Showing posts with label INFO Sihat. Show all posts

Tips Elak Letih Ketika Berpuasa

Kita mudah letih bila berpuasa.. Jadi deno nak berkongsi tips elak letih ketika berpuasa :)


1- Masa bersahur, ambil makanan yang cepat hadam contohnya  nasi, roti jagung, capati, oat, bijirin dan buah-buahan. Makan jenis ni ada karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan boleh melambatkan rasa lapar

2- Bila berbuka, lebihkan makan maknan cepat hadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah, sup dan bubur. Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera yang tubuh kita perlukan bagi mengganti bekalan yang digunakan siang hari

3- Makanan bergoreng / berlemak boleh sebabkan ketakhadaman secara tak langsung jadi pedih hulu hati.. Jadi kurangkan....

4- Makanan yang terlalu pedas dan berempah pun tak berapa bagus dalam suasana puasa sebab boleh merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik.Sesiapa yang mempunyai gastrik perlu elakkan makanan jenis ni^^

5-Untuk hilangkan dahaga, elakkan minuman berkafein dan berkabonat. Seeloknya minum jus buah-buahan atau susu atau air kosong. Banyakkan minum air ksoosng ketika bersahur dan berbuka untuk pastikan bekalan cecair cukup dalam badan ^^


**harap dapat membantu :)