Showing posts with label KK1. Show all posts

KK1

Bosan betul duk hospital.. Sebulan lebih dah rupanya.. Nasib baik 3 hari lepas my doc bagi cuti balik jap, siap ngan jarum kat tangan sekali balik! Huhuu... Even sekejap, dah hepi sebab dapat lepas rindu balik rumah jap kan^^  Please cepat sihat wahai badan....

............

Act kan, deno teringat pula kat KK1... 

Last month sebelum deno masuk wad ni.. Deno ke kl melawat kakak.. Deno pun ada pergi ke Institut Pediatrik, HKL bersama ma abah.. Rindu sangat2 tempat tu, tempat deno mula-mula dapat rawatan sejak ada SLE.. Deno dapat rawatan di situ sejak tahun 1999-2008, lepas tu barulah deno di"transfer" ke HSNZ..

WAD KK1, the best hospital ever!! Agghh rindu ngan Dr. Lim, Dr. Selva, Dr. Yap, Dr. Jazilah.... Sobss ... 

sempat la snap sikit gambar... :)

 
welcome  welcome!

 
on the way to WAD KK1

dalam wad ada beberapa bilik.. dan setiap bilik ada 4 orang patient
yang bestnya setiap patient khas ada 2 katil.. satu mak, satu anak :)

 
bilik rawatan CAPD.. rindu sangat tempat ni!!!

 
bilik permainan yang mesti deno pergi setiap hari bila deno admit lama.. bukan mainan je, banyak buku dalam ni.. macam library juga la.. best^^

 
di luar Institut Pediatrik.. bila warded, deno malam2 selalu datang duduk kat kerusi ni
deno datang duduk rehat dengan abah... sambil-sambil berangan nak balik :p

Dapat juga jumpa nurse yang jaga deno kat sana.. tapi tak sempat bergambar.. Doc pun tak ada.. Huhuu... Maybe next time kan.. 


p/s: takkan lupa KK1!