Showing posts with label Kebaiakan Limau Nipis. Show all posts

Limau Nipis

Selamat petang semua:)

Haaa.. kenal tak buah limau nipis? Sebenarnya deno nak cerita tentang limau nipis. tadi ada terbaca buku di perpustakaan... ada cerita tentang limau nipis... jadi deno nak kongsikan dengan korang.. dapat menambah pengetahuan kan?

  

limau nipis baik untuk kesihatan!

Penjagaan kulit
Jus dan minyak limau nipis sangat baik untuk kulit. Ia boleh melindungi kulit! Jika digosok pada badan boleh mengurangkan bau badan yang kurang menyenangkan.

Selesema
Limau nipis mempunyai antiviral yang sangat kuat dan boleh menentang jangkitan. Jika selesema, perahkan buah limau nipis dalam setengah liter air panas.. kemudian tambahkan sedikit madu untuk menyedapkannya dan minum

Taun
Dalam kajian juga menunjukkan paras asid yang tinggi dalam limau nipis berkesan untuk menghalang dan membunuh bakteria taun dalam makanan. Jadi, jika berlaku awabak taun, minumlah jus limau nipis dengan kerap ya..?

Bengkak gusi
Bagi yang mengalami masalah bengkak gusi.. ambil segelas jus limau nipis yang diperah segar dan dicairkan dengan air (dicampur air).. tambah secubit garam kemudian minum

Sakit tekak
Campur satu bahagian jus limau nipis dengan air... gunakan untuk berkumur bagi melegakan sakit tekak. Boleh ditambah secubit garam laut untuk mendapatkan kesan yang lebih.



p/s: deno minum air limau nipis suam semasa sakit tekak. itu petua dari nenek deno dan ia memang mujarab! :)