Showing posts with label Kenangan Dalam Wad 2011. Show all posts

Ribut dalam wad

            Petang ini hujan sangat lebat... Sehingga terasa tempias air hujan... Deno harap hujan lebat nie tak melarat sampai ke malam.. Bukan apa, kalau melarat, takut jadi ribut macam dua malam yang lepas.....

Ingat lagi... Masa tu pukul 8 malam lebih.. Tiba-tiba angin kencang, kuat sangat... Angin bercampur air hujan. Hospital kat tepi pantai, makin kuat angin tu... Walaupun dah tutup semua tingkap, angin masih boleh tolak tingkap tu.. Betapa kuatnya ribut angin malam tu.... Masa tu deno berdebar dah coz habis peralatan nurse berterbangan..... Habis basah baju kena hujan dari luar.. Macam mandi hujan pun ada...

Masa tu kelam kabut dalam wad, dengan suara makcik2 yang menjerit... Ada yang melaungkan "Allahuakbar", ada yang baca2 surah al-quran... Memang ngeri bila ngin kuat... Rasa macam bergegar je bangunan hospital... Betapa kuatnya angin tu, habis bawak air hujan masuk n habis basah orang dalam wad... Memang kelam kabut!

Ada la sorang nenek tua tu, nasib baik la masa duk kelam kabut tu nurse tarik katil ke bahagian tengah coz dah banjir kat tepi.. Baru je tarik nenek tu tiba-tiba... Prangggggg!! Ada siling runtuh betul-betul jatuh kat tempat asal nenek tu... Nasib baik la cepat alih nenek tu... Kalau tak deno pun tak tahu la macam mana... First time deno duk wad ada kejadian macam 2 malam lepas.....


~Psst2, banyak kali ribut kat terengganu sekarang...



Tosey

            Pagi tadi terbangun lewat pula.. Biasa dalam 6 setengah dah bangun.. Emm... Best tido semalam coz sejuk kat sini.. Biasa la hospital betul-betul tepi pantai, jadi angin tu selalu ada... Memang sejuk....

Pukul 8pg dah turun ke unit nefro, buat dialisis n buat dressing skali... Kali nie nak jalan kaki je.. hehe.. Deno dah rasa sihat sikit memang nak berjalan, tak nak ma tolak ngan wheelchair.. Rasa macam ornag sakit teruk pulak... (^_^)

Balik je dari nefro tiba-tiba nampak nie atas meja....

google

Ada tosey! Rupa-rupanya makcik sebelah yang bagi... Katanya dayang kan batuk dan demam tak boleh makan yang minyak-minyak. So, dia carikan tosey untuk deno... Baik betul makcik... Anak makcik tu pun kena sle.. Sama macam deno cuma dia baru je kena...

Hmm... Da ada makanan free, makan je la... Lagipun dah bosan makanan pagi kat sini, roti sekeping n telur sebiji... Kadang2 baru je makan rasa lapar balik... Biasa deno makan nestum je bila rasa lapar waktu macam nie, dah ada tosey jadi boleh la makan lagi.....


~ Psst2, lama tak makan tosey.....



Deno Kat Hospital

            Selamat malam semua... Dah lewat nie.. Sunyi je suasana kat wad ini, ramai pesakit dah tidur... Ada juga yang berbual-bual sebelah-sebelah katil... Deno belum mengantuk coz siang tadi banyak rehat, tidur... Malam nie mata tak berapa nak mengantuk....

Bulan nie bulan final exam... Deno dah amik dua paper exam kat sini... Tak seronok buat exam sorang-sorang.. Dah la tak study mana, tau je la duk hospital... Mula-mula duk hospital banyk tidur je.. Tiba-tiba kena amik exam..

Nurse...? Nurse sekarang sibuk menyorong troli ubat-ubatan dan jarum-jarum dan tak lama lagi sampai la waktu nak suntik ubat.... Okey, kita letak nurse tepi dulu....


Deno masuk wad sebab demam panas... Suhu badan deno mencecah 40 darjah... Memang sampai menggeletar satu badan... Pastu, deno jadi sesak nafas dan sakit dada... Rupa-rupanya paru-paru kena jangkitan kuman bila doktor tengok xray... Patutlah ketat je dada bila nak bernafas...

Doktor cakap pesakit sle macam deno memang mudah diserang demam panas kalau tak dijaga, lepas tu, mudah kena jangkitan kuman.. Nie semua sebab sle, antibodi badan deno lemah... Tu mudah kena jangkitan...

Emmm... Masa demam panas sangat tu, ma cakap deno jadi tak sedar... Bahaya jugak kan demam panas nie... Doktor beri ubat ikut line supaya cepat berkesan sikit.. Nasib baik tak banyak kali cucuk macam dulu tu...  Tapi alhamdulillah deno da makin sihat.. Terima kasih buat semua sahabat deno yang selalu mendoakan kesihatan deno... Hmm.. Nie tak tahu la bila boleh balik nie, doktor gtau nak scan jantung pulak... Bosannya duk hospital nie...


~ Psst2, terima kasih kakydia sudi buat entry kat deno... 





Deno harap sangat..

     
       
       Mengikut perjanjian doc dengan deno sebualn setengah yang lalu, hari nie merupakan hari last dan sepatutnya deno boleh balik umah da... Tapi kena buat eco ( scan jantung ) dulu.. Nak tengok jantung deno okay ke tak selepas 6 minggu masuk ubat. Harap-harap okey lah.. Tak perlu nak kena cucuk hari-hari duk hospital. Kalau okey, boleh sambung ubat tablet je kat umah....

Harap sangat-sangat dah okey... Doc cakap dalam tengahari nak buat eco tu. Emm, kat mata deno nie terbayang rumah dah, dari minggu lepas lagi menghitung hari. Emm..


~ Psst2, doakan deno ya... 



Masin betul mulut doktor!


            Hari nie teruja betul deno! Bukan apa tempoh untuk tamat ubat tinggal satu hari lagi iaitu esok! Itu yang deno rasa teruja dan gembira sangat. Tak sabar-sabar dah rasanya nak keluar dari sini. he2..


Cuma yang tak bestnya, walaupun tinggal sehari lagi... Masih nak kena buat line baru.. Ikut hati tak nak dah coz semua dah lebam-lebam dan bengkak.. Doktor la nie, semalam dia datang kat deno  tengok line yang dah ada bengkak ke tak. Deno cakap belum.. Tapi doc tu tak percaya, dia tekan-tekan sikit  kat lengan. Pastu dia cakap... "esok bengkak la tu, nanti boleh la saya cucuk kali terakhir sebelum dayang balik...."... Dia senyum.. Deno harap2 sampai la 3 hari sekurang-kurangnya. Tapi, memang masin betul mulut doc tu.. Pagi tadi da bengkak n line kena cabut....

terpaksa pasang yang baru...
 Hmmm... Sabo je ler....


harap2 yang nie terakhir!
(~_^)
~ Psst2, satu hari lagi!



Seminggu


            Lewat lagi hari nie. Satu hari tak bukak laptop coz deno busy buat notes untuk semester depan. Dari pagi, deno buat notes tu. Nanti senang sikit, bila mula semester, kita dah tahu apa nak belajar. Dah siap enam topik deno buat notes tadi. Penat pula rasanya, jadi malam nie deno ber"blogging" la... hehe... Mula- mula on9, terus ke blog GGB, dah tahu mesti ada entry baru. Happy sangat2 coz dapat lepas rindu kat ayuCandy bila tengok video tu... lepas nie, baru blogWalking.. heee (^_^)


Hari nie juga, deno rasa hepi coz tujuh hari lagi tempoh ubat deno tamat dan bermakna deno ada seminggu lagi nak balik! Yeay!! Sekejap pula rasanya, pejam celik pejam celik tinggal seminggu lagi. Masa minggu pertama kat hospital nie, deno rasa lambat betul masa berlalu.... Tapi siapa sangka kan, deno dapat harungi tempoh sebulan kat sini... Alhamdulillah....

Doktor cakap, walaupun boleh balik nanti, deno tetap kena makan ubat. Emmm... maksudnye bertambah la ubat deno, ubat untuk SLE n kidney, pastu ubat untuk penyakit jantung. "Date" dengan doktor pun bertambah la, selain dari pakar nefrology, nanti kena jumpa pakar kardiology pula. Malas betul nak pegi hospital banyak kali, nanti mesti kena skip kelas...... Alahai........


~ Psst2, seminggu lagi! (^_^)


=_=


            Lewat pula hari nie deno on9. Bukan apa, betul2 takde mood nak blogging. Semuanya gara2 doc perempuan tu la... Sehari dua  hari lepas lengan deno bengkak2 kena cucuk banyak kali... Sampaikan takde tempat dah nak cucuk, bila sentuh lengan pun sakit. Jadi, deno tanya la cik nurse nak ubat tablet pula ganti ubat ikut line tu. Tak tahan rasanya, kadang2 rasa nak menangis pun ada.... Nurse cakap ada, deno pun hepi la ingatkan makan ubat tablet je la, tak payah buat line. Tapi tak boleh, kena cucuk jugak.... T_T



Rasa nak menjerit, menangis, geram pun ada.. Habis sume orang deno marah hari.. Tak ada senyuman untuk nurse, doktor dan siapa2 yg datang kat bilik deno hari nie. Orang yg hantar makanan n makcik yg menyapu tu pun sama.. Biasa hari2 deno senyum je kat diaorang sejak masuk wad. Hari nie hilang terus mood.. 

Hari nie, doktor yang kena jaga deno doktor baru, doktor lelaki. Dr azamani dah tukar ke wad lain, kiranya nie doktor ketiga la yang jaga deno sepanjang dalam wad nie. Dalam pukul 3petang tadi, dia datang kat bilik, nak buat line.. Deno buat tak tahu je, menulis, uka pun muram..... Sebenarnya deno nak bagi je dia buat, cuma masa tu memang takde mood langsung nak bercakap!

Dia senyum, dia cakap la bla bla bla dan bla pujuk deno. Deno masam je tapi dengan berat hati bagi jugak lengan untuk buat line. Hmm, comel doktor lelaki baru nie, deno dah lupa nama dia. Dia buat hati2, lembut je masa mula2 nak cucuk tu... Dia senyum lagi sambil cakap2 dengan deno, tapi deno masam jugak... Cukk! Sekali je dia cucuk terus dapat line, deno pun tersenyum.......... :)


~ Psst2, mood dah okey.. (^_^)


FoBia


            Seperti biasa setiap hari deno mesti kena cucuk.. Line yg baru dapat semalam bengkak dah.. Dah kena cabut pun pagi tadi. Biasa la, ubat deno tu yg buatkan urat cepat bengkak.. Pukul 10 pagi tadi, dr azamani yang ensem datang nak buat line.. 3 kali cucuk tak dapat jugak, hasilnya, 3 tempat bengkak biru2.. Deno tuam ngan air panas je la.. Nak buat macam mana, nasib tak baik. Doc cakap petang dia datang lagi, bagi deno rest dulu. Lengan deno sekarang nampak berisi sebab bengkak kena cucuk.... kelakar kalau tengok!

Nasib baik deno dah biasa kena cucuk.. Kalau orang yang tak biasa, tentu fobia coz tak tahan. Ma deno akan cakap..." sabar la, nak baik kan...." kalau deno tak tahan kena cucuk. Bercakap pasal fobia, deno tak fobia atau takut ngan jarum. Sejak sakit, memang selalu kena cucuk. Sestengah orang, bukan sahaja jarum dia fobia, hospital pun dia fobia.


Deno pun ada fobia....! Deno fobia sangat2 kat tempat tinggi... Gayat tu!! Kalau tingkat tiga pun tak boleh tengok bawah.. Rasa gayat! Paling teruk bila deno tengok TV pun rasa gayat. Kalau deno tengok rancangan contohnya macam Amazing Race yang kena buat aksi dari tempat tinggi... Sampai berpeluh tangan deno, kepala dan kaki jd macam nak kebas.. Teruk kan? Padahal dalam TV je... Tengok gambar pun boleh jadi gayat!

gambar yg buat deno berjaya buat deno gayat!



Satu lagi deno fobia ngan cicak n katak kecik... Eiii.... Geli sangat2 lebih2 lagi kalau katak kecik tu 'ter'masuk dalam kasut  pastu kita pakai kasut tu. Cuba bayangkan, rasa lembik2 sejuk... Gelinyeee! Kalo cicak.. Lagi la geli... Fobia2..... Kalau nampak 2 ekor makhluk Tuhan nie, deno akan terjerit-jerit dan terlompat-lompat.. Memang tak boleh tengok! Rasa semacam je... Gelii!!


~ Psst2, korang ada fobia tak...? (^_^)



10 hari lagi?


            Alhamdulillah.. Pagi-pagi pukul 6 tadi, dr. azimah datang nak buat line. Sekali cucuk je, terus dapat.. Betul2 kena ngan urat lengan. Pandai doc buat, deno tersenyum je bila senang dapat line.. Tak perlu cucuk banyak kali macam doc yang semalam. Dr Azimah baik, dia tak datang semalam coz dia nak bagi deno rehat..  ThankS doc!! :)


Deno bukak buku, tanda untuk hari nie.. Kira-kira, ada sepuluh hari lagi di hospital.. Emmm.. tapi belum tentu dapat balik lepas sepuluh hari tu.. Hari-hari deno kira, bila boleh balik. Harap-harap dr. sapawi pakar jantung tu tunai la janji dia nak bagi deno balik lepas 6 minggu.. Kalau tak mungkin hujan kat dalam bilik nie tak berhenti dan siapa tahu, mungkin banjir pula.... Sebabnya deno berharap boleh balik rumah lepas 6 minggu.. I wonder................. 


~ Psst2, deno menghitung hari.........


Sakitnyeeee!!


        Adehhhh!! Sakitnyeeee!! Dah..! Stop! Malam nie hati tak senang. Da bengkak, biru pulak tu, berdenyut-denyut campur rasa perit pulak tu.... Tak tau nak ilangkan sakit macam mana, deno just tuam dengan air panas je...

Kenapa??

Line yang baru pasang pagi tadi da kena cabut coz bengkak. Jadi, tadi doc nak masukkan line baru... Empat kali cucuk tapi tak kena line yang betul jugak. Salah satu daripada empat tempat cucuk tu bengkak besar sangat... Sakitnyeeee.... Dah tuam tapi bengkak lagi n berdenyut-denyut, Tangan tak boleh lurus, sakit....


Ubat pukul 6 petang tadi dah terlepas... Ubat pukul 12 malam pulak, tapi line baru belum pasang... Doc tadi dah tak berani nak cucuk, sekarang tunggu doc lain pulak. Apalah pula nasib deno lepas nie. Harap2 senang dapat line... Emmm...

~ Psst2, lengan masih sakit... :(


AKI Datang!!


             Semalam ada suprise lagi! Aki and the geng datang melawat deno kat hospital! Nie la penangan blog kan... Tapi kan, kesian Aki ngan kekawan dia.. Masa Aki datang tu, deno turun ke unit nefro buat dressing... Jadi, kita jumpa kat bawah je tapi sempat la jugak berbual... Mesti lama Aki tunggu kat bilik... Kesian sangat! Terima kasih Aki datang melawat deno! Roti yang Aki bawak sedap, makan ngan milo pulak... hehehe.. ThankS Aki!!! 

My Photo

Jom kita pakat2 pegi blog Aki dengan tekan SINI

~ Psst2, hepi blogger datang melawat lagi! (^_^)


SeBuLan @ 30 HaRi


             Genap sebulan deno di hospital untuk rawatan kali nie.... Tiba-tiba rasa rindu dan teringin balik umah hari nie... Rindu ngan bilik sendiri.. Nak tido atas katil sendiri, tengok cermin sendiri, nak guna almari sendiri... Yang penting rindu selimut pink kesayangan kat dalam bilik tu!

Sepanjang sebulan kat hospital nie, macam-macam perkara dah berlaku... Peristiwa deno sedih coz nak balik umah, banyak kena cucuk la , mood tak baik , masuk ICU , sahabat yang meninggal , bloggers datang melawat deno dan macam-macam lagi... Semua ada peristiwa yang suka dan duka..


Deno berharap masa cepat laa berlalu coz deno rasa nak balik je hari nie... Tak tau nape.... Emmm...


~ Psst2, nak balikkkk!!!!!! (=_=)


Kek Coklat Lagi!

          
          Yeay! Deno hepi sangat2 coz semalam deno dpt makan kek yg deno idam-idamkan sangat tu. Si ammar yang comel datang lagi ke hospital n dia bawak kek coklat peberet deno! Secret Recipe cake! Ammar nie kan, tak sempat deno nak minta ma belikan dia da bawa.. Puas ati sgt2 dpt makan, dah la dapat dua! Terima kasih ya ammar....!! Jom kita kenal ammar yang baik hati dengan tekan SINI! (^_^)

chocolate cake from secret recipe..
emmm... sedap.... :)





~ Psst2, puas ati dapat makan kek coklat! :)

NOtes : Ammar, jaga elok2 kure2 tu tau... slalu cakap ngan die nanti die monyok pulak.. hehe.. thankS sudi adopt die.. (^_^)


DEMAM

            Malam nie deno demam la.. Tak tau kenapa, dalam seminggu nie tak demam pun.. Deno rasa deno demam coz rindu nak balik rumah kot.. logik ke..? Hmm.. entahlah... Rasa loya je, tak lalu nak makan. Nie pun makan gula2  cloratates, rasa dingin sket dalam mulut... Deno pesan abah beli 100PLUS.. Tetiba rasa nak minum, beri tenaga sikit... Harap2 esok okey..

Deno tak apa2, ma pulak yang risau lebih. Macam2 dia tanya deno bimbang deno rasa sakit... Hmmm.... Itu lah namanya ibu kan..........

KEK COKLAT


           Setelah 26 hari di wad hospital nie, hari nie tiba-tiba je deno teringin makan kek coklat. Tak tau nape. Mungkin sebab deno jemu dengan makanan hospital yg tawar je... Takde rasa.. Kalau ingat kak coklat yang manis dengan rasa kokonya tu, lebih2 lagi atas kek ditabur dengan gula-gula comel yang manis2 belaka. Deno teringat pula kek coklat yg ma biasa ma buat... emmmmmmmmm.... sedapnya...... tapi deno boleh berangan je coz kena tunggu keluar hospital dulu baru boleh makan kek yang ma buat...

Jom pejam mata sama2 deno membayangkan makan kek coklat yang manis dan sedap..... emmmmmmmmmm..... sedapnya kek nie.......







*google

~ Psst2, meleleh ayaq liuq..... 


Suprise....!


            Suprise lagi! Petang tadi, deno turun ke unit nefro untuk buat dressing.. Deno turun dengan ma, abah n kakObi. Ma n abah balik, tinggal deno n koBi je kat unit nefro tu. Selesaai je buat dressing tu, deno naik ke wad dengan koBi semula. Masuk je bilik kan, tiba-tiba............ deno nampak nie atas meja!


KFC!

Terkejut deno! Kalau tak silap, ma n abah xde beli KFC pun... Orang sebelah cakap kawan yg hantar.. Deno n koBi mcm tertanya-tanya siapa yg hantar... Deno fikir mungkin kawan sekelas.. Mula deno bebel sorang2... Nie la kalo suprise2 nie, kan rugi x dapat jumpa deno... Pastu, perut pulak lapar, deno fikir da ada org beri jadi tak baik membazir.. hehe.. deno pun makan la ayam KFC yg telah lama diidamkan.. Sejak masuk hosp nie, deno pernah minta ngan ma nak mkn KFC tp ma tak bagi pun.... Jadi, deno makan la.. :p

Alhamdulillah... Kenyang... Lepas je siap makan, tetiba masuk la seseorang yg comel2 yg deno kenal baru beberapa hari nie... Rupa-rupanya, si ammar yg datang melawat deno hari tu! Terkejut pulak sekali lagi... Alahai ammar... Rupanya awak.... KFC tu ammar la yg belikan! Deno berterima kasih sgt2 kat ammar coz susah2 belikan deno KFC tu dan datang lagi jenguk deno... Banyak juga yg kami bualkan tadi, ramah juga ya ammar nie ya..  :)


thankS ammar!! ^_^


~ Psst2, tak sangka dpt makan KFC td.... heeee :)


Hari ke Dua Puluh Lima

            Hari nie hari ke dua puluh lima deno di hospital. Jadi, kira-kira tinggal 17 hari lagi untuk deno pulang ke rumah.. Tak sabar betul.. Hari2 deno tengok kalendar yg deno tulis, memang tak sabar nak keluar dari hospital, hirup udara luar pula.. Dah jemu bau ubat, bau hospital nie.. Pejam celik pejam celik da dekat 4 minggu deno di hospital.. Macam2 dah perkara berlaku... Alhamdulillah deno makin sihat..

Sejak keluar ICU, deno rasa lebih tenang berbanding mula2 duk wad dalam minggu pertama.. Masa minggu pertama tu, deno tak tahan selalu kena cucuk, tukar line... Sekarang, deno tak kisah dah doktor nak buat apa pun.. Kalau line bengkak n kena tukar, deno tunggu doktor sampai tengah mlm untuk tukar line baru... Untuk ambil darah yg selang sehari tu, deno mesti tertunggu-tunggu doktor datang untuk amik darah.. Tak tau kenapa deno rasa tenang je.. Tak rasa berdebar-debar pun, deno pun hairan...

Deno lihat kat lengan lebam2, biru2 dan banyak kesan kena cucuk... Rasanya kalau dikira mungkin lebih dari tiga puluh... Line kat lengan pula hari nie dah masuk yg ke dua belas... Tapi tak kisah la, ma cakap deno kan nak baik.... Teringat juga kat besfren deno, GGB.. KakLM yg baik hati... TokEsah, si Ammar serta bloggers yg lain yg sentiasa doakan deno.. Berkat sokongan mereka juga deno rasa lebih bersemangat untuk sihat..

Deno juga tak sabar nak balik, nak jumpa anak buah deno kat umah... Adam Khaleef, lama tak jumpa. Rindu sangat2! Baru nie pun, deno jumpa kejap je dia lepas 2 hari kuar ICU... Rindu nak main dengan dia.. Alahai Adam, cikcu rindu la... Anak buah yang dua orang lagi da balik Johor lepas 2 hari deno kuar ICU... Nak buat mcm mana, kaklong duk sana.. Kalo rindu pun tengok gambar je...

anak2 buah kesayangan deno

sarah aina aka kakak

amir amsyar aka amca

adam khaleef aka khaleef

~ Psst2, 17 hari lagi nak balik! :)



AL-FATIHAH


            Hari nie deno rasa ralat dan sedih coz tak sempat jumpa sahabat yang sakit SLE sama seperti deno yang berada dalam ICU hari tu. Masa deno dalam ICU tu, dia pun ada sama2 dengan deno.. Deno tak sempat jumpa dia coz sahabat tersebut telah meninggal dunia semalam di ICU jam 8 malam dan jenazah telah dibawa pulang oleh bapanya. Deno tak sempat nak kenal dia dengan lebih dekat.. Allah swt lebih sayangkannya. Deno mendoakan arwah bahagia di sana dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman... AL-FATIHAH.....


~ Psst2, deno bersyukur dipanjangkan umur.....


TokEsah n Ammar


          Deno teringat semalam... Peristiwa yang deno tidak dapat lupakan... Macam-macam perasaan masa tu.. Terkejut! Tak sangka.. Maluuu...! Segannya!! Alahai, malu pula deno kali nie.. Deno memang tak sangka peristiwa ni akan jadi sejarah kepada deno memandangkan deno  hanya seorang blogger baru dan rasanya tak penting pun kalau deno sakit. Hanya berkongsi pengalaman hidup deno sebagai pesakit SLE  di dunia blogging nie.... Tak sangka.. Betul.... Speechless. Nak cerita ni pun dah segan sebenrnya.. Ahaks :p

Citer dia stat macam nie.. Petang semalam dalam deno duk asyik ber'on9'.. Tiba2 datang dua orang jejaka comel2 ensem yang tak dikenali beri salam masuk dalam bilik no4 (no bilik di wad) Deno pun pelik coz diaorang macam tercari-cari orang, deno tanya n then, salah sorang jejaka comel tu cakap.." dayangdeno..?" Time tu jugak deno terkejut! Deno terus fikir, nie mesti bloggers yg kakLM cakap nak melawat tu..... 

Aduhhh! Segannya masa tu.. Yang deno tahu buat masa tu cuma senyum... Deno sangat2 terkejut, memang tak sangka dan tak ada dalam fikiran deno ada bloggers yang betul2 nak datang melawat. Baru2 nie kakLM memang ada beritahu ada blogger nak datang melawat, tapi tak sangka pula betul2....

kakLM2.... thanks akak ^^


Mereka yangg datang melawat deno tu ialah tokEsah n ammar... Mereka tahu pasal deno pun daripada kakLM yang sentiasa update tentang keadaan deno yang tak sihat sekarang ni. Deno memang betul-betul tak sangka, betul... Sanggup tokEsah dan ammar datang untuk melawat deno, minyak motor lagi habis. Kesian pula, tapi kehadiran tokEsah dan ammar juga buat dneo happy sangat-sangat! Banyak juga yang kami bualkan. Sporting juga tokEsah dan ammar ni ya... Ops, lupa... ada buah tangan dari mereka...

terima kasih.... comel...... ^_^

Buat tokEsah dan ammar, deno ucapkan terima kasih banyak-banyak coz sudi melawat deno di hospital, prihatin walaupun deno sudah beransur pulih. Kehadiran korang juga memberi deno satu lagi semangat untuk terus sihat.. Deno juga tidak lupa kepada kaklydia yang sentiasa menyokong deno serta blogger2 yang berkunjung ke DayangDeno dan memberi deno semangat... Semoga Allah swt sentaiasa merahmati sahabat2 semua.... Jom kenal tokEsah dan ammar...


tokEsah (kiri) n ammar (kanan)
jom kita pakat  terjah blog warga prihatin nie...

(^_^)

~ Psst2, tak sangka tak sangka...