Showing posts with label KFC. Show all posts

Petang Tadi

Petang bersantai.. Deno pegi swimming kat Pusat Akuatik Kuala Terengganu. Tempat riadah yang paling peberet kat swimming pool la, lagi2 musim panas memang syok!^^ Tadi deno sorang je, biasanya dengan kakak tapi kakak kerja.. Kawan deno tadi makcik2 chinese je coz kat tempat 3 meter takde orang seusia deno.. Syok jugak kawan ngan makcik2 ni sebab diaorang friendly sangat2!!

Bila duk tempat yang dalam ni... yang syoknya bila kita menyelam boleh buat macam-macam style, bukan ada orang nampak pun. Yang nampak pun kalau makcik2 yang tengah menyelam tu.. Kikiki.. Nak cuba jugak selam sampai lantai kat bawah tu tapi tak sampai. Kak hanna sampai la, deno belum mampu lagi.. Alahai kakna kalau kakna ada kat best! :p

Dah selesai, bersiap semua call my mum.Hmmm, ma jauh lagi kat rumah kawan.. Duk tunggu2 tak best pulak sorang je kat luar then masuk dalam KFC (swimming pool memang kat KFC). Mulanya memang takde niat pun nak makan tapi sebab tunggu lama sangat, order la Snack Plate ~


Fast food, memang tak bagus tapi kadang-kadang ter"order" jugak.. Kuikuikui.. Mujurlah jugak deno order sebab my mum sampai lewat.. Isi sikit masa menunggu tu.. hihi^^


p/s: hmmm.. esok rasa macam nak ke libry pulak^^


KFC Set Jimat

Ada rupanya.. Lama tak ke KFC, semalam bersantai kat KFC dengan my sis... Ada rupanya set jimat yang murah...

Makan set ni pun kenyang.. Air siap boleh wat balik lagi, deno mana la habis minum air segelas tu..  Jarang makan kat KFC sampaikan tak tahu pun ada set jimat macam ni.. Mujur la ada set macam ni sebab kalau ambil yang Snack Plate pun susah nak habis ..

Jom lihat set lain yang disediakan ~


Bersantai kat KFC sebab nanti my sis dah nak habis cuti...


p/s: buang kulit ayam yang orang makan bunyi krup krap tu, makan isi ayam je.. itulah cara deno makan KFC sejak mula kenal KFC ~