Showing posts with label INFO Lelaki. Show all posts

Tip-Tip Untuk Suami

       Hidup berumah tangga suami isteri mesti bertolak ansur supaya kekal sampai ke akhit hayat Buat suami-suami dan bakal-bakal suami.... di sini ada beberapa tip bila menghadapi masalah rumah tangga.... selamat mencuba!

Kalau isteri mengamuk dengan membaling pinggan mangkuk
Cuba sedaya upaya sambut dan tangkap pinggan mangkuk yang dibaling. Mahal wooo pinggan mangkuk tu...

Kalau isteri ajak shopping je
Jangan tolak permintaan isteri tu, cuma tukar tempat shoping je dari pasaraya ke kedai runcit! Shopping jugak tu...

Kalau isteri korang kemas baju nak balik kampung bila bergaduh
Jangan duk rayu-rayu, tolonglah kemas kain bajunya yang mana patut ke dalam begnya.

Kalau isteri belum sedia nak ada anak lagi
Okeykan je tapi nyatakan korang dah lama bersedia jadi ayah dan sanggup kawen lagi satu untuk penuhkan hajat tu.

Kalau isteri membebel tak henti-henti
Jangan duduk diam membaru... Kreatifkan sikit, korang bleh buat bunyi muzik latar.

Kalau isteri bersiap lama sangat
Jangan duk membebel dan bising... sebaiknya hidupkan enjin kereta dan tekan pedal minyak kuat-kuat sampai habis.. kalau lepas dua minit tak keluar jugak.... korang blah je la... hehe..


~ Psst2, hari ni sangat busy...






Karektor Lelaki Semasa Menelefon Mintak Putus Hubungan

Jom kenali karektor2 lelaki semasa nak mintak putus hubungan... Korang ada pengalaman putus memutus nie tak? Korang yang mana satu ek....


1. BERSOPAN-SANTUN
    Mulai dengan memberi salam, bertanya khabar dan selanjutnya baru mintak putus.

2. KEDEKUT
    Buat miss call banyak kali supaya awek telefon balik, lantas beritahu niat nak berpisah.

3. JUJUR
    Berterus-terang mintak putuskan hubungan dengan kata-kata yang terang, jelas dan lancar.

4. RAGU-RAGU
    Menelefon banyak kali tapi berakhir dengan ayat tergantung.

5. PELUPA
    Tak ingat tujuan menelefon adalah untuk mintak putus. Merepek dan bercerita entah apa-apa entah.

6. TAKDE ADAB
    Menyumpah seranah terlebih dahulu, lepas tu terus cakap nak putus hubungan.


~ Psst2, rasa nak makan macaroni pulak.... heeee (^_^)

Mengenali Karektor Lelaki Semasa Korang Menangis

BRUTAL
  • Meninggalkan korang menangis sorang-sorang, tak pujuk pun...
SENSITIF
  • Turut sama menangis malah lagi over menangis dari korang.
MATANG
  • Memberikan kata-kata semangat
MIANG
  • Memujuk sambil ambil kesempatan
PANDAI BERGURAU
  • Boleh menghentikan tangisan korang
ROMANTIS
  • Menyanyikan lagu atau memberikan bunga untuk meredakan tangisan korang
KONPIUS
  • Mula gelabah kerana tak pasti korang menangis atau gembira
BUDIMAN
  • Memujuk dengan baik dan kata-kata yang baik
PANAS BARAN
  • Mengarahkan korang supaya berhenti menangis dengan segera, kalau tak ditumbuknya korang

~ Psst2, esok deno ada paper taxation!



Di Sebalik Lelaki

  • Antara salah satu kelebihan utama lelaki ialah dapat lesen besar untuk berkahwin lebih daripada satu yakni  empat walaupun satu tu pun tak terjaga atau belum tentu dapat.
  • Akan dapat gelaran ketua secara automatik bila sahaja melangkah ke alam rumahtangga biarpun dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
  • Tak berapa nak kisah sangat kalau wajah ditumbuhi dengan bulu yang dipanggil misai atau janggut, walaupun adakalanya ianya hampir menyerupai dengan makhluk lain kerana tak dijaga.
  • Tidak menjadi buah mulut masyarakat bila terserempak dengan seorang lelaki memegang satu pinggan penuh dengan nasi di mana-mana kedai makan
  • Mampu berubah watak dan sikap dalam sekelip mata bila sahaja melihat air mata pasangannya berjujuran.
  • Tak terlalu risau tentang bentuk tubuh dan cara berpakaian....


deno minat lelaki ini.. enrique iglesias (^_^)

~ Psst2, di sebalik lelaki...