Showing posts with label Intubation. Show all posts

Deno Dan INTUBATION

Selamat malam semua :)

Hari ni deno nak berkongsi pengalaman deno dan INTUBATION. Kenangan pada tahun lepas. Sebenarnya dah lama deno nak kongsi pengalaman ni tapi asyik tertangguh. Hmmm.. Deno kena tarik nafas dalam-dalam dulu sebelum mula sebab biasanya deno rasa macam sesak nafas bila nak imbas balik kenangan pahit tu.. My mum cakap mungkin deno trauma.. Ermm entah la mungkin betul.

Untuk pengetahuan semua, intubation ini dibuat untuk memasukkan tiub dan belon bagi menggantikan fungsi jantung. Maksudnya macam ni, seseorang itu akan di'intube' apabila jantung gagal berfungsi dan hidupnya pada ketika itu adalah kerana mesin bantuan pernafasan dan kuasa Allah swt.

.................


Emm deno takkan pernah lupa apabila semuanya sakit, paling sakit bila nak bernafas. Seperti ada sesuatu yang menghalang untuk deno bernafas, kesakitan yang tak tertanggung rasanya.. Allahuakhbar! Deno ingat nak mati dah masa tu, sebab terlampau sakit. Allah... Sebak bila ingat balik, betapa doktor cuba selamatkan deno. Yang deno ingat ramai sangat doktor di sekeliling katil. Doktor juga minta izin untuk masukkan tiub. Masa tu deno redha sahaja sebab terlampau sakit. Sakit tak dapat bernafas, dada macam nak pecah. Tak lama lepas tu deno dah tak ingat apa-apa.. Deno lemah sangat then terus tak sedar a.k.a koma ~~
proses intubation
sebagaian alatan intubation
Ma cakap deno tak sedar 2 hari... Bila deno sedar, deno tak boleh bercakap sebab tiub ada di mulut. Tiub tersebut disambung ke mesin bantuan pernafasan hayat. Waya-wayar pula, berserabut di kedua-dua tangan dan badan deno. Deno tak dapat bercakap dan bergerak kerana dalam mulut dan salur pernafasan dipenuhi tiub.. Bila ingat balik, macam sedar dalam tak sedar. Semua putih sahaja.

Di dalam ICU, deno juga tak dapat makan atau minum sebab tiub dalam mulut.  Ryle tube dimasukkan oleh doktor ke dalam hidung hingga ke ruang perut untuk saluran susu. Yang deno ingat nurse berikan deno susu melalui salur tersebut. Deno kenyang dengan sendirinya dengan susu  yang disalurkan melalui ryle tube tu.  Tapi deno tak ingat bila  doktor masukkan ryle tube tu sebab masa tu deno dah tak sedar.

ryle tube
kedudukan ryle tube yang telah dimasukkan

Yang paling deno tak boleh lupa bila nak keluar ICU. Masa tu kan deno dah makin stabil dan nak pindah ke wad biasa.. Tiub pernafasan dalam mulut dan ryle tube tu perlu dikeluarkan. Pengalaman yang takkan dilupakan samapi bila-bila. 

First, nurse keluarkan ryle tube..\ Masa mula-mula nurse tarik dari hidung memang rasa pedih sebab nurse buat perlahan. Rasa tak selesa....

Then, nak keluarkan tiub dalam mulut ni.. Fuhh sakit! Nurse suruh tarik nafas dalam-dalam kemudian dia tarik perlahan-lahan macam tarik ryle tube juga.Rasa pedih dan sangat sakit! Sampai terbatuk-batuk deno bila tiub tu habis dikeluarkan. Dah la sakit, korang boleh bayang tak? Bila menelan pun sakit, rasa pedih kesan intubate. Dalam 2-3 hari juga deno tak makan. Just minum air sebab sakit. Doktor cakap sakit tu sebab luka kat dalam tu.

Deno syukur sangat2 Allah bagi deno peluang hidup lagi.. Deno pun berharap takkan lalui semua tu lagi.. Seksa sungguh rasanya, minta dijauhkan dari Tuhan.. In syaa Allah amin.. :)

video procedure intubation




p/s: deno taknak laluinya lagi.. sakitttt!!