat pula jumpa doktor kan.. hihi.. Sebelum jumpa doktor, macam biasa perlu buat dressing depan nurse.. Dah selesai dressing, nurse puas hati, barulah jumpa doktor ^_^

Alhamdulillah result darah deno semua baik a.k.a super awesome! ...HB deno pun dah naik, syukur sangat-sangat...! Berat pun dah naik ke 36kg! Yeay! Walaupun tak capai target tapi berat dah naik 1kg! :) ...... dan yang paling penting mr. SLE tidur dengan nyanyaknya... hehe...^^  Terima kasih pada semua yang sentiasa doakan DayangDeno!

May Allah bless us!^^




p/s: Oh mr. SLE.. jadilah seperti sleeping beauty yang tidur forever! ^^


My Second Home

Bulan ini banyak kali ke hospital.. Blood test pun banyak bulan ni...


Awal pagi nanti ke hospital lagi.. Tak dapat dinafikan hospital my second home.

Blood test again. Bersedia untuk "lebam" lagi.. Haha.. Agak-agak berapa tiub pula darah kali ni sebab darah yang  iambil akan diterbangkan ke KL. Sebab tu perlu berada di hospital sebelum 8am.



p/s: tips semasa nurse cucukkan jarum ke dalam lengan, relax je walaupun..... erk! faham kan? hehe