Showing posts with label Hujan. Show all posts

Dah Datang Da...


Duatiga hari ni hujannn je kan
Kat Terengganu ni macam tu la...
Dua hari berturut-turut hujan non stop
Musim hujan dah datang daaa....

Fuh sejuk jangan cakap la...
Air dah macam ais .............
Memang sangat sejukkkk!
Gelap je.. tengahari pun sama
Tengahari tadi kan nampak macam awal pagi
Tak sedar pun dah tengahari
Tahu-tahu dah pukul 12 lebih
Semua aktiviti luar perlu hold ...
Fuuu.... Sejuk!


p/s: tempat anda macam mana?>


Hujan


Bermula minggu ni..

Setiap hari hujan. Bukan hujan yang biasa- biasa. 
Disertai dengan kilat petir ribut
Pukul 4 petang dah macam 7 malam
Gelap sangat ...... Hari ni pun sama
Semalam blackout!
Alhamdulillah hari ni tak blackout :)

**Tempat korang macam mana?


Bila Petang


Semenjak dua menjak ni, petang je mesti hujan..

Pagi ok, matahari terang.. Tapi bila dah nak masuk pukul 4 petang, mula gelap, dah mula guruh. Deno rasa dah masuk 5 hari kot macam ni. Petang mesti hujan. Alhamdulillah sejuk sikit coz sekarang ni panasnya melampau dan pelik kan. Sekurang-kurangnya sejuk sikit, basah sikit rumput-rumput... tanah.... :)


p/s: tempat korang hujan tak?


Awal Pagi Ini


Burrr... Pagi yang sangat sejuk! Pagi-pagi hujan dah turun, hujan lebat... Alhamdulillah :) Deno baca status di fb, banyak juga tempat dah hujan.... Syukur.....

It's raining raining... ooo it's raining raining...... Hujan di awal pagi .......



p/s: tempat anda macam mana?





Akhirnya!


ALhamdulillah setelah lama kemarau memanjang, akhirnya hujan lebat ..... Syukur sangat-sangat, rasa sejuk je petang ni... Semalam cuaca panas, hari ni Allah bagi hujan... :')


p/S; alhamdulillah :)


Petanda

2-3 hari ni setiap hari hujan.. Hujan dari pagi sampailah malam..
Ini tandanya telah tiba musim bah di pantai timur.. Semalam hujan lebat berserta guruh dan kilat. Masih rasa sejuk walaupun dah selimut guna selimut tebal

Pagi tadi air pun macam ais! Sejuknya sampai ke tulang! Kepada adik-adik di luar sana, musim musim hujan ni, jangan mandi di pantai sebab laut sangat bergelora.. Abah deno pun pesan jangan bersantai  di pantai musim hujan ni....


p/s: hujan baru berhenti....

Ribut dan Berseorangan


Apa korang buat jika berseorangan di rumah dengan hujan lebat dan ribut?

Deno pernah hujan lebat + ribut. deno pula berseorangan di rumah.. Keadaan di luar gelap, hari pun hampir petang... berdebar juga sebab bila guruh je, bergegar rumah.. 

Deno nasihatkan, jika berada berseorangan di rumah dalam cuaca macam tu, pastikan ada lampu suluh bersama, tahu di mana tempat lilin disimpan. Mana tahu kan blackout. Kalau ribut berserta guruh kilat ni, kemungkinan blackout sangat tinggi. Jadi better bersedia.



p/s: sediakan payung sebelum hujan


Agaknya Dah Hampir


Seminggu ni, hujan je...

Siang panas sangat2, nak petang je gelap.. Lepas tu hujan... Hujan lebat sampai ke malam. Sekarang pun hujan.. Sejuuukkkk je...



p/s: agaknya dah hamir musim hujan.. di tempat anda macam mana?

Lebatnya..!!

Dua-tiga hari jerebu..

Alhamdulillah, hari ini hujan dan hujan datang dengan lebat sekali! Angin pun kuat...! Harap lepas ni hilanglah jerebu.....

video hujan lebat di rumah


p/s: alhamdulillah hujan selepas berminggu-minggu kemarau :)