Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Habit


Dah habit and perangai rakyat Malaysia..

Dapat gambar, dapat info, dapat cerita, dapat  whatsapp tu, dapat mesej ni.. Then forward forward forward.. Then kutuk kutuk kutuk.. Maki maki maki.. Caci caci caci.. Mengata mengata mengata.. Pastu forward forward forward lagi...

Tapi sebenarnya yang si mengforward tu tak tahu cerita tu betul atau tak, terus bulat mata dengan confident forward habis satu Malaysia dapat.. Then yang dapat tu pulak forward forward forward lagi.. Then semua berlumba nak jadi keyboad warriors... Yang jadi "wartawan" pun bleh tahan ramai ..Cuba ambil masa sekejap dalam seminit dan fikir

Kalau yg diforward tu hanya rekaan, fitnah semata-mata... KALAU la korang forward and cerita tu tak benar... INGAT, selagi ada orang percaya, selagi itulah dosa fitnah tu bertambah... Tak takut ke azab kelak? Nauzubillah ..!

Itulah orang kita ni, dah memang habit pantang dapat info sket terus sebar and forward tanpa tahu hujung pangkal kebenarannya... INGAT dan HATI-HATI

Jangan viralkan sesuatu yang korang sendiri tak pasti, yang tak sahih. Sebelum sebar pastikan ia benar,.... Kalau tak pasti, biarkan.. Allah tahu.

 ELAKKAN, JANGAN dan BERHENTILAH menjadi pendosa siber...




Jangan Mencela Makanan

gambar hiasan daripada mr. google

Aish terliur pulak tengok nasi ayam kat atas.. Nyum nyum nyum...

Ok sebenrnya deno nak share ceramah petang tadi kat TV3 tentang sunnah nabi. Sunnah nabi berkenaan makanan, cara Rasulullah SAW menghormati makanan.

Rasulullah SAW dalam hidupnya tak pernah sekali pun mencela makanan / berkata buruk tentang makanan apatah lagi complain tentang makanan... Betapa Baginda sangat menghormati makanan iaitu rezeki Allah SWT.. Jadi moralnya kat sini janganlah kita bercakap buruk pada makanan walaupun rasanya tak sedap, rasanya bukan kegemaran kita.. Kalau kita tak suka jangan makan atau pun diamkan sahaja. Ini adalah Sunnah dan sama-samalah kita amalkan... Elakkan daripada mencela makanan :)


p/s: makanan rezeki Allah SWT :)


Ramai Penderma Pahala Di Internet

Deno terpanggil nak share apa yang dikatakan oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.. 

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

Ramai yang saban hari menderma pahalanya di internet," demikian tulis Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul mengenai fenomena masyarakat kita kini yang menggunakan alam siber untuk mencerca orang lain. Menurut Dr Asri, 'derma' yang dimaksudkan sama ada dengan cara menuduh orang atau pun memaki dan mencerca orang lain.

"Sebahagian mereka merasa selamat di sebalik 'keyboard' mereka. Namun ALLAH tidak lupa," tulisnya di laman sosial Facebooknya, hari ini.

Tambah Dr Asri, golongan tersebut mungkin berasa puas hati dengan memaki ataupun mencerca orang yang tidak disukai, namun hakikatnya mereka sedang menderma pahala mereka untuk 'si mangsa'.

"Jika mereka tiada pahala, mereka sebenarnya sedang menolong si mangsa mengambil dosa-dosanya untuk dipikul di akhirat kelak.

"Kadang-kala, beruntung juga mereka yang menjadi mangsa," katanya lagi.

Dr Asri turut berharap pengguna media sosial agar segera sedar atas perbuatan yang dilakukan. Katanya, "Nabi Muhammad SAW pernah bertanya para sahabat baginda : 'Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?

"Jawab mereka: 'Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta'," katanya.

Tambahnya lagi, "...sabda Baginda: 'Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya.

Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka" (Riwayat Muslim)," tulis Dr Asri lagi


Kadang-kadang kita terlupa sedangkan Allah AWT tak pernah lupa... Semoga kita dijauhkan daripada sifat-sifat yang tidak baik... Nauzubillah....


p/s: ingatan untuk diri sendiri juga