Dayang Deno: INFO Sihat
Showing posts with label INFO Sihat. Show all posts
Showing posts with label INFO Sihat. Show all posts

7.7.14

Tips Elak Letih Ketika Berpuasa
July 07, 2014 8 Comments
Kita mudah letih bila berpuasa.. Jadi deno nak berkongsi tips elak letih ketika berpuasa :)


1- Masa bersahur, ambil makanan yang cepat hadam contohnya  nasi, roti jagung, capati, oat, bijirin dan buah-buahan. Makan jenis ni ada karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan boleh melambatkan rasa lapar

2- Bila berbuka, lebihkan makan maknan cepat hadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah, sup dan bubur. Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera yang tubuh kita perlukan bagi mengganti bekalan yang digunakan siang hari

3- Makanan bergoreng / berlemak boleh sebabkan ketakhadaman secara tak langsung jadi pedih hulu hati.. Jadi kurangkan....

4- Makanan yang terlalu pedas dan berempah pun tak berapa bagus dalam suasana puasa sebab boleh merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik.Sesiapa yang mempunyai gastrik perlu elakkan makanan jenis ni^^

5-Untuk hilangkan dahaga, elakkan minuman berkafein dan berkabonat. Seeloknya minum jus buah-buahan atau susu atau air kosong. Banyakkan minum air ksoosng ketika bersahur dan berbuka untuk pastikan bekalan cecair cukup dalam badan ^^


**harap dapat membantu :)



Reading Time:

4.9.13

Pentingnya Pemeriksaan Kesihatan!
September 04, 2013 8 Comments
Tanya pada diri sendiri.. korang tahun ini dah buat medical checkup? 

Kebiasaan masyarakat di sekeliling kita ambil mudah tentang kesihatan.. Rasa sihat, rasa kuat.. Jadi rasa tak perlu la buat medical checkup la ya...ish3.. salah tu!


ayat femes..

"aku sihat, buat apa buat medical checkup"

"ala nanti la.... aku busy"

"eii.... takut la pergi hospital.. nanti kena cucuk!"

Ayat2 macam ni sepatutnya tak boleh ada.. Kadang2 dalam sihat kita ada "sakit" yang tersembunyi. Bukan mendoakan sakit tapi medical checkup ni penting!

Boleh tengok kandungan urea, creatinin, gula dalam darah, kolestrol dan macam-macam lagi.. Pastu pemeriksaan tekanan darah, yang ni lagi ramai orang ambil mudah. Tiba-tiba kena strok sebab darah tinggi.. Ada juga yang tiba-tiba kena serangan jantung, kan bahaya tu? 

Paling kurang pun buatlah medical checkup setahun sekali. Kan mencegah itu lebih baik daripada merawat? ^_^



p/s: haaaa!! blood pressure korang hari ni berapa? deno 110/80 , yeay normal! ^_^


Reading Time:

30.8.13

Sayur Yang Boleh Meningkatkan Kadar Hemoglobin
August 30, 2013 14 Comments
HB deno rendah.. Awal bulan depan ada buat blood test pula.. Selain kena cucuk ubat, deno pun ada search tentang sayur yang boleh naikkan kadar HB (hemoglobin) dan ada juga rakan2 SLE yang beritahu...

Deno kongsikan dengan korang ya^^





p/s: jom makan sayur banyak2^^



Reading Time:

21.2.13

4 Jenis Makanan Turunkan Berat Badan!
February 21, 2013 12 Comments
Berat badan berlebihan? jangan risau...


haaaa.. deno nak kongsikan dengan korang senarai makanan yang boleh membantu menurunkan berat badan dan senarai ini dicadangkan oleh Alton Brown, Chef Selebriti dari Amerika^^

Makanan yang perlu diambil setiap hari :
  • Sayur-sayuran
  • Kacang
  • Lobak
  • Teh hijau
  • Bijirin
  • Buah-buahanang 
*bijirin kaya dengan kadungan fiber yang boleh buat kita kenyang, kacang pulak sumber protein yang terbaek tau... buah-buahan dan sayur-sayuran sangat berkhasiat dan rendah kalori!

Makanan yang perlu diambil tiga kali seminggu :
  • Yogurt
  • Kobis bunga
  • Brokoli
  • Kentang manis
  • Avokodo
  • Minyak ikan
  • Tauhu
*tauhu rendah kalori dengan protein yang tinggi daripada lembu kisar! kobis bunga dan brokoli pulak besar tau jasanya mencegah kanser dan yogurt sumber terbaik kasium!!

Makanan yang jangan diambil langsung :
  • Soda
  • Makanan yang diproses
  • Sup dalam tin
  • Semua jenis diet
*pemanis tiruan yang ditemui dalam minuman diet terbukti menyebabkan ketagihan, jangan mudah tertarik pada minuman diet tu tau..... ia juga boleh sebabkan lemak tersimpan di dalam badan!

Makanan yang perlu diambil sekali sahaja dalam seminggu
  • Daging merah
  • Kanji putih
  • Pencuci mulut
*pilihlan pencuci mulut yang sesuai dan bijaklah mengawal nafsu ya.... ^^



p/s: credit to iSIHAT

Reading Time:

3.11.12

Kurangkan!
November 03, 2012 13 Comments

Selamat petang semua :)

 

deno nak share dengan korang ni...
yang deno dapat dari dietition deno dua hari lepas

Makanan yang tinggi kandungan garam

Garam masakan
Garam halus, garam kasar

Agen perasa
Pati atau kiub contohnya kiub ayam, mayonis, sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap masin/manis, serbuk perencah . serbuk perasa (MSG)

Makanan yang diawet
Telur masin, ikan masin, sayur masin, taucu, jeruk buah, budu, cencaluk, udang kering, belacan

Agen penaik
Baking powder, sodium bikarbonat

Makanan terproses
Sosej, burger, nugget, makanan dalam tin (contohnya sardin, kacang panggan) ,snek



Nasihat dietition :

"kurangkan pengambilan garam yg tinggi dalam makanan .. garam penyumbang kepada penyakit darah tinggi atau high blood pressure.. pilih makanan yang betul"



p/s: fast food adalah makanan yang sangat banyak garam!


Reading Time: