Showing posts with label Katak Hijau. Show all posts

Katak Oh Katak

"Katak oh katak kenapa kau panggil hujan?"

Ingat tak lagu ni.. zaman budak-mudak memang femes lagu ni.. sekarang pun femes jugak.. selalu dengar anak buah nyanyi..  :)

cerita pasal katak deno share kejadian baru-baru ni yang berkaitan katak.. :p


unik katak hijau bermata merah ni kan!

satu pagi, deno nak pergi kenduri dengan ma.. hari tu macam mana la deno rasa nak pakai kasut.. memang nak cepat.. deno dah tak cek ke apa kasut tu terus pakai...

tiba-tiba deno terasa lembik-lembik.. sejuk je benda tu dalam kasut! eh.. apa pulak ni.. masa tu tak terfikir la apa-apa.. deno cuba masukkan kaki lagi.. tiba-tiba benda tu bergerak! terkejut deno, cepat-cepat deno alih kaki.. dalam hati dah fikir, eh ada katak ke?

deno tunggengkn kasut tu.. ada seekor katak kecik dalam tu! "aaaaaaaaaaa! abah tolong! katak!eiiiii geli geli!" terlompat-lompat deno sambil terjerit. sampai nak jatuh sebab terlompat-lompat, nasib baik tak terpijak katak tuh!

abah dalam rumah cepat-cepat keluar.. ingatkan deno kena apa... abah datang kat deno.."laaaaa... katak je... tu pun takut, meh abah amik.." abah terus amik katak tu.. yang geramnya abah amik katak, pastu abah nak bagi kat deno.. menjerit deno sambil berlari masuk rumah.. abah ketawa pulak kat deno! rasa nak gigit je abah masa tu.. hehe :p




p/s : kenapa perempuan geli katak.. semua orang lelaki tak geli eh? anak buah deno yg lelaki kecik tu pun tak geli katak.. korang geli katak tak?