Showing posts with label INFO Sihat. Show all posts

Tips Elak Letih Ketika Berpuasa

Kita mudah letih bila berpuasa.. Jadi deno nak berkongsi tips elak letih ketika berpuasa :)


1- Masa bersahur, ambil makanan yang cepat hadam contohnya  nasi, roti jagung, capati, oat, bijirin dan buah-buahan. Makan jenis ni ada karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan boleh melambatkan rasa lapar

2- Bila berbuka, lebihkan makan maknan cepat hadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah, sup dan bubur. Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera yang tubuh kita perlukan bagi mengganti bekalan yang digunakan siang hari

3- Makanan bergoreng / berlemak boleh sebabkan ketakhadaman secara tak langsung jadi pedih hulu hati.. Jadi kurangkan....

4- Makanan yang terlalu pedas dan berempah pun tak berapa bagus dalam suasana puasa sebab boleh merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik.Sesiapa yang mempunyai gastrik perlu elakkan makanan jenis ni^^

5-Untuk hilangkan dahaga, elakkan minuman berkafein dan berkabonat. Seeloknya minum jus buah-buahan atau susu atau air kosong. Banyakkan minum air ksoosng ketika bersahur dan berbuka untuk pastikan bekalan cecair cukup dalam badan ^^


**harap dapat membantu :)



Pentingnya Pemeriksaan Kesihatan!

Tanya pada diri sendiri.. korang tahun ini dah buat medical checkup? 

Kebiasaan masyarakat di sekeliling kita ambil mudah tentang kesihatan.. Rasa sihat, rasa kuat.. Jadi rasa tak perlu la buat medical checkup la ya...ish3.. salah tu!


ayat femes..

"aku sihat, buat apa buat medical checkup"

"ala nanti la.... aku busy"

"eii.... takut la pergi hospital.. nanti kena cucuk!"

Ayat2 macam ni sepatutnya tak boleh ada.. Kadang2 dalam sihat kita ada "sakit" yang tersembunyi. Bukan mendoakan sakit tapi medical checkup ni penting!

Boleh tengok kandungan urea, creatinin, gula dalam darah, kolestrol dan macam-macam lagi.. Pastu pemeriksaan tekanan darah, yang ni lagi ramai orang ambil mudah. Tiba-tiba kena strok sebab darah tinggi.. Ada juga yang tiba-tiba kena serangan jantung, kan bahaya tu? 

Paling kurang pun buatlah medical checkup setahun sekali. Kan mencegah itu lebih baik daripada merawat? ^_^



p/s: haaaa!! blood pressure korang hari ni berapa? deno 110/80 , yeay normal! ^_^


Sayur Yang Boleh Meningkatkan Kadar Hemoglobin

HB deno rendah.. Awal bulan depan ada buat blood test pula.. Selain kena cucuk ubat, deno pun ada search tentang sayur yang boleh naikkan kadar HB (hemoglobin) dan ada juga rakan2 SLE yang beritahu...

Deno kongsikan dengan korang ya^^





p/s: jom makan sayur banyak2^^



4 Jenis Makanan Turunkan Berat Badan!

Berat badan berlebihan? jangan risau...


haaaa.. deno nak kongsikan dengan korang senarai makanan yang boleh membantu menurunkan berat badan dan senarai ini dicadangkan oleh Alton Brown, Chef Selebriti dari Amerika^^

Makanan yang perlu diambil setiap hari :
  • Sayur-sayuran
  • Kacang
  • Lobak
  • Teh hijau
  • Bijirin
  • Buah-buahanang 
*bijirin kaya dengan kadungan fiber yang boleh buat kita kenyang, kacang pulak sumber protein yang terbaek tau... buah-buahan dan sayur-sayuran sangat berkhasiat dan rendah kalori!

Makanan yang perlu diambil tiga kali seminggu :
  • Yogurt
  • Kobis bunga
  • Brokoli
  • Kentang manis
  • Avokodo
  • Minyak ikan
  • Tauhu
*tauhu rendah kalori dengan protein yang tinggi daripada lembu kisar! kobis bunga dan brokoli pulak besar tau jasanya mencegah kanser dan yogurt sumber terbaik kasium!!

Makanan yang jangan diambil langsung :
  • Soda
  • Makanan yang diproses
  • Sup dalam tin
  • Semua jenis diet
*pemanis tiruan yang ditemui dalam minuman diet terbukti menyebabkan ketagihan, jangan mudah tertarik pada minuman diet tu tau..... ia juga boleh sebabkan lemak tersimpan di dalam badan!

Makanan yang perlu diambil sekali sahaja dalam seminggu
  • Daging merah
  • Kanji putih
  • Pencuci mulut
*pilihlan pencuci mulut yang sesuai dan bijaklah mengawal nafsu ya.... ^^



p/s: credit to iSIHAT

Kurangkan!


Selamat petang semua :)

 

deno nak share dengan korang ni...
yang deno dapat dari dietition deno dua hari lepas

Makanan yang tinggi kandungan garam

Garam masakan
Garam halus, garam kasar

Agen perasa
Pati atau kiub contohnya kiub ayam, mayonis, sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap masin/manis, serbuk perencah . serbuk perasa (MSG)

Makanan yang diawet
Telur masin, ikan masin, sayur masin, taucu, jeruk buah, budu, cencaluk, udang kering, belacan

Agen penaik
Baking powder, sodium bikarbonat

Makanan terproses
Sosej, burger, nugget, makanan dalam tin (contohnya sardin, kacang panggan) ,snek



Nasihat dietition :

"kurangkan pengambilan garam yg tinggi dalam makanan .. garam penyumbang kepada penyakit darah tinggi atau high blood pressure.. pilih makanan yang betul"



p/s: fast food adalah makanan yang sangat banyak garam!


Limau Nipis

Selamat petang semua:)

Haaa.. kenal tak buah limau nipis? Sebenarnya deno nak cerita tentang limau nipis. tadi ada terbaca buku di perpustakaan... ada cerita tentang limau nipis... jadi deno nak kongsikan dengan korang.. dapat menambah pengetahuan kan?

  

limau nipis baik untuk kesihatan!

Penjagaan kulit
Jus dan minyak limau nipis sangat baik untuk kulit. Ia boleh melindungi kulit! Jika digosok pada badan boleh mengurangkan bau badan yang kurang menyenangkan.

Selesema
Limau nipis mempunyai antiviral yang sangat kuat dan boleh menentang jangkitan. Jika selesema, perahkan buah limau nipis dalam setengah liter air panas.. kemudian tambahkan sedikit madu untuk menyedapkannya dan minum

Taun
Dalam kajian juga menunjukkan paras asid yang tinggi dalam limau nipis berkesan untuk menghalang dan membunuh bakteria taun dalam makanan. Jadi, jika berlaku awabak taun, minumlah jus limau nipis dengan kerap ya..?

Bengkak gusi
Bagi yang mengalami masalah bengkak gusi.. ambil segelas jus limau nipis yang diperah segar dan dicairkan dengan air (dicampur air).. tambah secubit garam kemudian minum

Sakit tekak
Campur satu bahagian jus limau nipis dengan air... gunakan untuk berkumur bagi melegakan sakit tekak. Boleh ditambah secubit garam laut untuk mendapatkan kesan yang lebih.



p/s: deno minum air limau nipis suam semasa sakit tekak. itu petua dari nenek deno dan ia memang mujarab! :)


Bahaya Dalam Kehidupan Seharian

korang kena tahu nie tau...
biasa kita anggap remeh tapi berbahaya kepada kita


bekas botol minuman

Mungkin ada di antara korang mempunyai kebiasaan memakai semula berulang kali botol plastik dan meletakkannya di dalam kereta atau di pejabat.Tahu tak ini tidak baik kerana bahan plastik botol (disebut  juga sebagai polyethylene terephthalate atau PET) yang digunakan di botol2 inimengandungi zat2 karsinogen. 

Botol ini selamat untuk dipakai 1-2 kali sahaja, jika korang ingin memakainya lebih lama, tidak boleh lebih dari seminggu dan hendaklah letak tempat yang jauh dari matahari. Kebiasaan mencuci berulang kali membuat lapisan plastik rosak  dan zat karsinogen itu boleh masuk ke dalam air yang kita minum. Lebih baik membeli botol air yang memang untuk dipakai berulang kali, dinasihatkan tidak memakai botol plastik.


penggemar satey

Kalau korang makan satey, jangan lupa makan timun juga. Kerana sate mempunyai karbon dan hasil pembakaran arang yang dapat menyebabkan kanser. oleh itu kita dinasihatkan makan timun setelah makan sate. Sate mempunyai zat karsinogen (penyebab kanser) manakala timun pula mempunyai anti karsinogen. Jadi jangan lupa makan timun selepas makan sate ya!


   
udang dan vitamin c

Jangan makan udang kalau korang makan vitamin C. Ini akan menyebabkan keracunan dari racun Arsenik (As) yang merupakan proses tindakbalas dari udang dan vitamin C di dalam tubuh dan akan mengakibatkan keracunan yang teruk dalam beberapa jam.


mi segera

Untuk orang yang gemar mi segera, pastikan korang mempunyai jarak 3 hari setelah korang makan mi segera untuk mengulang korang makan mi segera ini. Dari maklumat doktor, terdapat lilin yang melapisi mi segera. Itu sebabnya mi segera tidak melekat satu sama lainnya ketika dimasak. Memakan mi segera setiap hari akan menigkatkan kemungkinan sesorang terkena kanser . 

Maklumat dari seorang doktor ada seseorang yang terlalu sibuk bekerja memakan mi segera setiap hari akhirnya menderita kanser. Doktor tersebut mengatakan bahawa tubuh kita memerlukan waktu lebih dari dua hari untuk memproseskan lilin tersebut.


~ Psst2, rasa lapar pula... 






LIDAH

google
            Korang tahu tak lidah yang bebas dari kuman akan berwarna pink. Jika lidah korang berwarna putih, itu bermakna terdapat bakteria padanya. Lazimnya bakteria tertumpu di bahagian tengah lidah.


~Psst2, cuba tengok lidah masing-masing..


Hand Hygiene

Tengok betul2 dan praktikkan...
deno suka sangat video nie!

jom tengok!!
(~_^)



~Psst2, kebersihan tangan tu penting! :)



Jom Pelihara Kucing!!

       Korang ada kucing tak kat rumah? Kalau ada, bagus! Korang buat satu keputusan yang betul! Peliharalah kucing untuk jantung sihat! Kajian selama 10 tahun mendapati bahawa mereka yang membela kucing akan kurangkan risiko serangan jantung hingga maut sebanyak 30%. Ia mungkin disebabkan hormon endorfin yang sentiasa dirembeskan keluar saat masa korang bermanja dengannya!


~Psst2, deno nak berpesan bagi yang megidap asma, kurangkan bermanja dengan kucing ya... :)


Jangan Buat Selepas Makan!



Jangan minum ais
Dikhuatiri akan mengganggu proses penghadaman.

Jangan mandi
Mandi dikatakan boleh melancarkan proses pengaliran darah di kaki, tangan dan bahagian badan lain tetapi bukan di perut.  Maka, ini akan melemahkan proses penghadaman anda.

Jangan tidur
Perlakuan ini akan menjejaskan kelancaran proses penghadaman sekaligus meningkatkan risiko sakit gastrik berlaku.

Jangan merokok
Kajian mendapati bahawa menghisap sebatang rokok selepas waktu makan akan memberikan kesan yang sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Secara tak langsung, ini akan meningkatkan risiko menghidapi penyakit barah.

Jangan terlalu banyak berjalan
Terlalu banyak berjalan selepas makan akan menyebabakan proses penghadaman terganggu dan seterusnya meyukarkan proses penyerapan nutrisi makanan.


Khasiat dan Kebaikan Kacang Soya



Bayi
Kaya dengan protein tumbuhan, zat besi, fosforus dan vitamin yang dapat membantu meningkatkan nutrien untuk bayi

Kanak-kanak
Menguatkan daya ingatan dan mencerdaskan otak. Ia juga membantu meningkatkan metabolosme badan, di samping menjadikan kulit lebih sihat dan licin. Masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak  juga boleh diatasi jika mengamalkan meminu air soya.

Wanita
Membantu menguatkan pertumbuhan otot, menjadikan badan lebih langsing, mencegah masalah jeragat, menjauhkan risiko barah, anemia dan membaiki kadar metabolisme. Kandungan asid tidak tepu di dalam soya turut mengurangkan risiko kegemukan.  Ia juga dapat mengurangkan kolestrol dan dapat mencegah penyakit jantung.

Penuaan
Mencegah osteoporosisserta menggalakkan pertambahan tenaga malah mengekalkan kesihatan yang baik.


~ Psst2, deno suka minum soya!!


Aduh Bau Ketiak! Ramai Yang mahu Lari!

      Jika seseorang di sekeliling korang gemar menjauhi korang, percayalah, ini ada kaitan dengan bau badan korang. Bau badan boleh menyebabkan kita sentiasa disisihkan dan hilang teman. Bau badan juga berisiko  untuk kita terkena pelbagai penyakit kerana tubuh badan yang kurang bersih dan sihat. Mulakan langkah dari sekarang agar korang lebih yakin untuk bergaul!!

Jom amalkan ini :)

  • Jangan biarkan bulu ketiak korang tu terlalu panjang. Rajinkan diri mencukur dan memotong bulu ketiak agar kemas dan bersih. Bulu ketiak yang panjang memudahkan bakteria terperangkap di celah bawah lengan yang mengakibatkan bau badan.
  • Elakkan daripada memakai deodoren semasa korang sedang berpeluh. Ia akan membuatkan ketiak basah dan menambahkan bau yang kurang menyenangkan. . Seeloknya, cuci terlebih dahulu ketiak dengan tisu yang dibasahkan dengan air. Lap sehingga kering kemudian baru sapukan deodoren.
  • Elak daripada memakai bedak di ketiak kerana ia akan membuatkan ketiak kamu melekit serta boleh menghitamkannya.
  • Pemakanan juga menjadi faktor penting bau badan. Elak mengambil makanan yang banyak meggunakan bawang.

~ Psst2, jom jaga badan :)


Putihkan Gigi Kuning!


     Jika korang mengalami masalah gigi kuning, cubalah rawatan bleaching. Rawatan ini mampu mengatasi masalah gigi kekuningan akibat tabiat merokok atau banyak memunum kopi. Terdapat beberapa cara untuk melakukan bleaching yang boleh dilakukan sendiri atau berkunjung ke klinik gigi. Bagi kaedah yang dilakukan sendiri , ia dipanggil custom fit tray bleaching atau di klinik. Prosesnya tidak mengambil masa yang lama. Gigi hanya perlu disapu dengan gel pemutih  yang berkadar tinggi, boleh didapati di di farmasi atau klinik. Selepas satu jam, hasilnya amat memuaskan malah korang pasti terasa ingin senyum sepanjang hari!! Cuba ya... :)


~ Psst2, jom jaga gigi :)


KENAPA Buah Itu Penting?


  Mungkin kamu sering mengabaikan pengambilan buah-buahan dalam diet kamu kerana menganggapnya tidak penting. Kamu pasti mengubah tanggapan kamu selepas mengetahui khasiat buah-biahan seperti di bawah :-

80% dari kandungan buah-buahan berasaskan air!
Tubuh manusia terdiri daripada 80% air maka buah-buahan dilihat sebagai makanan yang membantu mengekalkan keperluan cecair dalam tubuh di samping membekalkan pelbagai keperluan vitamin yang cukup. Makanan kedua yang kaya dengan kandungan air ialah sayur-sayuran.

100% bebas kolestrol!
Meskipun tidak memerlukan sebarang label tetapi buah-buahan memang bebas kolestrol sepenuhnya. Ini berbeza dari kebanyakan produk dari sumber haiwan yang mengandungi banyak kandungan kolestrol yang tidak baik untuk tubuh.


~ Psst2, deno suka buah! (^_^)

BAIKNYA Jus!!



APRIKOT

Buah ini banyak mengandungi protein dan vitamin  seperti vitamin A, B, B2, B3 dan C. Buah bergizi tinggi ini sangat baik dimakan setiap hari. Aprikot tidak mengandungi kolestrol dan baik untuk melancarkan aliran darah. Lemak dari isinya baik untuk dijadikan krim pelindung.

EPAL

Buah epal banyak mengandungi magnesium, zat besi dan silikon, potasium, kalsium dan belerang. Epal juga mengandungi vitamin A, b dan C. Zat asam pada epal merupakan zat pembersih tubuh yang sangat baik serta dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh.

BAYAM

Merupakan makanan yang penting untuk alat pencernaan, baik untuk saluran makanan dalam tubuh seperti perut, usus kecil dan usus besar. Bayam mengandungi unsur potasium, sodium, kalsium, iodin, fosfor, magnesium, belerang dan zat besi. Selain itu, bayam juga mengandungi hampir semua vitamin seperti vitamin A, B, C dan E. Untuk mengatasi sembelit minumlah jus bayam sebanyak setengah liter sehari selama beberapa hari. Jus bayam juga berkhasiat mencegah penyakit gusi.

LIMAU

Semua jenis limau merupakan sumber vitamin C yang utama. Kandungan vitamin C membantu memperkuatkanjaringan otot-otot urat dan dinding pembuluh darah. Penderita gusi berdarah, gigi rosak dan sakit sendi dapat diatasi dengan segelas jus limau atau lemon setiap hari.

http://www.emocutez.com

~ Psst2, deno suka makan buah epal! (^_^)

BAKAR ROTI Ubah Khasiatnya?

     Apabila anda membakar roti, sebenarnya ada beberapa perkara akan berlaku. Sebilangan bahagian air di dalam roti akan diresap sehingga membuatkan roti menjadi kering dan ringan, Molekul karbohidrat di atas permukaan roti juga akan terlibat dengan reaksi kimia protein sehingga menyebabkan warnanya bertukar menjadi perang. Raksi ini dipanggil 'Maillard' dan ia tidak ada kaitan dengan nilai khasiat karbohidrat. Yang sebenarnya, ia hanya mengurangkansedikit kualiti protein sahaja.


~ Psst2, deno suka mkn roti.. (^_^)