Showing posts with label Kad Raya. Show all posts

Kad Raya 2015

Budak spec and plappy^^

Tahun ni print sikit je kad raya.. Huuu tu pun last minute contact blogger Shida untuk print^^ Macam tahun2 lepas pun, deno print dengan kak Shida... and deno juga ada sponsor satu giveaway by blogger Sally last two weeks dengan kad raya Dayang Deno ni haaa... :p

Pada yang tak dapat jangan sedih tau, nanti deno update versi digital punya.. Siapa nak amik pun boleh... :)  Eh, next week raya!! 

Kad Raya Daripada Blogger


Hari ni dapat dua lagi kad raya daripada blogger ^_^ Bertambah koleksi kad raya blogger deno, kad raya tahun lepas pun masih ada, elok lagi deno simpan.. Ahaks deno suka kad raya! Boleh buat koleksi .. hihi^_^

Kali ni deno dapat kad raya daripada 6 orang blogger, jom kita terjah ! :

1- http://www.duniashida.com
2- http://www.irrayyan.com
3- http://greenhousera.blogspot.com
4--http://www.mialiana.com
5- http://sallysamsaiman.blogspot.com
6-http://ainimrashihah.blogspot.com

Terima kasih semua! Selamat hari raya juga daripada Dayang Deno :)


Kawan Lama

Tempahan design kad raya daripada kawan lama.. Kawan sekelas semasa form4 dan form5 di SS Kuala Terengganu^^

#copyright dayangdenodesign

Ezanie. 

Boleh dikategorikan nakal juga dulu sampai ada satu peristiwa yang sampai sekarang pun tak boleh lupa... BFF deno pun mesti ingat peristiwa tu sebab BFF ini la jadi tempat mengadu.. Tapi itu zaman sekolah, budak lelaki biasa la nakal tak habis-habis! Kalau boleh masa tu nak dushh dushhh je kan budak2 lelaki ni, kuikuikui... 

Tapi sekarang semuanya dah matang, bila tengok gambar pun dah boleh jadi bapak budak! Saya je tak besar2 kan Ezanie..Hihihiii... Jangan maraaa haaa Ezanie :p Btw, dia tempah design kad raya untuk family katanya.. Kesian tak dapat balik beraya coz on duty, Ezanie kerja atas kapal dan sekarang pun masih belayar...

Untuk awak, sabor yer... Takpe kerja tu kan satu ibadah...^^ Awak, selamat berhari raya di perantauan ... :)


p/s: nak siapkan doodle encik Ezanie ni, nak doodle katanya.. buatkan aje la kang tak pasal-pasal nanges budak tak boleh balik beraya ni


Akhirnya ...


Akhirnya settle.. Tinggal nak pos je^^

Boleh tahan la jugak tangan lenguh menulis alamat. Lupa.. Konon nak pos semalam.. Mana boleh! Terengganu Jumaat kan cuti.. Ahaks^^ Susun comel je kad raya ni, sebab bentuknya dalam bentuk poskad. Tak terlalu besar.. Pada semua, blogger atau bukan blogger, korang amik e-card hari raya nanti kat blog deno ya...^^

Nak print untuk semua tak mampu. Sabau je la... Btw doakan kad ni selamat sampai ke tangan tuan masing-masing.. In Syaa Allah ~


p/s: tahun ni paling banyak kot.. heee^^

Kad Raya Dah Sampai!

Designed by Dayang Deno l Printed by Shida Ridzuan

Alhamdulilllah kad raya yang deno tempah print dengan kak Shida Ridzuan selamat tiba petang tadi. Ini kali kedua deno menggunakan services daripada kak shida dan hasilnya memang memuaskan! Kad raya ni dalam bentuk poskad, saiz 800 x 560px ^_^


p/s: i love doodle! *tetiba*

Kad Raya Maksu

My maksu tempah design kad raya doodle dengan deno, maksu nak grey theme ~

family maksu 

Maksu nak bagi kat anaknya ifa, cousin deno yang sekarang belajar di Jepun. Tahun ni tahun pertama dia kat sana, jadi tak balik raya .. Btw, beberapa hari lepas ada chatting dengan ifa, katanya sahur kat sana pukul 2pagi! Berbuka pukul 7lebih macam tu.. Alahai sian ifa, takpe ifa itulah dugaan di perantauan kan :)

**take care ifa san ^^


p/s: tahun ni raya tak cukup seorang sepupu


Masih Tersimpan Rapi

Tadi santai selepas buat CAPD, terpandang satu sampul surat putih kat almari... Kenal sangat sampul tu sebab dalam sampul tu la tersimpan semua kad raya kiriman blogger untuk deno pada tahun lepas .. ^^


Mungkin ada kalangan kad ni korang kenal siapa pengirimnya? hehe.. Sayang tau kad comel2 semua. Masih tersimpan rapi. Suka kumpul kad2 raya macam ni.. Zaman bebudak dulu kad raya yang ada komik ringkas tu, best jugak. Memang syok berbalas kad raya ni... ^_^


p/s: hmm tak sabar tengok my kad raya siap print!^^

Ramai

Family kak Nazrina *doodle style

Ramai kan.. Best kalau adik-beradik ramai ni sebab bila semua berkumpul meriah! Adik-beradik deno 5 orang, semua gegirl. Bila berjumpa memang tak ingat dunia berbual.. Hihi^^ Btw deno baru selesai buat doodle, ada lapan semuanya dan ramai perempuan jugak! Lepas ni pun design untuk satu family... :)

Errrr mesti ada rasa nak termuntah pink coz deno asyik duk update design jer.. hahaha.. Sori yer uolls, namanya blogger kerjanya update blog kecuali busy melampau yang sampai nak pengsan *peace*


p/s: laju2 taip nak buat CAPD tengahari ~


xxxxx


COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com
Instagram : @dayangdeno
Facebook Dayang Deno Art

Kad Raya Dah Siap!

tengok abah tu nak jugak *peace*.. haha :p

Siap!

EH bukan kad raya, design kad raya DayangDeno yang dah siap.. hihi^^ Seharian duk ngadap mende alah ni la.. Lama betul lukis doodle family deno ni.. Kenapa ramai perempuan? Sebab my siblings semua gegirl plus my mum. So abah sorang je boboy.. hehehe..

Tema kad raya kali ni pinky gituuu... Ada blue turquoise dan purple sikit, sekarang tinggal print jela. Deno buat tempahan print dengan kak shidaridzuan. Murah je, free sampul dan free postage! Ini kali kedua deno tempah print dengan kak shida, memang terbaik! :)


p/s: tak sabar nak tengok hasil print! ^^


Kad Raya From My Wonderful Bf *AyuCandy :)

  photo LoveDupDap_zpsd531e3c4.gif


Sebenarnya dari minggu lepas saya nak buatkan entri ni untuk awak.. Tapi macam awak tahu, sehari sebelum raya saya masuk hospital. Raya pun di hospital... Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Apa yang awak risaukan terjadi juga.. Saya redha :')

Sebelum admitted, saya dapat kad raya daripada awak! Gembiranya saya!^^ Cepat2 saya bukak surat tu.. Nampak gambar awak terus saya tersenyum.. Saya tahu awak buat sendiri kad tu dengan seikhlas hati awak, saya boleh rasa. Seperti selalu, awak sahabat saya paling kreatif ^^


Saya suka sangat2 kad tu. Sampaikan kakak saya pun semua kagum, diaorang kenal.. "mesti ayu kan?" Itu soalan pertama yang kakhanna tanya :) Siapa lagi kalau bukan sahabat saya yang kreatif sorang ni kan? hihi..

Tiba-tiba saya teringat waktu kita belajar sama-sama dulu. Awak paling kreatif, saya suka sangat tengok hasil seni awak. Kita buat art sama2, kita lukis sama2. Saya pergi rumah awak, kita buat assignment sama2. Yang tu saya tak boleh lupa, siap gelak2 sambil komen lukisan masing2. Seronok kan masa tu? Kita banyak persamaan.. Kita sama-sama minat art, ayah kita polis, mak kita cikgu, kita anak bongsu dan kita lahir bulan yang sama! Bulan MEI! Hihi ^_^  Tersenyum bila teringat kenangan dulu2.. Bila lihat kad raya awak ni, terus saya teringat kenangan kita :)

Awak, niat saya nak tampal kad tu pada pintu bilik saya sempena raya, tapi saya sakit pula. Memang awak sahabat saya, semua firasat awak tentang saya tu betul sebelum saya warded.. Terima kasih awak kerana sentiasa di sisi saya, hanya awak sahabat yang memahami saya, susah senang kita bersama walaupun kita jauh.. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya dan menjadi sahabat saya. Kita, sahabat dunia akhirat, insyaallah

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maafkan segala salah dan silap saya.. :')


p/s: terima kasih awak, Ayu Nurhaslina Ayob  (。♥‿♥。) 


Kad Raya Daripada Blogger


Minggu lepas dan hari ni dapat kat raya daripada 4 orang blogger.. Hari ni baru update! Kakak2 deno pun hairan asyik dapat surat je...Surat2 yang deno dapat tu semuanya daripada blogger.. Hehe^^ 

Deno dapat kad raya daripada 4 orang blogger :



Jom kita terjah blog diaorang! ^^


p/s: terima kasih kepada kak shida, qaleshyaumairah, uzu dan azzah atas pemberian kad ini, selamat hari raya juga daripada dayangdeno :)



Kad Raya VS SMS

Selamat petang semua :)

Hari ni dah 10 ramdhan pun.. sekejap je masa berlalu kan... nanti raya.. kemudian deno ada final exam... nampaknya deno raya+study skali.. hihik

bila dah nak raya kan.. korang biasanya ucap selamat untuk raya kat kawan-kawan dengan kad raya atau SMS?

 

atau

  

mana pilihan korang?

deno sejak zaman budak-budak suka hantar kad raya... sampai sekrang still suka bagi kawan-kawan kad raya.. berhabis sikit pun tak kisah.. bila dah pakai henpon, deno buat dua-dua.. hantar kad raya dan SMS.. :)

seronok!!!beli kad raya banyak2.. tulis sikit2 then dah boleh pegi pos... biasanya deno akan list dulu nak hantar kat siapa.. deno hantar kat kawan rapat, kawan lama zaman budak-budak, ke wad2 yang deno biasa tinggal di hospital terengganu dan ke wad KK1 di institut pediatrik, HKL.. 

deno beri kad raya tak harap orang balas...deno harap orang yang terima kad raya tu akan gembira... seronok hantar kad raya ni sebenranya! tapi ada jugak sesetengah orang cakap membazir.. tapi tak kisah la apa orang nak cakap, memang deno suka hantar kad raya! 

korang macam mana?


p/s: semoden mana pun.. nostalgia kad raya tetap deno ingat dan deno laksanakan.. hihik... :)