Showing posts with label Islam. Show all posts

Heart


:')

Beradablah Ketika Menguap


 Menahan sebaik mungkin dan jika menguap, janganlah menganga terlalu luas hingga keluar bunyi

Ucaplah "Astaghfirullah" atau pun "A'uzubillah" bagi mengelakkan syaitan masuk badan melalui mulut yang terbuka luas

Menutup dengan tangan,   Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)

Tidak bersuara maksudnya jangan menguap hingga ada bunyi yang terlalu kuat



p/s: beradablah ketika menguap :)



Sunnah Nabi - Kelebihan Surah Yassin


Sayyiduna Ma'aqal ibn Yassaar (radiyAllau 'anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallAllahu 'alayhi wasallam) bersabda, 

"Yasin adalah kalbu dari Al Quran. Tak seorangpun yang membacanya dengan niat menginginkan Akhirat melainkan Allah akan mengampuninya. Bacalah atas orang-orang yang wafat di antaramu." (Sunan Abu Dawud). 



Imaam Haakim mengklasifikasikan hadits ini sebagai Sahiih (Autentik), di Mustadrak al-Haakim juz 1, halaman 565; lihat juga at-Targhiib juz 2 halaman 376
Sayyiduna Jund ibn Abdullah (radiyAllahu 'anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallAllahu 'alayhi wasallam) bersabda,
"Barangsiapa membaca Surah Yaseen pada malam hari dengan niat mencari ridha Allah, dosa-dosanya akan diampuni." (Muwattha' Imaam Maalik).
Imaam ibn Hibbaan mengklasifikasikan hadits ini sebagai Sahiih, lihat Sahiih ibn Hibbaan Juz 6 halaman 312, ( lihat juga at-Targhiib juz 2 halaman 377).



p/s: sama-sama kita amalkannya ^^


Sunnah Nabi - Cara Memotong Kuku


Sebaiknya potonglah kuku mengikut sunnah nabi :)

Ikutlah turutan seperti gambar di bawah


Kuku-kuku yang dipotong..
sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya
kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan manusia


hari disunatkan memotong kuku :

memotong kuku pada hari yang digalakkan adalah pada hari isnin, khamis dan jumaat.. tapi boleh je potong kuku pada hari-hari biasa, asalkan tak membiarkan kuku tak dipotong melebihi 40 hari.



p/s: selamat memotong kuku .. ^^


Bersangka Baik Pada Allah


Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

  1. Malaikat pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
  2. Malaikat kedua akan mengambil REZEKINYA
  3. Malaikat ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH (wajah pucat)
  4. Malaikat keempat akan mengambil DOSANYA
Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan hambaNya untuk kembali sihat, Allah akan menyuruh malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malikat Ketiga supaya memberi balik apa yang diambil oleh mereka.. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut.

SUBHANALLAH.. betapa Mulia dan Baik Hati nya Alla pada kita.. janganlah bersangka buruk kepada Allah ketika sakit, ucaplah Alhamdulillah kepadaNya..



p/s: sakit itu dugaan Allah pada hambaNya.. sesungguhnya Allah tidak akan menguji HambaNya melebihi kemampuannya.. :)

Rahsia Sunnah - Meniup Air Panas


Hadits Abu Sa'id al-Khudri radliyallah 'anhu, Bahwa Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam melarang untuk meniup di dalam
air minum." (HR. al-Tirmidzi no. 1887 dan beliau mensahihkannya).
... ...
Jadi meskipun panas, kita jangan meniup makanan atau air minum.

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum. Beliau tidak dapat menerangkn kenapa tp Beliau shallallahu 'alaihi wasallam melarang hal tersebut.

Ternyata.....

Dalam penelitian Science... air panas (H2O) bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2), maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka boleh mengakibatkan penyakit jantung.



SUBHANALLAH!!


#kredit GGB



p/s: minum air panas dengan hirup air tersebut, bukan meniup air tersebut baru minum..^^



JANGAN Dalam Islam



 

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.



sumber : fB kawan



p/s : malam-malam muhasabah diri.. :)


Air Tangan Orang Yang Tak Solat

       
          Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.



Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. 

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. 

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. 

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraka Mizan kelak.


★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali 
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh 
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". 
~Surah Al-'Asr.


~ Psst2, sama-sama muhasabah diri..


WHAT'S OUR EXCUSE??

 
  
   
  
  

What's our excuse????