Showing posts with label Kemaskini BRIM 4.0 2015. Show all posts

Syarat-Syarat Kelayakan BRIM 4.0 2015

Kenaikan kadar BR1M bagi tahun 2015 diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 yang berlangsung di Parlimen pada 10 Oktober 2014

Rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M berdasarkan kriteria ditetapkan.. Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun 2015  juga lebih dikenali sebagai BR1M 4.0 yang merujuk kepada sudah empat kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat berkelayakan

Berikut adalah info tentang syarat kelayakan kategori berserta nilai yang bakal diterima dan cara permohonan terutamanya kepada pemohon baru BR1M :


KATEGORI ISI RUMAH

RM950
StatusWarganegara Malaysia
KriteriaSeorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar BulananRM3,000 dan kebawah (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
  • RM300 : 28 Januari dan 28 Mei
  • RM350 : 28 September

RM750
StatusWarganegara Malaysia
KriteriaSeorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar BulananRM3,001 hingga RM4,000 (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
  • RM200 : 28 Januari dan 28 Mei
  • RM350 : 28 September

  • Kategori isi rumah dan warga emas layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun

Info Skim Khairat Kematian
  1. Skim Khairat Kematian akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015
  2. Maklumat waris perlu didaftarkan secara online atau manual (guna borang)
  3. Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad kepada suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak sahaja

KATEGORI INDIVIDU

RM350
StatusWarganegara Malaysia
KriteriaIndividu (bujang)
  • Berumur 21 tahun ke atas
Pendapatan Kasar BulananRM2,000 Kebawah
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sekali gus mulai 28 Januari 2015
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2015 bagi kategori Bujang


Sumber

Kemaskini BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 Online

Permohonan (BRIM4.0) Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015 kini sudah dibuka mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2015 akan menyebabkan permohonan gagal diproses.

Permohonan anda boleh dibuat secara online. Jom kemaskini permohonan di laman web : https://ebr1m.hasil.gov.my. 




Kemaskini Borang Permohonan BR1M 4.0 Tahun 2015 Online

https://ebr1m.hasil.gov.my/
http://www.hasil.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/