Showing posts with label Insyaallah. Show all posts

Insyaallah..


Sepanjang 15 tahun dengan SLE ni, setiap tahun admit hospital walaupun dah jaga dengan baik, tetap nak sakit.. Target tahun ni sama macam tahun-tahun yang lalu iaitu ZERO ward.. Kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya.. Tahun lepas elok je sihat tiba-tiba malam raya sakit, orang lain busy susun kuih raya deno pula busy sakit sampai my mum pun tak dapat buat kerja.. Terpaksa admit hospital malam raya. Baru je deno masuk dalam wad, boleh pula nurse senyumm kat kite,,,,

"Yeay! Dayang nak nak raya dengan kita!!"

Geram tau nurse ni.. heheh.. Masa tu buat2 senyum tapi dalam hati sedih sebab terpaksa beraya kat hospital.. Tapi takpe la nak sihat punya pasal. Itu kali kedua raya kat hospital selepas tahun 2000. Sayu je dengar takbir raya di pagi raya. Nasib baik my mum ada temankan.. Insyaallah tahun ni dan tahun-tahun akan datang nak solat raya di masjid, beraya dengan family kat rumah, kat rumah saudara mara dan yang paling penting nak makan nasi tomato my mum di pagi raya.. 

Insyaallah :)