Showing posts with label INFO Lawak. Show all posts

Mengenali Karektor Lelaki Dari Caranya Ketawa

Lelaki kedekut
Ketawanya pendek-pendek, ringkas je bunyinya.

Lelaki dermawan
Berketawa sambil menabur duit kepada orang

Lelaki kurang pertimbangan
Tidak boleh berhenti ketawa

Lelaki pengecut
Lansung tak berani ketawa

Lelaki kurang ajar
Orang tengah bersedih tapi dia boleh ketawa berdekah-dekah

Lelaki lemah semangat
Pengsan mendengar ketawanya sendiri



~ Psst2, dia kelakar.. 




Tip Nak Elak Moto Daripada Dicurik

Ehem-ehem... deno ada petua nie nak share... korang takut motor kena curik? Nak tau cara-cara mudah untuk mengelakkan dari motor korang dicurik?

gambar hiasan

  • Masa parking korang pancitkan tayar motor korang tapi pastikan korang bawak pam siap-siap dari rumah
  • Kalau parking kat tempat parking pun kena curi, korang parking atas pokok. Kalau kena curi jugak bukan manusia la si pencuri tu.
  • Jangan parking merata-rata tempat, pergi parking dekat kawasan balai polis. kalau hilang jugak, pencuri itu memang hebat!
  • Cari anjing garang, letak motor korang kat sebelah anjing tu. Pastikan anjing tu dah kenal korang.
  • Kunci motor pakai rantai yang paling besar dan panjang. Nak lagi hebat letak kejutan letrik kat rantai tersebut. 
  • Cari motor yang paling buruk, korang pakai la motor tu. Kalau hilang jugak korang anggap je le bersedekah...

~ Psst2, deno takde moto...


Cara Brutal Mengatasi Tensen

Perhatian! Bagi mereka yang berjiwa kental dan sadis saja yang disrankan untuk peraktikkannya.

gambar hiasan


  • Mengopek kulit kelapa dengan gigi, kalau dapat kulit durian lagi terer. Usah kulit kepala orang sudah, itu dah jadi cerita lain.
  • Berjalan atas jalan tar waktu tengah hari terik tanpa pakai kasut atau selipar... ngehehe..
  • Melakukan aksi lagak ngeri seperti terjun dari balkoni rumah... tapi pastikan dari tingkat satu je la, kang tak pasal2 masuk spital pulak..
  • Menggigit bijik buah langsat sebanyak 10 bijik. Dijamin rasa kelat tu dapat mengatasi tekanan yang dihadapi.
  • Menggenggam bara api biar jadi abu... nanti bolehlah korang berkawan dengan Abu ajak roda kampung.

~ Psst2, brutal ke? ekekekk... (^_^)


Tanda-Tanda Korang Memang Sengal

           Jikalau ada salah satu antaranya korang lakukan maka tak boleh diragukan lagi yang korang seorang yang sangat-sangat sengal atau dalam bahasa omputihnua "annoyed" okeh!  

  • Mencarut dan mencarut pasal aiskrim yang korang order tak panas. Pleaseee la, tak lawak okeh!
  • Bawak anak-beranak mencuba makanan dan minuman yang dipromosi tapi korang sekelurga dah tahap membeal tanpa segan silu, bukan tahap rasa dah..
  • Lepas cashier dah scan kesemua barang yang penuh satu troli banyaknya itu,  korang maklumkan yang korang dah berubah fikiran lalu tak jadi beli.
  • Beratur kat barisan untuk pembayaran tak melebihi sepuluh barangan sedangkan barang setroli banyaknya, dah tu buat muka nak kena ludah. Konon2 tak faham bila ditegur.

~Psst2, sengal ke? deno sengal2 badan waktu sejuk.. heee (^_^)



   

Kaitan Mati Dengan Tidur

             Emm.... Tetiba badan nie panas malam nie... nak demam la tu.... malas nak makan penadol, asyik makan ubat je tapi demam jugak! Ehem2... Tak tahu korang fahan ke tak entry nie... Kalau tak faham, buat2 faham je la ek... hehe... kaitan mati dengan tido


  • Kalau jenis suami yang gatal (orang ganu panggil lelaki gatal miang... ialah gelenya), kalau yang jenis mengigau mesti takut nak tido kat isteri coz takut tersebut-sebut nama kekasih masa tido.. Sure mati kena terajang dek isteri ket sebelah...
  • Ada jugak orang takut mati dalam tidur  lalu cuba menahan diri dari tidur, akibatnya tertidur di tempat kerja akibat tak cukup tido.
  • Mati-mati ingat tengah bermimpi walhal tidur pun belum lena lagi... Nie kes berangan lebih...
  • Orang jenis tido mati biasanya kencing di tilam.
  • Matilah kalau kencing di tilam. mesti kena marah lainlag korang tu masih budah bawah umur

~ Psst2, deno tido-tido ayam...






Di Sebalik Kaya

       Semua orang nak kaya, baik yang miskin mahupun yang dah kaya semua nak kaya-raya. Selain dari kekayaan harta, ada perkara lain yang kita tak nampak di sebalik kaya....


  • Kaya budi bahasa dan sopan santun adalah kaya yang tak perlu dibeli, akan tetapi kebanyakan kita tak mahu memiliki sifat yang kaya ini.
  • Jem kaya juga boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat dan darjat. Hanya sapukan pada roti dan sungguh enak dimakan begitu saja.....
  • Magiknya kaya ini akan datang dengan berpakej dengan perasaan berlagak, sombong, peramah dan pemurah bergantung pada si kaya itu sendiri.
  • Penyakit dan kaya tidak dapat dipisahkan, semakin kaya orang itu semakin banyak penyakit dapat sebab dia dah kaya. Suka hati je nak makan apa... Tak bersenam.. Semua kerja orang tolong buat, si kaya cuma perlu arah je dan si kaya jadi malas... Mula la ramai orang akay mati cepat akibat sakit jantung dan kencing manis.
  • Hanya tambah huruf P di belakabng perkataan kaya maka segala maksud dan fizikalnya berubah, dah sudah tentu korang takkan mengejarnya.... pasti takkan... hihi..

~ Psst2, deno tak kaya...


Bila Kentut Tak Berbau

"Masa bercinta... Kentut pun bau wangi..." Biasa dengar kan? heee

Tahu tak kat mana biasanye bila orang kentut tapi kentut tak berbau.... 

  • Dekat pasar - Cuba pergi pasar try kentut kat pasar. Nak lagi berkesan try kentut kat orang jual ayam dan jual ikan.
  • Dalam air - Perkara nie dah terbukti dan korang pernah buat kan? Tengok, tak pernah ada bau tapi ada buih je
  • Bila korang tak mandi - Pastikan tak mandi lebih dari sehari. Biar bau badan berperam, lepas tu cuba kentut. Mesti orang tak perasan sebab ingat bau badan.
  • Di kedai minyak wangi - Kentut la banyak mana pun, wangi je yang memanjang tapi kalau bau jugak maknanya kentut korang dah sampai tahap A++ la..
  • Bila tutup hidung - Cuba korang kentut pastu tutup hidung memang la tak bau kan... Tapi kalau tutup mata bau tak?
  • Di tempat pelupusan sampah -  Kalau korang nak cuba tahap kebusukan kentut korang dengan sampah, cuba kentut dekat sini. kalau ada bau jugak memang kentut korang best tahap gaban.
  • Di sebelah kawan yang hati busuk - Bukan takat hati busuk, semua busuk la... mulut, mata, hidung, kaki ampu, dengki, suka mengumpat, fitnah orang.... Pergi dekat dia, korang terus je kentut depan muka orang macam tu... hahaha

~ Psst2, kalau sakit perut memang la keluat bom atom yang tak diundang kan? hehe


Kalau anda jatuh

           Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran.. Kalau anda jatuh, jangan mudah mengalah dan berputus asa.. Bangunlah dan katalah..."kurang ajar! sape tolak nie..?!! "

(^_^)

ALASAN Lelaki Berambut Panjang

Apakah sebab musabab ada sebahagian lelaki menyimpan rambut cam pompuan...?

http://www.emocutez.com

  • Untuk membuktikan yang identiti berambut panjang bukan milik kaum hawa sahaja.
  • Konfiden paras rupa akan kelihatan melampau-lampau hensem.
  • Konon nak sesuai dengan kerjaya, biasa berlaku di kalangan orang seni.
  • Boleh buat fesyen macam-macam, nak ikat, tocang, bercekak, xde yang pandang pelik.
  • Terpaksa untuk memuaskan hati kapel yang suka imej lelaki berambut panjang.
~ Psst2, deno tak suka lelaki berambut panjang! (^_^)