Showing posts with label Jerebu. Show all posts

Diriku Bukan Alien Untuk Dijeling Dan Ditenung


Sejak mula deno sakit..

Memang deno pakai mask kalau jalan-jalan ke tempat ramai orang.. tak kira ke mana-mana, kalau tempat tu ramai orang mesti deno pakai sebab deno mudah terkena jangkitan kuman.

Kalau deno ke hospital melawat saudara sakit pun deno pakai mask. Ingat tak tahun lepas sampai nak kena operate kepala tu? Semuanya sebab jangkitan kuman dalam darah, sedangkan deno dah pakai mask.. Tapi, bila dah nak jadi, jadi juga kan.. Pakai mask ni sebagai perlindungan, bahaya kan, dengan cuaca jerebu, orang ramai yang macam-macam, boleh mendatangkan penyakit..

Bila pakai mask, perkara yang sering berlaku ialah dijeling dan ditenung orang sekeliling. Ingat deno alien ke? Pastu siap ada yang sindir2! Geram juga! Tapi buat tak layan je la.. borak2 dengan kakak sambil jalan2.. ^^


p/s: selepas sahur bertolak balik ke terengganu! hoyeah! ^_^



Sah Jerebu

Gambar diambil pukul 4.30pm tadi



KLCC pun tak nampak... 

Macam mana nak keluar ni.... nampaknya nak keluar nanti kena pakai mask la... ^^


p/s: jerebu lagi..


Tak Sihat Sebab Jerebu ?

view from 11th floor
Hari ini hari ke empat demam.. \

Hairan demam tak sembuh2.. makan panadol baik, kemudian demam balik.. mujurlah hanya demam, tak sakit lain..

Tengok bandar kl dari rumah kakak, jerebu... bukit2 nampak samar2, menara klcc pun kabur je... my mum dan kakak pun sakit tekak.. mungkin tak sihat ni disebabkan jerebu 



p/s: mujurlah demam ni demam biasa.. sendi tak sakit macam selalu.. boleh buat kerja lagi, hihi(✿◠‿◠)


Cuaca Yang Redup


Cuaca sekarang nampak redup.. 

Mungkin jerebu dah berkurang selepas hujan yang sangat lebat semalam.. Sekarang pun berangin je, takde lagi kabus-kabus .. Semoga jerebu akan terus hilang :)



p/s: tempat korang macam mana?


Kesan Jerebu Kepada Manusia


Kalau terdapat tanda-tanda seperti di atas ni.. cepat-cepatlah berjumpa doktor ya sebelum ianya menjadi lebih teruk...

Take care eveyone!


p/s: jangan lupa pakai mask bila keluar rumah! deno smurfly sayang korang :)


Terengganu Highlands

Jerebu dah hampir seminggu...

Tapi jerebu baru sampai kat kawasan rumah deno ni sehari dua ni.. Tapi hari ni lagi teruk, berkabus je kat luar tu, tingkap tak boleh bukak sebab habuk.. uhuk2!

Bila tengok kabus macam ni, nampak macam kat Genting Highlands pulak! Eh dah jadi Terengganu Higlands la! waaahhhh.... hehe :p


p/s: bila jerebu macam ni, nak keluar pun fikir patlimanamtujuh kali


Tips Jaga Kesihatan Di Musim Jerebu


Jerebu!

Deno ada beberapa tips nak share dengan korang apa perlu buat di musim jerebu:

- Pakai mask bila keluar rumah! *wajib!
- Minum banyak air kosong
- Bagi korang yang ada masalah penyakit asma, pastikan inhaler sentiasa bersama korang! 

Mujurlah dah banyak mask kat rumah deno, berkotak-kotak. Deno hari2 pakai mask, buat CAPD kan pakai mask... hehe.. ^_^


p/s: kawan2 loopie kat luar sana, jangan lupa pakai mask tau! nanti tak pasal2 sakit... take care everyone! :)