Showing posts with label INFO. Show all posts

Kenapa Semut Berhenti Sejenak Bila Bertemu Semut Yang Lain?

Deno dulu selalu berfikir kenapa semut bila berjumpa dengan semut lain, semut tu berhenti sekejap.. Tadi deno terjumpa kisah semut dan deno tertarik nak share dengan korang.. :)

Sama-sama  kita luangkan masa membaca kisah ini  ~

x x x x x x x x x x


Inilah rahsia kehidupan semut yang kita tak tahu. Hang sedang buat apa tu? Hang sedang cakap apa tu?

Sebenarnya, cerita tentang semut sudah ada dalam Al-Quran. Dalam Surah An-Naml. Nabi yang boleh bercakap dengan binatang (termasuk semut) adalah Nabi Sulaiman a.s.

Meh, kita ikuti sebahagian ceritanya dalam Al-Quran, Surah An-Naml, ayat 18 – 19, "...Sehingga apabila mereka (Nabi Sulaiman & tenteranya) sampai ke suatu lembah, berkatalah raja semut kepada rakyatnya. “Masuklah kamu ke dalam sarangmu, agar kamu tidak terpijak oleh mereka, sedang mereka tidak mengetahui”.

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar perkataannya  (lantas memberhentikan tenteranya) seraya berdoa “Wahai Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMU yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Kau redhai. Dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dlaam golongan hambaMu yang soleh”.
.   
Kembali kepada cerita tadi, semut yang terlihat “mengadu kepala” pada saat bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. Mereka sedang bercakap sesama mereka.

Siapakah yang kata mereka sedang bercakap, sedang berkomunikasi? Beliau ialah Prof T.C. Schneirla, seorang pengkaji di Universiti New York.

Kononnya, dia pernah mengadakan satu ujikaji (eksperimen) khusus terhadap semut.

Ha2. Mari kita berhenti sebentar. Saya ada sesuatu untuk memberitahu anda.

. . . . . . . . . .

Sebenarnya cerita tentang semut (termasuk binatang-binatang lain) boleh bercakap dah terrakam dalam Al-Quran sejak 1434 tahun yang lampau. Kisah ini pun berlaku dah lama, sejak zaman Nabi Sulaiman 3000 tahun lagi.

Inilah hebatnya Al-Quran. Ia mendahului semua ujikaji (eskperimen) yang kononnya hebat pada zaman moden ini. Kadang-kadang kita pun terikut-ikut standard pemikiran orang Barat  Sesuatu itu tidak sah (valid) kecuali kalau sudah diuji melalui  makmal. Atau dengan bahasa mudahnya, telah melalui ujikaji atau eksperimen.

Bukan setakat itu sahaja kehebatan Al-Quran, ia juga mengambarkan bahawa manusia (Nabi Sulaiman a.s) dalam peristiwa tersebut boleh memahami bahasa binatang. Wah hebatnya. Nabi Sulaiman boleh faham bahasa semut, bahasa burung dan sebagainya.

Itulah mukjizat Nabi Sulaiman a.s. Timbul pula soalan baru, bolehkah kita, manusia biasa ini memahami bahasa binatang seperti baginda?

He2. Ini soalan cepu mas ni. Saya tak mahu menjawabnya di sini. Tetapi saya ingin memberitahu anda begini. Julat pendengaran manusia sangat kecil, lebih kurang 2 kHz – 2000 kHz. Ia boleh mendengar bisikan manusia sehinggalah kepada bunyi kapalterbang yang terbang di angkasa tu.

Yang lebih kecil daripada itu atau yang lebih besar daripada itu, kita tak boleh dengar. Tuhan adakan hijab. Tetapi kalau kepada nabi-nabiNya, maka Tuhan berikan mukjizat kepada mereka. Contohnya, Nabi Sulaiman boleh dengar faham percakapan binatang, Nabi Muhamad boleh dengar percakapan jin dan sebagainya.

Adakah perkara sebaliknya boleh berlaku? Maksudnya, adakah binatang-bintang itu faham bahasa manusia? Jawapannya ya. Sebab julat pendengaran mereka lebih luas daripada kita. Tengok sahaja kat sarkas, binatang-binatang tertentu telah dilatih menggunakan bahasa mereka masing-masing.    

Pengajaran dari Al-Quran itu boleh difahami begini. Apabila Tuhan menceritakan sesuatu, maka DIA akan menceritakan perkara yang besar-besar, yang pelik-pelik dan yang hebat-hebat..

Tuhan tidak akan menceritakan perkara yang remeh temeh, perkara kecil, perkara ringan. Adakah anda faham maksud saya?

Maksud saya, kemampuan manusia (Nabi Sulaiman a.s) memahami bahasa binatang adalah perkara besar, perkara pelik & perkara hebat. Bagaimana kita tahu itu? Sebab dia dicatit dalam Al-Quran.

 So, perkara sebaliknya adalah perkara kecil sahaja. Binatang boleh faham bahasa manusia adalah perkara kecil. Sebab itu, kisah-kisah macam ini tidak ada dalam Al-Quran. Manusia boleh fikir sendiri. It is a simple matter.

Arwah datuk saya menggunakan bahasa kerbau semasa memelihara kerbaunya. Arwah ayah saya menggunakan bahasa lembu semasa menjaga lembunya.

Saya sendiri pernah memelihara kambing, ayam & itik. So, saya menggunakan bahasa mereka semasa mengurus mereka. Mereka faham apa yang saya kata.

Timbul satu soalan lain. Adakah anda boleh bercakap dengan binatang-binatang bukan peliharaan anda seperti ular, katak, harimau, singa, gajah dan sebagainya?

Kalau kita tengok kat sarkas, kita dapati harimau, singa, gajah dan sebagainya faham apa yang diajar kepada mereka. Mereka seperti anak-anak kecil yang boleh dibentok.

Bagaimana dengan harimau yang tiba-tiba muncul di kampong anda? Boleh anda bercakap dengannya? Bagaimana dengan singa yang pertama kali terserempak dengan anda? Boleh anda bercakap dengannya? Bagaimana dengan gajah yang tiba-tiba naik minyak di tempat anda? Bagaimana anda nak menguruskannya?

. . . . . . . . . .

Sejarah telah menceritakan bahawa seorang sahabat Nabi, Salman Al-Farisi telah menghalau seekor singa yang menganggu orang lalu lalang. Dia mendekati singa tersebut, berkata sesuatu & singa itu pun berlalu pergi.

Wah, hebatnya sahabat Nabi yang mulia ini. Bahkan beliau juga pernah memanggil seekor kijang yang melintas di hadapannya untuk disembelih bagi menjamu tetamunya. Bahkan pernah juga beliau memanggil beberapa ekor burung di angkasa untuk tujuan yang sama.  

Demikian hebatnya sahabat Nabi, Salman Al-Farisi ini. Tetapi anda kena tahu amalannya. Beliau mengamalkan Ayat 5 sebagaimana yang diajarkan Nabi S.A.W.

Cucu Rasulullah, Syaidina Hassan juga pernah menghalau seekor singa di tempatnya. Kaedah yang digunakan pun sama juga seperti Salman Al-Farisi.

Berbalik kepada persoalan, bolehkah manusia  bercakap dengan binatang-binatang tertentu yang bukan peliharaan mereka?. Jawapannya boleh Tetapi ada syarat khusus. Mereka mesti mempunyai aura khusus yang disegani oleh binatang-binatang tadi.
  
Sebelum saya terlupa, selain Ayat 5 yang saya sebutkan di atas, anda juga boleh mengamalkan Surah An-Naml (ayat 15 – 19)  untuk tujuan memahami bahasa binatang. Amalkan sehingga anda Berjaya. Khasiatnya bukan sekadar itu. Banyak lagi yang lain. He2.

Hampir semua binatang mempunyai aura merah di tubuhnya. Kalau dia melihat manusia yang mendekatinya mempunyai aura merah sepertinya, maka dia menganggap manusia tersebut sama level dengannya. Maka dengan itu, dia bergantung kepada budi baik orang itu padanya. Contohnya seperti di sarkas. Dia terhutang budi kepada orang yang memberi makanan kepadanya.

Binatang sangat segan kepada orang yang mempunyai aura hijau. Siapakah mereka? Mereka ialah orang yang banyak membaca Al-Quran, banyak bertahajjud, kuat berzikir, banyak berpuasa sunat dan sebagainya. Dalam kalangan bukan Islam, mereka ialah golongan vegetarian. Binatang pun sangat segan kepada mereka.   

Kehebatan Al-Quran seterusnya. “Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar katanya (maksudnya, kata Raja Semut itu)”. Tuhan menggunakan dhomir “ha” yang merujuk kepada perempuan/betina. Ini bertepatan dengan penemuan sains bahawa raja kepada semut itu adalah betina. Raja (pemimpin) mereka adalah Sang Ratu.

Rupa-rupanya, kes semut dan lebah itu sama sahaja. Raja (pemimpin) mereka adalah  Sang Ratu mereka.


Sekarang mari kita kembali kepada ujikaji atau eskperimen yang saya sebutkan sebelum ini.  Siapakah yang kata semut sedang bercakap, sedang berkomunikasi semasa mereka “bertemu kepala” itu? Beliau ialah Prof T.C. Schneirla, seorang pengkaji di Universiti New York.

Ia mengambil seekor semut  (kita namakan semut A) lalu ditaruh dalam tempat yang berisi makanan. Kemudian dia mengambil seekor semut lain (semut B) lalu ditaruh dalam tempat yang berisi semut-semut musuh.

Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diperhatikan terutama ketika berpapasan dengan teman-temannya di jalan. Dari penelitian itu, Prof T.C. Schneirla menyimpulkan bahwa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut menempel pada semut itu.

Ketika bertemu dengan semut temannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan).

Nah, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut akan memberi tahu temannya (melalui antena di kepala semut) apakah di lingkungan sekitarnya ada makanan atau ada musuh.

sumber


p/s: Subhanallah ~


Atasi Masalaah Kulit Kering Dengan ROSKEN Skin Repair Dry Skin Cream

Korang ada masalah kulit kering? Haaaa... deno nak share ni pengalaman deno menggunakan Rosken Skin Repair Dry Skin Cream! :)


Deno guna losen ni sebab kesannya sangat menakjubkan! Dalam masa 4 hari je, korang dah boleh nampak kesannya. Bukan sahaja melembapkan kulit, losen ni pun boleh lembutkan dan mencantikkan kulit!

Macam deno, deno buat CAPD 4 kali setiap hari. Perlu pula basuh tangah selama 5 minit setiap sesi. Jadi selalu bermain dengan sabun, kulit pun kering. Dulu kan, kulit lengan pernah berdarah sebab terlalu kering! Susah sangat nak cari losen yang sesuai, akhirnya deno jumpa losen Rosken ni... 

Biasanya deno sapu selepas mandi. Ianya tak berbau kuat sangat, tak melekit.. Selepas kita sapu, ianya akan terus kering macam tu je.. Cubalah, insyalllah :)


p/s: cuba.. jangan tak cuba :)




Puasa 21 Jam




p/s: panjang betul waktu dia berpuasa...

Cara Menggunakan Chopsticks


kalau susah sangat, guna je garfu... kan? hehe

Tanpa Isteri .......


tanpa isteri, tidak lengkaplah hidup seorang suami.. 
para suami semua, hargailah isteri anda ya..... :)




p/s: tetiba entri perihal rumahtangga.. hehe ^^

Banjir

Hujan tanpa henti di terengganu..

google
banyak kawasan dah banjir
baru tengok berita tv3 tadi....

kawasan yang dinaiki air di Terengganu :
  • Besut
  • Dungun
  • Setiu
  • Hulu Terengganu

kelantan juga dilanda banjir...
jagalah keselamatan diri



p/s: berhati-hati



SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

Semakan daftar pemilih!

deno dah daftar dan dah semak pun tempatnya.. ^^


korang dah daftar? bagus2... boleh cek sekarang! excited pulak sebab ni first time deno jadi pemilih ni ^^




p/s: tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat ye.... :)


Angkara Telefon Pintar!

Siapa pakai telefon pintar?

ramaiiiiiiiinyaaaa..... okeh, korang ada alahan? takde..... emmm, tapi korang kerap demam, batuk dan selesema? haaaaa..... korang tahu tak ni angkara telefon pintar?


.. hasil kajian di Korea menemui penggunaan aplikasi skrin sentuh boleh sebarkan DNA bakteria punca penyakit ringan... pastu kan, rembesan air liur pula mengandungi ribuan bakteria yang sering melekat pada telefon waktu bercakap! sebab tu la mudah kena penyakit ringan tuuu....




Apa Perlu Kita Lakukan Jika Bermimpi Buruk?


Nabi SAW bersabda :
   "Mimpi yang baik adalah daripada  Allah, sedang (mimpi) buruk adalah daripada syaitan. Apabila ada seseorang antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang sedang mendengarnya" (riwayat Muslim)

deno ada terbaca satu artikel di dalam surat khabar mengenai mimpi buruk... deno ingin kongsikan pada korang apa yang perlu kita buat apabila kita mengalami mimpi buruk :

  • meludah ke kirinya tiga kali
  • minta pertolongan kepada Allah daripada godaan syaitan dan kedasyatan mimpinya, tiga kali
  • membalikkan tubuh (mengubah posisi)
  • tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain
  • mengambil wuduk dan bersolat, sekiranya mahu



p/s: bacalah ayat kursi dan doa sebelum tidur... :)



VIDEO : Meteor Jatuh Di Rusia 15/2/2013

Deno nak share video dari teman blogger Fyna


video meteor jatuh di rusia..
terkejut dan tergamam sebentar melihat video ni..





p/s:  semoga kita semua dilindungi dari segala bencana.. 

Meteor Jatuh Di Russia, Penduduk Chelyabinsk Panik

Meteor jatuh di bumi!

Serpihan tahi bintang (Meteor) meletup dan jatuh di tengah Rusia sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang cedera.
Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.

That's A Cake?


That's a cake?

Canon DSLR Cake

Canon DSLR Cake




p/s: yeah! that's a cake! not a DSLR camera...  awesome right? :)


PERHATIAN! Bakal Graduan Diploma Konvokesyen UiTM ke 78 MEI 2013


Perhatian!

Mohon kepada semua sahabat.. tolong sebarkan update terikini dari PORTAL UITM berkenaan hari konvokesyen kita! ya, kita.. deno juga akan konvo, yeah! :) 

Deno nak ingatkan ni *pada yang berkenaan  sebab mana tahukan korang terlupa nak cek di portal tu, ini sangat penting! korang WAJIB kemaskini dan mengesahkan maklumat peribadi, ingat ni WAJIB!


sila klik SINI untuk mengemaskini

Bila korang dah klik kat atas tu, sila isi nombor pelajar dan nombor IC.. dan pastikan nama korang tersenarai.. kalau nama korang takde, cepat-cepat hubungi fakulti tau.. nanti tak pasal-pasal tak dapat konvo.

Etika pakaian graduan dan tetamu klik - SINI
Kad jemputan dan pelekat kenderaan klik - SINI


kredit : blogger nur faezah :)




.........................................



..... emm.. bila dikenangkan kembali dugaan yang deno lalui untuk tamat belajar ni.. rasa terharu, rasa macam tak percaya dapat juga deno tamatkan diploma ni.. kuat sungguh dugaan pada deno.. 4 sem deno tangguh belajar, kenangan di icu, kenangan berbulan-bulan di hospital, kenangan kawan2 datang melawat di hospital, kenangan buat exam di hospital.. walaupun lambat tamat disebabkan sakit ini, deno bersyukur.. alhamdulillah, terima kasih ma abah, kaklong, kakngah, kakobi, kakna kerana menjadi semangat adik... syukur....




p/s: bersyukur mempunyai keluarga yang menyayangi diri ini.. :')



Heart Touching Story ...


A doctor entered the hospital in hurry after being called in for an urgent surgery. He answered the call asap, changed his clothes & went directly to the surgery block. He found the boy’s father pacing in the hall waiting for the doctor. On seeing him, the dad yelled:
“Why did U take all this time to come? Don’t U know that my son’s life is in danger? Don’t U have any sense of responsibility?”

Th…e doctor smiled & said:
“I am sorry, I wasn’t in the hospital & I came as fast as I could after receiving the call…… And now, I wish you’d calm down so that I can do my work”

“Calm down?! What if your son was in this room right now, would U calm down? If your own son dies now what will U do??” said the father angrily

The doctor smiled again & replied: “I will say what Job said in the Holy Book “From dust we came & to dust we return, blessed be the name of God”. Doctors cannot prolong lives. Go & intercede for your son, we will do our best by God’s grace”

“Giving advises when we’re not concerned is so easy” Murmured the father.

The surgery took some hours after which the doctor went out happy,
“Thank goodness!, your son is saved!” And without waiting for the father’s reply he carried on his way running. “If U have any question, ask the nurse!!”

“Why is he so arrogant? He couldn’t wait some minutes so that I ask about my son’s state” Commented the father when seeing the nurse minutes after the doctor left.

The nurse answered, tears coming down her face: “His son died yesterday in a road accident, he was in the burial when we called him for your son’s surgery. And now that he saved your son’s life, he left running to finish his son’s burial.”

Moral-Never judge anyone….. because U never know how their life is & what they’re going through”




*credit to my kaklong-Khazanah Ngah






p/s: spechless..


Crocosaurus Cove


Crocosaurus Cove!

Sebuah taman buaya yang terletak di Darwin, Australia menawarkan satu perkhidmatan istimewa buat pengunjungnya.. Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk menyelam bersama buaya air masin. serta merasai pengalaman diserang oleh sang bedal!



perkhidmatan ini adalah "Cage Of Death" atau dikenali sebagai krurungan maut.. Untuk memastikan keselamatan pengunjung terjamin, pengujung dikehendaki masuk ke dalam ruang khas kaca berbentuk silinder yang lut sinar.. Ia adalah kaca yang berkualiti tinggi  dan mampu menahan hentakan kuat dan tahan calar..







p/s: erk.. ngeri la dekat-dekat dengan buaya tu! ^^


Labah-Labah Merak


Labah-labah memang banyak jenis..

deno nak share gambar labah-labah unik yang mirip burung merak! labah-labah ini boleh ditemui di beberapa tempat di kawasan di timur negara Australia seperti Queensland dan New South Wales.

sesetengah orang menggelar haiwan unik ini sebagai "Peacock Spider"

peacock-spider-8[6]


peacock-spider-0[6]

peacock-spider-12[5]


Info ringkas mengenai Peacock Spider :
  • Nama saintifik adalah Maratus Harrisi
  • Spesies ini tergolong dalam kumpulan labah-labah yang dikenali sebagai Sacitidae
  • Suka hidup secara berkumpulan dan sejenis haiwan yang bersosial
  • Memiliki ekor pada hujung abdomen yang merupai burung merak



p/s: deno takut labah-labah


BAGUS Untuk Orang Dewasa Tetapi BAHAYA Untuk Bayi


*panduan untuk semua ibu comel dan ayah comel^^


BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik

Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. 




p/s: eh2.. hari ni ada info untuk ibu bapa la... hihi^^


Pergerakan Sonamu Lagi



berjaga-jaga rakyat sarawak dan juga sabah, Sonamu mendatang dekat dengan anda

Photo: jaga² rakyat sarawak dan juga sabah, Sonamu mendatang dekat dengan anda :(

sumber: http://www.tropicalstormrisk.com/




Pergerakan Ribut Tropika Sonamu


::BERITA MASUK 5 JAM TADI BUAT WARGA PANTAI TIMUR:::


VIA :Informasi BencanaMKN HQ 1835hrs: Status Terkini Pergerakan Ribut Tropika Sonamu- bergerak perlahan menjauhi Pantai Timur Semenanjung Malaysia ke arah Selatan-Barat Daya. 

Orang awam dinasihati mengikuti perkembangan terkini disaluran rasmi MKN dan JMM bagi mendapat maklumat yang tepat.


apa2 pun persediaan tetap perlu di buat dan berita terbaru mesti di ambik tahu dari semasa ke semasa..



Berjaga-Jaga Jangkaan Ribut Tropika Sonamu di Kuala Terengganu


Jangkaan Ribut Tropika Sonamu di Pantai Batu Burok Kuala Terengganu!




Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan lebat akan berlaku di antara 7 hingga 9 Januari 2013 di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang ekoran daripada angin kencang dan laut bergelora yang sedang berlaku di Laut China Selatan.


klik untuk lebih jelas

tadi deno ke hospital tumpang buat CAPD.. pastu nurse bagitau supaya jangan ke hospital minggu ni sebab amaran ribut dan angin kencang tu.. korang tahu je la kan, hospital kuala terengganu betul-betul tepi pantai batu burok.. biasanya kalau ada ribut memang bergelora betul air laut tu...

buat masa ini.. kami dilarang menghampiri kawasan pantai... semoga allah melindungi kami semua di sini.. insyaallah


p/s: berjaga-jaga..